Betty terharu Erma Fatima jaga ibu Positif Covid-19, pelakon Betty Rahmad menerusi perkongsian di akaun Instagramnya bercerita tentang pengalaman dia dan keluarga telah diuji apabila ibunya, Asmah Mohd Ali disahkan Positif Covid-19.
Malah turut dijangkiti wabak itu adalah pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Teha di mana kedua-duanya telah disahkan positif Covid-19 pada pertengahan bulan Ogos. Namun, kedua-duanya sudah pun pulih seperti sedia kala dan sedang berehat di rumah.
Betty Terharu Erma Fatima Jaga Ibu Positif Covid-19
Paling membuatkan dirinya terharu, apabila kakak kesayangan Erma Fatima sanggup menjaga ibu mereka ketika itu.
“Ya Allah syurga menantimu kakakku Erma Fatima.
“Allahuakbar, Alhamdulillah atas kasih sayang ini Ya Allah. The day my mom was tested positiveKak Erma terus kosongkan rumah hantar anak-anak rumah lain dan minta kami hantar mak ke rumah dia. Dialah yang masakkan mak.
“Mandikan mak. Bagi ubat dan vitamin check everything dan update kami adik beradik dengan video-video ni dalam group Whatsapp.
“Sangat luarbiasa dan bangga ada kakak macamni. MashaAllah.
Ads
“Semua adik beradik video call 4-5 kali sehari. Tapi semua kena pretend macam takde apa-apa sebab nak kuatkan semangat mak dan cakap ada kuman je sikit dekat paru-paru mak. Lebih kurang seminggu dibawah jagaan Kak Erma “doktor tak bertauliah anak subuh”. Tiap-tiap malam my sister buat self test. Alhamdulillah Allah lindung.
“Keadaan Mak Semakin Hari Semakin Baik”
“Hari kelapan kami terpaksa hantar mak ke hospital untuk monitor paru-paru yg ada kuman. Keadaan mak semakin hari semakin baik. Fyi she’s 73years old. Mak saya rajin solat, zikir & mengaji. Kalau solat berjam-jam. Janji Allah itu pasti. Allahuakbar. Allah beri kekuatan & kesembuhan segera buat mak saya. No bad symptoms Alhamdulillah syukur.
“Pasti ada yang kata kenapa ambik mak bawak datang rumah saya time PKP. Bagi yg kenal saya tau mcmmana saya strict dan takut nak keluar rumah. Saya tak jumpa siapa-siapa. Bertahun tak jumpa mak. Raya pun tak jumpa walaupun rumah dekat.
“Tapi terdetik dalam hati saya pada masa tu risau dekat mak sebab kes hari-hari 20k+. Mak saya tinggal dengan abang-abang dan kakak ipar saya yang terpaksa keluar bekerja hari-hari.
“Jadi lepas bincang dengan Kak Erma dan Kak Umie dorang suruh saya ambik mak bawak rumah saya memandangkan kami dalam rumah ni memang tak keluar rumah langsung.
“Nak cakap terlambat, tidak. Saya mungkin akan lagi ralat kalau saya tak ambik mak masa tu dan keadaan mak mesti akan lebih teruk.
Ads
Alhamdulillah, Semua Sihat
“Alhamdulillah luar biasa kuasa Allah SWT nak tunjuk pada kami. Syukur Alhamdulillah semua sihat dan diberi peluang sekali lagi. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua dan dibawah lindungan Allah SWT. Terima kasih semua yang selalu mendoakan kami,” tulis Betty.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Betty Rahmad
Mingguan Wanita : Syukur ada anak yang sangat rajin dan bertuah sungguh ibu kesayangan Betty, Erma Fatima dan Umie Aida.
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
Ads
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Warga Malaysia menetap di China kongsi situasi sebenar Covid-19 di sana, tak seburuk disangka.
Pasti ramai yang masih trauma mengingati Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan pada 2020 bagi membendung wabak Covid-19 suatu ketika dahulu. Rakyat dikenakan sekatan perjalanan dan sukar mencari rezeki hingga memaksa ramai yang melalui kehidupan yang sukar.
Warga Malaysia Menetap Di China Kongsi Situasi Sebenar Covid-19 Di Sana
Ketika itu, kita semua digalakkan mengambil suntikan vaksin bagi mencegah jangkitan wabak yang menyaksikan satu dunia diuji dengan jutaan kematian. Namun secara perlahan-lahan dalam tempoh dua tahun ini, kita kembali mendapat “kebebasan” hingga mampu menjalani kehidupan normal seperti sedia kala.
Namun di saat kita diajar “hidup bersama Covid”, China negara pertama tercetusnya wabak ini kembali diuji dengan varian baru hingga dapat disaksikan hospital di negara besar ini dipenuhi manusia yang sakit. Sekaligus merisaukan kita semua jika pintu sempadan dibuka kepada warga China yang mungkin bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
Dilaporkan China akan membuka semula sempadannya pada 8 Jan 2023 selepas hampir tiga tahun ditutup berikutan pandemik COVID-19.
Di sebalik pengumuman itu timbul kebimbangan kepada kita apa akan berlaku jika negara membuka pintu sempadan kepada warga China?
Tak hairanlah banyak pendapat mengatakan Malaysia wajar berhati-hati dan perlu menutup pintu sempadan buat sementara kerana tidak mahu kejadian tiga tahun lalu berulang.
Namun benarkah situasi Covid-19 di negara besar itu seburuk seperti disangka dan rakyat dikenakan perintah kawalan pergerakan?
Dari perkongsian di Tik Tok @caedevect atau Vincent Lee, rakyat Malaysia yang menetap di China ini memaklumkan, situasi Covid di negara tersebut adalah terkawal terutama di penghujung Disember lalu.
Tidak adalah sampai keranda diusung di jalanan seperti dilaporkan. Masa yang sama, Vincent turut berkongsi beberapa video (bermula November dan Disember) di mana rakyat China dikenakan sekatan pergerakan bagi membandung wabak ini. Tapi di penghujung Disember, kata Vincent sekatan itu semakin longgar kerana tiada yang dijangkiti lagi.
Dari penjelasannya, kes Covid di Amerika paling tinggi di dunia dengan 115, 787 kes dilaporkan di negara tersebut. Beratus orang mati di US kerana Covid tapi tiada orang yang takut pun.
Tapi bila China mengumumkan kelonggaran Covid-19, dia mengakui ramai orang jatuh sakit pada minggu pertama dan ketiga, tetapi sekarang banyak tempat sudah menjadi normal kerana ramai orang sudah pulih.
Katanya, di hospital pun kebanyakan wad sudah mulai kosong dan keadaan sangat terkawal berbanding di awal Disember lalu di mana ramai yang mati dan jatuh sakit. Dan kata Vincent, banyak video-video lama di post seolah-olah memberi gambaran menakutkan tentang negara ini sedangkan situasi adalah sangat terkawal.
Lebih baik kita mendengar laporan dari yang telus begini kerana hanya mereka yang berada di situasi saja melaluinya.
Meskipun usia masih muda, namun pasangan remaja ini mempunyai alasan yang tersendiri, memohon pendaftaran perkahwinan. Takut tidur seorang antara alasan pasangan remaja berusia 14 dan 15 tahun di daerah Bantaeng, Sulawesi Selatan di Indonesia ini untuk berkahwin pada usia muda.
Pasangan berkenaan yang tidak dinamakan dan masih bersekolah menjadi tular di media sosial selepas mereka mendaftarkan untuk berkahwin baru-baru ini. Surya.co.id melaporkan, pasangan itu datang ke Pejabat Hal Ehwal Agama Daerah Bantaeng Khamis lalu untuk mengikuti Kelas Bimbingan Perkahwinan dan mendapatkan pendaftaran perkahwinan.
Media tempatan sebelum ini melaporkan, permohonan perkahwinan pasangan itu pada mulanya ditolak kerana usia mereka terlalu muda tetapi selepas membuat rayuan di Mahkamah Agama Bantaeng, permohonan mereka diluluskan.
Usia Minimum Berkahwin
Menurut undang-undang di Indonesia, usia minimum untuk berkahwin bagi perempuan adalah 16 tahun, sementara lelaki 19 tahun.
“Pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung hari ini (semalam) terpaksa dibatalkan.
“Tapi jangan risau mereka tetap boleh berkahwin.
“Mengikut peraturan, 10 hari selepas membuat permohonan kepada pejabat agama barulah mereka boleh bernikah.
“Ini baru masuk hari kelima. Diminta bakal suami bersabar ya,” kata jurucakap Jabatan Agama Bantaeng, Mahdi Bakri semalam.
Ketika ditanya alasan mahu berkahwin, remaja perempuan itu berkata, dia bukan dipaksa kerana berbadan dua, tetapi keinginan mereka sendiri.Selain itu dia turut memberitahu takut tidur seorang kerana sering ditinggalkan sendirian di rumah selepas ibunya meninggal dunia dan bapanya kerap ke luar daerah untuk urusan perniagaan.
Selamat Pengantin Baru diucapkan, semoga perkahwinan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Pemergian Allahyarham Siti Aminah Bte Mohd Nor yang sudah khatam 30 juzuk Al-Quran, meninggal dunia di bulan Ramadan.. sungguh inilah pemergian yang dicemburui. Iaitu kematian yang husnul khatimah.
Semasa hayatnya, Allahyarham yang baru berusia 24 tahun ini seorang yang sangat menghormati gurunya. Allahyarham juga sangat kuat beramal.
Sehinggakan rakan-rakan dan pelajar-pelajar lainnya sangat menghormatinya dan menggelarnya macam wali.
Gelaran itu diberikan kerana kuatnya Allahyarham beramal dan bersantun, rajinnya belajar.
“Allahyarham juga, MasyaAllah.. seorang yang sangat pemalu. Kalau mahu bertanyakan soalan kepada saya, saya terpaksa minta dia tulis dekat kertas. Kerana sifatnya yang terlalu malu.
Begitu halnya semasa hidup, Allahyarham seorang yang sangat kuat berzikir. Malah, ada wirid-wiridnya yang diamalkan setiap hari.”
Guru yang mendidik Allahyarham, Uwais AlQarni Abdul Wahab berkongsi kisah kebaikan Allahyarham Siti Aminah sepanjang anak muridnya itu menuntut di madrasah Pusat Pengajian Tahfiz Ribat Al-Mustafa & Ribat Az-Zahra.
Kongsi Ustaz Uwais, “Pagi ini merasa sangat sedih atas pemergian ke rahmatullah seorang murid saya yang sangat beradab dan berakhlak di Ribat az-Zahra.
Beliau adalah Siti Aminah bte Mohd Nor yang telah berjaya mengkhatamkan al-Quran 30 juzuk bersama kami di sini.
Kata Sidi Rawwas dalam syairnya:
والجنازة لنا شاهدة تروي منا طواه العمر
“Jenazah itu kan menjadi bukti kepada kita tentang apa yang telah si mati habiskan sepanjang umurnya”
Beliau dijemput Allah SWT di hari kewafatan Nabi , di bulan yang mulia dan menghampiri hari Nuzul al-Quran yang tersemat di dadanya. Saya diberitahu beliau mengucapkan 2 kalimah syahadah dengan sempurna sambil jarinya ditungkat ke langit sebelum menghembuskan nafas terakhir.. Ya Rabb ..
Saya sebagai gurunya menjadikan saksi kepada Siti Aminah pada segala kebaikan, kesantunan, ketaataannya kepada Allah & Rasul serta ibubapa, keluarga & semua kenalannya.
Moga Allah mengampuninya dan menempatkannya bersama Nabi Muhammad SAW di Syurga Firdaus Tertinggi..”
Maklum gurunya, semasa hayatnya Allahyarham Siti Aminah menghidap penyakit yang datang secara berperingkat. Sehinggakan akhirnya anak muridnya itu terpaksa membuat pembedahan membuang ketumbuhan.
“Kemudian, ada efek pada rahim sehingga tidak boleh membuang air kecil. Dan akhirnya, disahkan kanser usus.”
Penyakit yang dihidapi Allahyarham itu lama kelamaan menjadikan tubuhnya begitu kurus sehingga tinggal tulang saja. Dan akhirnya Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Kongsi Ustaz Uwais lagi, semasa pengebumian anak muridnya itu baik waktu solat jenazah mahupun ketika berada di kubur, ramai yang hadir untuk menghormati perjalanan akhir jenazah.
“Alhamdulillah, saya sebagai gurunya dapat memimpin solat dan bacaan talqin untuk beliau.”
Itulah perjalanan akhir Allahyarham Siti Aminah yang berusia 24 tahun, yang hafal 30 juzuk Al-Quran.
Mingguan Wanita : Al-Fatihah.. semoga roh Allahyarham Siti Aminah Bte Mohd Nor ditempatkan di kalangan orang yang beriman.