“Ustazah, bulan ni dah dua kali saya datang bulan”
Berkerut dahi si ustazah mendengarnya.
Bila masuk ke dunia mengaji, nak-nak pula mengajar anak-anak muda membaca Al-Qur’an, akan ada yang datang mengadu masalah sebegini.
Diajak mengaji, terus digelengkan kepala dan tersengih-sengih tiba-tiba. Sebagai tanda untuk menyatakan bahawa dia sedang uzur syar’ie.
“Dah kira elok tak tempoh awak datang haid pertama bulan ni? Dah cukup tempoh 15 hari?”
Tiba-tiba air mukanya berubah. Kelu lidah. Ternganga mulut sambil memandang ustazah. Keliru mahu memberikan jawapan gamaknya.
Ads
Kadang mereka kurang arif dalam membezakan darah haid dan darah istihadhah. Kawan-kawan, mak-mak, kakak-kakak kena alert perkara ini ya. Jelaskan kepada mereka macam mana nak membezakan kedua-dua jenis darah yang keluar ini.
Darah haid keluar paling minima adalah dalam tempoh 24 jam. Dan tempoh maksimanya pula adalah selama 15 hari. Setelah itu, sekiranya darah masih mengalir keluar, ianya dikira sebagai darah istihadhah.
Cara Solat Ketika Ada Darah Istihadhah
Darah istihadhah membenarkan kita menunaikan solat. Tetapi ada syarat sahnya pula yang perlu dihadam.
Nak solat ketika mengalami istihadhah, Pastikan terlebih dahulu kita bersihkan tempat keluar darah (faraj) dan memakai tuala wanita atau sesuatu yang dapat menahan darah daripada mengalir keluar.
Ads
Satu wudhu’ hanya sah digunakan untuk satu solat fardhu sahaja.
Senang nak faham dan praktiknya, setiap kali nak solat, kita wajib bersihkan diri dari darah yang mengalir dan ambil wudhu’ yang baharu.
Lagi Stress, Makin Banyak Darah Istihadhah Keluar
“Darah istihadhah ni darah penyakit kan, ustazah? Saya ni berpenyakit ke?”
Ahh sudah!
Ads
Adikku sayang, bila darah istihadhah keluar, jangan mudah panik dan tertekan. Kawal emosi dan perasaan. Lagi kita stress, lagi banyak darah tu keluar tanpa diundang.
Wanita yang sedang dalam istihadhah masih tetap perlu solat. Banyakkan istighfar, selawat dan berdoa supaya darah istihadhah berhenti keluar dan kita mampu menunaikan ibadah dengan baik dan mudah. Insya-Allah..
Ada yang masih menggaru kepala yang tidak gatal tentang benda ni?
Jom ajak anak-anak dan orang yang kita sayang untuk bersahabat dengan Al-Qur’an. Moga ada secebis pahala buat kita persembahkan di hadapan Tuhan.
Wahai mak ayah, apa pun keadaan anak kita, pandai ke sebaliknya, sihat ke sakit, itu adalah anugerah yang tuhan hadiahkan untuk mak ayah. Maka hargailah setiap kehadirannya dengan penuh rasa syukur.
Bila mana Puan Marliya Ramli berkesempatan menemui temannya yang berkongsi kisah anak, membuatkan hatinya jadi sebak.
Seperti Anak Kita
Dah berapa lama? Tanya akak serba salah…. Memandangkan ibunya bercerita, akak usaha memberikan perhatian sepenuh nya.
Sejak lahir. Memang lahir je kami dah perasan ada kelainan… Masa mengandung doktor dah bagitau.
Bila rakan sebaya merangkak, dia masih terbaring. Usia sepatutnya berjalan dia masih terbaring.
Makan pun masih bersuap dan sentiasa terbaring.
Akak telan air liur berkali-kali. Allahu…
Akak juga ibu. Dan kisah begini benar-benar menampar hati.
Ada Yang Anggap Anak Sebagai Bebanan
Kita selalu marah anak nakal. Anak tak pandai. Anak malas belajar. Anak sepahkan mainan. Anak boros. Anak itu. Anak ini. Malah ada yang anggap anak sebagai bebanan juga ujian? #apeni?
Padahal di suatu ceruk di sudut dunia ada seorang ibu yang:
tak apa anaknya nakal asalkan anak tahu berjalan.
tak apa anaknya sepahkan mainan asalkan anak tahu berkawan.
tak apa anaknya tak pandai di sekolah asalkan anak tahu memakai pakaian.
tak apa anaknya tak cekap Matematik dan tak teror Sains asalkan anak tahu menyuap makanan.
tak apa anaknya tumpahkan minuman asalkan anak boleh bercakap dan memberikan perhatian.
Sungguh!
Ianya mengingatkan. Benar-benar memberi amaran. Merentap hati dan emosi ini. Agar setiap ibu bapa lebih bersyukur dan menghargai.
Anak kita demam setahun sekali. Itupun kita menggelabah cari doktor yang terbaik dan bilik rawatan paling selesa buat anak kita.
Sedangkan…
Syukur lah.. Ada Ibu Tak Tidur Malam Jaga Anaknya..
Ada seorang ibu bertahun-tahun tak tidur malam takut terpejam mata tatkala anak diserang sawan.
Akak segera ingatkan diri. Belajarlah bersyukur. Kerana… Di suatu ceruk di sudut dunia ada seorang ibu yang kepingin anaknya SEPERTI ANAK KITA.
Buat anak-anak Double A, maafkan Mama yang tidak sempurna. Maafkan Papa yang expectation sentiasa berganda. Kita sama-sama berusaha untuk ke arah kebaikan sentiasa. Okay?
Salam sayang.
Sumber/Foto : Marliya Ramli
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam menghargai pasangan, paling penting adalah ‘usaha’ untuk meraikananya. Walaupun hanya usaha kecil, namun pastinya ia sangat bermakna. Begitulah juga yang dilakukan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz,48 dalam meraikan hari lahir isteri tersayang.
Tanggal 25 November memberi makna besar buat Tengku Zafrul kerana ia merupakan tarikh keramat ulangtahun kelahiran isteri tercinta, YM Raja Datin Sri Johanna Adrina Raja Arshad.
Dalam kesibukan menggalas tanggungjawab besar mentadbir kewangan negara, Tengku Zafrul tetap berkesempatan usaha ‘mencuri masa’ yang ada untuk makan tengahari di rumah sekaligus demi melakukan kejutan kecil meraikan Hari jadi isteri.
Kata-kata penuh bermakna dan penghargaan buat isteri juga dizahirkan di dalam posting Intagram beliau petang tadi.
Selamat Hari Jadi, Dina. Kejutan kecil untuk isteri saya tengah hari tadi sempena hari jadi dia. Nak masak sarapan untuk dia pagi tadi tak sempat jadi sebaliknya saya berusaha untuk berada di rumah untuk makan tengah hari. Satu pengorbanan besar beliau untuk keluarga kami selama ini, terutamanya dua tahun kebelakangan ini.
Saya beritahu umurnya hanyalah angka, dan dia kelihatan lebih muda setiap tahun (walaupun saya akan sentiasa nampak lebih muda…) ⠀ Terima kasih kerana sentiasa menjaga semua keperluan kami dengan sepenuh hati, cinta dan kasih sayang. Saya sentiasa amat bersyukur.
Semoga Allah merahmati kami sekeluarga dengan kebahagiaan dan kegembiraan yang berpanjangan dan saya doakan kami diberi peluang untuk tua bersama Insha Allah.
Menteri Kewangan ini telah 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan Datin Sri Johanna, yang juga seorang kerabat diraja Selangor-Negeri Sembilan. Pasangan bahagia ini juga dikurniakan dengan empat orang cahaya mata bernama Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel.
Mingguan Wanita: Sweet betul ucapan Tengku Zafrul sempena Hari Jadi tersayang. Walaupun sangat sibuk dengan tugasan mentadbir kewangan negara, tetap usahakan cari masa untuk meraikan Hari Jadi dan menghargai isteri tercinta.
Cukup-cukuplah ujian yang kita hadap dalam rumah tangga setiap hari, tak perlu uji pasangan lagi. Jangan pula ada di kalangan kita sama ada suami atau isteri sanggup pula nak cuba-cuba uji pasangan kerana takut pasangan berlaku curang.
Mungkin cara ini sesuai untuk pasangan bercinta, kalau sudah berkahwin lebih baik berterus-terang lagi-lagi kalau dapat suami yang lambat faham. Kalau tak nak suami curang, pesan saja awal-awal.
Kalau nak suami bantu di rumah uruskan anak-anak, beritahu saja hal sebenar. Jangan berteka-teki, suami kan lurus orangnya. Ikuti perkongsian Firdaus Mokhtar ini dan hadam baik-baik.
Dalam Rumah Tangga, Tak Perlu Nak Cuba Uji Pasangan
Hidup dalam rumah tangga bukan tempat kita nak cuba-cuba uji pasangan kita.
“Aku nak tengok setia tak dengan aku. Itu je.”
“Habis tu kau nak buat apa?”
“Aku suruh kawan aku menyamar jadi budak perempuan yang suka dekat dia. Mesej dia selalu.”
Puan, hidup ini bukan untuk kita perjudikan dengan trial and error begitu. Cukuplah ujian sedia ada yang datang semula jadi ke rumah tangga kita.
Tak perlu nak tambah ujian sendiri. Sepatutnya apa respon yang puan nak suami lakukan kalau kena macam tu, itu yang puan kena beritahu.
“Bang, kalau ada orang lain tiba-tiba kata dia suka dekat awak. Dia sanggup jadi nombor dua. Tak minta banyak, nak awak jadi suami je. Saya nak awak tanya saya dulu ya.
Beritahu ke dia awak dah bina hidup rumah tangga ni lama dengan saya. Daripada kita tak ada rumah. Pergi sana sini naik motor sahaja. Berteduh bawa flyover highway sama-sama.
Awak pakaikan saya baju hujan. Biar awak lencun seorang tak apa. Masa lahir anak pertama awak pengsan sebab tak boleh tengok darah. Macam mana jaga anak semua awak belajar dengan mak saya.
Beritahu dia yang awak tak sanggup nak sia-siakan semua tu hanya sebab awak nak bela hidup orang lain. Boleh ye bang?”
Haaa! Tu contoh, contoh.
Maksudnya dekat sini, beritahu jelas-jelas. Bukan kau nak tengok-tengok nanti dia respon apa.
Lelaki ini jangan diuji. Mereka ni lurus. Nak faham diri sendiri pun masalah, lagilah nak faham kalian yang perempuan.
Jenis bercakap guna hati tapi macam bercakap guna mulut. Mana mahunya puan. Cakap dalam hati tu tak dengar dek siapa-siapa. Malaikat sahaja boleh dengar.
Suami tu dah lah bukan malaikat. Jenis selow pula. Ya Ampunnn.
Begitulah.
Firdaus Mokhtar,
Kami takut diuji. Haa!
MW: Jadi mak-mak jangan berkias dengan suami atau uji mereka, sebaliknya berterus-terang. Takut juga dari nak bagi ujian pada pasangan sendiri, kita pula yang sakit hati.
Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 (KUWM2024) yang berlangsung selama tiga hari pada 8 hingga10 November lalu di IOI Grand Exhibition and Convention Centre, IOl...