Umur muda lagi, baru 30-an tapi bila tengok cermin mulalah terasa muka tu dah ‘makcik-makcik’ habis. Nampak kusam lagi tak bermaya. Bukan tak cuci muka 2 kali sehari, bukan tak pakai alat solek tutup cela tapi seri wajah tetap tak naik.
Haa.. macam inilah yang pernah Illi Nadiah Ibrahim, 36 alami tak lama dulu. Bila mana scroll tengok muka rasa ‘makcik-makcik’ habis. Rupanya nak cantik berseri bukan saja perlu bersolek bagai.
Tapi ada rutin yang perlu diamalkan dengan konsisten. Rutinnya mudah, tapi tak semua orang kental nak buat.
10 Rutin Kembalikan Wajah Anak Dara
Pertama : Tak Ambil Gula
Mula-mula dulu memang susah sebab saya suka coffee jadi 2-3 sudu teh gula tu biasa belum teh lagi!
Jadi saya cari alternative seperti madu tapi saya hadkan 1 sudu kecil sahaja. Perlahan-lahan saya boleh tinggalkan terus.
Kedua : Mengelakkan Makanan Segera
Sebab saya jenis kuat berimaginasi, jadi sesuatu yang saya cuba elakkan, saya akan bayangkan dia masuk dan apa yang terjadi.
MSG dalam makanan segera buat badan kita menggeleber, lengan bersayap.
Jadi saya bayangkan badan saya jadi macam tu dan saya tak mahu!
Ketiga : Tidur Sebelum 12 Tengah Malam
Ini saya belajar dari mama saya.
Dia seorang yang tak pernah tidur lambat sejak muda. Dia bagitahu penting untuk organ badan berehat untuk bekerja dengan baik keesokkan harinya. Alhamdulillah 56 tahun masih sihat tanpa penyakit!
Keempat : Bersenam 3 Kali Seminggu
Semua orang tahu senaman sangat bagus untuk badan. Jadi saya memang amalkan senaman. Badan sakit kalau tak senam!
Saya selalu ke gym untuk high intensity training kesan burning lebih lama.
Kelima : Amalan Minyak Zaitun Dan Supplement Yang Betul
Semakin umur meningkat ni, memang perlu tahu apa yang patut diambil. Memang supplement ni bukan keperluan tapi apa yang kita makan pun tak pernah betul!
Keenam : Set Minda Positif Dan Percaya Pada Diri
Set diri macam mana kita nak. Bayangkan diri kita dah jadi macam yang kita nak. Seronokkan? Dia tambahkan semangat dan badan ikut bekerja cara kita berfikir.
Ketujuh : Bagi Nampak Diri Idaman Kita
Set la dekat wallpaper atau dinding. Saya tampal gambar JLO! Sebab dia lebih tua sikit dari saya tapi dia masih lagi cantik dan aktif!
Kelapan : Minum Air Kosong Banyak
Saya tak pernah tinggal botol air. Kalau tertinggal rasa macam satu dosa!
Kesembilan : Teh Hijau Dan Sayur
Saya akan minum teh hijau setiap hari dan pastikan sayur atau ulam ada dalam setiap hidangan.
Kesepuluh : Bangun Awal Pagi
Mandi sebelum subuh. Ada juga hari terkandas.. haha.. cuma ini antara rutin saya juga. Bila mandi awal pagi badan tak melekit dan dapat buang bau badan!
MW : Mudahkan rutin cantik cara Illi ini. Tak ada dah muka makcik-makcik tu. Kata orang nak cantik memang kena berusaha. Tak boleh sebut-sebut je terus cantik. Yang penting, mind set tu kena betul.
Sumber/Foto : Illi Nadiah Ibrahim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI