Banglo Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini kini tinggal kenangan. Tiada lagi banglo megah milik Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang dahulunya tersergam indah di belakang sebuah hotel di Petaling Jaya.

Banglo Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini Kini Tinggal Kenangan

Banglo dua tingkat yang pernah menjadi syurga bagi penyanyi Seri Dewi Malam ini kini hanya tinggal longgokkan pecahan batu selepas dirobohkan oleh pemilik baharu dua bulan lalu.

Memetik portal Hibglam dan juga menerusi  TikTok Hibglam yang kelihatan hanya tembok batu coklat kiri kanan yang masih tertera nombor rumah 42 yang bersisa, manakala pintu pagar gah rona hitam sudah diganti dengan zink hijau, menandakan kerja-kerja kontraktor sedang dijalankan. Difahamkan pembeli hanya inginkan tanah dan bukan banglo tersebut, selain turut membeli lot bersebelahan kediaman tersebut.

Banglo Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini Kini Tinggal Kenangan

Menurut pengawal yang diupah oleh syarikat pembinaan, beliau telah menjaga kawasan berkenaan sejak hartanah bertukar milik sekitar awal tahun ini.

“Saya cuma tahu dahulu rumah besar ini pernah didiami seorang penyanyi popular, tetapi kemudian dibeli oleh sebuah syarikat. Kerja merobohkan rumah pun baru sahaja dilakukan sekitar Mei lalu. Selebihnya saya tak tahu. Saya cuma kerja jaga,” katanya ketika ditemui HibGlam.

Tiada sebarang kerja pembinaan dijalankan pada hujung minggu dan perincian mengenai projek berkenaan juga tidak dipaparkan di bahagian luar premis. Melalui celah pintu pagar zink setinggi lapan kaki itu, jelas kelihatan sebuah jengkaut masih ditinggalkan untuk menyelesaikan kerja pembersihan sisa runtuhan.

@hibglam.com.my TIADA lagi banglo milik Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang sebelum ini tersergam indah di belakang sebuah hotel di Petaling Jaya. Rumah agam dua tingkat yang menjadi syurga penyanyi Seri Dewi Malam itu kini hanya tinggal sebagai longgokan pecahan batu selepas ditarah jengkaut atas permintaan pemilik baharu sejak dua bulan lalu. Baca artikel penuh menerusi www.hibglam.com.my atau klik Bio. Jangan lupa follow Instagram, Facebook, TikTok dan X (Twitter) #hibglam #sharifahaini #biduanitanegara #banglo #roboh ♬ original sound – HIBGLAM

Menurut sumber terdekat keluarga Allahyarham, kediaman tersebut diruntuhkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah projek komersial. Namun, individu terbabit tidak mengetahui syarikat mana yang berjaya membeli hartanah tersebut ataupun harga yang ditawarkan kepada anak tunggal arwah, Aliff Omar Ali, 42.

Ads

Usaha untuk mendapatkan komen waris Allahyarham juga belum berhasil apabila panggilan kepada Aliff tidak dijawab. Sementara itu, seorang kenalan terdekat Allahyarham menyatakan barangan peribadi arwah terutama yang berkaitan dengan kerjaya seninya sudah dipindahkan ke tempat lain.

Banglo Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini Kini Tinggal Kenangan
Kredit foto: Harian Metro

Perabot serta barangan besar lain dijual sedikit demi sedikit kepada rakan serta ahli keluarga selepas fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Setahu saya semua barangan peribadi terutama trofi serta hadiah penghargaan yang diterima sudah disimpan di tempat selamat selepas tiga tahun rumah itu berada dalam pasaran. Saya kurang pasti sejak bila proses tersebut, mungkin sekitar 2020 ketika pandemik Covid-19 melanda dunia,” ujar seorang sumber yang enggan dikenali.
Sebuah Kenangan

Ketika hayatnya, Allahyarham Sharifah Aini sering mengundang rakan-rakan dan anak-anak tahfiz menjamu selera di banglo berkeluasan 20,000 kaki persegi itu. Menurut sumber tersebut, tujuan Aliff menjual rumah agam tersebut adalah kerana terlalu besar untuk mereka empat beranak berteduh selain kos penyelenggaraan yang tinggi.

Banglo Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini Kini Tinggal Kenangan

Ads

Namun, Aliff sempat tinggal beberapa tahun di kediaman terbabit selepas pemergian Sharifah Aini akibat komplikasi fibrosis paru-paru pada 5 Julai 2014. Terdahulu, khabar penjualan hartanah berkenaan mula bertebaran empat tahun selepas pemergian Allahyarham apabila diiklankan pada harga RM8 juta menerusi Facebook. Pada iklan berkenaan turut ditulis banglo tersebut adalah kepunyaan seorang penyanyi popular tetapi dirahsiakan identitinya.

Sebagai penghibur yang cukup menjaga nilai eksklusif, Sharifah Aini mengakui jarang keluar rumah kecuali untuk bekerja atau menghadiri majlis penting. Kediaman tersebut juga sering dijadikan tempat pertemuan dengan rakan media, menjamu kenalan serta mengadakan majlis doa selamat yang turut dihadiri anak-anak tahfiz.

Banglo tersebut dilengkapi perpustakaan, dua dapur, sembilan bilik tidur, tujuh bilik air, dewan acara, lima ruang tamu, kolam ikan serta sebuah bilik pembantu rumah. Allahyarham juga mempunyai ruang khas untuk menyimpan pakaian, aksesori serta barangan peribadi lain yang seakan-akan galeri pameran.

Sumber: Hibglam dan TikTok Hibglam

Baca artikel lain juga: Ibarat IBU, Shiha Respek Sikap Arwah Sharifah Aini Tidak Suka Meuar-Uarkan SETIAP KEBAIKAN DILAKUKAN 

Ads

Rumah Banglo Hadiah ‘Anniversary’ Ayda Jebat  Nabil “Kerja Siang Malam Sampai Tak Mampu Bukak Mata”

Kak KM Beli Banglo RM5 Juta “Kalau Sentiasa Berbuat Baik Pasti Ada Rezeki”

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI