Sumber Foto : Facebook Cikgu Mohd Fadli Salleh

Besarnya jasamu guru “melihat mata anak-anak murid bagai melihat mata anak-anak sendiri”. Tanggal 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia sebagai penghargaan kepada guru yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa ke arah kejayaan.

Tugas guru semakin hari semakin mencabar. Namun golongan pendidik ini ternyata tidak jemu mendidik anak-anak bangsa.

Peredaran zaman dan kemajuan teknologi tidak pernah mengubah tugas dan jasa guru dalam mendidik dan membekalkan ilmu kepada seluruh pelajar.

Besarnya Jasamu Guru

Berkongsi status Guru Popular, Cikgu Mohd Fadli Salleh yang mempunyai ratusan ribu pengikut di Facebook dengan gelaran Cikgu Korea penulis berasa terharu dan mahu berkongsi kisahnya tentang seorang guru.

Bersetuju dengan apa yang dicoretkan, semestinya golongan pendidik merupakan insan paling istimewa. Mereka mencurahkan segala ilmu agar anak bangsa menjadi insan berguna!

“Seorang guru itu…

Banyak sungguh berkorban untuk anak-anak muridnya. Mereka melihat mata anak-anak murid bagai melihat mata anak-anak sendiri.

Yang luka, disapu ubat. Yang menangis airmata itu dia lap. Yang tertinggal duit, diberi duit belanja. Yang pakaian koyak, alat tulis hilang, diganti baru.

Sentiasa Teringat Murid-Murid

Dalam fikiran guru-guru, sentiasa teringat tentang murid-muridnya.

‘Boleh ke tak anak-anak murid aku jawab soalan peperiksaan tahun ini’

IKLAN

‘Budak-budak ni datang kelas tambahan bawa duit belanja ke tak?’

‘Kenapa agaknya murid ini tidak hadir berhari-hari. Sakitkah dia?’

‘Ni kalau beli untuk kelas ni, mesti anak-anak murid selesa’.

Utamakan Kebaikan Murid Lebih Dari Anak Sendiri

Pemikiran begitu biasa dalam kepala mana-mana guru. Sentiasa utamakan kebajikan anak-anak murid kadang lebih dari anak-anak sendiri.

Di seluruh dunia, sikap guru-guru hampir serupa. Bacalah portel atau artikel dari negara mana pun, kalau pasal pendidikan, sikap guru-guru hampir sama.

Sangat cakna dengan murid-murid mereka. Selalu memberi inspirasi dan semangat. Hanya kerana mereka ingin melihat murid-murid mereka berjaya.

IKLAN

Siapa pun kita hari ini, sejarah kita dimulakan dengan seorang guru yang penuh gigih dan sabar mengajar kita tulis baca.

Selamat Hari Guru buat semua guru walau di mana kalian berada. Terima kasih atas tunjuk ajar yang menjadi paduan sepanjang kehidupan,” luah Cikgu Mohd Fadli.

“Terima Kasih, Selamat Hari Guru Pada Semua Cikgu” Warganet 

Menerusi ruangan komen ramai yang berterima kasih kepada para guru yang mendidik.

IKLAN

Baca Sini : Masa Depan Anak-Anak Dipertaruh, Jumlah Guru Bersara Awal Meningkat Luar Biasa

Beza Usia 15 Tahun, Pemuda Ini Pilih Guru Sendiri Sebagai Isteri

Mingguan Wanita: Selamat Hari Guru Buat Semua Golongan Pendidik!

Sumber / Sumber Foto : Facebook Cikgu Fadli Salleh

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Tabahnya hati anak ini, semangatnya dek kerana ibu kesayangan.