Kelahiran anak merupakan antara detik terindah dalam kehidupan.Tahniah diucapkan buat penyanyi, pelakon, pengacara dan selebriti berbakat besar Alif Satar,29, apabila isterinya Shadila Halid,34 telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka pada malam tadi, 19 September jam 11.21pm.
Berkongsi Tarikh Lahir
Lebih istimewa, anak lelaki mereka berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan Alif sendiri. Alif lahir pada 19/09/1990 dan anak lelakinya 19/09/2019.
Terdahulu pasangan bahagia ini telah 5 tahun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan dengan dua puteri comel, Alisha Anugerah,4 dan Ariana Mecca,2.
Menerusi perkongsian di laman Instagram Shadila, isteri penyanyi lagu I Want You To Love Me ini, ada berkongsi ucapan hari jadi buat suaminya.
“Saya tidak berkesempatan untuk menulis ucapan hari lahir buat suami tersayang semalam, tetapi saya memberikan dia hadiah hari lahir terindah iaitu anak lelaki”
“Saya rasa sebak, melihat air matanya bergenang semasa mengalunkan azan.”
“Muhammad Alif, saya harap awak tahu, hati saya untuk awak simpan dan jaga. Awak akan selalu ada saya disisi dan saya saya akan melakukan apa sahaja untuk awak.”
“Selamat Hari Lahir untuk suami dan anak lelaki saya. Semoga kamu berdua menjadi kawan baik dan dia (anak lelaki) akan mewarisi segala kebaikan awak. I love you both.
MW: Tahniah buat Alif dan isteri semoga dengan kelahiran bayi ini, dikurniakan lagi rezeki yang melimpah ruah serta menambah ikatan kebahagiaan dalam keluarga.
Ahad, 15 September 2019 jam 10.20 pagi, personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakimselamat melahirkan bayi perempuan bernama Areesya Malaykha di Pusat Perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur.
Kehadiran bayi perempuan, seberat 2.75 kilogram (ketika dilahirkan) telah lama dinantikan Azrinaz dan suaminya, Fairos Khan Abdul Hamid, 43. Kongsinya,
“Sesungguhnya saya dan suami telah lama menanti dan merindui kehadiran zuriat darah daging sebagai penerus jasa, penyeri hidup kami sekeluarga.”
“Menjadi harapan kami agar Areesya Malaykha menjadi seorang anak yang solehah, sehat tubuh badan, pandai berbicara dan berkata-kata (macam mommy) dan menjadi insan berguna di dunia dan akhirat.”
Ibu ini juga berkongsi momen mentahnikkan anak perempuannya itu pada Jumaat yang lalu. Tulisnya,
“Alhamdulilah, mengambil berkat penghulu segala hari, Jumaat lepas Areesya Malaykha telah ditahnik kan oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin dibantu oleh Ustaz Mohd Hafeez di kediaman kami
“Tahnik merupakan amalan sunnah yang dituntut dengan menyapu kurma yang dihancurkan ke langit-langit bayi bersama air zam-zam dan madu. Tujuannya agar bayi terlatih mengunyah makanan dan menguatkannya untuk makan.
“Dari Abu Musa beliau berkata, “(Suatu ketika) aku memiliki anak yang baru lahir, kemudian aku mendatangi Nabi SAW, kemudian baginda memberi nama padanya dan baginda mentahnik dengan sebutir kurma.” [Riwayat Imam Muslim]”
Seminggu lepas kelahiran bayinya, dan selepas bertahnik, Azrinaz dan suami telah memilih nama yang indah untuk anak perempuannya itu. Yang mana, Areesya bermaksud tinggi dan kuat. Manakala, Malaykha membawa erti malaikat.
“Seperti seorang malaikat dari atas, itulah cara kami melihat kamu.. Areesya Malaykha.”
Sebelum ini mereka pernah bertugas bersama di TV3, kembali rapat sejak lebih setahun sebelum mendirikan rumah tangga.
Azrinaz pernah berkahwin dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada 2005, Menerusi perkahwinan itu, dikurniakan dua orang cahaya mata. Pengiran Muda Abdul Wakeel, 13 dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 11.
Kehidupan bermadu cukup sensitif untuk diperkatakan terutamanya buat wanita yang bergelar isteri. Tiada siapa yang rela berkongsi kasih suami bersama wanita lain. Namun perlu ingat, ajal maut jodoh semuanya ketentuan tuhan. Siapalah kita untuk menafikan jodoh yang telah ditakdirkan.
Menyelami kisah manisnya bermadu, Norazlin Abdullah, 45 atau lebih selesa dipanggil Kolin Abdullah berkongsi pengalamannya yang telah 5 tahun menjalani kehidupan bermadu.Kolin merupakan isteri pertama kepada Pelawak dan Penyampai Radio Sinar FM, Rahim Sepahtu, 52.
Ujar ibu kepada empat orang cahaya mata ini, pada permulaannya bukan mudah untuk dirinya menerima kenyataan hakikat diri telah dimadukan dan berkongsi kasih. Hampir 2 minggu menjeruk rasa, berkurung didalam bilik dan sering menyalahkan diri sendiri apabila suami memberitahu telah berkahwin lain.
“Masa mula-mula saya dapat tahu yang suami kahwin lagi.. tipulah kalau saya kata saya tak kecewa, tak sedih boleh terima terus.. mana ada perempuan yang boleh terima terus kan..
“Masa fasa pemulihan itu adalah satu fasa yang sangat kritikal
“Terus terang saya cakap saya struggle, 2 minggu tak keluar bilik, nangis, asyik salahkan diri sendiri, keep on blaming tanya kenapa macam ni dan kenapa macam tu, kata Kolin.
Menurut wanita ini, suaminya sangat memainkan peranan memberi sokongan dan bersungguh-sungguh membantu dirinya untuk pulih emosi dengan cepat, sekaligus mengembalikan rasa cinta dalam rumahtangga.
“Bila tiba satu waktu, sampai satu tahap saya jadi letih. Saya fikir balik sampai bila aku nak jadi macam ni. Kalau ini pilihan saya untuk move on, terima untuk bermadu, saya kena terima dengan positif. Masa tu lah saya mula ‘merangkak’ mencari macam-macam benda untuk membuat saya positif.
“Masa tu anak-anak duduk dekat asrama, diorang tak saksikan keadaan saya. Yang ada masa tu disisi saya adalah suami saya, Abang Rahim dan ibu saya. So inilah dua insan yang ada masa saya struggle untuk saya terima kenyataan.
“Abang Rahim, alhamdulillah dia bersungguh-sungguh untuk selamatkan rumahtangga. Dia bantu saya recover balik, dia bawa saya pergi holidays, dia bawa saya pergi jalan-jalan, keluar berdua, sampai satu tahap saya rasa keadaannya macam kita pula yang baru kahwin semula. Cinta tu, kasih sayang datang balik.
“Proses untuk menerima kenyataan macam saya dalam dua minggu.”
“Cuma saya nak cakap disini, setiap orang yang melalui pengalaman macam saya ni, sebenarnya suami yang kena banyak mainkan peranan.Suami yang kena ada masa dia (isteri) down, dan tak boleh tinggalkan.Bila dah kahwin yang baru, tinggalkan yang lama. Tak boleh macam tu,”ujar Kolin lagi.
Menurut wanita cekal ini, dirinya bersyukur mempunyai madu yang memahami keadaan dirinya ketika dalam fasa sukar, serta ada inisiatif untuk merapatkan hubungan mereka.
“Fasa permulaan saya tak fikir lagi untuk berbaik ke, nak kenal ke, saya tak nak tahu pun (madu). Yang saya nak tahu macam mana saya nak move on, nak terima kenyataan. Sebab sebenarnya fasa paling susah adalah untuk terima kenyataan. Sebab kita keep on denying macam kita hidup dalam denial, rasa mesti adalah salah dimana-mana.
“Berjumpa,dan berbaik ketika Abang Rahim bawa kami di majlis Astro.
“Perasaan kali pertama berjumpa(madu) marah, cemburu, masih dalam fasa negatif..
“Masa mula-mula dia (madu) ada datang jumpa saya, ada whatapps tanya macam mana dengan keadaan saya, ada bertanya khabar, ada inisiatif dia untuk mengenali saya. Saya bersyukur ada madu yang boleh memahami keadaan saya pada masa tu, boleh beri ruang. Apa yang saya minta pada masa itu, adalah masa untuk kembali pulih,” jelas Kolin.
Apabila menjalani kehidupan bermadu, pelbagai perasaan berbaur di hati. Penerimaan ahli keluarga dan masyarakat sering diambil perhatian.Kolin memilih untuk memberitahu status mereka secara berperingkat, dimulakan dengan ahli keluarga terdekat kemudia barulah masyarakat luar.
“Pada mulanya saya rasa takut, saya rasa macam rendah diri pun ada tak confident. Mula-mula sekali saya fikir saya kena bagitahu pada keluarga dulu. Alhamdulillah orang-orang terdekat, mak, anak-anak dan adik beradik semua boleh terima.
“Untuk berhadapan dengan orang luar, saya pernah minta dengan Abang Rahim untuk ambil masa dulu. Beberapa bulan selepas itu, baru Abang Rahim masa tu raya, dia tanya saya untuk war-warkan dekat radio yang dia beraya dua rumah tahun ni.
“Pada masa dia tanya tu, saya memang dah bersedia dan saya pun kata, beritahulah.., ujar Kolin panjang lebar.
MW: Hidup bermadu tak semestinya sepahit hempedu. Jika mengikut acuan yang betul ia mampu menjadi manis bak madu. Apa yang penting kunci utamanya isteri belajar REDHA dan menerima hakikat bahawa suami adalah pinjaman, bukan hak milik mutlak. Malah suami juga perlu memainkan peranan sebagai nakhoda, bijak ‘mengemudi bahtera’ dan berlaku adil pada rumahtangga agar tiada isteri yang terasa.
Kata pelakon Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak, Johan, suami jangan main-main dengan kuasa seorang isteri yang cuma duduk di rumah dan dapur sahaja. Sebab sekali dia beli belanja dapur, suami boleh menangis di bucu katil.
MW setuju sangat dengan apa yang Ozlynn atau nama sebenarnya Roslinawaty Ismail ini kongsikan. Lagi-lagi bab belanja dapur ini. Bukan isteri yang patut sedia, suami lah sebenarnya yang kena prihatin bab hulur duit belanja.
Lagi pun tak luak rezeki suami, bila tak lokek dengan anak isteri ini.
Bagus betul dengan Johan ini sebenarnya. Tetap penuhi keperluan isterinya membeli barangan dapur.
Tulis Ozlyn,
Bila bulan lepas beli barang dapur guna duit bini ko.. nahhhhh pembalasannya untuk bulan nih… bil setinggi budak 5-6 tahun. Lain kali jangan sesekali ko berani skip duit perbelanjaan dapur yek!! Mau tinggal spender jek nanti ko kuar kedai.
Jangan permainkan kuasa mak-mak yang selalu duk rumah dan dapur yek. Akibatnya mau 5 bulan ko nangis tepi bucu katil. Merintih-rintih mintak advance duit minyak motor kat bini.
Aku lak jenis ko tak bawak masuk Sephora pun tak pe. Asalkan pasar dengan grocery store aku ada rasa heaven!
Aritu sensorang aku saja masuk Sephora. Rasa tak sampai seminit aku tengok orang penuh pastu aku macam nak pitam. Tak tau apa yang aku carik. Terus keluar dan balik.
Bukan jiwa aku..
Tapi kalau pasar! Berejam pun tak pe belek sayur segar yang warna warni dengan lauk yang fresh. Pergh! sapa jenis macam aku? Rasa dapur dan memasak tu adalah syurga dunia? Seppp sikit..
Lucu sebenarnya perkongsian Ozlynn yang juga ibu kepada lima cahayamata, Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq ini. Walaupun lucu, ada maksud yang amat mendalam ya mak-mak.
Ozlynn dan Johan antara pelakon yang menjayakan teater Pawana Isabella di Istana Budaya.