Bahaya makan ikan tilapia tak dimasak sempurna, ibu anak seorang kudung kedua belah kaki & tangan. Gara-gara memakan ikan tilapia yang tidak dimasak sempurna, terjadi peristiwa yang menggerikan bagi seorang wanita. Bahkan dirinya kini sedang bertarung nyawa selepas kedua belah kakinya terpaksa dipotong.
Memetik laporan Berita Harian, seorang ibu dari Amerika Syarikat (AS) kehilangan kedua-dua tangan dan kakinya selepas dijangkiti kuman pemakan daging, selepas memakan ikan tilapia yang dipercayai tidak dimasak sempurna.
Makan Ikan Tilapia Tak Dimasak Sempurna
Wanita dari San Jose, California, Laura Barajas, 40, menjalani pembedahan kecemasan pada Rabu selepas dimasukkan ke hospital selama lebih sebulan bagi melawan jangkitan berkenaan.
Ikan tilapia yang tidak dimasak sempurna boleh membahayakan nyawa pemakannya.
Ibu Anak Seorang Kudung Kedua Belah Kaki & Tangan
Menurut rakannya, Anna Messina, Barajas yang juga ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu jatuh sakit beberapa hari selepas dia memasak dan makan ikan yang dibelinya dari pasar tempatan pada akhir Julai.
“Dia hampir kehilangan nyawanya dan bergantung kepada alat pernafasan.
“Dia terpaksa ditidurkan untuk tujuan rawatan. Jari, kaki dan bahagian bawah bibirnya hitam. Dia mengalami sepsis dan buah pinggangnya gagal berfungsi,” katanya kepada stesen berita tempatan di kawasan teluk San Francisco, Kron4.
Ads
Messina percaya jangkitan itu disebabkan Vibrio vulnificus, bakteria yang telah diberi amaran mengenainya oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), AS pada 1 September.
Menurut CDC, orang ramai boleh dijangkiti Vibrio vulnificus dengan mengambil makanan laut mentah atau kurang dimasak mahupun mendedahkan luka di permukaan air laut.
Tambahnya, kira-kira 150 hingga 200 kes jangkitan dilaporkan setiap tahun di AS dan sekitar satu daripada lima orang yang dijangkiti meninggal dunia.
Messina turut mewujudkan halaman khusus di media sosial untuk membantu membayar perbelanjaan perubatan rakannya, iaitu ‘GoFundMe’, di mana sehingga kini lebih AS$35,000 (RM163,940) berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai. – AGENSI.
Alhamdulillah, merafak sembah ucapan tahniah buat pasangan diraja, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dikurniakan cucunda baru-baru ini. Hanya bersela 2 hari dikurniakan sepasang cucunda hampir serentak, putera dan puteri.
Pengkhabaran ini disiarkan dalam satu hantaran menerusi laman Instagram @Istana_Negara pada tengahari tadi.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmat dan inayah-Nya, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dikurniakan dua cucunda baru-baru ini.
Selang 2 Hari
Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser diputerakan pada 31 Januari, manakala Tengku Aleya Norlini Binti Tengku Abu Bakar Ahmad pada 2 Februari 2022.
YM Tengku Nuh Muhammad Shah merupakan anakanda ketiga YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Yang Hormat Mulia Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.
Manakala YM Tengku Aleya Norlini pula merupakan anakanda kedua YM Tengku Abu Bakar Ahmad dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran merafak sembah ucapan tahniah buat pasangan diraja ini di atas kurniaan cucunda-cucunda tersayang, sekaligus melengkapkan jumlah 5 cucunda, baginda berdua ketika ini.
Wanita semangatnya kental, walaupun diduga kekecewaan untuk hamil berkali-kali, namun naluri untuk menjadi ibu, kesakitan dan putus asa ditolak tepi demi untuk melahirkan dan memiliki zuriat tersayang.
13 Kali Gugur, Tempoh 12 Tahun
Seorang wanita yang tidak pernah berputus asa berjaya melahirkan anak lelaki selepas 13 kali keguguran dalam tempoh 12 tahun. Wanita berusia 32 tahun yang dikenali sebagai Liu melahirkan anak pada Mac lalu, menerusi pembedahan di Hospital Universiti Zhongnan di Wuhan, lapor Mirror.
Liu berasal dari daerah Xinzhou dan berkahwin sejak 2010.
Mengandung Setiap Tahun
Dia mengandung setiap tahun, namun sering mengalami keguguran semasa peringkat awal kehamilan.Doktor mengesahkan Liu menghidap penyakit autoimun systemic lupus erythematosus (SLE), 2017.
Badan pesakit SLE akan menghasilkan protein darah dengan banyak. Protein darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Sehingga kini, punca penyakit SLE tidak diketahui.
Disebabkan masalah itu, dia sering keguguran kerana penyakit itu menyerang setiap sistem dalam tubuh badan manusia.
Walaupun doktor menasihatkan dirinya supaya berhenti mengandung, dia hanya mengabaikan nasihat itu dan sebaliknya terus berusaha untuk hamil. Selepas 13 kali keguguran, doktor menyedari badan mangsa mula menjadi lemah dan dia mula menderita hipertiroid.
Pakar perubatan, Dr. Guo Juanjuan berkata, SLE menyebabkan pesakitnya sukar hamil dan jika mengandung, berdepan risiko keguguran. Jelasnya, proses kehamilan dapat dipastikan dalam keadaan selamat hanya menerusi penjagaan perubatan yang terbaik, namun masih terdapat risiko keguguran.
Mingguan Wanita: Tahniah buat wanita ini akhirnya berjaya timang cahaya mata pertama.Malah paling penting tak pernah berputus asa untuk menjadi ibu meskipun diuji 13 kali keguguran dalam tempoh 12 tahun.
Isteri kepada Shaheizy Sam, Syatilla Melvin menerusi hantaran sebuah video memohon maaf secara terbuka.
Pelakon tersebut juga akui sebenarnya dia tidak mempunyai niat langsung untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Sebelum ini Syatilla menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya dilihat menconteng mukanya menjadi gelap dan membuat transformasi menjadi cerah dan cantik mendapat kecaman ramai.
Syatilla Mohon Maaf, Tidak Berniat Singgung Perasaan Mana-Mana Pihak
Dek kerana kandungan video tersebut menyentuh isu sensitif berkenaan warna kulit, sekali gus menyinggung perasaan ramai termasuklah warganet.
Bagi meleraikan isu kontroversi berkenaan, Syatilla telah tampil berkongsi permohonan maaf dan menerangkan dirinya tidak mempunyai niat langsung untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak.
“Saya nak minta maaf pada anda semua yang terasa hati pada saya. Sejujurnya demi Allah, saya tak ada niat apa-apa langsung pun.
“Itu hanyalah video yang mana saya buat menunjukkan perempuan tak pandai pakai eyeliner.
“Jadi perempuan-perempuan yang pernah mengalami situasi itu mungkin akan faham video itu,” kata.
“Saya Minta Maaf Sangat-Sangat”
Syatilla yang menyatakan bakal melancarkan produk kecantikan terbaharu daripada jenama miliknya, Kekasih by The Melvins ini juga mengakui kesilapannya yang terlepas pandang dengan sensitiviti sesetengah pihak.
“Mungkin salah saya sebab terlepas pandang sensitiviti sesetengah pihak. Saya minta maaf sangat-sangat dan harap anda maafkan saya.
“Jangan risau, yang mana kutuk dan cakap bukan-bukan pasal saya, saya maafkan anda semua,” sambungnya.
“Tak Nak Keruhkan Keadaan”
Syatilla juga menyatakan dia memohon maaf kepada pihak media kerana tidak memberikan respon ketika dihubungi berkenaan isu tersebut.
“Saya nak mintak maaf juga pada semua wartawan yang hubungi saya.
“Saya memang sengaja tak respon sebab tak nak keruhkan keadaan.
“Saya minta maaf, maafkan saya,” akhirinya.
Pelakon terkenal Rebecca Nur Al Islam meluahkan rasa sebak dan doa penuh kasih buat bapa mentua di Instagram, sambil berkongsi kisah perkahwinannya yang berakhir dengan penuh reda.