Bebola Kentang Cheese Leleh, Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Cubalah Buat!

Share

Penggemar ubi kentang bolehlah cuba untuk membuat bebola kentang cheese leleh ini. Rasanya sedap. Rangup di luar dan lembut di dalam bila dimakan.

Resipi yang dikongsikan ini sesuai dihidangkan sebagai kudapan minum petang buat anak-anak dan keluarga.

Boleh Cuba Resipi Bebola Kentang Cheese Leleh Perkongsian Hasni Usman Ini.

 

Bebola Kentang Cheese Leleh

Bahan-bahan

3 Biji Ubi Kentang
2 Sudu Kecil Gula
Mozzarella Cheese (dipotong dadu)
Putih Telur
Tepung Roti
Bahan Perasa

Baca Sini Juga:
Daging Goreng Kunyit, Hanya Perlu 4 Bahan, Senang Masak Guna Pressure Cooker
Sos Perapan Sedap, Buat Guna 3 Bahan, Mudah Sahaja!

Cara Buat

Rebus ubi kentang sehingga empuk. Setelah empuk, angkat dan toskan.

Lenyek ubi kentang sehingga halus. Masukkan bahan perasa dan gula. Hasni masukkan sedikit serbuk cili (optional).

Masukkan mozzarella cheese ke dalam ubi kentang dan bulatkan. Bulatkan ubi kentang ikut saiz kesukaan korang.

Ubi kentang yang dah dibentuk bebola tadi, dicelup ke dalam putih telur kemudian salutkan dengan serbuk roti.

Ulang sekali lagi agar lapisan lebih tebal dan kentang tidak mudah pecah semasa digoreng.

Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit. Goreng bebola di dalam minyak panas. Gunakan api yang sederhana sehingga bebola kuning keemasan. Siap!

Hidang ketika masih panas, perghhh meleleh. Rangup di luar lembut di dalam.

Sumber/Foto: Hasni Usman

MW: Kalau nak buat banyak pun boleh. Simpan dan sejukbeku kan. Dengan cara ini mak-mak boleh berjimat daripada membeli bebola kentang yang dijual di kedai. Selamat mencuba!

Sila Like & Follow Mingguan Wanita
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

IKLAN