Poket kering. Hutang memang wajib dibayar. Hingga ke liang lahad hutang masih dituntut. Oleh sebab itu jika berhutang selesaikan terlebih dahulu, mak, ayah kena utamakan hutang berbanding keperluan lain.
Bayarlah hutang sikit-sikit, biar poket kering daripada tebal dengan duit hak orang. Kadang-kadang orang yang menagih hutang bukan sebab membenci tetapi disebabkan sayang dia menuntut kembali wangnya. Kerana hutang boleh dibawa mati.
Ikuti perkongsian pengamal undang-undang ini, Rabiatul Adawiyah Ramli dan fahami penjelasan tentang hutang:
Poket Kering, Kesan Hutang Tak Diselesaikan
Tahukah anda kesan hutang yang tidak diselesaikan?
Tahukah anda hutang ini boleh wujud dalam pelbagai keadaan dan manusia.
Tahukah anda, suami juga boleh tergolong dalam orang yang berhutang jika ada nafkah-nafkah yang tertunggak atau ada wang yang digunakan dari harta isteri dalam perkahwinan yang masih tidak diselesaikan.
Tahukah anda, isteri juga boleh tergolong dalam orang yang berhutang pada suami dalam pelbagai hal dan perkara yang suami tidak redhai.
Ads
Tahukah anda ibu bapa juga boleh tergolong dalam orang yang berhutang pada si anak jika tidak menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.
Tahukah anda anak-anak juga boleh tergolong dalam orang yang berhutang pada ibu bapanya sekiranya mengabaikan tanggungjawab dalam membahagiakan mereka.
Tahukah anda bekas suami dan bekas isteri juga boleh tergolong dalam kategori orang yang berhutang jika pihak-pihak masih dalam pertikaian di mahkamah untuk mendapatkan hak-hak yang sewajarnya.
Tahukah anda yang sesiapa sahaja boleh tergolong dalam orang yang berhutang selagi ada pihak yang menuntut.
Tahukah anda orang yang telah meninggal dunia juga masih dianggap berhutang jika harta-hartanya masih belum diselesaikan segala hutang dan ia tidak boleh difaraidkan.
Tahukah anda harta sepencarian juga termasuk dalam kategori hutang dan pelbagai lagi.
Ads
Biar Poket Kering Daripada Tebal Dengan Duit Hak Orang
Tahukah anda hutang itu wajib dibayar bukan sahaja semasa hidup, semasa mati juga wajib dilunaskan.
Bayarlah hutang sikit-sikit, biar poket kering asalkan hutang bayar.
Poket tebal pun tak ada guna kalau semuanya tertulis hak orang lain.
Moga-moga Allah mudahkan urusan kita semua dalam menyelesaikan hutang di dunia agar tidak terganggu di akhirat sana.
Bukan mudah untuk menyebarkan dakwah dan ajaran Islam. Jika mampu mengislamkan walaupun seorang pun dah besar ‘ganjarannya’ di sisi Allah, apatah lagi jika berjaya mengislamkan satu kampung! Alhamdulillah atas usaha Ustaz Ebit Lew, Pendakwah dermawan yang cukup dikenali atas kerja-kerja sukarelawan ini berjaya mengislamkan seramai 157 penduduk kampung.
Berikut seperti yang dikongsikan oleh Pendakwah hebat Ustaz Ebit Lew ini;
Ya Allah menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini. Semuanya dengan rela tanpa paksaan memeluk Islam. Dari suku Bajau Laut atau gipsi laut. Pulau Tatagan Semporna. Mereka tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut.
Saya ke sana untuk beri bantuan. Dengar mereka susah dan putus bekalan makanan. Mereka susah sangat. Bajau laut kumpulan manusia tanpa negara. Tengok anak kecil terus menangis. Berebut-rebut datang dekat saya. Mereka beri nama anak selepas setahun kerana risiko kematian tinggi untuk anak bawah setahun.
Tiba-tiba ramai tanya saya siapa tuhan. Tuhan tu apa. Saya terus sebak. Saya dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang agama. Mereka jawab tiada. Kami tak tahu. Tolong bagitahu kami. Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua dikeliling bot tadi.
Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah.
Saya akan terus bantu makanan untuk seluruh kampung atas laut ini. Saya tengah urus untuk bina sekolah. Tengah cari guru ustaz untuk mengajar mereka.Ya Allah bantulah mudahkanlah diriku untuk pastikan anak-anak ini menjadi manusia berguna.
MW: Alhamdulillah, tahniah ustaz atas usaha murni ini berjaya mengislamkan seluruh penduduk kampung dan menyebarkan lagi ajaran Islam. Semoga segalanya dipermudahkan dan lebih ramai lagi yang memeluk Islam atas usaha ustaz.
Buat wanita dan isteri yang teraniaya, ada caranya bagi menamatkan ikatan perkahwinan yang dibina iaitu melalui tuntutan fasakh.Terdapat beberapa perkara yang membolehkan seorang isteri membuat tuntutan fasakh ini. Perlu tahu, tuntutan Fasakh adalah berbeza dengan lafaz talak. Kena jelas alasan cerai untuk menentukan penceraian yang akan dimohon.
Jemput baca perkongsian berikut;
Tuntutan Fasakh
1. Apa itu fasakh?
Fasakh ialah melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri oleh qadi atas alasan-alasan yang diharuskan oleh syarak.
Fasakh hanya boleh dilakukan oleh pihak yang berkuasa sahaja seperti hakim dan kadi apabila terdapat sebab tertentu seperti kehilangan suami tanpa diketahui keadaannya sama ada hidup atau mati ataupun salah seorang daripada suami atau isteri murtad dan sebagainya.
2. Di antara perkara-perkara yang mengharuskan Fasakh ialah apabila suami atau isteri :
a) Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.
b) Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.
c) Telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.
d) Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun.
e) Telah mati pucuk.
f) Telah gila selama tempoh 2 tahun.
g) Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
h) Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita.
i) Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
j) Memaksa isteri hidup secara lucah.
k) Melupuskan harta isteri.
l) Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
m) Tidak berlaku adil kepada isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.
n) Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin.
o) Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.
3.Beza Fasakh Dengan Talak
Fasakh dengan talak adalah berbeza. Fasakh ialah pembatalan akad daripada asas dan menghilangkan sifat halal yang menjadi kesan ke atasnya, manakala talak pula ialah menamatkan akad dan sifat halal masih kekal kecuali setelah talak ba’in (talak tiga).
Fasakh berlaku sama ada dengan sebab hal-hal mendatang ke atas akad yang menafikan perkahwinan atau hal-hal yang berhubung kepada akad yang menyebabkan ia tidak lazim dari hukum asal, manakala talak pula tidak berlaku kecuali berdasarkan akad yang sahih dan lazim.
Selain itu, fasakh tidak mengurangkan bilangan talak yang dimiliki oleh suami, manakala talak mengurangkan bilangan talak.
Jadi, ada beza fasakh dengan penceraian melalui talak. Kena jelas alasan cerai untuk menentukan penceraian yang akan dimohon.
4.Proses Menuntut Fasakh
• Apabila isteri menuntut fasakh , mahkamah akan menyiasat alasan dan bukti yang dikemukakan.
• Jika sabit kesalahan dan tiada jalan untuk perdamaian, mahkamah akan membubarkan perkahwinan mereka.
5.Kesan Fasakh
• Suami isteri tidak boleh rujuk dalam tempoh idah
• Mereka boleh berkahwin semula dengan akad nikah dan mahar yang baru • Tidak mengurangi jumlah talak
• Talak suami tidak boleh berlaku ketika isteri dalam edah fasakh
• Isteri tidak berhak mendapat mu’taah jika dia yang memohon fasakh
• Isteri tidak berhak mendapat nafkah kecuali tempat tinggal (walaupun hamil)
6. Hikmah Fasakh
1. Memberi peluang kepada isteri membuat tuntutan pembatalan perkahwinan.
2. Mengelakkan kemudaratan yang ditanggung isteri jika ikatan diteruskan.
3. Peringatan kepada suami agar bertanggungjawab menunaikan hak isteri.
4. Menghindarkan suasana yang tidak baik terhadap perkembangan fizikal, mental dan emosi anak.
5. Menyelamatkan aqidah isteri dan anak apabila suami murtad.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat para isteri yang teraniaya dengan kerenah suami, semoga berani melangkah, membuat keputusan tuntutan fasakh untuk kehidupan yang lebih baik.
Ayat pengasih, jangan ingat untuk mengikat kasih sayang pasangan atau orang yang kita sayang dengan amalan yang karut mengarut. Ia digunakan semata-mata sebagai ikhtiar untuk eratkan lagi hubungan.
Walau bagaimanapun, usah terpesong dengan perkara yang tidak baik dan dimurkai Allah demi untuk mendapatkan kasih sayang yang sebenar.
Ada juga ayat pengasih yang boleh kita amalkan setiap hari dengan mengandungi banyak kelebihan. Paling penting amalkan dengan niat yang baik-baik dan kesejahteraan diri serta keluarga kita.
Antara surah yang dikongsikan oleh Rohana Saad tentang ayah pengasih yang boleh kita amalkan.
Fadhilatnya dengan izin ALLAH panjang umur, mudah urusan dunia & akhirat, jauhi bala, tambah iman dan ayat pengasih.
Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu. Bacalah setiap hari. Jika dibaca pada waktu pagi, Insya Allah ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, ia boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya.
Kelebihan-kelebihan lain jika mengamalkan Surah At Taubah. Antaranya:
1. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
2. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
3. Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
4. Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
5. Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
6. Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
7. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.
Info:
Ayat ke 2 tu.. Fain tawallau… bukan bermaksud kasih lelaki dengan perempuan.. dibaca 7 kali setiap hari bersama zikir-zikir yang lain sehingga haiwan ganas pun akan kasih kepada kita.. amalkan setiap malam sebelum tidur.. insya Allah..- Tok Wan:
Mingguan Wanita : Amalkan untuk kehidupan kita sentiasa diberkati dan diredhai. Aamiin
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...