Bawa anak keluar makan & terserempak bekas suami sedang dating, cara wanita kenakan memang win. Ajal maut jodoh pertemuan di tangan Allah. Sekuat mana pun kita mempertahankan rumahtangga namun kalau sudah tertulis jodoh setakat itu saja, harus berdamai dengan takdir.
Jika hubungan suami isteri terlerai tapi hubungan ayah dan anak-anak tak terputus sama sekali kerana anak adalah darah daging keturunan yang sah. Dan menjadi tanggungjawab untuk para ayah memberikan nafkah kepada anak-anak selagi mana mereka masih kecil, bersekolah dan masih belajar.
Dari satu perkongsian Tik Tok @isabeldarling berasal dari Sarawak, ibu cekal ini membawa keluar dua anaknya makan-makan di sebuah restoran kerana anak sulungnya bakal pulang ke kampus.
Namun ketika sedang membuat pesanan, dirinya terpandang bekas suami tengah duduk dating dengan perempuan lain di restoran yang sama.
Tidak cepat melatah dengan “drama” depan matanya, caranya kenakan bekas suami memang win dan harus ditiru oleh wanita lain yang bercerai.
Ads
Manakan tidak, dirinya telah membuat pesanan makanan sedap-sedap selain siap tapau lagi. Bil berjumlah RM162.00 itu kemudian diserahkan kepada pelayan dan menyuruh pelayan itu beri kepada bekas suaminya yang hanya mampu tersenyum kelat saat menerima bil tersebut.
Tulisnya, “jangan pandang sana abang, buat tak kenal saja…”.
Yang pasti, bekas suami nak marah pun tak bolehkan kerana yang makan itu anak-anak juga. Dirinya bukan tidak mampu kerana dia mempunyai pekerjaan dan kewangan tapi saja “mengenakan” suami yang tengah asyik berdating lain.
Dan ternyata tindakannya itu disokong oleh wanita lain yang memuji dirinya tidak hanya cantik tapi sangat bijak.
Kata mereka lagi, nasib terserempak di kedai makan, kalau di kedai emas lain ceritanya. Balas Isabel, dia barang kali sudah angkat sekilo emas, hahaha.
Lebih menarik saat ditanya oleh pengikutnya adakah bekas suaminya membayar bil tersebut, dia mengakuinya. Tapi katanya, teman wanita suaminya terus angkat kaki selepas kejadian itu. Mungkin bengang barangkali.
Ads
Tak kisahlah bercerai hanya antara suami dan isteri tapi anak-anak tetap jadi keutamaan bagi pasangan yang sudah bercerai.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Ads
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pelakon jelita, Afifah Nasir berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak sulung lelaki, hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta, Syed Hariz.
Berita itu dikongsikan Afifah menerusi satu majlis ‘gender reveal’ yang berlangsung dalam suasana penuh intim bersama keluarga terdekat. Dalam hantaran Instagram miliknya, Afifah, 32, meluahkan rasa syukur apabila impiannya memiliki cahaya mata lelaki akhirnya menjadi kenyataan.
Turut kelihatan memeriahkan majlis gender reveal tersebut sudah semestinya keluarga kedua belah pihak yang tidak sabar mengetahui jantina bayi pasangan ini.
“Bila sesuatu itu sudah tertulis untuk kita, doa yang tak terluah pun boleh jadi kenyataan,” tulisnya menyentuh hati.
Menurut pelakon drama Pengantin Satu Malam itu, suaminya, Syed Hariz sememangnya menyuarakan hasrat untuk menikmati fasa bulan madu sepenuhnya pada tahun pertama perkahwinan mereka sebelum menimang cahaya mata.
“Hariz pernah beritahu saya, dia mahu tahun 2024 hanya tertumpu pada kami berdua saja dan berharap menimang cahaya mata pada tahun 2025,” ujar Afifah.
Syed Or Sharifah?
Ternyata, perancangan yang disusun dengan baik itu dipermudahkan Allah SWT dan kini pasangan bahagia itu sedang menantikan kehadiran seorang bayi lelaki yang pastinya akan menyerikan lagi rumah tangga mereka.
“Alhamdulillah, semuanya menjadi kenyataan dengan kehadiran seorang bayi lelaki, seorang Syed. Nikmat Allah memang tak terhitung,” tambahnya penuh syukur.
Genap Setahun, Hadiah Terindah
Afifah dan Syed Hariz sah bergelar suami isteri pada 5 Mei 2024, selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan. Genap setahun perkahwinan mereka, hadirnya zuriat pertama ini ibarat hadiah paling bermakna buat pasangan bahagia ini.
Semoga urusan kehamilan Afifah dipermudahkan dan kehadiran cahaya mata sulung ini menjadi pelengkap kasih sayang dalam rumah tangga mereka.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Hebatnya ujian suami isteri ini. Diuji anak lelakinya, Muhammad Bilal Yusra mengalami kecacatan tempurung kepala atau Holoprosenphaly dan sumbing.
Membuatkan pasangan ini mengambil keputusan berhenti kerja demi menjaga anak keduanya itu. Anak sulung mereka, Nur Khaulah Al-Azwar juga mengalami masalah pendengaran dan tulang belakang.
Setahun lebih berhenti kerja dan fokus menjaga anak sakit, tentunya tidak mudah untuk kedua ibu ayah ini meneruskan survival kehidupan.
Kedatangan Ustaz Ebit Lew, pendakwah bebas yang banyak membantu orang susah sebelum ini tentunya memberi berita gembira buat mereka.
Berhenti Kerja Demi Jaga Anak Sakit
“Sebak rasa ramai Tag saya dekat Tik Tok berita adik Bilal ni. Terus ke Kulim Kedah.. Mak dan ayahnya berhenti kerja menjaga anak ini dah setahun lebih. Kakaknya juga langsung tidak boleh mendengar.
Betapa berat ujian kedua mak ayah ini. Pasti Allah sayang padanya. Semoga kedua mak ayah ini tabah dan kuat..
Saya tanya ada apa-apa rawatan boleh dibuat. Katanya ada 2 jenis sakit begini. 1 boleh di buat pembedahan. Yang ni tak boleh. Diterangkan ayahnya.
Dua jam sekali menyusu melalui straw terus ke perutnya. Dengar Bilal merengek masa minum susu macam baby lain. Bila susu terlambat atau tak sabar nak menyusu. Saiz badan sama baby lain.
Allahuakbar. Jika ada apa-apa rawatan pakar boleh dibuat teringin nak bantu adik ni.
Beri sedikit sumbangan dan berdoa bersama. Kata ayahnya ya Allah ustaz banyak ni. Takdelah adik sedikit je. Semoga Allah sembuhkan dan beri keajaiban buat Bilal. Buat mak ayahnya Allah beri ketabahan dan kekuatan.
Katanya mereka bertuah dapat jumpa saya. Taklah. Sebenarnya saya sangat bertuah dapat berjumpa adik Bilal dan mak ayahnya yang sedang diuji tanda sangat disayangi Allah. Ya Allah berilah kekuatan dan bantulah keluarga ini.
Mingguan Wanita :Semoga urusan keluarga ini menjaga Bilal dan anak sulungnya dipermudahkan.
Habiskan duit. Bila dah ada rumah sendiri, seboleh nak hias macam-macam dalam rumah. Itu belum lagi renovation, nak nampak rumah lagi besar dan mewah.
Namun, tak semua sanggup habiskan duit semata-mata nak renovation rumah. Mungkin duit yang ada itu digunakan untuk keperluan lain. Setiap orang ada cara tersendiri.
Berlainan pula dengan pandangan Adam Kelvin tentang cara masyarakat Cina habiskan duit dalam posting di Facebook.
Saya tak tau macam nak terangkan benda ni. Orang Cina selalunya jarang renovate rumah bagi nampak grand atau mewah.
Hiasan pun sangat minimum. Asalkan fungsi dengan baik, itu dah cukup. Kalau renovate pun, kami pastikan reno yang penting-penting dan amat berguna saja. Contohnya, buat table top dan kabinet dapur atau pun extend ruangan dapur untuk buat laundry.
Dari segi perabot pula, kami tak spend terlalu banyak untuk impress tetamu. Asalkan sofa tu berkualiti dan kemas, dah okaylah. Tak perlu nak nampak mewah ke apa.
Meja makan pun simple. Tak ada deko bunga berat-berat atau hiasan atas meja sampai nak runtuh meja makan tu.
Yang penting fungsi meja makan tu saja. Langsir pun sama. Tak ada nak beli ropol-ropol nampak mewah tu. Just simple dan senang nak basuh. Senang nak maintain.
Hiasan dalaman pun sama.
Kalau anda biasa pergi rumah kawan-kawan chinese, rumah mereka sangat simple. Jarang sangat nak deko rumah nampak mewah. Perabot mewah atau grand pun jarang ada. Kami hanya pentingkan cat berkualiti. Nampak kemas dan bersih. Setel!
Hiasan lampu pun sama. Jarang sangat yang pasang chandelier yang besar-besar. Kat siling pun jarang ada ukiran ke apa. Selalunya kosong saja.
Tak Perlu Renovation Rumah Semata-mata
Ini yang buatkan saya pelik bila melihat kawan-kawan isteri yang beli rumah tapi tak duduk lagi sebab nak kumpul duit design dan renovate rumah. Nak nampak mewah rumah tu.
Banyak rugi. Sebabnya nak kena bayar sewa kat luar, pada masa yang sama kena bayar kepada bank duit rumah baru yang tak diduduki.
Selalunya kami takkan renovate rumah sekali semua. Buat sikit-sikit. Untuk permulaan buat asas dulu. Buat table top ke, kabinet dapur ke atau extend dapur sikit.
Masyarakat kami sayang habiskan untuk renovate rumah semata-mata. Kebanyakan kami tak perlukan validation dari orang luar yang kami ada banyak duit. Orang kaya ya. Saya tak kaya lagi.
Duit mostly kami habiskan untuk pendidikan, melancong dan makan.
Orang Cina cukup suka makan dan banyak spend duit untuk nikmati makanan yang sedap dan berkualiti.
Wife saya dulu makan je apa semua. Tapi bila berkahwin dengan saya, saya ajar dia nikmati makanan yang sedap. Dia sebelum ni makan tepi jalan je. Asalkan kenyang. Sedap ke tak belakang cerita.
Prinsip Orang Cina
Tapi prinsip orang Cina lain sikit. Mahal sikit tak apa. Asalkan sedap dan berkualiti. Memang kami banyak habiskan duit untuk makanan.
Kemudian, masyarakat kami banyak habiskan duit untuk melancong. We dont really buy material, but we do buy experience.
Kami suka melancong untuk tambah pengalaman hidup. Kalau setakat reno rumah, duit sampai situ saja. Kepuasan tu hanya sementara. Takkan nak duduk rumah 24 jam je kan?
Hidup ni bukan nak puaskan hati orang. Tapi hidup ni untuk kayakan diri dengan pengalaman supaya bila tua nanti tak jadi orang yang membosankan. Kan?
Itulah yang ayah saya tanamkan sejak kecil. Rasanya ramai orang Cina pun dididik sebegitu. Hidup simple dan beli sesuatu bukan untuk menunjuk tetapi kepuasan atau reward diri selepas berkorban selama ni.
Mingguan Wanita : Betul juga. Tak perlu la nak bandingkan rumah aku dengan rumah kau. Hidup cara kita dan lalaui pengalaman hidup dengan bahagia dan gembira.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.