Dalam hidup, jangan sesekali berkira untuk memberi kepada yang memerlukan. Kita tidak tahu dengan berkat sedekah itu, apa yang kita hajatkan sebelum ini akan termakbul.
Walau bagaimanapun, untuk memberi sedekah tidak perlu tunggu kita menjadi kaya atau duit yang banyak. Sebab macam-macam cara yang boleh kita beri selain daripada duit, mungkin juga dengan makanan.
Berkat sedekah yang kita anggap tidak seberapa inilah boleh menajadi asbab apa yang kita mohon dan hajatkan termakbul. Kita tak tahu semua ini, hanya Dialah Yang Maha Mengetahui.
Seperti apa yang dikongsikan oleh Uwais madinah tentang kisah benar yang berlaku di kota Mekah. Mungkin ia memberi pengajaran dan panduan untuk kita semua.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Sedekah SUBUH, Ia Termasuk Dalam Sedekah Terbaik. Kena Biasakan Walau Hanya RM1
Sedekahlah Setiap Hari Walaupun Kita Hampir Tiada Apa-Apa. Besar Hikmahnya
Info Lebih Menarik DI SINI
Hadapi Penyakit Kronik
Ini kisah benar.
Ada seorang pemuda Arab ni. Dia menghidap penyakit jantung. Cukup kronik. Doktor pun tak mampu nak bagi harapan palsu lagi.
Setiap hari dia resah memikirkan nasib anak isteri.
Satu hari, dia pergi keluar ke pasar untuk belikan daging buat santapan keluarganya. Kebetulan, semasa di kaunter pembayaran, ada seorang lelaki tua juga beli daging yang sama dengan timbangan tak sampai setengah kilo (kg).
Pemuda tersebut saja lah beramah mesra:
“Pakcik beli sikit ni, pakcik tinggal sorang diri ya?”
Pakcik tersebut pun tersenyum:
“Eh takde lah. Pakcik ada 6 orang anak. Cuma ini saja yang pakcik mampu.”
Pemuda tadi rasa kesian, lalu dia belikan untuk pakcik tersebut 2kg daging untuk dibawa balik.
Sempat juga pemuda itu pesan pada peniaga kedai daging:
“Kalau pakcik tadi datang lagi, kau berikan padanya 4kg daging setiap bulan. Nah, aku bayarkan siap-siap.”
Maka pakcik ini bersungguh hati mendoakan rahmat & barakah bagi pemuda tersebut.
Dipendekkan cerita, tak lama lepas tu, doktor sahkan keajaiban telah berlaku. Pemuda itu sihat, seperti tidak pernah sakit pun sebelumnya.
Sebenarnya kisah sebegini tak pelik. Mungkin dalam kalangan kita pun pernah merasakan keajaiban ini. Manfaat sedekah ni pun memang sangat banyak.
Sebab tu Nabi pun pesan:
داووا مرضاكم بالصدقة
“Ubatilah penyakitmu dengan bersedekah.”
[HR. Al-Baihaqi]
Tak Perlu Duit Banyak
Mungkin musim ramai orang susah ini lah Allah nak mudahkan kita untuk mencari orang yang susah di sekitar kita.
Tak perlu besar-besaran pun tak apa.
Tak perlu jauh-jauh.
Alang-alang pergi kedai beli lauk, tak salah belikan extra. Kemudian hulurkan kepada jiran-jiran. Itu pun dah mampu membuatkan air mata sesetengah di antara kita berhenti mengalir.
Kawan,
Sedekah ni tak perlukan duit yang banyak,
ia cuma memerlukan jiwa yang besar.
Mudah-mudahan, Allah berkati sedekah kita itu, Allah sembuhkan diri kita yang sakit, mak ayah yang sakit, anak yang sakit. Allah keluarkan kita daripada masalah yang kita sedang hadapi.
Walaupun dengan sebutir tamar.
Pintu 21, Masjid Nabawi.
Uwais Madinah
Malaysian in Medina.
#MadinahDiHati
MW: Pun begitu, kalau nak bersedekah kita jangan berkira-kira. Tak kisah walaupun sedikit, asalkan ikhlas.
Sumber: Madinah Di Hati
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI