Bahaya Jika Ibu Jari Kaki Tersandung Kuat Semasa Berpantang, Dengar Nasihat Bidan Kak Ice Ini

Semasa berpantang bersalin, selain berurut, bertungku dan jaga makan minum, ada satu perkara utama yang ibu kena jaga betul-betul. Awasi ibu jari kaki jangan tersandung kuat semasa berpantang. Apatah lagi terhempap sesuatu.

Perkongsian Juru Urut Bertauliah dan Pengamal Warisan Perbidanan Melayu Lama, Siti Aishah yang dikenali dengan nama Kak Ice menjelaskan ada sebab kenapa bidan amat menitikberatkan penjagaan ibu jari kaki agar tak tersandung kuat semasa dalam pantang.

Bahaya Jika Ibu Jari Kaki Tersandung Kuat Semasa Berpantang, Dengar Nasihat Bidan Kak Ice Ini

Pantang Si Ibu Jari Kaki

Salah satu bahagian tubuh ibu yang sangat-sangat dijaga rapi oleh para bidan ialah ibu jari kaki.

Urat di bahagian ibu jari kaki merupakan urat besar yang bersambung dengan urat rahim dan terus ke urat jantung.

Jika terhempap atau tersandung ibu jari kaki ibu dengan kuat, si ibu boleh merasa gegaran ke seluruh badan.

Ada tiba-tiba rasa bisa-bisa badan dan bentan (badan menggigil tanpa kawalan dan badan sakit seperti jatuh terhempas)

Jika urat ini dikasari, kemungkinan besar untuk si ibu tumpah darah yang extreme sehingga boleh mengakibatkan maut jika tidak dirawat dengan cepat. Inilah yang paling ditakuti oleh bidan-bidan lama terhadap ibu-ibu di bawah jagaan mereka.

Larangan Keluar Rumah Sesuka Hati

Disebabkan itulah bidan sangat-sangat melarang ibu2 dalm pantang keluar rumah sesuka hati dan banyak berjalan dikhuatiri terlanggar ibu jari atau tersandung ibu jari ketika di luar rumah.

Apatah lagi memanjat tangga. Disebabkn itulah untuk kes-kes yang perlu si ibu memanjat tangga, mereka disuruh mengengsot dari satu anak tangga ke satu anak tangga yang lain.

IKLAN

Dan aturan mengurut ibu jari dan sepanjang urat ke rahim (urat gagah) juga tidak boleh dilakukan secara carca merba, lebih-lebih lagi pada minggu pertama selepas bersalin.

Urutan perlulah menggunakan teknik usapan dan tidak bermain pada point-point akupuntur kaki untuk 2 minggu pertama.

Lindungi Ibu Jari Kaki Dengan Cara..

√   Amalan pemakaian stokin juga mampu membantu ibu lebih beringat akan keadaan kaki yang “berpantang” selain membantu mengelakkan kemasukan angin jahat ke dalam tubuh ibu.

√   Bagi kaum India pula, mereka menggalakkan wanita yang sudah berumah tangga memakai cincin perak pada jari kedua sebelah ibu jari kaki kerana ia dipercayai membantu melancarkan perjalanan darah ke rahim lalu membantu mengimbangi pengeluaran haid dan khasiat perak membantu menguatkan rahim.

√   Malah orang-orang lama akan memijak ibu jari kiri ketika memakan ubat-ubatan agar kesan ubat lebih cepat bertindak dan lebih berkesan.

Benar atau tidak. Hanya yang pernah alami ibu jari kaki tersandung semasa berpantang sahaja yang akan mengakuinya.

IKLAN

Cara Siapkan Batu Tungku Ketika Berpantang Sendirian

Bukan semua ibu bertuah dapat dijaga bidan, ibu, ibu mentua malah ahli keluarga semasa berpantang. Ada yang terpaksa berpantang sendirian.

Buat bakal ibu yang kali pertama berpantang, usahakanlah juga mendapat jagaan bidan atau ibu dalam tempoh seminggu dua berpantang. Selepas itu, ibu dah kuat sedikit dan boleh berpantang sendirian.

Ibu yang nak cuba amalan bertungku sendiri di rumah, boleh cuba cara membuat batu tungku atau batu tuam yang diajarkan oleh Bidan Kak Ice.

Bahaya Jika Ibu Jari Kaki Tersandung Kuat Semasa Berpantang, Dengar Nasihat Bidan Kak Ice Ini
Susun atur daun-daun herba atas alas kain batik. Jangan pakai towel. Sebab towel serap haba. Nanti korang rasa tak panas.

 

Bahaya Jika Ibu Jari Kaki Tersandung Kuat Semasa Berpantang, Dengar Nasihat Bidan Kak Ice Ini
Tumbuk halia tua. Tak perlu buang kulit. Jangan banyak sangat. Nanti batu tak rasa panas.

 

Bahaya Jika Ibu Jari Kaki Tersandung Kuat Semasa Berpantang, Dengar Nasihat Bidan Kak Ice Ini
Tabur halia tua atas daun herba tadi.

 

IKLAN
Bahaya Jika Ibu Jari Kaki Tersandung Kuat Semasa Berpantang, Dengar Nasihat Bidan Kak Ice Ini
Kemudian taburlah halba.

 

Bahaya Jika Ibu Jari Kaki Tersandung Kuat Semasa Berpantang, Dengar Nasihat Bidan Kak Ice Ini
Tabur pula jintan hitam @ habatus sauda.

 

Bahaya Jika Ibu Jari Kaki Tersandung Kuat Semasa Berpantang, Dengar Nasihat Bidan Kak Ice Ini
Kalau yang nak harumkan bau tungku, gunting daun pandan dan susun atas rempah-rempah tadi.

 

Bahaya Jika Ibu Jari Kaki Tersandung Kuat Semasa Berpantang, Dengar Nasihat Bidan Kak Ice Ini
Angkat batu sungai yang dah dipanaskan. Api kecil. 1 jam.

 

Bahaya Jika Ibu Jari Kaki Tersandung Kuat Semasa Berpantang, Dengar Nasihat Bidan Kak Ice Ini
Letak perlahan-lahan atas daun-daun dan herba-herba tadi.

 

Bahaya Jika Ibu Jari Kaki Tersandung Kuat Semasa Berpantang, Dengar Nasihat Bidan Kak Ice Ini
Ambil 4 penjuru kain cantumkan.

 

Bahaya Jika Ibu Jari Kaki Tersandung Kuat Semasa Berpantang, Dengar Nasihat Bidan Kak Ice Ini
Terus ikat. Jangan pakai tali. Haba batu akan buat tangan jadi panas. Ikat dengan kain atau tuala good morning.

 

Dah siap! Sila tuam 1 badan. Kecuali muka (tak pernah dibuat orang dik oiii)

Sumber/Foto : Siti Aishah , Kak Bidan Ice

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI