Tak dinafikan petua alami jika rajin diamalkan selalu, mampu merawat dan mencantikkan diri secara semula jadi. Ada wanita dikurniakan kulit wajah dah bersih berseri, namun mempunyai masalah bibir yang gelap, lebam berbirat, kering dan kusam pula. Terus jadi rasa rendah diri.

Jangan bersedih, sebenarnya boleh cuba amalkan petua semula jadi campuran serbuk kunyit, susu, jus lemon dan air mawar sahaja.

Berikut perkongsian petua cantik oleh Puan Suzy Honey sebagai rujukan;

“Bibir kering dan kadang jadi gelap dan lebam. Akak nak kongsikan satu resepi seperti biasa dengan bahan mudah dapat dirumah.Bagi yang ada masalah bibir gelap dan sensitif boleh guna cara ini secara alami.”

“Bibir merah bak delima merupakan idaman setiap wanita. Dengan mengamalkan petua di bawah, anda tentu dapat melihat kesannya dalam masa yang singkat, tetapi ia juga bergantung kepada cara aplikasi dan penerimaan kulit anda.”

Bahan-Bahan:

• Satu sudu serbuk kunyit
• Satu sudu susu
• ½ sudu jus lemon
• Satu sudu air mawar

*Jika mahu boleh tambahkan sedikit madu lagi melembapkan bibir.

Bibir Kering, Lebam Berbirat, Sapu & Gosok Perlahan Campuran Serbuk Kunyit!

Cara Penyediaan:

Campurkan kesemua bahan di atas, kemudian gaul hingga sebati. Sapu pada bibir dan gosokkan perlahan-lahan selama tiga minit. Setelah itu, bilas dengan air suam.

Bibir Kering, Lebam Berbirat, Sapu & Gosok Perlahan Campuran Serbuk Kunyit!

1. Serbuk kunyit
Kunyit mengandungi antioksidan dan antibakteria yang mampu mengurangkan pigmentasi, memperbaiki kulit dan mengurangkan lingkaran hitam.

2. Lemon
Lemon kaya dengan vitamin C dan asid sitrik yang membantu menegangkan serta mencerahkan kulit.

3. Air Mawar
Air mawar mempunyai ciri-ciri antiradangan yang membantu mengurangkan kemerahan kulit dan menghilangkan jerawat serta jeragat. Ia berkesan untuk mengeluarkan minyak berlebihan dan kekotoran dari pori-pori.

4. Susu
Susu kaya dengan vitamin B, asid alfa hidroksi, kalsium dan antioksidan lain yang mampu menyihatkan kulit dari dalam, sekali gus mengekalkan kulit lembap sepanjang hari.

SuzyHoney
Resepi alami

MW: Semoga perkongsian petua cantik ini bermanfaat. Jadi buat wanita yang mempunyai masalah bibir gelap, lebam berbirat mahupun kering bolehlah cuba amalkan petua yang dikongsikan ini.Selamat Mencuba!

Sumber: Suzy Honey

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI