Meriah balik ramai-ramai berkumpul adik beradik musim raya, apatah lagi yang jauh di perantauan pun ada. Mak ayah apatah lagi, mesti bahagia tengok anak cucu depan mata.
Tetapi setiap kali raya, macam mana dengan kos perbelanjaan duit dapur nak ‘main masak-masak’? Itu belum kira soal duit bil api, orang tua saja ke kena tanggung?
Wujudkan Perbelanjaan Dapur
Hah, jangan buat pejam mata kalau dah anak-anak pun berderet. Biasanya yang tadah perut saja ramai, yang keluarkan duit buat tak nampak.
Kalau berlaku situasi seperti ini dalam keluarga, salah seorang adik beradik kena betulkan dan ikut cara yang saudara Firdaus Shakirin kongsikan kali ini. Bersuara!
Raya ramai-ramai, dapat berkumpul semua adik-beradik memang seronok.
Ianya akan jadi TAK SERONOK kalau balik 5 family, tapi satu family saja yang kena tanggung serba serbi perbelanjaan dapur untuk kesemua yang balik beraya di kampung tu.
Ads
Pakat Adik Beradik
Benda ni adalah sesuatu yang susah nak kita cakap pada adik-beradik kita takut diorang terasa, takut jadi bermusuh, tapi kita tetap kena cakap.
“Abang, Kakak, Adik, tolong bagi sorang 100 atau 200 untuk beli ayam, daging, tulang, ikan, sayur dan kelengkapan-kelengkapan dapur dan raya yang lain-lain.”
Bayangkan 5 family, satu family 4 orang, dah hampir 20 orang satu rumah. Campur mak ayah kita, 22 orang. 22 orang sekali makan, bayangkan lauk banyak mana yang kita perlu beli, masak, dan hidangkan.
Modal tu, bukan biasa-biasa, banyak juga tu yang perlu dikeluarkan. Kerja pula biasa-biasa je, gaji tak besar mana. Abang, kakak, adik semua kerja hebat-hebat, balik naik Alphard, naik Honda, naik motor besar tapi nak keluar duit belanja dapur, beli barang raya…
Ads
KEMUT.
Kena Suarakan Minta Duit Perbelanjaan
Yang kerja biasa-biasa ini pula kena tanggung diorang. Maka daripada selalu makan hati ulam jantung, suarakan, PM sorang-sorang untuk minta duit barang. Jangan tanggung sorang-sorang.
Kalau awak tu dah berbelanja berhabisan sebab seronok rasa meriahnya duduk beramai-ramai ni, nanti tengah bulan diorang ada nak tanya awak, cukup duit ke tak untuk hidup? Tak, hadap la sorang-sorang… korek lah mana yang ada untuk hidup.
Banyak yang alami benda ni, balik beraya ramai-ramai, end up rasa terbeban sebab serba serbi kena keluar duit poket sendiri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bila anak sudah remaja tak boleh marah, tengking! Kena guna pendekatan nasihat dengan hikmah. Memang sungguh mencabar mendidik anak-anak yang meningkat remaja.
Setiap peringkat tumbesaran anak-anak ada cabaran yang tersendiri. Begitu juga dengan peringkat usia remaja, anak-anak tidak boleh dimarah sesuka hati, bimbang bila mereka mulai terasa hati mereka mula menjauhkan diri,
Ikuti perkongsian Dr Taufik Razif ini dan fahami apa yang cuba disampaikan dalam mendidik anak-anak yang meningkat remaja.
Bila Anak Sudah Remaja
Anak perempuan saya tunjuk tarian TikTok!
Beberapa hari lepas anak perempuan sulung saya datang di depan saya dengan wajah tersenyum-senyum seakan-akan hendak beritahu sesuatu.
” Abi, nak tengok tak? ”
” Nak tengok apa kakak?”, terpinga-pinga saya dibuatnya.
Tiba-tiba si Maryam ini angkat tangan dia, dihayun tanggannya ke kanan dan kiri. Yang tak tahannya siap goyang goyang punggung tu.
Ya Rabbi. Astaghfirullah!
Tak Boleh Marah, Tengking!
Masa tu tiba-tiba datang rasa menyirap! Rasa nak tengking pun ada tapi cepat cepat saya rasionalkan balik diri saya.
Kalau saya marah dia terus, apa jadi? Ada kemungkinan lepas ini Maryam tak akan beritahu saya apa-apa dah. Dia akan pendam sendiri saja semua kesalahan dia!
Yang kedua, bila fikir balik dia menari tiktok macam tu depan keluarga sendiri. Tak haram. Tak berdosa pun. Cuma yang berdosa kalau pergi tayang pada yang bukan mahram saja.
Hati saya tiba tiba kembali sejuk.
” Kakak belajar kat mana menari ni? ”
” Ada kawan kakak ajar. ”
” Yelah yelah. Lain kali boleh saja hendak menari tapi elakkan menari depan orang lain. Dan kalau boleh elakkanlah menari tiktok ni ”
Sambil nasihat, sambil saya buka 1 video yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan yang berumur dalam 5 hingga 6 tahun yang tiba-tiba menari seperti kerasukan jin ketika mendengar muzik TikTok walaupun sedang lena tidur!
Saya tunjuk video tersebut pada anak saya dan saya boleh nampak dia ketakutan.
Bila anak nak masuk usia remaja ni kena nasihat dengan hikmah. Dah tak boleh sangat guna cara ‘Control & Dominance’ dengan cara marah-marah dan tengking.
Mereka sudah mula ada identiti. Dan mereka juga sudah mula ada circle sendiri. Di samping itu, mereka sudah mula ada kecenderungan sendiri.
Terpaksa Berlembut Dengan Anak-Anak
Makin kita berkasar, makin mereka lari. Makin kita memaksa, makin mereka pendam sendiri dan kerosakan sebenar bila mereka mula buat kesalahan secara diam-diam di belakang kerana merasa tak selamat untuk meluah dan mengadu pada ibubapa.
Ya Allah. Bantu kami didik anak perempuan dan anak lelaki kami Ya Allah dan jauhi anak anak kami daripada pengaruh buruk dunia dan rakan sebaya mereka. Amin Ya Allah.
Mingguan Wanita : Mendidik anak bukan sesuatu yang mudah dalam zaman sekarang. Usahakan yang terbaik dan selebihnya berserah kepada Allah.
Alangkah beruntungnya, jika tiba hari Jumaat hati dah mula terdetik mahu bersedekah. Dijentikkan keinginan itu kerana Allah sayang dan mahu kita lebih lagi dekat dengan hambaNya.
Sebenarnya, bukan saja bersedekah pada hari Jumaat. Banyak lagi amalan lain yang dicatatkan boleh dilakukan pada hari Jumaat.
Ustaz Khairul Anuar Basri, berkongsi tip amalan hari Jumaat, yang juga penghulu segala hari ini.
Kenapa Hari Jumaat Itu Penghulu Segala Hari
Hari ini hari Jumaat kan?
Sekejap saja. Baru lagi rasanya hari Jumaat minggu lepas. Hari ni datang lagi hari Jumaat.
Hari ini saya nak kongsikan satu ilmu yang sangat hebat iaitu; 10 perkara yang elok kita lakukan pada penghulu segala hari iaitu hari Jumaat.
Ada beberapa keistimewaan hari Jumaat sebagainya yang disebutkan dalam satu hadith riwayat Ibnu Majah.
Hari Jumaat lebih agung daripada hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha.
Allah SWT menciptakan Nabi Adam AS pada hari Jumaat.
Dan Allah SWT menurunkan Nabi Adam AS ke bumi daripada syurga pada hari Jumaat.
Allah SWT mencabut nyawa Nabi Adam AS pada hari Jumaat.
Ada satu masa sepanjang hari Jumaat, Allah akan perkenankan doa orang yang meminta, selagi mana dia tidak meminta perkara yang haram.
Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat.
Seluruh para malaikat di langit, bumi, angin, gunung dan lautan teramat takut dengan keagungan hari Jumaat.
9 Amalan Ini Lakukanlah Pada Hari Jumaat
So, apa yang elok kita buat pada hari Jumaat?
1. Mendandan rambut, misai dan janggut agar kelihatam kemas.
2. Memotong kuku dan membersihkan kotoran di celahan kuku.
3. Mandi sunat hari Jumaat. Seelok-eloknya sebelum daripada keluar untuk menunaikan solat Jumaat. Tapi kalau tak mampu, bolehlah niatkan ketika mandi di awal pagi.
4. Memakai pakaian yang elok. Maklumlah, hari Jumaat ini kan hari raya mingguan bagi umat Islam. Pakailah pakaian yang elok, sopan dan menutup aurat.
5. Memakai bau-bauan. Ini pun antara sunat yang dituntut dalam Islam sebai memuliakan hari Jumaat.
6. Memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar. Ini adalah untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah SWT pada hari yang mulia.
Lebih kan Selawat Ke Atas Rasulullah SAW
7. Memperbanyakkan selawat. Ini pula tanda kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.
8. Datang awal ke masjid bagi kaum lelaki. Rebutlah saf yang paling awal dan duduk dengan tenang sambil berniat iktikaf.
9. Perbanyakkan solat sunat. Antaranya solat Dhuha, solat Tahiyyatul Masjid, solat rawatib dan sebagainya.
10. Perbanyakkan sedekah sebagai kesyukuran kita atas nikmat yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita.
Itulah antara perkara-perkara baik yang patut kita budayakan pada hari Jumaat.
Semoga hari Jumaat kali ini mendatangkan seribu satu rahmat dan berkat kepada kita, insyaAllah.
#KAB
– Jumaat ke Jumaat adalah penghapus dosa, selagi mana tidak dikerjakan dosa besar –
#SHARE untuk pahala ilmu yang bermanfaat.
MW : Kalau tak dapat buat kesepuluh tu.. dapat satu dua tapi konsisten pun dah cukup baik.
Ternyata perubahan fizikal isteri selepas melahirkan anak bukanlah kekurangan, itu adalah pengorbanan.
Naik berat badan berkilo-kilo ketika mengandung, menanggung alahan sepanjang masa, seksa ketika melahirkan dan berpantang ternyata bukan sedikit pengorbanan seorang isteri lakukan.
Oleh itu sebagai suami hargailah dan berterima kasih dengan pengorbanan yang telah isteri lakukan. Mempertaruhkan nyawa untuk melahirkan zuriat untuk suami adalah seberat-berat perkara yang isteri sanggup lakukan demi suami tercinta.
Ikuti perkongsian Dr Taufiq Razif dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Jangan Pertikai Badan Isteri
Sedih sangat bila baca ada suami yang pertikai tubuh badan isteri selepas dah berderet bersalin dan melahirkan anak.
Tahu tak lebih 55 peratus wanita hamil akan dapat Striae Gravidarum ataupun kita panggil Stretch Marks di perut itu.
Itu belum masuk lagi perubahan yang lain. Patutnya setiap kali kita tengok parut dan perubahan badan isteri, kita rasa berterima kasih sangat.
Perubahan Fizikal Isteri Selepas Melahirkan Anak Bukanlah Kekurangan
“Ya Allah. Dengan setiap parut dan perubahan yang berada di tubuh isteriku ini, Engkau kurniakanlah pahala dan darjat yang tinggi di sisimu Ya Allah”.
Para isteri ini sudah tahu selepas bersalin nanti mungkin berat badannya akan bertambah, mungkin kulitnya bertukar kusam, mungkin parutnya akan kekal tetapi mereka tetap teruskan juga demi melahirkan zuriat suaminya.
Setidaknya berterima kasihlah. Jangan tengok sangat fizikal kerana perubahan fizikal isteri selepas melahirkan anak itu bukan kekurangan, itu adalah pengorbanan!
Taufiq Razif Sebak tengok ada yang mempertikaikan sebuah pengorbanan.
Mingguan Wanita : Tentu sedih seorang isteri pabila pengorbanannya tidak dihargai, apa lagi dipertikaikan bentuk tubuh tidak seperti sebelumnya. Tentu juga sangat mengguris hati. Renung-renungkan.
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
TERBARU!!!
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.