Baik, buruk bila menantu perempuan tinggal serumah, bergantung sikap dan layanan mak mentua. Tinggal bersama mentua merupakan satu situasi yang sering dihadapi oleh pasangan yang baru berkahwin, terutama di kalangan masyarakat kita.
Baik, Buruk Bila Menantu Perempuan Tinggal Serumah
Bagi sesetengah orang, ia adalah pilihan terbaik kerana faktor ekonomi, tradisi atau keperluan penjagaan keluarga. Namun, pengalaman tinggal bersama mentua boleh menjadi positif atau negatif, bergantung sepenuhnya kepada sikap dan layanan mentua.
Kadang-kadang disebabkan ibu atau ayah mentua tinggal sendirian, terpaksalah anak, menantu tinggal bersama. Baik, buruk tinggal bersama mentua adalah bergantung 100 peratus pada sikap dan layanan mentua.
Bergantung Sikap Dan Layanan Mak Mentua
Berikut perkongsian Firdaus Shakirin:
Suka duka tinggal dengan mertua…
Semua orang bila mendirikan rumah tangga, mesti hendak ada tempat tinggal sendiri…
Hendak ada kehidupan sendiri, nak ada privasi dan nak menentukan sendiri apa yang kita nak buat dalam rumah tangga yang baru kita bina itu…
Namun, ada juga yang terpaksa tinggal dengan mertua…
Suka dukanya, baik buruknya mereka yang tinggal dengan mertua ini subjektif sebab bergantung sepenuhnya kepada sikap, tingkah laku dan layanan mertuanya…
Bangun lambat sangat, tak boleh…
Duduk tengok televisyen lama sangat pun tak bloeh…
Anak-anak sepahkan rumah, mertua marah…
Ads
Bila guna barang mertua, dia tak bagi… Bila masuk ke dapur untuk memasak, itu dia komplen, ini dia komplen… Potong ini kecik sangat, potong itu besar sangat…
Lepas itu kerja-kerja rumah, semua mertua nak menantu yang buat… Sudah kemas rumah ke belum, tak kan nak tunggu kena suruh…
Pukul berapa nak start masak, perut sudah lapar… Baju dekat ampaian itu bila nak kutip, hari sudah petang…
Bila datang adik-beradik yang lain, si menantu yang tinggal sekali itulah yang kena layan…
Dia memasak, dia hidang, dia kemaskan… Pinggan mangkuk cawan semua dia yang kena basuh… Walaupun yang duduk dekat ruang tamu itu adalah anak mertua itu sendiri, ipar biras si menantu…
Anak perempuan dia pula dilayan oleh menantu yang tinggal di situ…
Bila mengadu pada suami, jawapan suami. “Ala, mak memang macam itu… Layankan saje…”
Layankan saja? Ye lah kan, bukan dia yang kena… Dia tak ada dekat rumah… Kalau dia ada pun, layanan mak dia jadi lain… Baik tiba-tiba dengan menantu dan cucu sebab anak sendiri ada dekat rumah tu…
Ads
Itu belum cerita lagi bab mertua mengata menantu itu dekat menantu yang lain, dekat anak yang lain, dekat jiran sekeliling… Kadang-kadang lain yang menantu buat, lain yang mertua sampaikan…
“Awak, siang tadi awak tak buat kerja ke? Mak bagitahu saya yang awak tak buat apa-apa”.
Ini bukan drama, ini hakikat yang berlaku dalam rumah tangga mereka yang kena tinggal sekali dengan mertua…terseksa jiwa dan raga dan tak ada siapa pun yang faham dirinya.
Kesimpulannya tinggal bersama mentua boleh menjadi pengalaman yang baik atau buruk bergantung kepada sikap mertua dan juga pasangan itu sendiri. Komunikasi terbuka, rasa hormat, dan toleransi adalah asas penting dalam mewujudkan suasana yang positif dan harmoni.
Jika kedua-dua pihak dapat bertolak ansur dan saling memahami, tinggal bersama mentua bukan sahaja dapat menyelesaikan banyak masalah, malah boleh mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Penatnya mak ayah zaman sekarang, keluar pagi-pagi cari nafkah dan bila balik rumah nak kena uruskan anak-anak. Kadang ada mak ayah yang tak sempat nak bermain dengan anak sebab anak dah tidur. Itulah rutin harian mak ayah setiap hari.
Bukan tak sayang anak tetapi sebab kerja hakiki itu wajib buat demi dapatkan rezeki yang halal untuk anak-anak. Namun sebolehnya mak ayah janganlah kejam sampai terbuat 5 perkara yang dikongsikan Doktor Taufiq Razif ini, kasihan anak-anak…
1. Cari Nafkah Sampai Lupakan Anak
Cari nafkah memang tak salah. Bahkan cari nafkah ni wajib hukumnya! Yang jadi salah bila cari nafkah sampai lupa benda yang paling basic yang seorang anak perlukan.
Anak bukan cuma perlu disuap fizikal dan tubuhnya. Anak juga perlukan disuap psikologi dan rohaninya. Tak ke kejam kita sibuk cari nafkah untuk si anak tapi peluk cium anak pun kita tak pernah buat? Hatta anak solat ke tak pun kita tak pernah nak amik tahu. Apatah lagi nak periksan bacaan Al Fatihah mereka!
2. Tak Pernah Bagi Anak Matlamat Untuk Hidup
Antara benda paling penting bagi seorang anak juga adalah mindset dan matlamat hidup. Kita sibuk sangat dengan kerja, nak bayar hutang, masalah dengan pasangan sampai la ke masalah kerja sampaikan kita lupa nak bagitahu anak apa matlamat hidup mereka
Anak yang tak tahu matlamat hidup ni nanti akan mencari cari matlamat hidup palsu di luar sana. Bila anak rosak dan sesat, kita pandai pula nak marah mereka. Padahal kita yang tak bagi mereka peta kehidupan. Peta kehidupan tu la matlamat hidup yang kita wajib berikan!
Kejam kan bila kita nak anak kita hidup tapi tak pernah bagitahu anak kita apa tujuan hidup yang sebenarnya. Hidup tanpa tujuan ni umpama tembak pistol tanpa sasaran!
3. Beli Peti Ais Jenama Mahal Tapi Isinya Merosakkan Anak
Zaman dulu dulu peti ais ni gunanya untuk bagi makanan tu tahan lama tapi zaman kita sekarang mak ayah jadikan peti ais sebagai kubu penyimpanan gula-gula, aiskrim, coklat, kek, air tin berkarbonat, nugget, hotdog dan bermacam lagi jajan dan makan segera
Sekali sekala anak minta jajan di kedai itu mungkin dimaafkan tapi kalau peti ais rumah pun kita dah jadikan gedung jajan untuk anak kita, agak-agak kita boleh kawal tak?
Kejamnya kita kalau kita marah orang sakiti anak kita tapi tanpa kita sedar makanan tak berkhasiat yang kita suap anak kita tu sebenarnya lebih berbahaya!
4. Paksa Anak Tiru Kita
Kesian saya tengok sesetengah anak tu. Dipaksa oleh mak ayahnya untuk menjadi seperti mereka. Padahal si anak tu ada bakat dan potensi yang berbeza.
Anak kita ada semua Multiple Intelligence. Ada yang berbakat di bidang sukan, ada yang berbakat di bidang penulisan dan ada yang berbakat di bidang kepimpinan.
Tugas kita bukan nak anak jadi macam diri kita. Tugas kita adalah nak anak kita jadi THE BEST VERSION OF HIM/HER.
5. Tak Sampai Hati Nak Tegur Anak
Tugas mak ayah bukan cuma bagi kasih sayang sepenuhnya secara membabi buta. Tugas mak ayah juga adalah sebagai decision-maker bagi anak-anak yang belum matang akalnya.
Hati-hati kalau kita jenis yang sayang anak hingga tahap tak sampai hati nak tegur anak. Mungkin kita adalah jenis mak ayah yang Permissive. Mak ayah yang permissive ni memang sayang sangat tapi kasih sayangnya tu melampau-lampau hingga akhirnya si anak tu pijak kepala dan memanipulasi mak ayahnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebagai seorang ibu muda yang mendapat anak pertama serta kurang pengalaman dalam perkembangan tumbesaran anak pastinya pelbagai perkara yang perlu dipelajari. Pengalaman daripada orang-orang tua yang lebih ‘makan garam’ adakalanya menjadi rujukan dalam pembesaran anak-anak.Sama ada ia mitos ataupun mungkin hanya satu kebetulan.
Baru-baru ini pelakon Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar,33 ada berkongsi satu status dilaman instagramnya bertanyakan, sama ada benarkan bila bayi dah mula menyembur, memberi kesan pada keguguran rambut si ibu.
“Budak belon ni sekarang suka jelir lidah..sembur-sembur (bubbles) agaknya gusi gatal nak tumbuh gigi. Orang tua-tua cakap kalau baby sembur-sembur ni rambut mummy akan gugur banyak!Tapi memang gugur tak hengat ni. Mommies lain pun mengalami keguguran rambut jugak ke? .”
Rupanya pertanyaan dan pengalaman Lufya ini mendapat respon yang sama daripada para pengikutnya.Rata-rata ramai yang bersetuju dan mempunyai pengalaman keguguran rambut apabila anak mulai ‘menyembur’ dan mahu keluar gigi baru.
syazleenzawawi@lufyalaana aah..gugur…tiap kali anak nak keluar gigi baru…rambut saya gugur.
aimi.munirahh Samaa @lufyalaana..macam orang leukimia dah..sedih tengok rambut sendiri,pastu bersepah satu rumah.
izzatihaifasiratSaya anak first rambut gugur banyak sampai rambut depan dah jadi botak sebab banyak sangat gugur. Nak sikat rambut pun takut.
syafaBetul, baby aaqil dah masuk 5month now, suka sembur-sembur, rambut mama ya ampun macam dah kena kimo.
fauziahgeeyahSama sis,sampai potong pendek dah rambut,macam musim luruh dah anak saya pun asyik main air liur pastu jelir-jelir lidah, rupanya tumbuh gigi sebatang dah.
Terdahulu pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 26 November 2016, setelah bertunang selama 4 bulan pada tahun yang sama. Lufya telah berkahwin dengan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharom,28 dan dikurniakan seorang puteri yang comel Laana Haura yang kini berusia 7 bulan.
Mungkin ia hanya satu kebetulan. Tidak dapat dipastikan kaitan dan kajian saintifik bila anak mulai menyembur-nyembur, rambut mak-mak mengalami keguguran. Tapi pengalaman mak-mak sendiri bagaimana? adakah alami perkara yang sama seperti Lufya ini?
Doa seorang ibu untuk anaknya, tiada hijab. Ia tembus terus ke langit, sampai kepadanya tuhan. Dan ketika anak menduduki dan jawab peperiksaan besar dalam permulaan hidupnya, iaitu UPSR. Ibu ayah boleh lakukan 7 amalan ini.
Iringi setiap langkah anak dengan doa penerang hati agar anak tenang sepanjang berada dalam dewan peperiksaan. Sebab boleh terjadi, anak tiba-tiba panik lalu tak ingat jawapan yang mahu ditulis. Walhal sebelum ini sudah cukup bersedia dia menghafalnya.
Selain doa dan zikir, 7 amalan ini mak ayah boleh lakukan saat anak menghadapi peperiksaan. Ini yang dikongsikan oleh cikgu Mohd Fadli Salleh III kepada followernya di dalam facebook.
7 Amalan Ibu Bapa Saat Anak Menghadapi Peperiksaan
“Banyak aku baca dan dengar perkongsian tips tentang apa amalan yang baik ibu bapa amalkan saat anak-anak sedang berjuang di medan peperiksaan. Aku kongsikan di sini ya.”
1. Ibu dan bapa hadir di sekolah sepanjang peperiksaan berlangsung. Bersalam dengan anak dan doakan mereka.
2. Saat anak melangkah masuk, ibu ‘hantar’ dengan doaagar anak ditajamkan akal dan diberi kemudahan untuk menjawab semua soalan.
3. Ibu beredar ke surau, buat solat hajat. Solat dhuha, solat taubat dan berdoalah.
4. Membaca Al Quran saat anak menjalani peperiksaan. Antara surah-surah yang disarankan seperti surah Al Fatihah, 3 Qul, Surah Insyirah dan surah Yaasin.
Tiada masalah nak baca mana-mana surah sebenarnya. Semua kalimah Allah adalah mukjizat.
5. Yang tidak boleh solat, selawat banyak-banyak, zikir dan hantar doa tanpa putus.
6. Bersedekah pada masjid dan fakir miskin dengan niat dipermudahkan urusan anak dan keluarga.
7. Puasa sunatbagi yang mampu dan tidak uzur.
Yang tidak dapat hadir ke sekolah, tiada masalah. Amalan-amalan ini boleh saja dilakukan di rumah atau di pejabat.
Malah ada sekolah tidak membenarkan ibu bapa berada dalam kawasan sekolah atas pelbagai faktor. Tenang saja, boleh lakukan di rumah dan di tempat kerja.
Mereka telah usaha, kita ibu bapa juga kena usaha. Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa redha Allah taala.
Dekatnya Hubungan Hati Ibu Dan Anak
Ada hubungan hati antara seorang ibu dan ayah dengan anak-anak mereka. Satu hubungan yang sains tak mampu jelaskan.
Doa, zikir, ibadah dan selawat yang kita niat dengan ikhlas khusus untuk anak-anak sampai pada mereka. Membuat mereka tenang dan lapang dada.
Teruslah selawat, zikir, baca Quran dan sebagainya. Dan niatkan agar anak kita tenang dan senang menjawab peperiksaan.
InsyaAllah, ‘kiriman’ kita itu sampai pada mereka. Semoga semuanya berjaya dengan cemerlang. Amin.
Sumber/Foto: Mohd Fadli Salleh III, Kita hidup berTuhan / Berita Harian (Foto: Hasriyasyah Sabudin)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.