Kasih sayang mak, ayah memang tiada galang-gantinya. Dari kecil membesarkan kita hinggalah dewasa, mereka tak pernah mengeluh susah. Malah kesusahan yang mereka alami disembunyikan sebaik mungkin.
Ketika PKP ini walaupun tidak dapat balik kampung menjenguk mereka, sekurang-kurangnya bertanyalah khabar, bimbang bekalan makanan terputus kerana tak dapat keluar rumah. Jangan dibiarkan orang tua kita susah selagi mereka masih ada.
Usah mereka pelbagai alasan itu dan ini, duit boleh diberi secara online. Begitu juga keperluan dan makanan boleh diorder secara online, kemudian terus di hantar ke pintu rumah.
Mak, ayah sememangnya tidak akan berterus-terang meminta macam-macam. Biar nyawa mereka sudah di hujung tanduk, mereka sama sekali tidak akan susahkan anak-anak.
Ikuti perkongsian Taufik Razif dan renungkan sedalam-dalamnya:
Sebak dengar kisah kawan saya yang ke rumah seorang jirannya, seorang makcik tua.
Daripada luar rumahnya nampak macam rumah biasa-biasa tapi bila sudah jumpa sendiri dan tanya depan-depan rupanya makcik ini tidak ada duit langsung dah.
” Anak anak tak bantu ke makcik? ”
Rupanya semua anak-anak makcik ini bagi alasan diri sendiri dan keluarga pun tak cukup makan.
Terkedu. Sedih. Speechless semua ada.
Hargailah Selagi Masih Ada
Tolong ya semua yang masih ada mak dan ayah tu. Ibu bapa ini walaupun mereka tak buka mulut dan tak pernah mengadu pun pada kita, tolong ya telefon dan tanya khabar mereka.
” Mak, mak apa khabar?”
” Mak, harini makan apa mak?”
” Ayah, beras kat rumah ada stok lagi tak ayah?”
” Mak, ikan ayam dalam peti ada banyak lagi?”
Mak, ayah kita ini tak akan mengadu pada kita walau apa pun keadaan mereka. Sebab apa? Sebab walau sesusah mana pun mereka, mereka tetap tak nak susahkan anak-anaknya!
Allah. Inilah Unconditional Love seorang mak, seorang ayah. Sampai ke mati pun mereka tak nak susahkan anak-anak mereka walau diri sendiri pun sudah di hujung tanduk.
Sebak.
Sumber: Taufik Razif
MW: Semoga Allah menjauhkan sikap sebegini daripada kita semua. Selalulah ambil tahu tentang kesihatan dan keperluan mak, ayah terutamanya ketika PKP ini. Bantulah mak, ayah seadanya, insyallah syurga balasannya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI