Bayi ajaib, Farah Hanis Fairol Haziri ini semakin montel malah membesar dengan baik. Biar pun ketika usianya tiga bulan dalam kandungan, ibunya, Kamareeah Arwae, 36 disahkan koma. Dan sehingga hari ini masih terlantar belum sedarkan diri.
Menjadikan bayi perempuan ini begitu istimewa sekali. Baik di kalangan doktor pakar, kakitangan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) malah rakyat Malaysia yang mengikuti kisah anak ini.
Sebaik hamil tiga bulan, ibu bayi ini koma akibat ketumbuhan di kepala dan pernah mengalami jangkitan kuman. Dia menerima rawatan selama tiga minggu di hospital. Namun, bayi dalam kandungannya tidak terjejas.
Sepanjang tempoh mengandung koma itulah, ahli keluarganya menjaga Kamareeah dengan baik. Diberinya minum susu melalui tiub sampailah akhirnya dia melahirkan bayinya secara pembedahan dalam keadaan koma.
Waktu dilahirkan, kandungannya berusia lapan bulan setengah.
Sehingga ke hari ini, ibu ini masih terlantar dan masih lagi bergantung dengan susu untuk survival hidupnya. Biarpun Farah tidak pernah menerima walau setitik susu dari ibunya, tuhan rezekikan anak ini menerima susu badan daripada lima ibu.
Tiga ibu susuan termasuk Dr Siti Nur Aqilah Mohd Khairul Adnan, 32 dan dua lagi ibu yang sempat menyusukannya iaitu adik ipar Fairol dan seorang ibu yang diusahakan oleh pihak hospital ketika isterinya menerima rawatan di sana.
Yang mana, bekalan susu ibu berterusan yang diperoleh dari Dr Siti diserahkan kepada penjaga anak kecil ini sejak bayi. Sejak anak ini berusia satu hari, sepupu Kamareeah, Raja Norazilah Raja Embong, 39 sudah memberikan kasih sayangnya kepada anak kecil ini.
Ads
Suami Tetap Berikan Isteri Koma Sentuhan Kasih Sayang Anak-anak
Setiap malam, ketika Farras usia setahun, suami ini akan membawakan anak sulung tidur dengan ibunya dalam bilik. Tujuannya untuk membiasakan anak itu dengan keadaan ibunya.
Cuma dia perlu lebih berhati-hati, kerana sebahagian tempurung kepala isteri sudah dibuang ketika pembedahan membuang tumor tahun lalu.
Dia juga akan membuat urutan kaki dan tangan untuk isterinya. Memandikan isteri pun jadi rutinnya kini.
Terdahulu, maklum Fairol, Farah Hanis telah menjalani pemeriksaan imbasan (MRI) di kepala kerana terdapat benjolan ketika awal kelahirannya. Dan dikhuatiri ada kaitan dengan penyakit Kamareeah.
Ads
Hasil ujian, ternyata benjolan itu sudah hilang.
Bayi Ajaib Semakin Montel Dan Sihat
“Alhamdulillah Farah Hanis membesar dengan baik dan semakin montel kerana mendapat susu badan dari seorang ibu susuan sehingga hari ini.”
Ads
Tahap kesihatan bayi ajaib ini juga disahkan oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan HUSM, Dr Ahmad Amir Ismail. Maklumnya, Farah Hanis membesar dengan sihat walaupun dilahirkan secara pembedahan ketika ibunya koma.
Kes Farah Hanis ini sememangnya ajaib. Kebiasaannya bayi yang dikandung ibu berkeadaan demikian akan mengalami keguguran atau pertumbuhannya terencat malah ada masalah kesihatan yang lain.
“Ajaibnya bayi itu sihat sehingga kini.” tambahnya lagi.
Bergantung Hidup Dengan Bantuan JKM Dan Orang Ramai
Ketika ini, Kamareeah yang ditempatkan di kediamannya di Taman SL Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) ini dijaga sepenuhnya oleh suami.
Keadaan isteri terlantar itulah mendesak suami ini tidak dapat bekerja. Dan bergantung bantuan bulanan RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sedekah orang ramai.
Setiap bulan, untuk keperluan susu, lampin pakai buang, rawatan dan keperluan harian dua anak kecilnya, Fairol memerlukan sekitar RM1500 sebulan.
Dan baru-baru ini, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mencemar duli menziarahi keluarga yang diuji ini. Baginda menyampaikan sumbangan wang tunai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan sumbangan peribadi untuk keluarga ini.
Sumber/Foto : Harian Metro, Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hari ini ramai di kalangan anak-anak dah mulakan sesi persekolahan secara online. Macam-macam pendekatan cikgu gunakan untuk berinteraksi dengan anak-anak yang lama tidak bersua muka. Jika, anak-anak perlu ikuti kelas online ada cara yang mak ayah boleh buat untuk elak bosan.
Guru ini, Wan Chu kongsikan panduan yang boleh mak ayah gunakan. Agar anak-anak lebih seronok ketika sesi kelas online, misalnya google meet.
Ini Tip Jika Mahu Anak Fokus Dalam Kelas Online
Tips untuk kekal kan fokus anak-anak di Kelas Online. Tahniah! atas kesungguhan Ibu bapa mengajar anak-anak. Walaupun cabaran besar menanti.
Perlu diingatkan bahawa fokus anak-anak kecil hanya 15 minit sahaja. Itu normal bagi seorang kanak-kanak dan hebat jika berjaya untuk fokus selama itu.
Situasi itu juga dihadapi guru-guru di sekolah. Tempoh 15 minit pertama adalah tempoh kritikal dalam sesebuah kelas untuk mengekalkan fokus murid hingga tamat kelas. Apa yang Ibu bapa boleh buat supaya anak-anak stay focus atau tidak bosan belajar di rumah?
1) Sediakan tempat belajar yang kondusif (cukup pencahayaan, udara dan selesa untuk menulis, membaca)
2) Sediakan kudapan ringkas semasa anak-anak belajar. Hanya mula diberi selepas tempoh kritikal 15 minit tamat.
3) Jika tonton Google Meet, sediakan buku tulis/kertas/pensel. Juga mainan picit-picit bagi hilang kan bosan (slime, tanah liat)
4) Jika menonton 1 jam, benarkan anak-anak keluar dan melihat benda-benda hijau. Pendedahan skrin terlalu lama tidak elok pada anak-anak.
Kurangkan Marah Waktu Mengajar Anak..
5) Semasa membimbing anak-anak puan perlu sentiasa bersemangat dan spend full time dengan anak-anak. Berlawak jenaka dan kurangkan marah jika mereka membuat kesalahan dalam latihan. Mereka dalam proses belajar dan kesalahan adalah perkara yang biasa.
6) Kena terima hakikat bahawa pembelajaran di rumah sama sekali tidak sama dengan di sekolah. Namun cara membimbing masih boleh sama. Mungkin lebih baik dari guru-guru mereka.
7) Adakan selang masa untuk anak-anak bermain (bukan games atau melayari sosial media/online) tetapi lebih kepada fizikal seperti kejar-kejar, tendang bola. Malah bergumpal dengan adik beradik pun elok untuk perkembangan emosi mereka.
8) Akhir sekali… jangan lupa berdoa sebelum dan selepas belajar. Ibu / ayah doakan dan sebut nama anak-anak sekali agar mereka tahu ibu bapa serius untuk mahukan mereka belajar dan berjaya. Semoga bermanfaat.
MW : Semoga infonya dapat membantu dan mudahkan mak ayah.
Beras pun kau tak pernah beli, terima kasih beri cacat kekal di muka aku – Shuhada. Satu perkongsian di insta story Nurul Shuhada Mat Shukri mengundang persoalan ia ditujukan kepada siapa.
Ramai dapat meneka namun tiada kenyataan rasmi kerana Shuhada tidak menyebut identiti secara terus. Namun saat menyebut “yang pasti, Allah tahu kau tak pernah beli beras” pasti ramai tahu bahawa baru ini bekas suaminya Hafidz Roshdi baru menceraikannya melalui telefon bersaksikan ahli keluarganya.
Dengan muka lebam akibat ditumbuk, Shuhada berkongsi catatannya sekitar tengah malam semalam.
Tulis Shuhada, “catatan seorang Shuhada. Apa yang dah jadi, Allah memang nak terterakan depan mata yang penyesalan dari seorang manusia jangan kau ukur dengan janji di mulut. Play victim as in dia rasa apa yang dia buat selama ini TAK PERNAH SALAH. Tapi ingatlah! Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu perkara walau pun hanya dedaun yang luruh dari dahan pokok.
Jika kenyataan di atas mungkin merujuk kepada Hafidz tetapi kenyataan di bawah ini barang kali ditujukan kepada wanita yang pernah mengganggu rumahtangganya.
Terima Kasih Beri Cacat Kekal Di Muka Aku – Shuhada
Never contact again was a bullshit, yang pasti dia punya stalk I baca every comments ia a JOKE, HAHAHA.Hiduplah kau dengan byang-bayang aku sampai mati, aku takkan tenang. And kalau sekarang baru nak ukur kasih sayang buat anak-anak untuk bacak up diri jadi manusia bagus, boleh buat kau bahagia teruskan, yang pasti Allah tahu kau tak pernah beli beras.
Thank you for this cacat kekal di muka aku. Semoga Allah balaslah seberat berat kifarah buat anda dan anda. Hal ini kerana Ustaz Azhar Idrus mengesahkan mendoakan keburukan untuk manusia zalim tak salah. Dan tambahnya lagi, semoga Allah ampunkan kau berdua.
Dalam pada itu, Shuhada turut menunjukkan wajahnya yang sudah bertutup akibat cedera dibelasah dan dirinya mendapat rawatan doktor. Sumber :- Instagram Shuhada
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang ada benarnya banyak masa terbuang jika mengambil upah menjahit baju, namun pelanggan tidak membuat pembayaran pada waktu sepatutnya. Bukan apa, sewaktu musim raya ini Tukang Jahit adalah orang yang paling sibuk dalam menyiapkan tempahan baju raya. Memang tak menang tangan dibuatnya, sehingga berjaga malam demi memastikan baju pelanggan dapat disiapkan sebelum raya.
Namun yang agak dikesalkan apabila baju siap, pelanggan pula sambil lewa dan menangguhkan pembayaran dan lewat mengambil baju dari tarikh sepatutnya.
Tukang Jahit Nurul Ain Chinta Design ini ada kongsikan pengalaman cara berhadapan dengan pelanggan sebegini. Terutamanya bagi yang masih baru mengambil tempahan.
Berikut perkongsian tersebut;
Mesti ramai yang tertanya-tanyakan bagaimana cara nak berhadapan dengan customer. Ini cara saya;
1.Cara uruskan giliran baju siapa perlu jahit dahulu?
Jawapan:Saya akan tanya customer bila nak saya pos. Jadi saya ikut dated line customer bukan ikut turn siapa hantar cepat dahulu.
2.Cara mengelakkan customer tangguh bayaran baju.
Jawapan:Sebelum proceed baju mereka, saya akan whatsApp tanya bila boleh payment? Contoh customer bagitau 1hb baru boleh bayar. So saya akan bagitau siap-siap, 3 hari sebelum 1hb perlu settle payment ya.
3.Cara layan customer di WhatsApp
Jawapan:Saya jenis tak banyak masa untuk melayan dari A to z. Mula-mula saya akan minta contoh design baju yang customer request dan bagi harga terus. Jika setuju dengan harga baru kita next step. Saya jenis tak suka sorak-sorak harga. Baju siap baru nak bagi harga itu bukan cara saya.
4.Jika customer langgar date line payment baju yang telah ditetapkan tarikh oleh customer sendiri.
Jawapan: Saya akan whatsApp dah payment pada dia. Sebab date payment dah lepas. Sebelum dateline saya dah hantar gambar baju mereka yang dah siap dan customer kata sorry nanti saya bayar. Saya akan whatsApp lagi. Boleh bagi date bila boleh bayar sebab saya kena noted dalam sistem order. Dan pasti mereka akan ‘alert payment’ selepas itu.
Gambar Hiasan
5.Jika customer langgar dated line payment ke 2.
Jawapan:Saya akan whatsApp boleh buat payment tak sebab barang dah nak keluar ‘runner’ akan datang collect serentak. Dan saya akan set nama whatsApp mereka “customer delay payment”.
6.Jika customer minta buatkan baju perlu siap sebelum raya tetapi tak ambil bila sampai masa?
Jawapan:Saya akan whatsApp dan customer bagi alasan takpe la lepas raya baru pos la sebab dah nak balik kampung. Takut tak sempat sampai dan saya akan jawab boleh lepas raya pos tapi perlu payment dulu boleh tak. Sebab saya ada target pendapatan income minggu yang perlu saya capai sebab saya banyak komitmen yang perlu dibayar. Dan biasanya customer akan bayar.
Buang masa saya jahit baju mereka jika mereka tidak buat payment di waktu yang sepatutnya sebab mereka takkan pernah tau kita tidak tidur malam semata-mata siapkan baju mereka.
Itu sahaja perkongsian saya. Next posting saya akan share cara saya uruskan masa saya supaya tidak pernah lari jadual waktu kerja sambil jaga anak kecik.
Mingguan Wanita:Jadi buat mak-mak tukang jahit, semoga tip ini boleh dijadikan panduan dalam berhadapan dengan pelanggan.Paling penting berterus terang dengan pelanggan dan jangan hanya memendam hati.
Seorang isteri tidak seharusnya menanggung derita dalam diam. Kasih dan cinta sejati tidak pernah menyakitkan, ia sepatutnya membahagiakan. Jika luka dan tangisan menjadi teman...