Di pagi Jumaat yang mulia, penghulu segala hari dikhabarkan berita duka buat penyampai radio Suria FM, DJ Lin, apabila ke ibunda tersayang, Puteh Jantan, 80, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit buah pinggang di kediamannya di Jalan Merpati, Larkin Jaya, Johor Bahru, jam 4.50 pagi ini.
Berita pemergian arwah ibunya turut dikongsi dalam laman Instagram.
Allah Lebih Menyayangi Arwah
DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abd Majid berkata, dia dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur apabila mendapat berita pemergian arwah.
“Saya hampir tiba di Kuala Lumpur dari Johor Bahru. Bagaimanapun, saya mendapat panggilan memaklumkan arwah mak sudah tiada.
“Jadi, saya terpaksa berpatah semula pulang ke Johor Bahru. Sekarang sudah berada di Nilai, Negeri Sembilan.
“Saya akui, berita ini paling saya takut untuk diterima, namun, Allah lebih menyayangi arwah,” katanya.
Ads
Penyakit Buah Pinggang
Terdahulu, Allahyarham Puteh dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru akibat penyakit buah pinggang, minggu lalu.
DJ Lin berkata, jenazah arwah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Sungai Danga selepas solat Jumaat
“Mohon sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah mak. Semoga rohnya tenang dan ditempatkan dikalangan orang beriman.
“Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan dan jasa untuk anak. Berehatlah mak.
“Mak sudah puas menanggung sakit. Kami sudah berusaha membantu menyembuhkan sakit. Namun, Allah lebih menyayangi mak.
“Mak akan sentiasa di hati dan kenangan bersama takkan pernah sekali dilupakan,” tulisnya.
Arwah Puteh meninggalkan sembilan anak dan lebih 40 cucu serta cicit.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat Dj Lin seisi keluarga atas pemergian ibu tersayang. Semoga roh allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah
‘Jangan rasa rendah diri kita tak bergaya.’ Paling penting adab kita dengan orang lain. Biarlah kita hidup cara kita, tak perlu terpengaruh dengan gaya hidup orang lain.
Sesetengah orang memang sengaja memilih untuk hidup sederhana daripada bermewah-mewah. Walaupun berkemampuan, mereka memilih untuk dalam keadaan ringkas dan tidak menunjuk-nunjuk kekayaan yang ada.
Ikuti perkongsian Natalia Aivy Dibit ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Gaya hidup minimalis.
Antara orang yang mendorong saya untuk jadi minimalis adalah kakak saya sendiri. Orangnya simple. Pakaian simple. Rambut kemas dan rapi.
Beg pun beg yang dia jahit sendiri. Dompet pun beli di Shopee. Perhiasan di badan tak pernah sebesar jari telunjuk. Hanya sebesar jari kelinking saja. Kadang macam tak pakai.
Kalau dia pakai masdora, tak pernah penuh. Hanya letak seketul dua charm. Saya tanya, kenapa tak pakai banyak charm tu? Katanya, lebih manis kalau guna sikit saja.
Kalau pakai banyak, besar nanti mengundang bahaya. Satu lagi, mengundang hasad dengki orang. Bayangkan kalau yang melihat itu orang susah. Itu jawapannya.
Orangnya sangat tegas. Tajam. Berakal. Nampak macam dia tak tahu apa-apa tapi berisi. Mungkin kerana dia anak sulung, perempuan lagi, dia perlu jadi tegas dan keras untuk adik-adiknya.
Hanya satu doa saya yang tak pernah putus sejak dulu. Semoga lelaki yang berjaya menawan hati kakak saya, tidak persiakan permata dalam keluarga kami.
Lelaki itu bertuah kerana dapat seorang wanita yang tak kenal pun apa itu Coach, Gucci, Prada, Louis Vuitton. Lelaki itu beruntung dapat seorang wanita yang tak tahu pun ada emas pattern ketum, coco, lipan, boba. Apalagi kalau barang mekap. Dia cuma tahu jenama Silkygirl dan Maybelline saja.
Jika dipersiakan, watch me turn into dragon. Saya tak kisah masuk penjara untuk ahli keluarga saya. Benda lain saya boleh runding meja bulat tapi kalau keluarga, no.
Gaya hidup minimalis lebih menenangkan. Tak perlu banyak barang. Tanpa perlu banyak perhiasan. Tak perlu perabot mewah dan besar. Tak serabut kepala nak fikir banyak benda.
Hanya fokus pada matlamat hidup yang mahu dicapai. Selebihnya hanya kehendak, keinginan dan hawa nafsu yang kehausan minta diisi. Self reward tak salah namun kata guru, berpada-padalah. Sederhana itu indah.
Jangan malu kalau kita tak punya apa-apa di badan. Jangan rasa terhina bila kita hanya mampu pakai beg jahitan sendiri atau sekadar beli di Shopee harga RM10.
Jangan rasa rendah diri kalau kita tak bergaya macam orang lain. Kuncinya hanya satu. Kelihatan kemas dan rapi. Yang utama adalah, adab kita dengan orang lain.
Kata guru lagi, simpanlah duit untuk ilmu dan kembara. Tuntutlah ilmu di mana saja kita berada. Mengembaralah selagi usia masih muda.
Lihat rona kehidupan masyarakat seluruh dunia. Di sana kita akan belajar banyak benda. Jika wang sudah cukup, pergilah ke negara lain, ambil masa 4 atau 5 hari menjelajah negara lain.
Lihat dan teliti kehidupan masyarakat di sana. Banyak benda kita akan tahu untuk diceritakan pada anak cucu kita nanti.
Semoga bermanfaat. Salam damai. Tuhan memberkati.
Mingguan Wanita : Kata orang, ukurlah baju di badan sendiri. Tak perlu mengikut orang kalau sendiri tak berkemampuan.
‘Baru seminggu, mentua suruh buat upt.’ Jika gagal hamil, suami kena kahwin lain kerana mentua inginkan cucu secepat mungkin. Kasihan betul sebab baru saja seminggu berkahwin.
Jika semudah petik jari, pasti ramai memilih untuk mengandung secepat mungkin setelah mendirikan rumah tangga. Tapi anak ini adalah rezeki yang ditentukan Allah SWT.
Sebuah hantaran yang tular di media sosial Indonesia memaparkan luahan hati seorang wanita yang baru seminggu berkahwin tetapi dibantah oleh keluarga mentua kerana belum hamil, lapor laman berita Suara.com.
Hantaran berkenaan dimuat naik dalam akaun Instagram @/igtainmentt.
Wanita itu mendakwa bahawa mentuanya meminta dia melakukan ujian kehamilan setelah seminggu berkahwin.
“Saya baru seminggu berkahwin terus disuruh ambil ujian kehamilan oleh mentua. Dia bertanya kenapa belum mengandung lagi. Ini kerana dua isteri abang kepada suami saya belum mempunyai anak.
“Bahkan, mentua beritahu jika saya gagal hamil dalam tempoh sebulan, suami saya disuruh kahwin lain. Saya tertekan kerana suami menurut permintaan mentua.
“Saya sayangkan suami, minta beri jalan penyelesaian,” demikian luahan wanita tersebut.
Hantaran itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Wanita bukan kilang anak! Suami harus bertegas soal ini. Saya sedih membacanya,” kata seorang netizen.
“Pada pendapat saya, buat ujian kesuburan sahaja. Isteri abangnya tak hamil langsung, takut suami atau menantunya kurang subur,” komen netizen lain. – Agensi
Mingguan Wanita : Sebaiknya wanita ini dan suaminya berjumpa doktor dan membuat ujian kesuburun bagi memuaskan hati semua pihak. Tempoh seminggu adalah terlalu singkat untuk menentukan seseorang itu subur atau tidak.
Darah tinggi Eida Moin sukar bernafas, muka, bibir, bahu rasa kebas, kenali punca & komplikasi penyakit ini. Selepas beberapa hari ditahan wad sebuah pusat perubatan di ibu kota selepas mengalami tekanan darah tinggi, pelakon, penyanyi dan pelawak Eida Moin telah dibenarkan keluar dari hospital.
“Alhamdulillah, keluar hospital terus pergi dinner rumah ratu @younglivingmy @vicha_barbie dia dah pesan suruh datang dinner rumah dia terus, rumah dekat je dengan hospital. Ya Allah sedap dan selera dapat makanan kampung,” kongsi Ieda yang juga bersyukur dia sudah dibenarkan pulang ke rumah.
Difahamkan ketika itu tekanan darah tinggi pemilik nama sebenar Siti Haida Abdul Moin, 43 mencecah bacaan hampir 200 dek kerana itu dia perlu ditahan di wad beberapa hari untuk melakukan pemeriksaan dan pemantauan doktor.
Sebelum kejadian, seperti mana dilaporkan portal berita, Eida berasa tidak sihat dan mengalami masalah kesukaran bernafas sebelum ke hospital untuk membuat pemeriksaan.
“Awalnya, saya merasa badan tak sedap dan sukar bernafas.
“Bahagian muka, bibir, dan bahu saya pun rasa kebas.
“Saya tak pernah ada sakit darah tinggi sebelum ini.
“Itulah saya terkejut selepas lakukan pemeriksaan bacaan tekanan darah mencecah 196 dan naik sehingga 220,” ujarnya Eida.
Akui Eida jadual kerja yang padat membuatkan dirinya kurang rehat, itulah antara punca kejadian tersebut berlaku. Malah doktor juga menasihati agar dirinya cukup rehat sebelum bekerja semula.
Doktor juga menitipkan pesanan kepada Ieda agar membuat pemeriksaaan lanjut dan sentiasa menitik beratkan kesihatannya.
Kata Ieda, ketika itu dia seakan tidak dapat menerima kenyataan itu kerana dia mengamalkan gaya hidup sihat dan jaga pemakanan, tetapi terpaksa terima yang dia ada penyakit itu sebab doktor lebih mengetahui.
Seperti mana yang dipetik menerusi Portal Rasmi Hello Doktor, secara umumnya, penyakit hipertensi tidak mempunyai penyebab yang khusus. Tekanan darah boleh meningkat dalam beberapa keadaan tertentu seperti kepenatan, kesakitan, kegelisahan atau selepas melakukan aktiviti fizikal.
Walau bagaimanapun, individu tidak akan dianggap menghidapi hipertensi jika tekanan darahnya mampu kembali ke tahap yang normal.
Jadi, untuk mengetahui jika anda sendiri menghidapi penyakit ini, sila dapatkan diagnosis daripada doktor dalam jangka masa sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan sekali.
Pun begitu, ada beberapa faktor yang sering dikaitkan dengan penyakit tekanan darah tinggi termasuklah:
Apa komplikasi tekanan darah tinggi?
Secara umumnya, hipertensi boleh mengakibatkan tekanan atau bebanan kepada organ dalam badan sekali gus merosakkannya. Ia seterusnya akan menyebabkan beberapa kondisi kesihatan seperti:
Berikut merupakan beberapa cara menurunkan darah tinggi di usia muda:
Ya, dengan tekanan hidup zaman sekarang yang semakin tinggi dan kuat dalam kehidupan seorang anak muda, agak sukar untuk merealisasikan hasrat ini. Pun begitu, anda perlu tahu bahawa stres adalah antara punca utama hipertensi berlaku. Jadi, anda perlu cuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri dari sebarang tekanan serta dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi untuk meminimumkan risiko anda menghidapi penyakit tekanan darah tinggi.
Umum mengetahui bahawa obesiti juga adalah faktor risiko penyakit tekanan darah tinggi berlaku.
Bersesuaian dengan niat anda untuk mengawal berat badan, anda perlu menjaga pemakanan anda. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurangkan makan makanan yang bergoreng, bergaram dan berlemak tinggi serta yang mengandungi bahan pengawet. Dalam pada itu, anda juga perlu hadkan atau berhenti terus dari mengambil alkohol. Seperti mana yang anda sudah tahu, ia adalah antara faktor risiko hipertensi.
Aktiviti fizikal di sini bermaksud anda perlu bersenam atau bersukan sekurang-kurangnya 30 minit dalam sehari sebagai usaha atau cara menurunkan darah tinggi di usia muda. Ia mungkin akan mendatangkan kesan yang perlahan namun berkesan. Menurut kajian yang dijalankan oleh American College of Sports Medicine (ACSM), aktiviti fizikal secara sederhana seperti berjalan, berjoging atau melakukan kerja-kerja rumah sahaja sudah mampu untuk menurunkan tekanan darah anda.
Dalam pada itu, anda juga boleh membuat latihan kardiovaskular seperti berlari atau berenang sebagai rutin harian anda untuk melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kapasiti paru-paru serta menambah baik kesihatan jantung.
Tahukah anda bahawa nikotin dan pelbagai lagi racun berbahaya yang terdapat dalam rokok tembakau dan rokok elektronik boleh jadi punca saluran darah anda menjadi sempit? Ini sekali gus akan mengakibatkan tekanan darah anda meningkat. Ini bukan sahaja boleh berlaku kepada perokok tegar sahaja ya! Perokok pasif juga turut ada risikonya.
Ramai yang mendoakan Ieda cepat sembuh dan dilindungi Allah SWT.