Bebola Kentang, Menu Nak Pikat Selera Anak Jenis Kurang Makan Nasi

Share

Nah, idea resepi bebola kentang kali ini daripada seorang lelaki yang suka memasak, saudara Faizal Farrel Kadir. Cuma menggunakan bahan mudah, mak-mak boleh cuba sediakan petang nanti.

Sesuai buat yang jenis kurang gemar makan nasi, khasiat kentang pun sama bagusnya. Nak buat menu untuk anak di bulan Ramadan nanti pun OK.

Kata pemilik resepi ini, bebola kentang ini bukan anak-anak saja suka, malah orang dewasa pun boleh berebut sama.

Bahan:

Kentang

Daun Kucai

Maggi secukup rasa

Serbuk Kari

Tepung Jagung

Telur

Serbuk Roti

Garam

Cara Buat Bebola Ketang:

Kentang direbus bersama garam, bila dah empuk lenyek.

Kemudian letak garam, daun kucai, maggi cukup rasa, serbuk kari dan tepung jagung.

Bulatkan comel-comel dan celup telur, lepas tu golek dalam serbuk roti.

Goreng sehingga kuning keemasan.

Haaa… dah siap dan boleh hidangkan.

Selamat mencuba mak-mak yang super busy!

IKLAN