Rupanya nak bercakap mahupun peluk anak lelaki atau perempuan ada caranya. Bukan main cakap atau peluk. Tapi tak perlulah mak ayah sampai pening kepala, sebab cara betulnya mudah saja.
Inilah yang dimaklumkan oleh Rehan Sidik, Pengasas Tadika Permata Raudhah yang mempraktikkan Quranic Early Childhood Practitioner. Teknik yang dikongsikan ini namanya Islamic NLP (NEuro Languistic Programme) iaitu Teknik Bercakap dan Memeluk Anak.
Cara Betul Bercakap Dan Peluk Anak Lelaki Atau Perempuan
1. Teknik bercakap Dengan Anak Perempuan Dan Lelaki
Dengan Anak Perempuan
Kita bercakap terus muka kepada muka. Itu cara yang terbaik. Mata kita pula ‘memandang ke tengah antara kening’ tu ya. Haa.. di situlah fokus percakapan yang terbaik.
Ads
Mungkin anak perempuan ni, lebih dominasi jenis yang visual kan.. mak, ambillah kesempatan untuk melayan anak-anak bercakap jika ada ruang masa ya. Banyak yang nak diluahkan tu. Santai-santai saja, sambil makan-makan petang. Ok kan?
Dengan Anak Lelaki
Lebihkan percakapan kita ke aras ‘telinga kirinya’. Mereka yang jenis audiotory memang cepat tangkap la ni..Zuuppp..
Insya Allah, setiap butiran percakapan kita akan masuk dengan baik. Sentiasa bagi kata-kata perangsang tau. Anak lelaki ni, ada egonya sendiri. Saya pun kadang-kadang kalah dengan anak lelaki ni.. aduhh.
Ads
2) Teknik Memeluk Anak Perempuan Dan Lelaki
Dengan Anak Perempuan
Lihat pelukan pada anak perempuan ya. Kak Rehan tepuk dan gosok-gosokkan di atas belakangnya. Tempat tu namanya Qalbu. ANCHOR POINTnya.
Semoga bila mak gosokkan di situ, bagi nasihat apa pun, insya Allah, dia akan PASAK DAN INGAT sampai bila-bila. Best kan.. bila tahu tekniknya ni.
Ads
Dengan Anak Lelaki
Bagi anak lelaki, ANCHOR POINTnya adalah di belakang kepala bahagian atas. Lihat tangan akak tu. Ok kan? Kita gosok-gosoklah beberapa saat. Bagilah se’das dua’ nasihat.
Tak boleh cakap banyak-banyak pun. Sibuk nak gi main sana sini. Jadi, gunakan peluang dan ilmu ni tau. Insya Allah, sama-sama kita hasilkan anak-anak yang mendengar kata.
Selamat mencuba Teknik Islamic NLP. Moga bila mak-mak dah tahu cara betul peluk dan bercakap dengan anak, selepas ini dah boleh praktikkan ilmu yang dikongsikan ini.
Pelakon Linda Rafardan Abby Abadi nampak gayanya geram sungguh dengan aksi seorang cikgu yang tanpa alasan kukuh telah memukul salah seorang pelajarnya sampai terpelanting dari kerusi.
Video yang dimuat naik dalam lama instagram kedua artis ini mendapat reaksi yang sama daripada follower mereka. Rata-rata terkejut dengan tindakan di luar batasan sebagaimana seorang guru seharusnya bertindak.
Kata Linda Rafar dalam instagramnya itu, “Perhatian! Tolong viralkan. Sape cikgu giler ni main pukul je anak orang tanpa sebab. Sape tau dan kenal perempuan ni.
“Tolong viralkan muka dia sekarang. Sape tahu tadika or taska mana. Dengar cikgu lain pun pukul jugak.”
Dah Tahu Tak Sabar, Nak Juga Jaga Anak Orang
Emosi yang sama turut dikongsikan oleh Abby Abadi. Abby menyangkal tindakan guru tersebut yang disifatkan tiada kesabaran, tetapi masih mahu menjaga anak orang lain.
“Ini bukan kesilapan, ini memang setan! Dah tahu tak ada kesabaran nak jaga anak orang, kerja dekat tadika untuk apa?”
Tambah Abby lagi, “Hai la akak-akak. Kalau anak saya ni, saya buat benda yang sama kat akak-akak balik. Saya tak boleh benda benda gini.”
“Budak itu tak ada buat salah apa pun! Kalau pun ada salah, siapa kau nak pukul anak orang macam tu? Mak bapa anak-anak ni meh ajak kita sekali cepuk penjaga-penjaga ni. Geram ni!”
Betul Ke Orang Melaka?
Bagaimana pun Abby sekali lagi memaklumkan tidak pasti dengan lokasi kejadian tersebut. Malah Abby merayu agar pihak Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan lanjut.
“Tak pasti dimana. Tapi dimaklumkan di Melaka. Betul ke orang Melaka? PDRM mohon bertindak. Dah tangkap nanti, mohon mahkamah janganlah jatuh hukum manja-manja, bagi lebih sikit.. biar diaorang tahu erti penyesalan.”
Betullah seperti apa yang disarankan oleh Linda Rafar dengan Abby Abadi itu. Walau beremosi macam mana sekalipun seorang pendidik, tidak seharusnya melepaskan geram pada anak-anak murid yang masih suci hatinya.
Kerana nanti akhirnya, andalah sebenarnya yang sedang mengajar anak itu untuk menjadi seorang pendendam dan panas baran.
Makin menjadi-jadi penangan gajet dalam rumah tangga pasangan suami isteri ini. Semuanya gara-gara ‘games’ mahupun media sosial yang suami rasanya, lebih menarik dari layan isteri sendiri.
Sudahnya, suami lebih rela pegang gajet lama-lama, berbanding pegang isteri sendiri. Makan hati sungguh isteri yang terpaksa isytihar perang saudara dengan gajet suami ini.
Kalau boleh nak sorok diam-diam, lepas itu buat tak reti. Tapi nanti jangankan perang saudara, mahu perang dunia ketiga meletus. Jadi, sebelum melarat hadamkan nasihat daripada Ariff Ismailini.
“Bang…tolong sayang beli roti kat bawah jap”
Rayu bini.
“Jap la, bagi abang 5 minit, tgah online mobile legend ni..nanti kalah.”
Jawapan Suami.
Seharian kita dah keluar bekerja, bila balik rumah tangan tak lepas dengan “handphone “. Begitu juga hujung minggu, sesaat tak pegang gadget boleh dapat “rasukan ablasa”.
Bini dah sibuk urus rumah urus dapur, kita pulak tetap sibuk dengan gajet, mobile legend la, PUBG la, football manager la. Bila nya ada “QUALITY TIME” dengan bini.
Cuba bayangkan en abang sekalian, cik bini yang sibuk dengan gajet kita yang buat semua benda pulak? Mau tak keluar suara komander kita jeritkan bini.
Dalam rumah tangga ni kena saling memahami,
jangan esok esok naik mahkamah bercerai sebab gajet. Mau viral satu Malaya. Baru ada akal masa tu.
Saya pun sama bukan nak cakap orang lain la, bila balik kampung tangan tak lepas dengan gadget, bila tak ada line internet boleh meroyan. Tapi saya adakan “QUALITY TIME ” dengan ayah saya.
Borak dengan beliau tanya perkembangan kampung. Haha melawak je, tanya pasal diri beliau la, tanya pasal kampung saya bukan YB. Luangkan masa yang berkualuti untuk yang tersayang.
Jangan Tanya Kenapa Bini Layan Tak Layan Je Kita
Bila masa saya ambil anak, gajet pun saya ketepikan kecuali berkaitan hal hal penting business dan kecemasan. Sebab saya tak nak anak saya ikut apa yang saya lakukan.
Hati perempuan ni lain brother, mula mula dia akan berleter marahkan kita, tapi lama lama dia biarkan aje kita dengan gajet kita. Masa ni baru tahu langit tinggi rendah.
Jangan tanya kenapa bini layan tak layan je kita. Sebab kita pon lagi pentingkan gajet dari dia.
Nak guna gajet ni tak salah brother, yang salah jika kita letak gajet melebihi dari keutamaan kita yang lain.
Ini tidak, pagi petang siang malam dengan gajet, sampai nak tido pon dengan gajet, ni tidur dengan bini ke dengan gajet?
Jom kita ubah…mungkin kita boleh mulakan satu hari satu jam tanpa gajet. Jangan nak cakap time tido tu pulak 1 jam tanpa gajet.
Nama adik Hana Aishah, Syukor Khamis dan Umar Wafi menjadi perhatian ramai gara-gara memiliki kebolehan dan keunikan mereka yang istimewa.
Tidak dinafikan setiap anak-anak memiliki keistimewaan tersendiri. Ia menjadi tanggungjawab mak ayah dalam mengenal pasti jenis kecerdasan yang dimiliki oleh anak-anak sewaktu tempoh pembesaran mereka. Ini kerana ia dapat ‘menggilap’ kelebihan tersebut untuk menjadikan mereka lebih baik dan cemerlang.
Mungkin ada anak yang hebat dalam bidang sukan, petah dalam bercakap dan interaksi, pandai bermain alat muzik, mahir dalam kira-kira dan sebagainya. Ia sebenarnya merupakan antara 9 jenis Multiple Intelligence mengikut teori yang dicadangkan oleh Psikologi, Howard Gardner yang mak ayah perlu ambil tahu.
Jemput baca perkongsian oleh Puan Noor Afidah Abu Bakar dari Parent Connect Consultancy mengenai Multiple Intelligence ini.
Tiga orang kanak-kanak yang menghiasi media cetak, media elektronik dan media sosial seminggu dua ini menarik perhatian saya. Saya pernah berkongsi tentang Teori Kecerdasan Pelbagai atau Multiple Intelligence yang dicadangkan oleh Howard Gardner. Beliau telah mengenalpasti 9 jenis kecerdasan atau intelligence.
Ketiga-tiga kanak-kanak ini memiliki kecerdasan yang berbeza-beza. Perbezaan inilah yang menjadikan mereka individu yang unik tanpa perlu dibanding-bandingkan.
1) Hana Aishah
Kredit Foto: RTM
Adik HANA AISHAH atau nama glamernya Aishah London telah menarik perhatian ramai dengan kepetahannya berbahasa Inggeris. Pertama kali menonton wawancara bersama adik Aishah, saya membuat andaian bahawa dia lahir dan pernah menetap dan bersekolah di luar negara. Rupa-rupanya saya silap. Dia belajar Bahasa Inggeris dengan sendirinya atau ‘self taught’ dengan menonton video.
Adalanya kanak-kanak hanya boleh mengulangi (parrot) kembali perkataan-perkataan yang didengari di video tanpa boleh berkomunikasi tetapi adik Aishah boleh berinteraksi dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu dengan baik. Selepas dikenali dan tular, Adik Aishah telah beberapa kali dijemput ke station radio dan tv untuk ditemubual. Saya dapati dia berupaya berbicara dengan fasih dan penuh keyakinan.Belajar bahasa dan menguasai bahasa adalah dua perkara yang berbeza.
Aishah London berkemungkinan memiliki KECERDASAN LINGUISTIK yang menyebabkannya berupaya menguasai bahasa dengan cepat, mudah dan efektif. Dia juga berkemungkinan memiliki KECERDASAN INTERPERSONAL.
2) Syukor Khamis
Kredit Foto: Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI)
Adik SYUKOR KHAMIS bukan sahaja menjadi sebutan di dalam negara, dia juga terkenal di luar negara kerana foto-foto aksinya bersama kerbau mendapat liputan yang sangat meluas. Syukor bukan sahaja berupaya untuk berinteraksi dengan kerbau, menurut jurugambar Nazri Sulaiman, Syukor juga mempunyai hubungan mesra dan bergurau dengan kerbau, lembu, kambing, angsa dan burung seperti ‘kawan-kawan sekolah’.
Ini diakui sendiri oleh ayah Syukor yang mengatakan walaupun adik beradik Syukor yang lain juga terdedah kepada persekitaran yang sama, Syukorlah yang paling cenderung dan mempunyai minat mendalam terhadap kerbau-kerbau peliharaan ayahnya.
Bagi saya adik Syukor adalah contoh yang baik bagi seorang kanak-kanak yang memiliki KECERDASAN NATURALIS yang mudah berinteraksi dengan alam.
Bercita-cita ingin menjadi seorang ‘Circus Performer’ satu hari nanti adalah sesuatu yang tidak janggal bagi seorang anak yang memiliki kecerdasan naturalis.
3) Umar Wafi
Kredit Foto: NST
Adik UMAR WAFI mendapat liputan media kerana telah mencipta alat notifikasi anti buli yang boleh digunakan di sekolah-sekolah. Guru-guru akan mendapat notifikasi di telefon mereka jika ada pelajar dibuli. Inovasi ini telah memenangi anugerah STEM di peringkat nasional dan juga peringkat antarabangsa.
Menurut ibu Umar, idea penciptaan alat ini tercetus kerana adik perempuan Umar pernah dibuli secara fizikal dan verbal oleh rakan yang sama-sama berada dalam Darjah 1.
Mereka sekeluarga berbincang bagaimana caranya untuk membantu kanak-kanak lain yang dibuli dan ciptaan ini adalah hasil sesi ‘brainstorming’ tersebut. Umar seorang yang pendiam, namun kepakaran dan minat Umar dalam Programming telah memungkinkan ciptaan ini. Umar juga bercadang untuk menambahbaik alat anti buli ini dengan menyambungkannya ke CCTV.
Adik Umar adalah contoh kanak-kanak yang memiliki KECERDASAN LOGIKAL MATEMATIK yang berkait rapat dengan strategi, penaakulan, matematik, sains dan teknologi.
Setiap seorang kanak-kanak adalah unik dan memiliki kecerdasan atau intelligence yang berbeza-beza. Kenalpasti kecerdasan tersebut dan sediakan persekitaran dan ruang untuk membina kecerdasan itu supaya bermanfaat buat anak tersebut dan juga untuk masyarakat.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
MW: Jadi buat mak ayah, kenal pasti jenis Multiple Intelligence yang dimiliki oleh setiap anak-anak. Bantu mereka beri galakan dan sokonglah perkembangan kecerdasan tersebut agar anak mampu pergi lebih jauh!
Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.