Siapa yang ada anak-anak lelaki, dia punya kekalutan itu cuma mak-mak saja yang faham. Bila datang angin ribut, anak lelaki bergaduh memang seakan boleh runtuh rumah.
Sampai satu tahap, mak-mak dah tak kuasa lagi nak beri amaran keras, melainkan denda cara HALUS lagi tegas. Inilah yang dipraktikkan Bonda Nor ketika berdepan situasi anak-anak lelaki bergaduh lagi.
Imran Dan Izhan Bergaduh Lagi
Mama tengah kalut fikir nak bersiap untuk fly hari ini, terdengar dentam dentum bunyi di tingkat atas. Jerit pekik kedua-duanya memekakkan telinga.
Huh. Imran dan Izhan bergaduh lagi!
Memang selalu macam ni. Masa baik bukan main baik. Bila bertekak, memang rumah rasa nak terbalik. Debush, debush! Tendang itu ini. Masing-masing akan histeria!
Dak abah dah berlari ke atas, marah-marah. Soal siasat, cuba mencari punca. Makin riuh jadinya. Huh. Mama dah tahu sangat. Kedua-dua hero ini takkan ada yang nak mengaku bersalah. Lagi ditanya, lagi kuat berbalah. Makin kuat tangisannya.
“Mari sini! Dua-dua berdiri kat sini. Berdiri tegak saja. Jangan buat apa-apa. Jangan cakap apa-apa. Berdiri saja!”
Akhirnya mama terpaksa masuk campur.
Kedua-duanya diam. Airmata masih berjuraian. Tapi diam.
Mak Guna Cara Paling RARE Diamkan 2 Anak Lelaki Bergaduh
Saya biarkan saja. Memang ini antara pendekatan saya dalam mendiamkan anak-anak bila mereka bergaduh. Kita jadi pengadil, kena kawal emosi kita dulu, baru boleh kawal situasi yang berlaku.
Masa mereka kecil, bila bergaduh, saya akan suruh mereka berpeluk sesama sendiri. Kaedah ni memang menjadi sejak zaman Najla dan Najdah lagi.
“Peluk lagi! Peluk kuat-kuat!”
Dan biasanya kemarahan mereka akan berakhir dengan ketawa. Memang pelukan menghasilkan lega.
Tapi bila mereka sudah semakin besar, kaedah peluk mungkin sudah kurang berkesan. Mereka sudah mula ada ego. Selagi kekusutan tidak dihuraikan, mereka takkan puas hati.
Tapi masalahnya, kekusutan tak boleh dileraikan ketika masing-masing sedang mengamuk. Jadi, apa yang saya buat ialah beri mereka tempoh bertenang.
Ads
Ini Teknik Pandang Dinding Kosong
√ Berdiri tegak. Pandang dinding yang kosong. Terlebih baik jika ianya dilakukan di mihrab. Iaitu ruang khas dalam rumah yang selalu digunakan untuk solat.
√ Ambil tempoh bertenang. 10 minit, 15 minit. Perhatikan mereka. Jika masing-masing sudah mula tampak lenguh, panggil mereka mengadap kita.
Masa ni, baru tanya punca. Baru adili keadaan sebaik-baiknya. Dan akhiri dengan sesi bermaaf-maafan.
Anak-anak sedang memberontak, mak ayah jangan sama turut terpekik. Kadang diam kita, suara perlahan dan tegas kita adalah lebih baik. Pandangan tajam kita kadang lebih mampu mengawal mereka berbanding teriakan kita.
Kawal emosi sendiri, insya-Allah, kita boleh kawal situasi.
Akhirnya Mak Tahu Cerita Sebenar, Apa Pun Mak Kena Bertenang
“So, apa cerita? Kenapa bergaduh tadi?”
Ads
“Abang Im pukul Hadif, lepas tu Hanis nak lari beritahu mama. Dia marah. Tutup pintu. Dia tangkap Hanis tak bagi pergi.”
“Bang Im bukan pukul Hadif kuat pun, ma. Bang Im nak gurau je. Sebab tu Bang Im tak bagi Hanis bagitau mama.”
Huh, itu je?
“……..”
“……..”
“……..”
Dan bermulalah ceramah percuma mama di pagi Ahad nan indah.
“Dah, salam. Minta maaf.”
Mereka bersalaman. Berpelukan.
2 minit kemudian, terdengar jerit pekik mereka ketawa menuruni tangga.
Hmmm.. gasak! Namanya pun budak-budak. Memang boleh giler kalau take serious semua perbalahan mereka.
Hebat didikan ibunya. Pesan ibu, “walau hidup tak kaya, tapi jangan sesekali menipu.” Demikian luahan anak yang sudah kematian bapanya dan membantu pula ibunya menjual kacang rebus.
Maka, terjadilah dialog yang membuatkan seorang lelaki bernama Muhammad Yusof hampir terhenti jantungnya. Dek panahan kebenaran kata-kata seorang anak lelaki yang jujur lagi ikhlas dalam mencari rezeki harian.
Di Datangi Seorang Budak Jual Kacang Rebus
Masa saya tengah nak suap makanan. Datang sorang budak. Jual kacang rebus. Dia pakai seluar sekolah biru yang budak-budak sekolah rendah selalu pakai.
Kalau ikut time sekarang ni memang waktu baru habis sekolah.
Saya tanya dia ‘baru habis sekolah ke dik?’. Dia jawab, ‘Ya..’.
Saya tanya lagi ‘mak ayah mana dik?’.
Dia jawab ‘ayah dah meninggal. Mak pulak tengah jual kacang jugak..’. Muka dia terus berubah jadi sedih, mungkin teringat kat arwah ayah dia.
Pesan Mak, Biar Tak Kaya, Tapi Jangan Menipu Bang!
Nak tukar topik, saje saya bagi soalan nak uji budak ni: ‘Dik, abang tengok kacang ni macam semalam punya je..’.
Muka dia terus berubah, dia jawab ‘bang, setiap hari mak saya bangun pagi-pagi uruskan saya dan adik nak pergi sekolah, lepas tu dia akan uruskan masak kacang ni bang. Mak saya pesan biar kita tak kaya, tapi jangan menipu bang..’.
Terus jantung saya macam terberhenti kejap. Rasa bersalah tertanya soalan sensitif macam tu.
Saya mintak maaf, tapi budak tu senyum je. Yelah, budak-budak kan. Manalah tau nak hati sangat. Saya ambil kacang dia 2 bungkus, lepas tu saya bayar RM20. Balance tu saya kata buat duit sekolah dia.
Dia ucap terima kasih kat saya lepas tu dia hilang dari pandangan saya.
Saya terfikir dari sudut parenting skills, alangkah hebatnya didikan ibu bapa budak ni. Kesusahan hidup menjadikan keluarga ini kuat dan saya percaya yang anak kecil ini akan menjadi ‘someone special’ bila dia besar nanti. Yelah, disaat budak lain leka buat challenge tik tok la, main gamelah, saya kagum dengan kegigihan budak ni jual kacang ni luangkan masa nak cari duit untuk bantu tambah pendapatan keluarga dia.
Moga kepenatan dia dan ibu dia, Tuhan balas dengan kemurahan rezeki buat mereka sentiasa.
MW : Amin… sesungguhnya hidup dalam dunia ini adalah ujian keimanan untuk setiap makhlukNya.
Tolonglah Cari Inisiatif Luangkan Masa Bersama Anak-Anak, INI TIP DIDIK Mereka Elak Masalah Sosial. Dalam kesibukan urusan harian dan pekerjaan ibu bapa perlu mencari inisiatif untuk meluangkan masa bersama anak-anak.
Secara tidak langsung akan membuatkan mereka merasakan lebih dihargai dan disayangi.
Tolonglah Cari Inisiatif Luangkan Masa Bersama Anak-Anak
Anak-anak adalah kurniaan dan anugerah Allah SWT yang amat bermakna dalam sesebuah keluarga. Semoga kita menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak kita. Moga dipermudahkan segala urusan.
Bagi memastikan isu keruntuhan akhlak dapat dibendung, peranan ibu bapa sangatlah penting.
Malah menurut Pensyarah Kanan, Perunding Psikologi Klinikal, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor, Dr Kartini Ilias juga ibu bapa merupakan tunggak kepada anak-anak dan agen yang penting dalam membendung masalah sosial dan membentuk sahsiah dalam diri anak-anak.
4 Tip Panduan Untuk Ibu Bapa
Ikuti 4 tip yang diberikan Dr Kartini untuk panduan ibu bapa dalam mendidik anak-anak daripada terlibat dalam masalah sosial.
“Dalam kesibukan urusan harian dan pekerjaan ibu bapa perlu mencari inisiatif untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Secara tidak langsung akan membuatkan mereka merasakan lebih dihargai dan disayangi. Cuba luangkan masa untuk makan malam bersama dan bercerita antara satu sama lain.
Disiplin
Ibu bapa juga haruslah mendisiplinkan anak mereka. Ini kerana bagi membuatkan anak mereka sentiasa berkelakuan dengan baik. Tetapkan peraturan untuk semua ahli keluarga patuhi. Perlu ada ketegasan sekiranya ahli keluarga melanggar peraturan yang ditetapkan. Tidak semestinya hukuman, tetapi menggunakan Teknik lain seperti “reinforcement” secara positif dan negative.
Ibu bapa juga perlu mengawasi pergerakan anak mereka. Ini kerana kita dapat menegur anak kita sekiranya mereka melakukan perkara yang tidak betul. Ibu bapa perlu tahu siapa kawan anak-anak. Apa laman web yang selalu mereka layari, permainan dan aplikasi yang mereka gunakan. Perlu ambil tahu.
Didikan Agama
Ibu bapa haruslah memberi didikan agama yang cukup kepada anak-anak. Ini dapat membuatkan anak mereka akan dapat membezakan yang mana baik dan buruk. Seperti contoh, agama islam, telah menggariskan mengenai batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan bagi mengelakkan berlakunya hubungan bebas dan yang tidak sihat. begitu juga dengan panduan mengenai aurat bagi lelaki dan juga perempuan untuk menjaga hak dan kehormatan individu daripada dicabuli dan dirosakkan.
Role Model Terbaik
Bak kata pepatah, seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Begitu juga kita ibu bapa, sekiranya kita tidak menunujukkan contoh dan teladan yang baik, mana mungkin anak-anak kita bisa berkelakuan baik. Ianya lahir dari kita ibu bapa.
Ibu bapa juga perlu mempunyai ilmu yang cukup. Merekalah guru yang terbaik untuk mengajar anak-anak mengenai Pendidikan seksual, oleh itu, mereka perlu pastikan mereka perlu mempunyai ilmu dan juga skil untuk menyampaikan ilmu seksualiti tersebut. Jangan marah ketika anak-anak bertanya mengenai seksual.”
Bukan mudah nak membesarkan anak-anak autisme, namun jika ditakdirkan Allah dapat anugerah anak istimewa seperti ini ternyata anda adalah insan terpilih dan hebat.
Sukar nak digambarkan dengan kata-kata namun apabila melihat video terbaru yang dimuat naikkan Zarina Zainuddin laju mengalirkan air mata, tergambar jelas bahawa dia seorang ibu yang cukup tabah menelan dugaan dan cabaran.
Tahu Anak Autisme
Mengimbas kembali saat mengetahui ciri-ciri autisme yang ada pada anak kembarnya, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai yang kini masing-masing sudah pun berumur 20an, dia sendiri pada awalnya agak terkejut dan sukar untuk menerima hakikat.
“Di waktu saya melahirkan anak kembar saya ini usia saya 25 tahun masih kuat bertenaga saya dapat melahirkan keduanya secara normal biarpun ketika itu kandungan saya berusia 8 bulan.”
“Muhammad Razil Azrai lahir dulu seberat 1.6kg selepas 3minit lahir pula Muhammad Raizal Azrai beratnya cuma 1.4kg.”
“Lebih kurang 10 hari dalam incubatur dengan cahaya lampu biru. Mereka dibawa keluar dari wad. Dan Allhamdulillah tumbesaran nya normal sehingga berusia setahun setengah saya dapati anak saya terlalu aktif Azal dah boleh mula bercakap Azil masih tidak bercakap mulanya saya fikir mungkin lambat.”
Anak Mula Hantuk Kepala
Setelah usia anak kembar saya 3 tahun Azil masih tidak boleh bercakap dan sering menghantukkan kepalanya ke simen atau dinding. 4 kali cermin kereta hadapan pecah dihantuk kepala. Setelah itu saya bawa Azil dan azal berjumpa doktor pakar di Hukm Cheras dan doktor mengesahkan Azil dan Azal mengalami autism.
Ya, ada masa anaknya tantrum dan menangis-nangis. Malah, kalau tidak dipantau anak ini boleh bertindak sehingga mencederakan diri sendiri jika dia rasa kemahuannya tak dapat dipenuhi.
Namun Zarina tetap kuatkan semangat dan tetap mendapat sokongan keluarga serta suaminya, Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar untuk memastikan anak-anaknya dapat kasih sayang dan perhatian.
Respond Netizen Melihat Video Zarina Menangis
Buat Zarina Zainuddin, team Mingguan Wanita doakan yang baik-baik dan moga hati mu terus ‘sado’ dalam membesarkan anak-anak syurga ini. Aamiinn.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...