Isteri pelawak terkenal, Jep Sepahtu, Sari Yanti selamat melahirkan anak bongsunya pada 6 Jun lalu jam 11.44 malam. Kelahiran anak keempatnya kali ini tak mudah, malah diibaratkan Sari Yanti bak bertarung dengan nyawa sendiri.
Sehinggakan, ketika lalui proses bersalin bayi lelakinya itu, Sari Yanti menangis dek menahan kesakitan. Ini diakuinya sendiri ketika berkongsi kisah bersalinnya kali ini.
Kongsinya di instagram,
“Assalammualaikum.. hari ni kakak ada masa terluang sikit nak share pasal kelahiran baby baru kakak – dah hari ke 10 hari ni., tadi pun dah pergi first hospital visit dengan Baby.
6 june 2020 hari bersejarah lagi sekali dalam hidup kakak.. Hari deliver baby yang ke 4 dari kandungan yang ke 6. Huhu.. boleh faham tak?”
Ads
Sebelum ini, Sari Yanti pernah alami keguguran sebanyak dua kali.
Menangis Tahan Sakit..
“Ceritanya kakak masuk labour room lepas subuh. Tapi sang putera decided nak keluar lambat sikit.. bertarunglah kakak nak keluarkan dia. Menangis tahan sakit. Dalam sakit sakit tu bersyukur sangat dengan nurses yang bantu kakak… terima kasih kakak ucapkan untuk kak Has, Kak Riza, kak Bedah dan team. – (ada nama yang tak ingat sebab tengah tahan sakit kan.. maafkan saya) .
Suami kakak. Punyalah gusar suami tunggu. Sebab kakak memula confident jugak mungkin boleh bersalin tengahari.. ternyata walau dah banyak kali deliver baby pun belum tentu senang. Lama jugak kali ni kena bertarung nyawa. Syukur semuanya dah selamat. Ingat balik wajah suami tunggu tu priceless. Risau campur sedih , macam dia nak ikut nangis sekali.., agaknya apatah yang dia rasa. – terima kasih sayang. Sebab sentiasa ada n bagi semangat untuk I @jepsepahtu .
Mak ayah keluarga Biasanya bila keluar je dari labour room ramai dah tunggu kat luar… mak ayah , aunties, cousins, kawan kawan rapat semua ada belaka.. kali ni lain . Suami sorang je yang boleh ada. – Dalam suasana pandemic ni Mama kakak kena tunggu kat rumah je. Kali ni kiriman doa je ikut sama. Doa mama doa baba.. doa mak abah, seluruh keluarga dan sahabat handai.
Alhamdulillah untuk semuanya Ya Allah Ya Rabb.
Untuk kesakitan,
Untuk pengalaman,
Untuk setiap titik keringat dan air mata,
Untuk satu lagi anugerah,
Untuk cinta dan sayang suami,
Untuk doa dan kasih ibu bapa
Untuk sokongan keluarga dan sahabat .. Untuk keselamatan dan kesihatan .
Untuk berjuta nikmat mu Ya Rahman Ya Rahim .
Alhamdulillah. .
Delivery type : normal
Birth Weight : 3.34kg
Time : 23.44pm
Sari Yanti mendirikan rumah tangga dengan Jep pada 25 Februari 2017 dan hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, yang dinamakan Dariya Inara.
Dari perkahwinan terdahulu Sari Yanti mempunyai dua orang cahaya mata.
MW :Tahniah! Jep dan Sari Yanti. Dah dapat sepasang.. didoakan moga ibu dan bayinya sentiasa sihat melalui tempoh berpantang.
Telefon pintar dengan sokongan rangkaian 5G, Huawei nova 7 SE bakal memasuki pasaran Malaysia dengan harga yang sangat berbaloi, hanya RM1,499 sahaja. Ia bakal menemui korang di pasaran pada 19 Jun ini bersama dengan FreeBuds 3i yang juga akan dilancarkan pada harga RM399.
Selain harganya yang berbaloi, pembelian HUAWEI nova 7 SE dari 19 Jun ini menawarkan anda :
*Tertakluk pada tema & syarat * Sementara stok masih ada
Dengan rekaannya yang bergaya dan inovasi teknologi yang padu membolehkan pengguna merasai sendiri pengalaman yang berbeza semasa menggunakan, telefon pintar HUAWEI nova 7 SE.
Agar anda lebih faham akan kelebihan HUAWEI nova 7 SE ini, Pengurus Jenama, Isabel Koh berkongsi bagaimana telefon pintar dilengkapi rangkaian 5G ini dapat menambah nilai dalam kehidupan seharian anda.
Telefon pintar ini hadir dalam pelbagai warna yang dilengkapi dengan laminasi warna. Model Space Silver mempunyai rekabentuk kecerunan tiga warna unik yang dibuat dengan proses maju yang terkemuka di industri. Sekaligus, memberi Siri HUAWEI nova 7 baharu kemasan unik yang membolehkan cahaya memancar secara berbeza dari perspektif berbeza.
Warna lain untuk HUAWEI nova 7 SE ini termasuk Crush Green dan Midsummer Purple yang menawan. Dah tak perlu risau nak cari casing semata nak cantikkan telefon.
Tak seronokkan pegang telefon berat? Jadi lenguh tangan. Siri HUAWEI nova 7 ini walaupun didatangkan dengan ciri-ciri lebih ringan dan nipis, tapi kemampuan fotografinya usah diperlekehkan. Telefon pintar berciri reka bentuk langsing ini berpusatkan minimalis untuk kedua-dua perisian dan perkakasan.
Jadi, ia bukan saja membolehkan tampil dengan prestasi yang unggul tapi juga dapat mengurangkan ruang keupayaan pemproses, menghasilkan ukuran motherboard yang lebih kecil, ringan. Sekaligus menjadikannya telefon pintar yang lebih nipis. Malah lebih ringan dari alat solek anda.
Siapa pun akan mencari telefon pintar dengan kualiti kamera yang terbaik. Itulah realiti pengguna kini. HUAWEI nova 7 SE ini disokong pemproses Kirin 820 yang berkuasa dengan keupayaan AI yang hebat. Membolehkan fotografi dihasilkan dalam definisi tinggi yang berkualiti tinggi. Malah gambar malam, dapat dirakam dengan hasil yang menakjubkan dengan kualiti video 4K yang luar biasa.
Ini kerana, telefon pintar ini dilengkapi dengan ciri 64MP AI Quad Camera. Malah, HUAWEI nova 7 SE , 5G ini hadir dengan kamera depan 16MP yang menggunakan apertur f/2.0 yang besar dengan ukuran piksel 1.0 um. Kelebihan ini membolehkan telefon pintar ini menangkap lebih banyak cahaya dan perincian sewaktu anda ‘berselfie’.
Kamera depan ini juga disokong dengan Super Night Selfie 2.0 untuk rakaman ‘selfie’ pada cahaya rendah. Kebisingan dikendalikan dengan algoritma BM3D, sementara itu perincian ditingkatkan dengan menyusun beberapa bingkai RAW bersama-sama. Hanya memerlukan dua saat untuk kamera menghasilkan potret diri yang benar-benar menarik.
Anda tak perlu lagi bimbang akan terlepas momen-momen penting dalam aktiviti seharian. Misalnya, ke majlis hari jadi rakan baik, berjalan-jalan di tempat bersejarah.. momen-momen penting ini dapat anda rakam dengan baik dengan menggunakan Siri HUAWEI nova 7 yang baharu.
Sokongan mode dual kamera membolehkan anda menggunakan sepenuhnya keupayaan kamera depan belakang dalam satu-satu masa. Malah kamera belakang dilengkapi dengan kanta makro yang membolehkan imej close-up dirakam dengan baik dan indah.
Tak ada dah nak rasa susah hati, telefon padam tiba-tiba sebab habis bateri. Siri HUAWEI nova 7 ini dilengkapi dengan keupayaan bateri yang besar sehingga 4000mAh dan HUAWEI SuperCharge 40W. Bermakna telefon pintar ini dicas 70% dalam masa setengah jam sahaja.
Inilah peranti telefon pintar 5G paling mampu milik di Malaysia. Ia turut menjadi telefon pintar jarak jauh pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan teknologi rangkaian 5G.
Lengkap dengan rakaman kualiti fotografi premium dan video berprestasi luar biasa, Siri HUAWEI nova 7 ini boleh dibeli dengan harga bawah RM2000. ‘Amazing’ kan!
Ada masa, kita berdepan kesukaran nak hantar dokumen atau ‘presentation slide’ semasa mesyuarat atau semasa dalam kelas. Dengan telefon pintar ini, masalah anda dapat diatasi.
Sebab dalam Siri HUAWEI nova 7 ini di pra-pasang dengan MEETime untuk menyokong panggilan video FHD 1080p antara peranti HUAWEI yang lain.
Dengan teknologi pengecaman wajah HUAWEI ini kualiti gambar dipertingkatkan. Wajah dapat dirakam dengan lebih jelas walaupun pada cahaya rendah.
HUAWEI Share pula, dilengkapi ciri perkongsian fail, bermakna pengguna dapat menggunakan kaedah menyeret fail antara peranti dengan lancar untuk memastikan kemudahan yang optimum.
Kredit : HUAWEI
HUAWEI FreeBuds 3i yang terbaharu dan dipertingkatkan ni datang dalam bentuk kon yang ergonomic bagi penggunaan berpanjangan yang selesa. Bakal dilancarkan pada 19 Jun, ia boleh disambungkan dengan HUAWEI nova 7 dan berharga RM399 je.
Dengan menggunakan HUAWEI AppGallery pada telefon pintar baharu ini, anda boleh muat turun semua aplikasi kegemaran yang digunakan kebanyakan rakyat Malaysia. Maklumat lanjut layari di sini.
Sesuatu yang anda nanti-nantikan telah pun kembali, Karnival AppGallery HUAWEI. Bermula 19 Jun hingga 30 Jun 2020. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran berganda-ganda dan menangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM2 juta.
Boleh didapati di HUAWEI Experience Stores (HES), hadiah kemenangan ini termasuk 3 buah kereta Proton X70 dan 500 skuter elektrik.
Kalau tak sabar nak tungu sehingga 19 Jun ini, layari HUAWEI Store untuk dapatkan baucar bernilai sehingga RM160. Apa tunggu lagi? Cepat kosongkan jadual anda, mana tahu anda boleh bawa balik kereta baru nanti.
Untuk para pelanggan HUAWEI! Setiap pembelian HUAWEI nova 7 SE, anda berpeluang menikmati makanan enak dan layanan istimewa, sehingga nilaian lebih RM1000.
Rakan kongsi seperti, Baskin Robbin’s, Domino’s Pizza, Texas Chicken, Puma, AirAsia BIG dan banyak lagi bersedia untuk meraikan anda, pengguna HUAWEI nova 7 SE.
Kami juga tawarkan ganjaran, Baucar Diamond Royale untuk penggemar permainan video!
Cara untuk menebus ganjaran : 1. Buka HUAWEI AppGallery > pilih ‘Gift’ > tebus hadiah Free Rire ‘Diomond Royale’ > salin kod 2. Layari https://reward.ff.garena.com > log in akaun Free Fire anda > masukkan kod penebusan > klik ‘Confirm’
Lawati HUAWEI Store atau HUAWEI Experience Stores (HES) untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan nova 7 SE. Huawei pun ada pelan bayaran ansuran yang bermula serendah RM5.20 sehari untuk meringankan beban poket anda. http://huaweitogether2020.3ex.com.my
Okay! Tandakan kalender anda siap-siap bermula 19 Jun ini ya. Kilk sini untuk informasi selanjut HUAWEI nova 7 SE ini!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Buah Durian sememangnya mempunyai bau yang agak kuat. Jika tak biasa bau ‘Raja Buah’ ni memang boleh sebabkan loya dan muntah. Di negara kita dan kawasan Asia, makan dan bau durian merupakan perkara biasa.Namun berbeza dengan penduduk di kawasan Eropah.
Kasihan sungguh dengan seramai 12 pekerja pos di Jerman yang terpaksa mendapatkan rawatan di hospital, manakala puluhan lagi dibawa keluar dari pejabat pos di bandar Schweinfurt, di sini. Ia kerana mereka dikatakan menerima rawatan perubatan kerana loya setelah menghidu bau kuat daripada bungkusan berisi durian kelmarin.
Difahamkan, pegawai polis, pasukan bomba dan pasukan perubatan kemudian dipanggil ke pejabat pos berkenaan untuk memeriksa bungkusan itu.Polis mengarahkan semua penghuni bangunan keluar, termasuk 60 pekerja sebelum polis dan pegawai bomba membuka bungkusan itu.
Kekecohan bermula selepas seorang kakitangan pejabat pos itu curiga kerana terhidu bau yang amat asing.
“Oleh kerana kandungan bungkusan itu tidak diketahui dan tidak jelas, ia dianggap sebagai barang berisiko tinggi,” kata kenyataan polis Schweinfurt seperti dipetik portal berita antarabangsa CNN.
Setelah siasatan dibuat, bungkusan terbabit mengandungi empat biji durian dari Thailand yang dikirim seorang penduduk Schweinfurt berusia 50 tahun untuk rakannya di Nuremberg.
Polis berkata, 12 pekerja yang mendapatkan rawatan di hospital itu mengadu loya, manakala enam yang lain pula dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Kejadian bungkusan berisi durian bukanlah pertama kali berlaku di Jerman. Tahun lalu, perpustakaan di Universiti Canberra terpaksa dikosongkan kerana didakwa kebocoran gas dan hasil carian kemudiannya mendapati bahawa bau itu datang dari buah durian.
Sebelum ini, program realiti Fear Factor pernah menampilkan durian sebagai salah satu makanan yang mesti ditelan oleh peserta. Biasanya peserta dikehendaki memakan haiwan atau unggas yang menjijikkan. – AGENSI
MW: Kasihannya, gara-gara durian huru hara jadinya. Mungkin di Asia durian jadi kesukaan ramai, namun berbeza bagi negara Eropah. Apa pun memang rugilah jika tak makan dan menikmati durian. huhu
Musim COVID-19 ni ramai yang hilang pekerjaan dan punca pendapatan jadi kebanyakan pilih berniaga kecil-kecilan demi meneruskan kelangsungan hidup. Kalau tengok orang berniaga tepi jalan, supportlah jangan HINA mereka. Sumbangan seringgit dua yang kita beli barang tu besar maknanya bagi peniaga ini. Duit hasil berniaga itulah mereka gunakan untuk membeli susu anak dan memberi makan pada keluarga.
Hari ini, mereka susah, esok lusa mungkin kita pula diberi ujian sebegini. Jadi jangan pandang rendah pada usaha mereka nak sara keluarga. Kalau taknak beli barang mereka, diam je. Mulut tu kunci rapat-rapat, jangan nak sindir atau hina mereka. Pandangan mata tu tundukkan, jangan nak pandang mereka dengan pandangan yang hina
Min kagum dengan semangat blogger terkenal, Tira yang tak jemu-jemu mencari rezeki untuk keluarganya. Kisah Tira yang dibesarkan dalam keluarga yang susah begitu menyentuh hati. Walau Allah uji dengan kesempitan wang, wanita ini tak pernah menyalahkan takdir. Terbaru, Tira berniaga ayam Korean dan cheese di Cyberjaya.
“Jangan pernah malu berniaga tepi jalan, bawah khemah dan tengah panas. Nak buat apa semuanya bermula dari bawah. Tak perlu malu berniaga. Dulu dekat sekolah Tira selalu jual tisu, ambil upah beli nasi lemak dekat kawan-kawan dan jual poster.
“Apa boleh jual, kita jual janji dapat duit. Nak tolong mama dan tokwan sebab keluarga Tira susah dulu. Hampa kalau tengok Tira depan-depan pun biasa ja. Sorrylah kalau di mata orang Tira ni selekeh atau tak jaga penampilan macam influencer lain.
“Apa tira tau, janji tutup aurat. Berniaga ja lah janji HALAL. Untung tak banyak pun tak pa janji berkat. Terima kasih sangat yang mana support Tira berniaga. Tira terharu sangat-sangat tau. Sayang semua,”ujarnya.
Cuma Min nak pesan tak salah nak minta diskaun tapi janganlah melampau sangat. Ingat ye, mereka yang berniaga kecil-kecilan ini bukanlah orang kaya. Untung sikit-sikit yang mereka dapat tu lah nak rolling modal dan sara keluarga. Jadi tanamkan dalam diri agar ada EHSAN, kalau mampu sebaiknya sedekahlah pada golongan ini. Misalnya harga semua barang RM8, jadi genapkan RM10 bayar pada mereka.
Kita tak tahu usaha mereka yang berpanas di tepi jalan itu mungkin adalah jalan terakhir. Di sebalik yang berlaku, mungkin golongan ini diuji dengan dahsyat. Mungkin dek kerana hilang pekerjaan lama, mereka dihalau dari rumah sewa, putus bekalan makanan di rumah dan susu anak habis.
Jadi berehsanlah sesama manusia. Semoga kebaikan kita yang sedikit ini menjadi asbab Allah pandang kita dengan kasih sayang. Semoga Allah juga berehsan dengan kita. Dengan cara kita berkongsi rezeki wang ringgit dengan mereka mana tahu Allah kurniakan rezeki kesihatan dan kebahagiaan pada kita dan keluarga. Ingat ye, rezeki Allah tu pelbagai bentuk, jangan nampak duit je. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Lelaki Bangladesh kahwini wanita lumpuh berusia 69 tahun sebelum dipercayai mempergunakan isterinya untuk mendaftarkan tiga syarikat yang dikaitkan dengan kegiatan menyediakan permit kerja palsu kepada warga asing.