
Isi Kandungan
ToggleAtas kasih sayang dan sifat melindungi,seorang ayah didakwa memaksa anak gadisnya yang berusia 18 tahun supaya menjalani ujian dara setelah dia didapati membawa masuk teman lelakinya ke kediaman mereka.
Ali Safaraei, 56, berkata, dia dan isterinya Mitra Eidiani, 42, berasa kecewa apabila mengetahui anaknya, Sophia 18 sudah mempunyai teman lelaki.
Ugutan Bunuh
Selain memaksa anaknya menjalani ujian dara, Safaraei turut didakwa melakukan ugutan bunuh ke atas teman lelaki anaknya, Marshall-Telfer yang juga berusia 18 tahun.
Bercakap di Mahkamah Tinggi Kingston Crown, Safaraei berkata dia menyekat kad bank dan telefon bimbit anaknya supaya dia tidak lari dari rumah.
“Sudah beberapa kali perkara ini terjadi, ia membimbangkan saya. Dia sentiasa dengan telefon bimbit, asyik ketawa dan tak fokus pada pelajaran.
“Kamu tak baca ke dalam surat khabar, macam-macam berlaku setiap hari. Gadis muda lari ikut lelaki, tetapi digunakan untuk dadah,” ujar lelaki itu,
Tambahnya lagi, anaknya yang dikenali sebagai Sophia turut melarikan diri sewaktu dia merancang untuk melakukan ujian dara sekitar Mei lalu.

Menafikan Tuduhan
Sewaktu perbicaraan, Safaraei bagaimanapun menafikan memaksa anaknya menjalani ujian itu.Jelasnya, dia hanya mahu membuat pemeriksaan jika anaknya pernah dirogol atau sebaliknya dan ia bukanlah ujian dara.
Anak gadisnya, Sophia turut hadir ke mahkamah. Namun, perbicaraan bakal disambung semula bagi mencari penyelesaian kes itu tidak lama lagi.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Inilah Kunci Untuk Mengajar Anak Disleksia…”

Isi Kandungan
ToggleAnak disleksia amat sensitif. Jika dimarah, mereka akan menunjukkan sikap negatif dan menjadi nakal. Tetapi ini bukan bermakna anak disleksia ini tidak ada masa depan.
Dan juga antara soalan yang ditembak kepada Pengarah Akedemi Genius World Solution, Puan Ainizal Abdul Latif, jemput renungkan…
“Puan, masih adakah harapan untuk anak disleksia saya di masa depan..?”
Selain bergelumang dengan anak-anak autisme, hidup saya juga dikelilingi dengan anak-anak yang di diagnos dengan isu disleksia, disgrafia, diskalkulia dan dispraksia.
Gambar ini merupakan pelajar disleksia yang agak lama belajar dengan saya. Lebih kurang 3 tahun lebih. Pada awalnya, ibu bapanya tidak dapat mengenal pasti isunya, sehinggalah saya lihat banyak ciri disleksia yang ada padanya dan saya minta mereka dapatkan pengesahan dari doktor.
Kondisi disleksia nya tidaklah begitu kritikal, tapi perlu dibantu. Hari pertama saya mengajarnya, dia sudah boleh menulis tetapi tulisannya agak buruk, huruf besar dan kecil bercampur, perkataan bersambung tanpa jarak, ejaan sering salah walaupun hanya menyalin dan tidak tahu membina ayat.
Dia juga mempunyai isu-isu lain seperti sukar memahami soalan yang panjang, tidak matang dalam komunikasi serta cepat penat dan bosan apabila melakukan latihan serta aktiviti yang berkaitan pembelajaran.
Tahun ini dia bakal menduduki UPSR. Alhamdulillah hari ini dia bukan sahaja dia sudah mampu membina ayat, malah sudah mampu menulis karangan. Sudah pandai berborak dan mempunyai idea yang semakin berkembang berbanding sebelum ini.
Mak Ayah Kena Sabar Dan Doa
Semuanya atas izin Allah. Namun, asbab kepada nya ialah PENGULANGAN, SABAR dan DOA. Selain itu, mereka perlukan PERHATIAN dan PENDEKATAN yang bersesuaian dengan cabaran mereka. Inilah kunci untuk mengajar anak-anak disleksia.
Saya lihat dari pengalaman saya sendiri, ramai anak-anak disleksia yang dapat di ubah keadaannya apabila mendapat bantuan yang betul. Cuma, apabila ramai ibu bapa yang bertanya,
“Pada umur berapa yang kita dapat lihat anak ini betul-betul nampak perubahannya?”
Jawapan Saya…
“Saya tiada jawapan spesifik. Hanya Allah yang tahu masa dan saatnya. Cepat atau lambat ia sangat bergantung kepada izin Allah, dan kunci yang saya sebutkan tadi. Pengulangan, perhatian, pendekatan yang betul, sabar dan doa.
Tapi antara semua kunci tersebut, KESABARAN adalah perkara pokok yang menjadi tunjang berfungsinya kunci-kunci yang lain untuk membuka jalan.
Tanpa SABAR, tak mungkin kita mampu mengulang pembelajaran yang sama berulangkali, tak mungkin dapat memberi perhatian 200%, tak mungkin berusaha mencari pendekatan yang sesuai, dan tak mungkin mampu terus berdoa lagi dan lagi kepada Allah yang mengizinkan perubahan itu terjadi.”
Sabar itu bukan sekadar ungkapan, sebaliknya perlu dilalui dengan proses yang berterusan. Orang yang mempunyai kesabaran yang tinggi mampu menghadapi apa sahaja ujian dan rintangan.

Jadi, ibu bapa yang dikurniakan anak-anak yang bercabaran dengan disleksia, mungkin ada sesuatu ganjaran yang Allah mahu berikan kepada kita, asbab dari kesabaran kita mendidik mereka.
Namun jika kesabaran sudah kuat ditunjangkan, hanya perubahan yang sangat minimal anak-anak mampu tunjukkan, belajarlah pula untuk REDHA dan berlapang dada untuk mengelakkan kita tertekan.
Yang menjadikan kita tertekan, kadangkala kerana kerana kita terlalu mengikut piawaian yang di cipta manusia. Anak yang berguna itu ialah anak yang bijak serba serbinya. Sedang menurut piawaian Allah, anak yang berguna itu ialah yang mampu mengangkat doa ketika jasad kita sudah terpisah dari nyawa.
Lihat Sudut Kelebihan Anak
Yang penting, persiapkan akhirat mereka dan akhirat kita melalui mereka. Pastikan mereka mampu menguasai 3M ( membaca, mengira, dan menulis) sebaiknya. Kemudian, lihat kelebihan lain mereka bukan hanya sisi akademiknya sahaja.
Tugas kita berusaha, nilai akhirnya Allah punya kuasa. Kerana pahala dikira bukan daripada hasil, sebaliknya dari bagaimana proses itu kita lalui nya. Jika di rezekikan mereka dapat berubah, ransang mereka sebaiknya.
Namun jika tidak, beri motivasi kepada mereka, kejayaan bukan melalui akademik sahaja. Allah memberi rezeki dari pelbagai sumber dan cara.
Janganlah di risau masa depan rezeki mereka. Yakinlah setiap dari kita sudah di tentukan rezekinya oleh Allah. Yang perlu kita risaukan cukup sabarkah kita memikul amanah yang Allah sudah tentukan untuk kita, jangan gadaikan pahala dengan dosa hanya kerana kurang bersyukur nya kita.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak Ayah Kena Ajar Anak Masa Kecil, Bukan Biasakan. Takut Terbawa Hingga Dewasa

Isi Kandungan
ToggleIngat tak masa anak kecil, mak ayah boleh tengok dan suka lihat gelagat anak-anak. Kadang-kadang apa yang anak buat masa kecil dibiarkan sahaja. Kononnya, dia masih kecil dan tidak tahu apa-apa.
Sedangkan masa anak kecil inilah mak ayah kena main peranan dan tunjuk contoh yang baik supaya kelakuan anak-anak tidak terbawa-bawa bila dewasa nanti.
Perkongsian daripada Fariza Nurbaya ini ada benarnya. Anak umpama kain putih dan mak ayahlah yang kena mencoraknya, sama ada kain itu cantik, contang canting dan sebagainya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Marah Dan Tengking BUKAN Cara Nak Ajar Anak. Nanti Makin Degil Perangainya
Mak-Mak Kena Jadi Pemalas Kalau Nak Ajar Anak Berdikari
Info Lebih Menarik DI SINI

Jangan Biasakan
1. Kenapa seorang anak boleh memukul ibunya?
Sebab semasa anaknya masih kecil, ibu hanya ketawa dan gelak-gelak sahaja apabila anak memukul-mukulnya dan tidak memberitahu anaknya bahawa perbuatan tersebut adalah salah.
2. Kenapa anak remaja sekarang begitu gemar mencarut dan menggunakan kata-kata kasar seperti babi, bodoh, bangang dan sebagainya?
Sebab sewaktu kecil ibu dan bapanya hanya gelak-gelak dan ketawa sahaja semasa anak yang masih kecil itu menyebut perkataan-perkataan tersebut, malah tidak menegur kesalahan anaknya.
Kata ibu bapanya, lucu dan pandai anakku!
3. Kenapa anak-anak remaja berani keluar pada waktu malam?
Sebab dari kecil lagi ibu bapa tidak menghalang anak-anak mereka keluar dan tidak menetapkan peraturan bahawa anak-anak wajib berada di rumah pada waktu malam.
Apabila segalanya sudah menjadi kebiasaan kepada anak-anak, maka sudah tentu sukar bagi ibu bapa untuk membetulkan kesilapan tersebut.
Kata orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Untuk anak-anak muridku yang telah bergelar ibu atau bapa, ingat pesan guru tua ini.
1. Bercakaplah dengan bahasa yang baik dan sopan dengan anak-anak. Tegur dan berikan hukuman semerta jika anak-anak mengeluarkan kata-kata kesat.
2. Jangan benarkan anak-anak kecil bermain hp. Berikan buku atau permainan yang sesuai dengan umur anak-anak.
3. Jangan dibiarkan televisyen terpasang 24 jam di rumah anda. Hadkan masa menonton, contohnya pada waktu petang sahaja. Malam ialah masa untuk anak-anak mengulang kaji dan bermesra dengan ahli keluarga. Jika anak-anak tidak dibenarkan menonton televisyen, ibu bapa juga hendaklah mengorbankan keinginan sendiri untuk tidak menonton tv juga.
4. Jangan benarkan anak-anak menunggang motosikal apatah lagi memberikan motosikal kepada anak-anak. Biarlah kita yang menghantar dan mengambil mereka jika mereka mahu ke mana-mana. Susah sikit tak apa. Alah bisa tegal biasa.
5. Tiada hp adalah lebih baik. Benarkan anak-anak memiliki hp apabila anak-anak sudah bijak, matang dan dapat memanfaatkan penggunaan hp dengan baik.
6. Solat berjamaah dengan anak-anak terutama pada waktu Subuh, Maghrib dan Isyak sama ada di rumah atau masjid.
7. Waktu antara Maghrib dan Isyak sangat sesuai untuk membimbing anak-anak mengaji al-Quran.
8. Ambil tahu perkembangan pendidikan anak-anak. Semak buku-buku latihan dan kerja rumah anak-anak.
MW: Amat bagus untuk dijadikan panduan mak ayah. Moga bermanfaat.
Sumber: Fariza Nurbaya
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Berderet JANGAN Risau, SETIAP Kelahiran Pasti Ada Rezeki TAK Diduga

Isi Kandungan
ToggleSetiap pasangan yang berkahwin pasti memasang impian untuk memiliki anak. Ada di kalangan pasangan yang inginkan anak yang ramai, namun ada segelintirnya pula hadkan kuantiti anak kerana ingin fokus kepada perkembangan anak-anak. Masing-masing hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan.
Ada yang telah berkahwin sekian lama, tetapi Allah belum kurniakan anak. Kemudian ada yang baru berkahwin, tetapi setiap tahun mengandung dan anak berderet. Masing-masing dengan rezeki sendiri yang telah Allah tetapkan.
Sebenarnya jangan bimbang bila Allah kurniakan mak, ayah anak yang ramai. Penat memang penat, tetapi Allah sebaik-baik Perancang, setiap kelahiran anak pasti ada rezeki besar tanpa diduga. Ikuti perkongsian Nieyssa Hashim ini, seorang ibu beranak lima dalam usia yang muda.
Mommy of 5 little kids.
Jadi ibu kepada ramai anak pada umur 25 tahun,
Dari tahun 2012 hinggalah 2017 tak pernah berhenti beranak,
Selama 5 tahun hanya fikir tentang anak dan diri sendiri sahaja.
Tak berkawan dengan orang.
Hakikatnya bukannya mudah.
Semua tak pernah tahu, tak pernah mengerti akan penatnya diri ini.
Tapi Allah sebaik-baik perancang.
Setiap kelahiran seorang anak pasti datang rezeki besar tanpa diduga.
Tanpa berkurang sedikitpun nikmat dari-Nya.
Suami Kena Jadi Supporter Isteri
Sebab itu bila orang tanya tak penat ke anak ramai, penat itu memang penat,
Stres, marah, mengamuk itu perkara biasa.
Menangis waktu pagi bila kelima-lima anak hendak pergi sekolah itu sudah jadi perkara wajib.
Sebab itu suami kena jadi no 1 supporter isteri.
Tapi lama-lama saya enjoy, saya suka, saya bersyukur anak ramai sebab rasa nikmatnya hidup ini bila anak ramai.
Sebab itu bila orang hendak beranak ramai saya sokong.

Allah Sebaik-Baik Pemberi
Masa untuk diri sendiri sangat terhad.
Segala-galanya hanya fikir tentang anak.
Tapi bila anak sedang membesar kita sudah punyai waktu yang cukup untuk diri sendiri.
Kesusahan waktu mereka masih kecil hanya 5 tahun sahaja.
Sekarang sudah punyai waktu untuk diri sendiri, kerja dan sebagainya.
So bila orang yang termengandung sila jangan stress,
Hanya fikir anak dalam perut kita bukan kita yang buat,
Allah yang wujudkan,
DIA sebaik-baik pemberi,
Percayalah hikmah dan kebahagiaan tak dapat dijual, beli dikelilingi anak-anak apabila kita meningkat tua.
Nissa Hashim
Enjoy mother of 5 kids
MW: Bersyukurlah dengan setiap rezeki yang Allah kurniakan. Jika mak,ayah belum diberikan rezeki anak, mungkin Allah hadiahkan rezeki lain buat anda. Kalau mak-mak rasa stres, cubalah terapi ini dengan KLIK di sini.
Sumber: Nieyssa Hashim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI