Sumber / Sumber Foto : Facebook Mohd Ezairol Rezan Zainol

Biar kereta tak lawa janji simpanan berkepuk-kepuk. Benarlah apa yang dicoretkan oleh pemilik akaun Facebook Mohd Ezairol Rezan Zainol

Hari ini orang yang berjaya tak menunjuk-nunjuk kereta di akaun sosial. Mereka yang bijak punya wang dan aset dalam simpanan. Paling penting tak perlu canang pada semua orang. Bila kita susah bukannya semua orang baik hati nak menghulurkan bantuan.

Biar Kereta Tak Lawa Janji Simpanan Berkepuk-Kepuk

Keghairahan memiliki kereta mewah keluaran luar negara mendorong orang ramai membeli kereta dan akhirnya diri dibebani hutang. Begitu juga dengan mereka yang baru bekerja, bagaikan trend anak muda zaman sekarang lebih suka memiliki kereta berjenama mewah.

Pada wanita janganlah jadikan trend ini sebagai ikutan ya, apatah lagi untuk mengisi content di media sosial. Ada yang beranggapan jika mampu apa salahnya beli kenderaan umpama ‘self-reward’ untuk memotivasikan diri agar mereka terus bekerja dengan lebih keras. Namun komitmen bulanan yang tinggi janganlah memakan diri ya.

Nasihat dari Tuan Ezairol Rezan Zainol tentang pengalaman dirinya cukup bermakna buat orang ramai. Belajarlah berjimat dan menyimpan wang ya.

Biar Kereta Tak Lawa Janji Simpanan Berkepuk-Kepuk, Orang Berjaya Tak Tayang Kereta Dah Sekarang Ni

Hidup Ini Bukan Satu Perlumbaan…

“Perodua Axia SE 1.0 (A) & (M). Model kereta tahun 2018. Inilah kereta yang Aku dan isteri gunakan setiap hari ke tempat kerja untuk mencari rezeki.

Sebuah kereta kecil dan comel yang jimat minyak, kos maintenance yang rendah dan roadtax setahun cuma berharga RM22.50 sahaja.

Biar Kereta Tak Lawa Janji Simpanan Berkepuk-Kepuk, Orang Berjaya Tak Tayang Kereta Dah Sekarang Ni

Komitmen bulanannya alhamdulillah, tidaklah terlalu membebankan.

IKLAN

Bergantung pada duit muka yang kita bayar sebagai pendahuluan. Komitmen bulanan Axia Aku hanya RM320 saja sebulan…Oklah kan. Takdalah struggle Aku nak bayar bulan-bulan.

Orang nak kutuk tu biasalah… Aku dah lali dengan semua tu. Lagipun, kita bukannya hidup dengan pujian dan kejian orang.

Menunjuk-nunjuk kereta kat FB dan Tik-Tok is too mainstream. Zaman sekarang, orang berjaya tak tayang kereta dah sekarang ni.

Yang menunjuk dan tayang kereta sebab kononnya dia berjaya tu kebanyakkannya “scammer” yang mencari mangsa…TAPI bukanlah semua camtu.

Kawan…

Belajarlah menyimpan. Fokus kumpulkan aset, bukan liabiliti. Sekarang adalah masa untuk kita banyakkan simpanan.

Belanja benda-benda yang penting sahaja. Yang tak penting tangguhkan dulu. Belajar berjimat to the maximum kata orang tua-tua.

#NasihatUntukOrangMuda

▪︎ Kereta hanyalah sebuah kenderaan untuk bergerak dari point A ke point B, tak lebih dari itu…

IKLAN

▪︎ Jangan habiskan duit gaji pada kereta semata-mata untuk kepuasan diri dan impresskan orang sekeliling.

▪︎ Memiliki kereta mewah bukan petanda hidup anda telah berjaya.🤭

▪︎ Jangan terikut-ikut dengan kawan. Amalkan formula setahun gaji untuk harga kereta yang sesuai dengan kita.

▪︎ Biar kereta tak lawa, janji saving dalam ASB, Tabung Haji, Unit Trust dan simpanan emas kita berkepuk-kepuk jumlahnya.

▪︎ Kereta itu hanyalah besi yang pasti akan buruk juga. Akhirat jua adalah tempat yang kekal selama-lamanya. Pastikan kita ada plan takaful untuk bekalan keluarga bila kita telah tiada.

Moga nukilan pagi ini memberi manfaat untuk semua,” kongsi Ezairol Rezan Zainol.

IKLAN

Baca Sini:

Suami Isteri Gaji BESAR Tapi Kereta Biasa-Biasa, Ada Alasannya! Dia Kedekut Yang Cerdik

Umpama Mimpi Ngeri, Nyawa Anak Hampir Melayang Akibat Terhidu Gas Monoksida Dalam Kereta

“Syukur Dengan Apa Yang Ada” Warganet

Biar Kereta Tak Lawa Janji Simpanan Berkepuk-Kepuk, Orang Berjaya Tak Tayang Kereta Dah Sekarang Ni Biar Kereta Tak Lawa Janji Simpanan Berkepuk-Kepuk, Orang Berjaya Tak Tayang Kereta Dah Sekarang Ni

Mingguan Wanita : Belajarlah berjimat, sekarang ni barang semua mahal dan kena bijak berbelanja. 

Sumber / Sumber Foto : Facebook Mohd Ezairol Rezan Zainol

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI