Bagi peminat laksa, jika selalu masak laksa Penang, Laksa utara mahupun Laksa Johor boleh cuba kelainan buat Laksa Sarawak pula di rumah. Kebiasaannya, kuah laksa menggunakan ikan sebagai ramuan utama dan laksa beras mahupun spagheti, naman istimewanya Laksa Sarawak menggunakan isi ayam dan mee hoon.
Boleh cuba buat sendiri Laksa Sarawak yang sedap ini di rumah ikut resipi dan cara yang dikongsikan oleh Nolly’s Kitchen sebagai panduan.Aromanya memang semerbak bau satu rumah.
Selepas hujan, cuaca sejuk-sejuk gitu..Makan pulak Laksa Sarawak panas-panas, memang marvellous. Makan petang hari nih, kenyang sampai ke malam lah nampaknya. Satu rumah semerbak bau rumah.
LAKSA SARAWAK
Bahan-Bahan (Sup Laksa Sarawak):
2 belah dada ayam/isi ayam
200 gram pes laksa Sarawak *Boleh Beli Di Sini :https://invol.co/cl5kpau
250 gram udang
2 liter air
300 ml santan
2 batang serai
1 kiub ayam
garam secukup rasa
Cara-Cara Memasak Kuah:
1. Basuh dada ayam bersih-bersih, kemudian rebus sehingga ayam masak dan agak lembut.
2. Setelah masak, keluarkan dan toskan dada ayam (dah sejuk boleh la dicarik-carik)
3. Dengan menggunakan air rebusan ayam, celur pula udang ke dalam rebusan ayam tadi.
4. Rebus kira-kira 1 minit. Selepas satu minit, keluarkan dan toskan udang.
5. Dengan menggunakan stew ayam dan udang lebih awal, masukkan pula serai yang telah ditumbuk ke dalam air masak.
6. Masukkan pes rempah laksa Sarawak.
7. Masukkn kiub ayam.Masak atas api sederhana sehingga mendidih.
8. Setelah mendidih, tuangkan santan ke dalamnya dan kacau.
9. Reneh dengan api kecil supaya santan tidak pecah minyak.
10. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa. Setelah mendidih dan masak, matikan api. Kuah untuk Sarawak laksa adalah sedia untuk dihidangkan bersama-sama dengan bahan-bahan lain.
Bahan-Bahan (Mee):
1 pek vermicelli (mee hoon)
Air secukupnya
Cara Membuat:
1. Panaskan air di atas api sederhana. Tunggu sehingga mendidih.
2. Jika ia mendidih, masukkan mi vermicelli dan rebus sehingga sedikit lembut.
3. Vermicelli biasanya cepat lembut dalam air panas.Jadi jangan rebus terlalu lama Jika direbus terlalu lama, vermicelli boleh hancur.
Bahan-Bahan (Sambal belacan):
3 tangkai Cili padi
5 batang cili merah
1 inci belacan
½ sudu teh garam / rasa
1 sudu teh gula / rasa
1 biji limau nipis
Cara Membuat :
1. Sediakan Cili padi, cili merah dan belacan.
2. Kisar bersama-sama sehingga lumat.
3. Tambah garam dan sedikit gula secukup rasa.
4. Tambah jus limau, kemudian kacau lagi perlahan-lahan hingga sebati.
Ads
Bahan-Bahan (Hiasan):
Ayam yang telah direbus air tadi disiat-siat
Udang
Telur dadar dipotong nipis
Taugeh dicelur
Daun ketumbar
Limau
Sambal belacan
Cara Penyediaan Laksa Sarawak
1. Masukkan meehoon dalam mangkuk.
2. Hiaskan dengan ayam yang dicarik-carik tadi.
3. Susun udang.
4. Masukkn taugeh dan daun ketumbar.
5. Makan bersama sambal belacan dan perahan asam limau.
Ads
Sedia untuk dihidangkan
Resepi Asal : kk@pbt
Diolah oleh: Uwan Nolly Epin
Menarik sungguh bubur sagu ni, penuh ceria dan warna warni. Diletakkan pula dengan inti ubi keladi. Secukup rasa, manis, lembut dan kenyal bubur ini.Memang sedap dan nak buat pun mudah dan tak renyah. Malah tak gunakan banyak bahan pun. Sesuai sangat dinikmati untuk minum petang.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
“Saya share resepi Bubur Sagu bagi sahabat-sahabat cuba ya, sedap”
Bahan-Bahan:
500g Sagu
Ubi Keladi atau ubi-ubi lain ikut suka
Cara Membuat:
1. Cuci bersih biji sagu dan rendam selama 15 minit dalam air biasa dan campurkan warna ikut suka. Kemudian tapis ye.
2. Kupas kulit ubi keladi, cuci bersih, potong kiub kecil dan rebus sampai empuk.
3.Selepas itu, ambil sedikit sagu letak atas tangan dan ambil pula kiub kecil ubi yang rebus tadi letak atas sagu terebut.
4. Buat bulat-bulat dan sebiji-sebiji sampai habis sagu.
5. Kemudian masak air dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih.
6. Masukkan sagu yang kita buat bulat-bulat tadi rebus sehingga masak, angkat dan letak tepi.
Cara masak air santan
Santan
Gula pasir
Sedikit Garam
Daun Pandan (disimpul)
Cara Membuat:
Campur semua bahan, biar sampai mendidih dengan api perlahan.
Ini petua masak untuk mak-mak yang suka buat kerja nak cepat dari seorang suri rumah, Suhana Mat Rasu yang mana cara penyimpanan yang diguna berkesan untuk tempoh masa lama bagi bahan-bahan masakan yang mesti ada di dapur tapi kadang kita guna sikit je…
1.Daun sup
Pokok daun sup perlu di simpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5L) dan diletakkan didalam peti ais
Caranya:
Potong 2 botol minuman, masukkan pokok daun sup dan tutup. Penting untuk memastikan air diletakkan sedikit sahaja setakat cecah pada HUJUNG AKAR sahaja. Air yang banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup jadi lembik dan busuk.
Pokok yg disimpan dengan kaedah ini dapat bertahan lebih dari sebulan.
2.Lengkuas dan Serai
Disimpan di dalam botol kaca dan di isi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut.
Air boleh ditukar 2 minggu sekali atau ikut keperluan.
Perlu disimpan dalam peti ais dan mampu bertahan berbulan lamanya.
3.Cili api dan Lada Merah
Cili api dan lada merah perlu dibuang tangkai terlebih dahulu sebelum disimpan utk mengelakkan tangkai menjadi lembik sekaligus menyebabkan cili dan lada menjadi busuk.
Disimpan dalam bekas bertutup yg di alas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar.
Setiap kali menggunakan bahan ini, rajin-rajinkan diri untuk lap penutup bekas simpanan cili supaya wap-wap air hilang dan salin tisu dan kertas jika dah terlalu basah.
Simpan dalam peti sejuk InshaaAllah akan tahan lama.
Bahan-bahan yang disimpan dengan cara yg betul akan dapat bertahan lama. Di samping memudahkan dan mengelakkan pembaziran, duit belanja dapur kita juga dapat dijimatkan.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sedapnya aroma ikan bakar Terengganu ala bazar Ramadan ini. Menusuk sampai ke hidung. Lagi-lagi jika terhidu waktu Ramadan. Ya ampun.. sudahlah perut berkeroncong.
Apa pun diri sedang berpuasa kan. Jadi, tahanlah sabar itu. Jika tak dapat nak beli ikan bakar di bazar sekalipun, anda sebenarnya boleh saja buat sendiri di rumah.
Haa.. lelaki ini, Muliadi Ramli berkongsi resepi ikan bakar Terengganu. Katanya, “Salah satu menu yang menarik perhatian ramai ketika di bazar ramadan… ikan bakar. Aromanya menusuk hidung.. Abam kongsikan resipinya.”
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.