Benarlah segala kekuatan seorang wanita ada pada Tun Dr. Hasmah. Mingguan Wanita begitu tertarik dengan perkongsian seorang wanita ibu tunggal yang bernama Puan Dzuriasikim Dzulkefli menerusi facebooknya tentang keperibadian Tun Hasmah Mohd iaitu isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7, Tun Mahathir Mohamad.
Benarlah Segala Kekuatan Seorang Wanita Ada Pada Tun Dr Hasmah
Sebagai seorang wanita Dzuariasikim berasa sangat gembira dan terpegun tatkala bertemu sosok tubuh yang sangat dikagumi. Akuinya segala kekuatan seorang wanita ada pada Tun Dr Hasmah. Walau sudah berusia namun jiwa dan semangat Tun sangat luar biasa.
“Biarpun sudah pernah beberapa kali bertemu dan bergambar dengan Tun Hasmah sebelumnya, namun moment ini adalah sangat mahal buat saya kerana ianya diambil sebaik sahaja selesai majlis solat hajat tertutup pada tahun 2020.
“Momen kali ini sungguh istimewa, memberikan saya ruang privasi yang tidak mudah untuk diperolehi. Selalunya ramai akan bersesak untuk mengambil peluang bergambar dan bersalaman dengan Tun Hasmah. Tetapi kali ini tidak. Hanya ada saya, beberapa pegawai dan termasuk pembantu peribadi.
“Semuanya adalah dengan izin Allah. Ketika saya sangat berhajat untuk berjumpa dengan Tun Siti, Allah hadirkan seseorang yang telah mempermudahkan hajat saya. Kekanda Melati Hassan Basree telah memanjangkan jemputan untuk saya hadir ke majlis ini. Begitulah luar biasanya Allah memberi. Manusia yang dihadirkanNya adalah perantara rezeki.
“Sewaktu saya mendekati Tun Hasmah, saya duduk di hadapannya. Saya bersalam hormat. Ketika memegang jari jemari Tun Hasmah, beliau menggengam erat tangan saya dan pada detik itu terasa benar segala kekuatan seorang wanita ada padanya. Biarpun sudah berusia, jiwa dan semangatnya masih luar biasa terasa kuat,” luah Dzuriasikim.
Kongsi Dzuriasikim lagi, Tun Dr Hasmah telah menjadi wanita pertama dalam banyak peristiwa sejak Malaysia masih bergelar Malaya lagi.
Ads
“Saya tidak dapat menahan sebak, ianya bagaikan telepathy. Bibir saya tidak dapat berkata, walaupun saya sebenarnya berhasrat untuk menyampaikan kata.
“Yang keluar hanya airmata. Lalu kami sama-sama menangis. Saling berpelukan erat. Bagaikan pelukan seorang anak dan ibu. Saya masih belum dapat bercakap sepatah pun. Saya sangat mengagumi Tun Hasmah. Dan saya mahu sampaikan itu. Namun semua ayat yang saya susun untuk diucapkan tidak terkeluar dari bibir.
“Live is so short… Sabar, banyakkan bersabar. Doa banyak-banyak…” bisik Tun Hasmah kepada saya dengan nada yang lembut sambil menggosok belakang saya berkali-kali.
“Jujurnya, berat benar untuk melepaskan pelukan dari seorang wanita yang penuh dengan sifat keibuan itu. Saya rindu pelukan yang penuh dengan kasih sayang keibuan begitu. Bagaikan mengerti… Tun Hasmah tidak melepaskan saya dengan segera.
“Please take care. Please stay strong. We are all with you…sabar… ” akhirnya saya dapat membuang rasa “batu besar” yang rasa seperti menyekat peti suara saya. Saya berbisik kepada Tun Hasma. Kerana waktu itu menghampiri pilihanraya. Terlalu banyak berita berleluasa.
Akan Ingat Momen Ini Sampai Bila-Bila
“Saya tidak suka dan tidak pernah menulis perihal politik di media sosial. Saya hanya ingin kongsikan bahawa adalah tidak mudah untuk Tun Hasmah. Dia bukanlah wanita calang-calang. Pada usianya yang begitu lanjut, beliau masih mampu berucap, tersenyum dan berjenaka dengan bijaksana. Tutur katanya tersusun, penuh budi bahasa dan lontaran suaranya sangat lembut. Senyumannya tidak pernah lekang dari bibir bila berkata-kata. Beliau adalah wanita besi yang sentiasa kelihatan tenang, tidak mudah melatah, sangat “classy” bagi saya. Tun Hasmah juga seboleh mungkin sentiasa berada di samping suami tercinta.
Ads
“Tidak semua wanita mampu menjadi seperti beliau. Tidak semua wanita sekuat dia… Menjadi isteri kepada seorang Perdana Menteri bukanlah mudah. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui segala apa yang pernah dilaluinya.
Tun Mahathir pernah menulis…
“Hasmah telah menjadi isteri saya selama lima puluh tujuh tahun. Saya tidak tahu samada ini boleh menjadi contoh kepada sesiapa. Hakikatnya di zaman ini tidak banyak isteri yang boleh bertahan terhadap kelakuan dan cara hidup suami. Nampaknya Hasmah mampu sabar demi kebahagiaan keluarga. ”
“Biar apa sahaja nista yang dilemparkan kepada beliau, hakikatnya, bukan mudah untuk menjadi seorang yang bernama Tun Dr Hasmah.
“Semoga Allah memberikan kesihatan, ketenangan, kekuatan serta rahmat yang berpanjangan kepada Tun Dr Hasmah. Amin Ya Rabbal Alamin,” luah Dzuriasikim.
Nota : (Foto ini telah saya sunting gambarnya bagi menutup bahagian kepala) – Dzuriasikim.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Salam takziah diucapkan buat Ratu Rock Malaysia, Ella dan keluarga yang telah kehilangan ibu tercinta iaitu Yang Asmah Long, 93.
Allahyarhamah meninggal dunia akibat sakit tua di Klang awal pagi tadi.
Ella Kongsi Kisah Sedih Kehilangan Ibu Tercinta
Ella berkongsi berita sedih itu menerusi perkongsian di Instagram dan Facebook miliknya.
“Buat makluman, mohon didoakan bonda Ella, Hajah Yang Asmah Binti Long yang telah pulang menemui pencipta-Nya sekitar jam 2.30 pagi tadi. Pohon moga Allah kurnia inayah dan rahmat,” tulisnya.
Sementara itu adik kepada Ella, Korie memaklumkan, ibunya meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Setia Alam dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam tengah hari tadi.
Sementara itu admin sosial media, Ella juga turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita di atas pemergiaan Allahyarhamah.
“Salam dan sejahtera . Buat makluman, dan mohon didoakan bonda kepada Ella, Hajah Yang Asmah Binti Long yang telah pulang menemui penciptaNya sekitar jam 2:30 pagi tadi
“Innalillahiwainnailaihirojiun.
“Allahummaghfirlaha warhamha wa’afihi wa’fuanha”.
“Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang solehah
Al Fatihah
“Kami pohon moga Allah kurnia inayah dan rahmatnya.
“Takziah buat ahli keluarga Puan Ella atas pemergian bonda yang dikasihi,” kongsi Admin sosial media Ella.
Berapa ramai pemandu dari kalangan kita yang kalih dahulu pandang arah belakang kenderaan atau persekitarannya sebelum membuka pintu kereta. Rata-ratanya pemandu buka pintu dengan tangan kanan terus keluar dari kenderaannya. Tahu tak kalau pemandu amalkan buka pintu dengan tangan kiri ia boleh selamatkan nyawanya sendiri.
Sebenarnya cara buka pintu pemandu dengan tangan kini ini adalah satu teknik yang dinamakan ‘Dutch Reach’. Teknik inilah yang dikesan dapat selamatkan nyawa pemandu dari dilanggar kenderaan lain dari arah belakang.
Sebab itulah pentingnya untuk pemandu melihat dahulu apakah halangan yang mungkin melintasi sebelum membuka pintu kenderaan.
Ini Cara Teknik Dutch Reach Selamatkan Nyawa Pemandu
Ianya habit selamat yang diajar di sekolah memandu di negara Belanda.Sebabnya jika pemandu buka pintu dengan tangan kiri secara automatik tubuh badannya akan bergerak untuk memandang ke arah belakang. Dengan ini pemandu akan dapat melihat halangan yang bakal datang ke arahnya.
Kaedah ini menjelaskan semakin jauh tangan anda mencapai tombol pintu kereta, semakin selamat untuk anda.
Ditegaskan sekali lagi, sekiranya anda di tempat duduk pemandu dan mahu keluar, gunakan tangan kiri untuk membuka pintu berbanding tangan kanan.
Dengan itu, secara automatik kepala anda akan perpusing ke arah pintu dan mata anda akan terarah melihat halangan bergerak yang menuju ke kenderaan anda.
Cara ini juga membolehkan anda melihat sama ada kenderaan lain atau pejalan kaki mendekati kenderaan anda dari arah belakang.
Mengguna pakai kaedah ini dan menjadikannya amalan boleh mengelak dari kemalangan yang diakibatkan oleh kecuaian.
Mudah saja kan caranya wahai pemandu Malaysia. Cuma perlu set dekat kepala yang selepas ini bukalah pintu kenderaan dengan tangan kiri anda. Taklah anda keluar tergesa-gesa tanpa sedar rupanya ada bahaya sedang menanti di belakang anda.
Jadikanlah tindakan ini satu habit.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cabaran mak ayah dalam membesarkan anak-anak pasti pernah berhadapan dengan situasi anak tantrum atau mengaamuk apabila kehendak mereka tidak dipenuhi. Bila dalam keadaan ini, jangan terus pujuk anak, sebaliknya penting untuk kira dulu dari belakang 10 sampai 1. Ada sebabnya bila buat begini.
Untuk faham lebih lanjut, baca perkongsian tip daripada Mohd Fhais Salim ini.
Kalau anak mengamuk, jangan terus pujuk!
Aduh, serabut kepala kalau anak mengamuk. Lebih lebih lagi kalau dia mengamuk di tempat umum atau tengah ramai orang. Silap jika kita terus pujuk setiap kali dia mengamuk, makin lama rajukan dia tu boleh makin parah.
Sebaliknya bila anak mengamuk jangan pujuk terus tapi kira dulu ke belakang 10 sampai 1.
10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1
Kira kuat-kuat pun tak apa, dah habis kira tu baru kita slow talk dengan anak.
Hujahnya :
Kira ke belakang ni dapat menurunkan kadar stress dalam badan dan beri rasa tenang.
Bukan pada anak sahaja, tapi pada kita juga yang sedang berhadapan dengan ragam anak.
Selain dari itu, cara ini juga memberi satu mesej pada anak bahawa,
– Ini cara yang betul untuk urus emosi.
Kadang masa mula-mula praktik teknik ni memang sukar anak nak terima, maklum la emosi dia masih liar lagi.
Tapi jika kita konsisten dan istiqomah praktik setiap kali anak mengamuk lama kelamaan anak akan dapat ibrahnya.
Jangan terkejut, anak sendiri pandai kira 10 sampai 1 untuk tenangkan diri dia sendiri.
Emosi membentuk tingkahlaku. Baik emosi dia, dengan sendiri tingkahlaku dia pun akan baik-baik saja.
Mingguan Wanita: Ada benarnya tip yang dikongsikan ini. Bila anak merajuk jangan terus pujuk, sebaiknya ambil tempoh tenangkan diri dengan teknik kira
kira dulu dari belakang 10 sampai 1. Semoga ia dapat mengurus emosi anak dengan lebih baik. Boleh cuba amalkan dalam mendidik anak-anak nanti.
Zizi Kirana Tak Tersinggung. Penyanyi kecil molek yang juga aktivis kemanusiaan Zizi Kirana akui dirinya tidak berasa tersinggung apabila ada yang mengkritik penyertaannya dalam...