manjakan suami

Tak dinafikan sekarang ini ramai suri bukan semata duduk di rumah. Mereka pun terpaksa keluar bekerja demi membantu ekonomi keluarga. Orang perempuan terutama yang dah jadi mak-mak ini, kalau diberi pilihan mereka memang nak saja duduk di rumah.

Tapi dengan keadaan ekonomi yang tak menentu, apalah pilihan yang mereka ada. Bekerjalah supaya ekonomi rumah tangga jadi lebih stabil. jadi bila gaji suami dan isteri dicantum, dapatlah anak-anak menikmati sedikit kesenangan dan kemudahan.

Tapi bila dah bekerja lain pula halnya dengan wanita. Orang perempuan ini memang jenis komited. Baik urusan rumah tangga mahupun kerjayanya. Bila dah bekerja, mereka jadi sibuk. Kadang sampai ke rumah terbawa-bawa urusan kerja. Tanpa kita sedari yang suami rupanya masih perlukan belaian manja.

Perhati Gambaran Ini

Dalam perjalanan suri dah fikir balik nanti nak masak apa untuk makan malam keluarga. Singgah sekejap ke kedai beli barang basah. Ambil anak-anak di nurseri atau sekolah, balik rumah siap sedia memasak.

IKLAN

Minta anak-anak mandi dan selesai memasak, urus pula hidangan makan malam. Mengemas, membasuh kain baju mana yang ada untuk hari ini, temankan anak buat kerja sekolah, basuh pinggan mangkuk sampailah menyidai pakaian.

Bila dah penat, kita masih melayan suami, tapi tak seratus peratus. Jangan sampai layanan tak seratus peratus itu buatkan suami jauh hati.

Apa Kata

1.    Minta bantuan suami uruskan anak-anak atau kain basuhan sementara anda memasak. Sekarangkan dah ada mesin basuh, ajar suami tekan-tekan mesin tu. “Kalau abang tak tolong, saya letih susah saya nak beri layanan terbaik nanti.” Cakap begini dengan suami. Mana yang faham mesti tak sampai hati.

IKLAN

2.    Sehari dalam seminggu, tak perlu memasak. Bila hidangan siap dan cepat. Jadi masa yang ada itu boleh digunakan untuk melayan suami. Bila dah selesai mandi, hidangkanlah suami air hangat kegemarannya. Wajib tanya baik-baik dan jelas-jelas dia nak minum apa. Tip: Jangan sampai tersilap, nanti mood tenang suami ke laut jadinya.

3.    Layankan saja suami dengan aktivitinya. Kalau dia tengah menonton, duduk di sebelahnya, picit-picit badannya. Sambil-sambil tu ceritalah tentang hal-hal luar kerja atau keluarga. Bangkitkan topik-topik menarik misalnya hobi, imbas kisah cinta lalu atau impiannya. Layan emosi suami dan emosi anda dalam suasana paling romantis. Bila emosi suami tenang, anda pun akan sama-sama merasai aura kebahagiaan itu.

IKLAN

4.    Jangan lupa peluk & belai. Biarlah usia suami dah mencecah 40-an sekalipun, satu hal yang orang lelaki akan kenang sampai bawa ke tidur adalah dakapan mesra kasih seorang isteri. Yang penuh ikhlas dan mencintai dirinya. Suami ini makin dia berusia, manjanya macam anak-anak kecil. Mahu dibelai dan dimanja sentiasa.

5.    Bermain-mainlah dengan rambut dan bahagian wajahnya. Belai-belai rambut suami biar sampai dia tertidur sendiri. Kalau rajin buatlah rawatan facial untuk suami. Daripada dia pergi buat rawatan ke spa, kan lebih baik anda buat sendiri. Kalau tak ada pun sangat alatan, guna saja sabun LUX dan span serta air hangat. Picit-picit noda hitam pada hidungnya. Bila isteri belai-belai manja macam tu, sampai hati ke nak cari lain.

via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI