Mudah rupanya cara nak buat Kuih Serabai yang lembut dan gebu di rumah. Sekali bancuhan boleh dapat 42 keping. Lebih jimat dan puas hati makan. Malah kuih serabai ni sangatlah sedap dicicah dengan kuah durian atau kari.
Boleh cuba resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Aishah Ismail ini sebagai rujukan;
Serabai sedap dimakan cicah dengan kuah durian atau pon kari pon sedap jugak.
Bahan-Bahan:
4 cawan tepung beras
1 cawan nasi
1 cawan santan
3 cawan air suam
2 sudu besar gula
1 sudu besar mauripan
Secubit garam
Cara Membuat:
1.Blend semua bahan kecuali mauripan.
2.Tuang bancuhan dalam bekas masukkan mauripan kacau rata bagi sebati dan perap bancuhan selama 2 jam.
3.Sebelum itu, oles minyak pada acuan bakar atas api yang kecik. Boleh dapat 42 keping.
Selepas tuang bancuhan tutup dengan penutup periuk.
Bila dah ada lubang-lubang tanda dah masak, boleh angkat. Guna sudu jer (cungkil) nak keluarkan dia.Macam ni dah masak.
Tak sangka biji getah atau asam rong juga boleh dibuat makanan yang sedap. Menurut perkongsian Puan Lily Suryani Mohd Ali, bagi yang tinggal di sekitar Jerantut dan Raub, Pahang, gulai asam rong sangat popular di sana dan ia merupakan makanan orang dulu-dulu.
Berikut perkongsian resipi mudah sambal asam rong yang wanita ini sudi kongsikan;
“Gulai asam rong terkenal sangat di dearah Jerantut dan Raub. Tapi kali ni saya cuba pula masak sambal asam rong. Makanan orang dulu-dulu.Resepi ni arwah mak mertua yang ajarkan.Sesekali kita kena cuba jugak rasa makanan orang dulu-dulu”
“Mungkin ada yang tak pernah makan kan. Saya pun pelik juga, apahal makan biji getah ni”.
Bahan-Bahan:
Biji getah (kutip yg baru gugur je)
Lada
Garam
Cara Membuat:
1.Ketuk biji getah dan buang kulit keras dia.
2.Tumbuk lada dan garam kasi hancur.
3.Masukkan isi biji getah, tumbuk sampai hancur.
4. Hasilnya yang telah ditumbuk hancur.
5.Kaup isi yang ditumbuk tadi, sapu pada kuali sedikit minyak dan ratakan pada kuali bagi nipis macam lempeng.
6.Masak atas dapur dengan api yang kecil (macam api masak nasi) tunggu ianya kekuningan dan garing. Kemudian bolehlah di angkat, makan bersama nasi atau diratah begitu saja.
Selamat Mencuba.
MW: Resipi orang dulu-dulu, memang unik. Tak sangka biji getah juga boleh dimakan dan menjadi makanan yang sedap.Mak-mak yang yang ada kebun getah di kampung tu, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Rupanya guna air tapisan dan bawang putih merupakan rahsia cili yang dikisar tahan lama berbulan-bulan, tak masam mahupun berkulat. Cili kisar boleh dikatakan bahan asas yang mesti ada setiap dalam masakan, bagi mak-mak sukakan pedas. Tapi nak buat cili kisar ni agak renyah, perlu dibuang biji, direbus dan dikisar. Jadi sebagai penyelesaiannya, ramai mak-mak yang suka kisar cili banyak-banyak untuk kegunaan harian bagi mempercepatkan waktu memasak.Tapi masalah yang timbul bila, cili kisar tersebut tak tahan lama, cepat rosak, masam dan berkulat.
Perkongsian petua cili kisar tahan lama ini dikongsikan oleh Puan Mim Nazihah sebagai rujukan mak-mak.
“Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat…Mesti ramai yang dah tau kan…Tapi takpe, nak share jugaklah, mungkin ada sorang dua yang masih tak tau kan. Selalu kalau kita blend cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih kan.Inshaa Allah buat camni tahan lama, sebulan dua tak berkulat.
Bahan-Bahannya :
400 gram Cili Kering (Dipotong, buang bijinya kemudian cuci bersih).
3 Labu Bawang putih
Air tapis
Cara Membuat:
1.Potong cili kering dan kupas bawang putih, cuci bersih-bersih.
2.Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.
3.Kemudian toskan (tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama.
4.Biarkan sekejap agak-agak sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis.Jangan guna air paip ye…guna air tapis dan satu lagi bawang putih bertindak sebagai anti kulat.
Inshaa Allah cili akan tahan lama dan tak berkulat.
Biasanya kalau masuk ke shopping mall, lalu kiosk jual Biskut Famous Amos, baunya memang semerbak harum. Terbayang biskutnya yang rangup, sedap secukup rasa. Namun harganya boleh tahan mahalnya. Berkira-kira jugalah kalau nak beli tu. Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri je biskut ala famous Amos ni. Memang sedap, jimat dan lebih puas hati makan.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Mastura Razaliini. Memang mudah, kacau-kacau je boleh terus bakar.
Musim-musim hujan ni kena sentiasa ada stok makanan buat kunyah-kunyah sambil-sambil tengok hujan turun. Maka merajinkan la diri buat kukis yang viral satu ketika dulu.
Rupanya senang je buat sekuk ni. Kacau-kacau siap..boleh bakar. Boleh ngap. Biskut famous amos nama diberi. Tak raya pun boleh buat biskut ni. Makan sekali hadap terus habis.
Ni saya sertakan resipi.Sape nak buat silakan. Resipi saya amik dalam group ni juga…sedap.
Resepi Biskut Famous Amos
Bahan A
250 butter (saya guna marjerin pelangi je)
1¼ cawan gula perang
1 sk esen vanila
1 biji telur
*Kacau sebati bahan A ni.
Bahan B
2½ cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1sk baking powder
1sk soda bkarbonat
6sb minyak
*Kacau semua bahan B pastu masukkan coklat cip, badam dan kekacang kalau mahu.
Campurkan kesemua bahan-bahan pastu simpan peti ais 30 minit.
Cukup 30 minit boleh la bakar. Suhu 150 selama 20 minit, ikut oven masing-masing.
Loyang saya tak sapu minyak pun. Tak melekat biskut tu. Seeloknya sudukan kecil-kecil je sebab nanti biskut ni akan mengembang. Jarakkan biskut tu,letak jauh-jauh sikit.
MW: Tak perlu lagi nak beli biskut famous Amos ni. Boleh buat sendiri je, lebih jimat dan puas hati makan. Bahan-bahan pun tak banyak dan caranya pun mudah. Kacau-kacau siap..boleh bakar.
Seorang lelaki Malaysia maut selepas ditembak di Sungai Golok, Thailand. Mangsa dipercayai terlibat dalam masalah hutang yang membawa kepada tragedi berdarah di sempadan Malaysia-Thailand.