Hebat tak hebat frontliner ini, dalam kesibukan kerja mengikut syif masih boleh mengatur waktu yang baik untuk menyediakan, memasak malah menyejukbeku kan lauk pauk untuk hidangan keluarga.
Nim Ahmad yang bertugas sebagai jururawat ini berkongsi dengan MW, penyediaan lauk pauk lebih 30 bekas untuk sekali masak dalam sebulan. Kemudian, disejukbekukan untuk dimakan ketika diperlukan suami mahupun anak-anak.
Kata Nim, “buat lauk frozen ini boleh menjimatkan masa dan tenaga. Malah, tak leceh untuk bersihkan dapur setiap kali masak.”
Akuinya lagi, cara ini sangat menjimatkan.
Ads
Idea Masak Lauk Pauk Frozen Untuk Keluarga
1. Saya mula terfikir nak buat lauk lauk frozen ini bermula (kira-kira) pada tahun 2013. Sebab utama, kami berdua kerja syif. Jadi masing-masing tak ada cukup masa untuk memasak dan makan bersama. 2. Jadi, saya ambil inisiatif untuk beli stok bahan basah, siap cuci dan packing untuk sekali masak. Pada permulaannya begitulah. 3. Kemudian, kami putuskan untuk bawa bekal ke tempat kerja untuk menjimatkan belanja. Sebab masa itu nak buat saving beli rumah. Masa itu saya buat sikit-sikit saja lauk frozen, sebab cuma ada peti ais 2 pintu sahaja. 4. Sejak ada chest freezer yang saya beli secondhand dari kawan, saya mula buat stok banyak-banyak. Sekali memasak tu dapatlah dalam 30 ke 40 bekas makanan. Jadi boleh digunakan nanti untuk makan dan bawa sekali untuk bekal.
5. Selalunya saya buat stok lauk-lauk ini sebulan sekali time dapat gaji. 6. Lauk frozen ini boleh tahan 1 ke 3 bulan, tapi selalunya tak sampai sebulan dah habis. 7. Biasanya saya ambil masa untuk siapkan semua ini lebih kurang 5 ke 6 jam tanpa gangguan daripada anak-anak. Kalau anak kacau, lebih lagi lah masa diambil. 8. Ketika saya memasak, suami saya tolong jaga anak-anak. Jadi, say aboleh concentrate untuk masak. 9. Mula memasak lepas Subuh sampai tengahari, siap. Senang masak pagi-pagi sebab waktu tu anak-anak masih tidur.
Waktu Berpantang Pun Memasak..
Nim merupakan ibu kepada 2 orang anak lelaki. Yang sulung, 2 tahun 4 bulan dan anak bongsunya baru berusia 2 bulan.
Ads
“Semasa dalam pantang pun saya buat juga lauk lauk. Saya perap ayam, frozenkan. Kemudian, masuk dalam airfryer.
Macam yang gambar viral baru-baru ini dalam 10 jenis lauk. Selalu saya tanya husband dia nak makan apa. Sama-sama tentukan. Tapi daging kicap, daging goreng kunyit dan ayam masak asam memang wajib ada. Tu favourite suami.”
Bayar RM500 konsert Billie Eilish yang nampak bilis. Ramai anak muda meroyan di media sosial. Semalam berlangsungnya konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Walau menerima kecaman kerana ada yang sanggup beratur seawal jam 5 pagi sedangkan konsert bermula jam 8.30 malam namun seramai 25,000 penonton tidak kisah kerana teruja dengan kehadiran superstar ini.
Walau ia menerima bantahan dari pelbagai pihak termasuk pendakwah-pendakwah namun ianya tetap berlangsung malam tadi.
Billie Eilish yang menjadi fenomena seluruh dunia mempertaruhkan genre muzik elektro pop indie dan penyanyi berusia 20 tahun ini pernah menang besar di Anugerah Grammy 2020 dengan membolot empat trofi utama iaitu Rakaman Terbaik, Album Terbaik, Lagu Terbaik dan Artis Baru Terbaik. Tak hairanlah pelantun lagu Bad Guy ini digilai ramai seluruh dunia termasuk di kalangan anak muda dalam negara kita.
Jika ramai merasakan membazirnya membayar tiket mahal tapi tidak bagi segelintir peminat Billie Eilish, mereka sanggup mengeluarkan wang paling mahal di antara RM598 dan termurah RM398 untuk menonton konsert penyanyi ini malam tadi.
Tapi nampaknya di media sosial, rata-rata anak muda yang menonton meluahkan meroyan mereka. Ini kerana jarak pentas utama dengan kedudukan penonton terlalu jauh di mana terdapat ruang kosong yang besar dibiarkan di bahagian tengah.
Seperti satu perkongsian dari @emilya yang berkata, wang RM500 yang dibayarnya untuk melihat Billie Eilish sebaliknya hanya nampak “bilis” saja. Sound sistem juga agak teruk. Tak hanya dirinya, rata-rata menzahirkan rasa kecewa kerana masalah ini. Sudahnya bayar RM500 tu hanya sia-sia saja kerana lebih sedap dengar di YouTube atau Spotify.
Untuk mak-mak, kalau dapat RM500 tu, pasti penuh peti aiskan dengan lauk pauk anak-anak. Apa pun, hidup adalah pilihan. Kita doalah yang baik-baik untuk semua orang. Moga mereka rajin ke majlis ilmu pula selepas ini.
Pebagai pihak mengucapkan tahniah kepada Tun Mahathir Muhammad diatas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-7.Namun yang berjaya mencuri perhatian ramai adalah ucapan tahniah oleh Najib Razak sendiri kepada Tun Mahathir semalam.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau bersedia membantu proses peralihan kuasa kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Mahathir Muhammad yang baru memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei.
Beliau berkata demikian menerusi status yang ditulis dilaman Twitter dan facebook miliknya semalam, dengan ucapan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-7.
“Baru mengucap tahniah kepada Tun Mahathir di atas pelantikan beliau sebagai perdana menteri yang ke-7. Saya sanggup membantu peralihan kuasa yang lancar,” tulisnya.
Status tersebut mendapat pelbagai reaksi pengguna internet yang ternyata berpuas hati dengan keikhlasan beliau menawarkan bantuan dan sokongan terhadap usaha peralihan kuasa.
Ramai yang mengucapkan terima kasih, tidak kurang juga yang mengucapkan selamat berehat buat beliau.
Terdahulu, PRU14 dimenangani parti Pakatan Harapan yang diketuai bekas perdana menteri ke-4, Dr Mahathir. Barisan Nasional kecundang di tangan PH selepas 60 tahun parti itu memerintah negara.
Semalam, Mahathir mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-7 pada kira-kira 10.00 sambil disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif.
Pendakwah dan aktivis sosial terkenal Ustaz Ebit Lew sememangnya aktif menjalankan misi bantuan dan bertindak pantas menyelesaikan isu kemanusiaan kepada golongan yang memerlukan.
Dek kerana kesungguhan dan kemurahan hatinya membantu golongan yang sedang berada dalam kesusahan, Ustaz Ebit berasa sangat bersyukur apabila ada pihak yang sudi menghadiahkan dua buah kenderaan pikap bagi membantunya menjayakan misi bantuan kemanusiaan.
Ustaz Ebit Lew Bersyukur Rezeki Tak Disangka Sangka
Bagaikan tidak disangka rezeki yang datang sagatlah berharga. Malah dapat membantu menjayakan misi bantuan buat mereka yang memerlukan.
“Sebak terharu syukur sangat rasa Allah beri rezeki tak sangka-sangka di tengah malam selepas Tarawih. Selalu beri hadiah pada orang lain. Tiba-tiba sejuk berkat Ramadhan waktu malam ni.
“Puan Nur Sakinah dan beberapa sahabat sukarelawan yang baik sangat dari Petronas serta keluarga hadiahkan 2 hilux baru warna hitam untuk kegunaan misi kami. Cantik hilux ni. Susah payah tengah malam hantar ke rumah saya. Senyum seorang saya bila fikir kasih sayang Allah. Terima kasih yer.
“Kata Nur Sakinah dari bulan Oktober tahun lepas cari saya nak bersama dalam misi kemanusiaan ini. Mesej dekat insta dan fb. Akhirnya Allah temukan,” tulis Ustaz Ebit menerusi laman sosialnya.
Ustaz Ebit seorang yang berhati mulia sentiasa membantu mereka yang dalam kesusahan.
Pelbagai Kisah Yang Berlaku Pada Sahabat Laksanakan Misi Bantuan
Menurut Ustaz Ebit lagi, dirinya dan sahabat-sahabat yang melaksanakan misi bantuan sememangnya mengharungi pelbagai dugaan. Namun masing-masing reda dan bersemangat meneruskan bantuan bagi membantu mereka yang dalam kesusahan.
“Biasa sahabat saya masing-masing guna kenderaan masing-masing. Dengan ada kemalangan, redah banjir,hujan lebat,jalan licin,masuk pedalaman hutan.
“Kasihan pada mereka. Macam-macam kisah kami dijalanraya. Ada jer kereta terpaksa tinggal mana-mana. Rosak atau kemalangan. Tapi mereka gembira berkhidmat tanpa mengharapkan apapun.
“Gembira untuk ummah. Syukur Allah permudahkan. Pelbagai kenangan bersama kenderaan masing-masing disepanjang misi ini. Tak berhenti dari dulu. Kadang kami berehat bergilir. Tapi kereta tak berehat bergilir.
Banyak lagi Kerja Sebelum Ramadan
“Doakan yer. Banyak kerja lagi sebelum berakhir Ramadhan ini. Biarlah menjadi Lailatulqadar untuk semua. Kita bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama. Semoga Allah berkatkan, selamatkan, dan permudahkan segala misi bantuan ini.Terima kasih pada semua yang bersama saya selama ini.
“Hanya Allah yang membalasnya. Allah pasti akan membalasi dengan balasan yang tak pernah kita bayangkan. Suprise dari Allah untuk kita semua nanti.
“Paling utama doa dari semua. Itulah hadiah paling berharga. Kita bantu seramai mungkin. Biar suara orang miskin dan anak yatim menjadi sangat berharga. Doa mereka menyebabkan pertolongan dan rahmat Allah datang dalam hidup kita.
“Terima kasih semua yang selalu mendoakan dan bersama saya selama ini. Terima kasih Allah,” kongsi Ustaz Ebit.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...