Isu culas nafkah tak akan tamat dan selalu berlaku bila pasangan suami isteri bercerai, bukan tak ada duit langsung tetapi kebanyakannya suka buat senyap.
Di mana hilangnya prihatin si ayah? Tak kan tak kasihan langsung pada nasib anak-anak? Bak kata Puan Farizal Radzali sendiri, tak semua lelaki tetapi zaman sekarang ni ramai para ayah yang culas bagi nafkah anak-anak setelah berpisah dengan ibu mereka.
Lepas berpisah, isteri akan jadi bekas isteri. Tapi anak takkan pernah jadi bekas anak. Sama seperti ibu ayah, takkan pernah jadi bekas ibu mahu pun bekas ayah.
Ada bekas suami yang mencabar bekas isteri,
“Awak yang minta cerai, bukan saya yang ceraikan awak. Lepas tu awak yang minta hak penjagaan anak-anak, awak tanggung lah semua. Kalau nak saya bagi nafkah, jangan minta hak penjagaan, bagi semua anak kat saya, habis cerita.”
Ads
Bercerai Dengan Isteri Tetapi Anak Jadi Mangsa?
Adududuuuu…. Senangnya bicara wahai ayah. Yang anda dendamkan ialah bekas isteri, tak kisahlah apa pun yang telah terjadi di antara anda dan bekas isteri. Tapi anak-anak tetap tanggungjawab bersama sebagai ibu dan ayah.
Kesian kat bekas isteri, turun naik mahkamah entah berapa lama, kos lagi, hanya semata-mata nak tuntut hak anak-anak yang dah terang lagi bersuluh memang nafkah yang perlu ditanggung oleh si ayah.
Atau mungkin bekas suami ni memang nak sangat tengok bekas isterinya berada dalam kepayahan kerana dendamnya.
Ads
Lepas bertahun buat tuntutan, akhirnya berjaya. Namun, masih lagi bekas suami culas nak bayar nafkah anak-anak. Katanya tak mampu. Eh hello, mampu atau tak, itu adalah tanggungjawab anda. Anda mungkin terlepas kat dunia ni tapi anda pasti takkan terlepas di sana.
Kebanyakan ibu pasti akan berusaha jaga anaknya walau tiada nafkah dari bekas suami. Mereka menuntut hak supaya anda takkan ditanya di sana nanti. Tapi pernahkah anda peduli?
Ada antara bekas isteri yang bergantung 100% pada suami semasa sejak berkahwin, tapi terpaksa memulakan hidup dengan cara yang dia sendiri tak tahu nak mula dari mana, terkontang kanting bersama anak-anak yang masih kecil. Namun dengan izin Allah, dia mampu menghadapinya.
Ads
Takutlah dengan Allah, ikutlah perintah-Nya & jagalah amanah-Nya. Takkan tenang hidup anda walau berumahkan banglo besar, berkereta mewah, berpangkat Dato, andai amanah Allah anda tak jaga.
Walau bekas isteri bergaji besar dari anda, walau dia mampu membiayai anak-anak, walau dia tak menuntut apa-apa dari anda, anda tetap tak terlepas dimahkamah Allah kelak.
Andai anda dah punyai keluarga baru, anda tetap tak terlepas dari amanah anak-anak dengan bekas isteri. Dan andai bekas isteri telah bersuami lain, nafkah anak-anak anda dengan bekas isteri tetap amanah anda. Andai suami baru bekas isteri anda mahu menanggung anak-anak anda, itu bukan kewajipannya tapi itu adalah ehsannya.
Pesanan Buat Isteri Baru
Buat isteri baru, jangan subahat. Anak-anak suami anda dengan bekas isterinya, tetap amanahnya. Buat keluarga sebelah bekas suami, jangan buat tak endah dengan nasib cucu anda kerana tiada ungkapan bekas cucu di dunia ini.
Saya salute pada para bekas suami yang beri nafkah kepada anak-anak walau tak dituntut malah kepada bekas isteri juga selagi bekas isterinya tak berkahwin lain. Anda insan terpuji kerana anda tahu amanah anda.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
‘Adik merajuk sampai block WhatsApp.’ Kakak gigih tulis surat sepanjang 434 meter untuk memujuk adiknya. Benarlah air dicencang tak akan putus, begitulah ibaratnya hubungan adik-beradik.
Hubungan yang rapat membuatkan seorang kakak sanggup lakukan apa saja demi menjernihkan hubungan yang keruh. Tentu adiknya cukup terharu melihat kesungguhan sang kakak dalam memujuknya.
Adik Merajuk
Kasih seorang kakak! Apabila adik merajuk, sanggup menulis surat sepanjang 434 meter untuk memujuk.
Seorang wanita di India gigih menulis surat sepanjang 434 meter kepada adik lelakinya yang dikatakan merajuk kerana terlupa memberi ucapan sempena ‘Hari Adik’ yang lalu.
Sampai Block WhatsApp
Menurut laporan Independent, surat seberat lebih 5 kilogram (kg) itu ditulis wanita dikenali sebagai Krishnapriya yang mengambil masa selama 12 jam untuk disiapkan.
Difahamkan wanita berkenaan membuat keputusan untuk membuat surat itu bagi meluahkan rasa sayang dek kerana adiknya, Krishnaprasad telah menyekat nombor telefon di aplikasi WhatsApp.
Selain itu, surat itu dibuat agar hubungan mereka adik-beradik juga pulih seperti biasa.
Dalam pada itu, surat sepanjang 434 meter itu telah diterima oleh adiknya dua hari selepas sambutan Hari Adik.
Bagaimanapun, Krishnaprasad pada awalnya menyangkakan ia adalah bungkusan untuk hadiah hari jadinya.
Namun, selepas dia membuka bungkusan itu, lelaki berkenaan terkejut melihat surat seberat 5.27kg.
Tulis Surat
“Saya terlupa untuk mengucapkan selamat Hari Adik pada dia. Pada petang, dia tidak langsung menjawab panggilan saya dan juga menyekat saya di WhatsApp.
“Jadi saya memutuskan untuk menulis surat kepadanya. Saya mula menulis pada kertas bersaiz A4 tapi tak lama lepas tu saya sedar yang kertas tak cukup sebab banyak perkara yang saya nak sampaikan kepada dia.
“Maka saya pun beli 14 gulung. Saya mengambil masa 12 jam untuk menyiapkan keseluruhan surat berukuran 434 meter dan seberat 5kg,” ujar Krishnapriya.
Sepanjang 434 Meter
Tambahnya, dia turut meluahkan rasa cinta dan sayang kepada adiknya yang lebih muda tujuh tahun daripadanya.
Ujarnya lanjut, mereka sangat rapat dan suka berkongsi hubungan yang sangat mesra. Semasa membesar, mereka juga seperti kembar memakai baju sama warna pada majlis-majlis khas keluarga.
Walau bagaimanapun, Krishnaprasad meluahkan rasa bahagia apabila dia menerima surat yang ditulis oleh kakaknya itu.
Mingguan Wanita : Begitulah hubungan adik-beradik, menipulah kalau mak ayah tak pernah bergaduh dengan adik-beradik. Bergaduh macam mana sekali pun janganlah dibuat musuh, nama pun adik-beradik.
Tak perlu menjerit, mengherdik apatah lagi memukul anak-anak yang degil dan tak dengar kata. Sebabnya ada cara lebih baik, lebih berkesan untuk melembutkan hati anak. Perkongsian daripada Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Puan Ashikin Hashim ini membantu mak ayah yang tengah keresahan.
“Suka saya kongsikan beberapa perkara yang saya praktikkan bersama anak-anak. Sekali lagi ianya adalah pengalaman peribadi yang mungkin sahaja berbeza dengan pengalaman anda. Lain rumah lain didikannya. Feel free to share in sha Allah.”
Senjata Melembutkan Hati Anak
(Berdasarkan pengalaman peribadi Puan Pengetua)
1. Sabar, Solat & Doa
Inilah perisai kita bila kita lemah. Inilah kekuatan kita bila kita sedih. Allah sebaik-baik tempat meminta dan mengadu. Berkomunikasilah dengan DIA.
2. Senjata Mata
Senjata mata sangat bermakna. Pandanglah matanya ketika kita bercakap dan berbual dengannya. Dari situlah dia mendapat tahu bahawa kita mengambil tahu akan perihal dirinya. Dari situlah juga dia melihat akan kasih sayang dari kita. Ketika dia mengadu dan ingin benar bercerita dengan kita, maka pandanglah matanya.
3. Sentuhan & Pelukan
Senjata ini sangat perlu untuk mengembalikan kekuatan dalaman anak. Anak yang tidak mendengar kata, anak yang sukar dibentuk, anak yang dipinggir – ubatnya adalah dengan mendekati mereka. Sentuh dan peluklah mereka. Itu yang mereka mahukan.
4. Sekeping Nota
Sekeping nota seperti ucapan Terima Kasih atau Ummi Sayang Wafi, dan diselit di dalam poket baju sekolahnya sudah cukup untuk mengetuk pintu hati seorang anak. Percayalah, mereka sebenarnya sangat mudah didekati.
5. Hobi
Apa kesukaan mereka? Bola? Basikal? Mewarna? Raikan. Main bersama-sama. Jikalah kita ada konflik dengan anak, cuba ‘tackle’ mereka ketika mereka dengan gembira. InshaAllah, pasti mudah memenangi hati mereka.
6. 30 Minit Waktu Bersama Sebelum Tidur
30 minit sebelum anak mendapat deep sleep (tidur lena) adalah saat paling mudah memberikan mereka nasihat. Manfaatkan waktu ini.
7. Berbual Dalam Kereta.
Kereta antara tempat paling banyak kita habiskan bersama anak. Curi sedikit masa bertanya apa yang mereka lalui hari itu. Jika pagi tadi ada termarah mereka, ambil masa untuk flashback semula. Selit nasihat dalam keadaan tidak stress.
Macam-macam cara boleh mak ayah lakukan dalam usaha nak tunaikan impian anak-anak jadi Haji Muda. Salah satunya menyimpan. Duit raya anak tempoh hari pun bukan seringgit dua, ada yang cecah ratusan malah ribuan ringgit. Kalau tak diurus dengan baik, habis macam tu saja.
Mak ayah kena faham konsep DUIT ANAK tu macam mana sifatnya. Ini perkongsian daripada Puan Hana Shahadan yang mempraktikkan 3 tip menyimpan. Sasarannya adalah mahu tunaikan HAJI bersama anaknya sekaligus si kecil pun jadi haji muda.
Duit anak-anak ni, kita tak boleh pakai tau. Lagilah kalau duit raya, duit tu hak mereka. Walau seringgit. Hukum menggunakan duit raya anak adalah sama seperti kita menggunakan duit orang lain. Seperti konsep berhutang. Dan hutang wajib di bayar. Sekiranya dalam keadaan kita terpaksa pakai duit anak, pastikan kita membayar semula duit mereka dengan segera.
Yang penting, bila dapat duit anak anak tu kita kena menyimpan.
Macam mana cara nak asingkan dan simpan tu? Mudah je. Simpan la sikit sikit, lama lama berbukit.
1. Pastikan Buka Acc Bank Anak Sejak Dari Kecil
Ambil berkat, mommy mulakan dengan buka akaun bank di tabung haji. Terpulang tau nak buka bank apa, tak kisah nak simpan dekat bank mana. Yang penting anak ada akaun bank. Dulu betul-betul mommy habis pantang 44 hari, Mommy terus buka pilih tabung haji, yela nanti nak pergi haji dengan Fateh. Jadi, semua duit yang Fateh dapat mommy dah masukkan dalam tabung haji.
2. Letakkan Target Simpanan Bulanan Untuk Anak
Kalau macam Fateh, mommy dah letak target mesti ada amount RMXXXX sebulan at least untuk simpanan dia sendiri. Kiranya kalau fateh dah 10 bulan, mesti ada RMXXXXX untuk dia. Target tu tak kisah nak letak berapa, ikut kita. Faham ke? Kalau nak senang, pecahkan ikut hari. Setiap hari kena simpan berapa. Tak ada lah rasa terbeban sangat nanti.
3. Asingkan Siap-siap Duit Anak Dalam Satu Bekas Lain
(macam tabung khas anak pun bollen)
Ini yang mommy praktis dekat rumah. Macam Fateh, mommy dah siapkan bekas duit. Kiranya bekas tu memang dah macam tabung cuma lebih besar dan khas untuk letak duit Fateh. Tiap kali papa dia ada duit kecil-kecil masuk dalam tu, tiap kali orang bagi duit, pun letak dalam tu. ( Bekas ni duit anak, bekas dilarang usik tau)
Nota Tambahan
Lagi satu, kita tak boleh menggunakan duit anak untuk membeli lampin atau pun keperluan harian anak kerana semua tu adalah dalam tanggungan kita sebagai ibu bapa.
Cuma yang penting kita sebagai ibu bapa dah menjadi tanggungjawab untuk menguruskan duit anak dengan lebih baik. okay semua?
Semoga usaha mak-mak menyimpan dari kecil membolehkan anak-anak anda menunaikan ibadah haji dalam usia muda dan bergelar HAJI MUDA!
KPM bertindak tempatkan Pengetua, HEM & Warden di JPN Negeri, susulan pelajar jatuh bangunan asrama. Isu seorang pelajar tingkatan tiga yang jatuh dari bangunan...