Pelakon Nadia Aqilah yang kini sudah bergelar ibu begitu teruja dengan status dan tanggungjawab baharunya. Pemilik nama sebenar Nadia Aqilah Bajuri, 36, mengambil keputusan untuk berehat seketika dan memberi tumpuan kepada kehadiran cahaya mata sulungnya Senja Aqilah yang kini berusia setahun lebih.
Nadia Aqilah Risau, Sentiasa Berjaga-Jaga Bila Di Luar
Malah Pandemik Covid-19 membuatkan Nadia berasa sangat risau. Nadia juga mengakui seronok apabila kembali berlakon dan tampil dengan drama terbaharunya namun dalam masa yang sama dek kerana punya anak kecil di rumah dia sentiasa berjaga-jaga sepanjang berada di luar.
“Drama SiTik Tok menjalani penggambaran pada hujung tahun lalu dan ia merupakan lakonan pertama saya selepas lama berehat.
“Seronok tetapi dalam masa sama perlu menyesuaikan diri dengan situasi baharu di set penggambaran di mana kita perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat disebabkan Covid-19.
“Apatah lagi saya mempunyai anak kecil di rumah yang tentunya memerlukan saya sentiasa berjaga-jaga sepanjang berada di luar. Senang cerita saya agak paranoid dan kalau boleh nak buat ujian calitan setiap minggu,” terang Nadia.
Status Ibu Ubah Kehidupan
Sejak bergelar ibu juga, Nadia akui kehidupannya berubah 200 peratus.
“Status sebagai ibu memang mengubah 200 peratus kehidupan saya sebagai seorang wanita dan manusia. Malah sebagai pelakon juga saya kini memberi reaksi berbeza terhadap sesuatu, selain pandangan saya juga berubah.
“Selepas jadi ibu, saya dapat rasakan diri menjadi semakin kuat dan memahami perasaan menjadi ibu dalam erti kata sebenar.
Ads
“Mungkin dulu saya tidak faham tentang soal ini kerana dibesarkan oleh ayah, tetapi sekarang berbeza.
Tumpuan Kepada Anak
“Jadi saya mengambil cuti panjang untuk memberi tumpuan kepada anak dan tanggungjawab baharu sebagai ibu. Kebetulan pula pandemik berlaku beberapa bulan selepas itu dan aktiviti seni pula terhenti seketika,” jelasnya yang memegang watak sebagai Miss Rona dalam drama SiTik Tok. Drama tersebut berrsiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3.
Sumber: SinarPlus
Sumber Foto: Instagram Nadia Aqilah
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Ads
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Mungkin ini berita baik buat wanita yang memiliki tubuh badan bersaiz besar atau ‘berisi’ agar tidak rasa rendah diri dengan penampilan fizikal serta mampu meningkatkan keyakinan diri mereka. Ini kerana menurut kajian terbaru yang dijalankan, menyatakan “lelaki yang menjalinkan hubungan dengan wanita ‘berisi’ ternyata lebih bahagia, ceria sekaligus mampu membuatkan lelaki tersebut hidup lebih lama.
Memetik laporan Daily Times, penemuan ini adalah hasil kajian yang dilakukan oleh Dr Filemón Alvarado dan Dr. Edgardo Morales dari Jabatan Psikologi, National Autonomous University of Mexico (UNAM), yang merupakan salah sebuah universiti terkemuka didunia.
Menurut kajian tersebut,
“Lelaki yang mempunyai hubungan dengan wanita ‘berisi’ ternyata lebih bahagia, lebih gemar tersenyum dan lebih baik dalam mengatasi masalah berbanding lelaki yang mempunyai hubungan dengan wanita kurus”
Kajian juga menunjukkan bahawa wanita kurus cenderung memendam rasa, kurang mesra dan kurang memberi ekspresi dari segi emosi.
10 Kali Ganda Bahagia
Sedangkan wanita ‘berisi’ rasa lebih yakin pada diri mereka sendiri mampu menangani keperluan pasangannya dengan lebih baik.Mereka juga mampu membahagiakan lelaki 10 kali ganda berbanding wanita kurus.
Sebagaimana yang kita tahu, rasa gembira dan bahagia juga membuatkan kita boleh hidup lebih lama, ujar pengkaji.
Kesimpulannya, wanita janganlah terlalu bimbang dan gusar apabila miliki tubuh badan yang berisi kerana tetap ia tetap ada kelebihannya yang tersendiri. Yang paling penting, nikmati kehidupan, namun tetap sihat dan bebas dari sebarang penyakit.
Sebentar tadi balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Hidayah telah mengucapkan rasa bersyukur menerusi entri di akaun Instagram.
“Alhamdulillah syukur. “Selesai urusan untuk hari ini. Terima kasih mak abah & family yang sentiasa mendoakan Dayah & Hamzah, terima kasih juga kepada semua yang sentiasa support dan doakan dayah.”
Hidayah meluahkan perasaan tersebut seusai prosiding tuntutan faraid dan hadanah (hak penjagaan anak) di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Urusan Faraid Dapat Diselesaikan
“Alhamdulillah, urusan faraid dapat diselesaikan. Saya sangat berpuas hati dengan keputusannya. Pihak sebelah sana juga akan mendapat bahagian mereka.
“Antara harta yang difaraidkan adalah rumah, kereta, wang tunai dan barangan peribadi arwah seperti jam tangan, kamera dan telefon.
“Walaupun pihak di sebelah sana tidak hadir, namun, ia tidak mengganggu proses mahkamah kerana semua bahagian (faraid) sudah ditetapkan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian Online.
Bersama ibu dan ayah tercinta.
Mahkamah Tetapkan Oktober Depan Tarikh Baharu
Malah pada prosiding yang dijalankan secara tertutup itu, ibu mentua Hidayah, Sabariah Arshad tidak dapat hadir ke mahkamah berhubung kes tuntutan hak penjagaan anak, Nor Hidayah berkata, mahkamah menetapkan Oktober depan sebagai tarikh baharu.
Sumber: https:https://www.bharian.com.my/
Sumber Foto: Instagram Hidayah Abam
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kehadiran YB Nurul Izzah Anwar ke program World Quran Hour (WQH) bukanlah kali pertama untuknya. Namun, tahun ini cukup berbeza tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Ditambah dengan keberadaan seorang ayah dalam program yang sama. Itulah menambahkan lagi momen bahagia dan kekuatan emosi buat anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim ini.
Lagi-lagi tema mahupun mesej yang dibawa oleh WQH itu sendiri mempunyai simbolik yang berpadanan dengan kehidupan keluarga yang cukup teruji ini. 20 tahun bersabar dengan ujian tuhan, apabila ditahan di dalam penjara.
Namun akhirnya apabila telah dibebaskan keluarga ini memilih untuk memaafkan. Bukankah hal ini sesuatu yang indah untuk dijadikan renungan. Agar kita sama-sama memelihara diri daripada penyakit hati.
“Hari ini memang amat bermakna buat saya kerana program ini disambut bersama ayah saya berbanding tahun lalu.
“Kepulangan beliau (Anwar) ke pangkuan UIAM disatukan dengan tema untuk meraikan dan menghidupkan al-Quran dan ia sangat-sangat istimewa,” katanya.
Hari itu, di program WQH Datuk Seri Anwar Ibrahim membacakan surah Ali ‘Imran ayat 103 hingga 105. Surah Al-Hujurat dari ayat 18 hingga 49 diangkat sebagai tema WQH. Yang mana, surah ini mendidik umat Islam memilih jalan perdamaian ketika timbul perselisihan faham.
Bacalah Al-Quran Bukan Saja Di Bulan Ramadhan
Program WQH yang berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak ini telah berlangsung dengan jayanya. Seiring dengan kejayaan itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh ini turut menyampaikan ucapan tahniah kepada penganjur, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.
“Ini adalah kali kedua saya sertai World #QuranHour dan ia cukup bagus dalam usaha memastikan orang Islam di negara ini dapat membaca dan menghayati al-Quran dengan baik.
“Justeru, saya mengajak lebih ramai lagi untuk kita sama-sama membaca dan memahami al-Quran bukan sahaja di bulan Ramadhan ini tetapi juga diteruskan pada bulan-bulan yang lain,” katanya.
Sumber/Foto : SInar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anzalna Nasir meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan anak-anak di sekolah susulan peningkatan kes rogol pelajar. Ibu prihatin ini menyeru agar semua pihak lebih peka terhadap keselamatan pelajar.