Penyakit anemia atau kurang darah di kalangan ibu hamil tidak boleh dianggap remeh sebab kesannya cukup bahaya pada bayi. Untuk tahu lebih jauh tentang kesan anemia dan macam mana cara nak naikkan bacaan hemoglobin baca perkongsian dari Puan Rosmawati Mohamad ini…
Satu soalan yang kerap ditanya apabila ibu-ibu hamil berkumpul dan bersembang antara mereka. Berapa bacaan HB yang terkini?
Kaum suami mesti terpinga-pinga tak memahami.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 50% ibu mengandung mengalami anemia dan sebilangan dari mereka mengalami anemia tahap kritikal. Jadi, apa kaitannya antara anemia dan bacaan hb?
APA ITU ANEMIA, HB RENDAH & KURANG DARAH MERAH?
Sebelum mengenali tentang anemia, mari kita kenali apa itu hemoglobin ataupun ringkasnya HB.
Hemoglobin ialah molekul protein yang berada di dalam sel darah merah dan berfungsi untuk membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh tisu badan anda.
Manakala, anemia pula ialah keadaan yang terjadi apabila darah dalam badan manusia kekurangan hemoglobin dari paras yang normal. Kerana itu, ia juga dipanggil HB rendah dan kurang darah merah.
Anda Sedang Hamil Dan Ada Masalah HB Rendah? Dapatkan Panduan Rahsia Mudah Naikkan HB Dalam 2 Minggu (Percuma). Bersama Coaching Terapi Asmaulhusna Buat Ibu Hamil.
BERAPAKAH BACAAN HB NORMAL UNTUK IBU HAMIL?
Bagi wanita normal yang tidak hamil, bacaan hemoglobin yang ideal ialah 12.0 gd/l ke atas.
Tetapi, bagi ibu yang mengandung pula, doktor menyarankan untuk mengekalkan bacaan 11.0 gd/l ke atas. Bacaan ini amat baik buat kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
PUNCA DAN SIMPTOM BERLAKUNYA ANEMIA DAN DARAH RENDAH
Anemia atau darah rendah ini boleh berlaku dengan 3 cara.
Berlakunya luka dan pertumpahan darah yang banyak (bersalin atau pembedahan).
Kekurangan penghasilan sel darah merah dalam badan kerana kekurangan nutrisi yang diperlukan (ini yang selalu berlaku pada ibu yang hamil).
Berlaku kemusnahan sel darah merah dalam badan. (thalasemia, anemia sickle cell atau toksik yang terhasil dari penyakit buah pinggang).
Antara simptom-simptom kurangnya darah merah dalam badan ialah:
Cepat penat dan keletihan
Senang berlakunya kekejangan otot
Kulit anda nampak pucat
Jantung berdegup kencang
Kurang nafas dan cepat mengah
Ads
BAHAYA DAN KESAN BURUK ANEMIA PADA IBU MENGANDUNG
Sekiranya anda mengambil mudah dan tidak bertindak untuk menaikkan bacaan HB rendah anda semasa hamil, anda berisiko tinggi untuk mengalami:
Bayi kelemasan kerana kurang oksigen lalu keguguran
Bayi tidak dapat mebesar dengan baik semasa dalam janin
Ibu mungkin mati semasa proses bersalin
Ibu terpaksa menerima darah (blood transfusion) dari sumber lain semasa proses bersalin (SANGAT BERISIKO TINGGI)
Bayi terpaksa dilahirkan awal dan tidak cukup berat badan (bayi pramatang)
Akibat dari bayi pramatang ialah, bayi berisiko untuk mengalami demam kuning yang lama.
Bayi dilahirkan dengan kecacatan serius di bahagian tulang ke belakang (spina bifida) dan bahagian otak (salah satunya ialah sindrom down). #Meroyanselepasbersalin.
CARA MENAIKKAN HB PADA IBU HAMIL
Secara asasnya, anda perlu memahami apakah nutrisi yang diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah dalam badan kita.
Ads
Terdapat 4 nutrisi yang mana tidak boleh tiada salah satu darinya. 4 nutrisi tersebut ialah,
Zat Besi (Iron) + Asid Folik + Vitamin C dan Vitamin B12
Zat Besi – membantu dalam penghasilan hemoglobin
Asid Folik – sejenis vitamin yang menghasilkan sel
Vitamin B12 – membantu membentuk sel darah merah yang sihat
Vitamin C – membantu penyerapan zat besi dalam badan
Disebabkan itu, ada sesetengah ibu hamil yang mengamalkan jus kurma atau jus delima sebagai contoh, tetapi masih lagi tidak berjaya menaikkan HB. Ini kerana, kurma tidak mempunyai langsung vitamin B12.
Anda Sedang Hamil Dan Ada Masalah HB Rendah? Hubungi kami.
3 Cara Mudah Naikkan HB & Tambah Darah
Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi menaikkan bacaan hemoglobin dan kesemua cara tersebut melibatkan pemakanan dan diet seharian anda. Tiada suntikan yang diperlukan. Antara yang wajib anda masukkan dalam diet anda ialah sayur-sayuran dan buah-buahan penambah darah.
i. Makan Makanan Yang Membantu Untuk Menaikkan Hemoglobin Dalam Darah
Semak senarai makanan yang dapat membantu menambahkan darah ibu mengandung!
ii. Makan Ubat, Pil dan Vitamin Tambah Darah Yang Diberikan Doktor
ubat dan vitamin tambah darah
Ini antara ubat, suplemen dan vitamin selalunya diberikan doktor kepada ibu hamil dengan tujuan untuk menambah darah.
Ubat Iron KK (Ferrous Fumarata BP) – Diberi percuma di klinik kesihatan untuk naikkan zat besi.
Iberet Folic – Alternatif apabila ubat iron tidak berkesan dan mempunyai anemia kekurangan ferum.
Saferon – Tablet yang boleh dikunyah dan ditelan. Diberikan sekiranya ibu tidak serasi dengan iberet folic.
Obiminz Pluz – Mempunyai kandungan zat besi yang tinggi.
Ads
Ubat-ubat yang diberikan pihak klinik ini, biasanya memang tak kena dengan tekak mak-mak “buyung”.
Kebanyakannya akan loya dan muntah-muntah selepas makan pil-pil ini.
Selain itu, ia juga memberi kesan sampingan seperti sembelit dan susah untuk membuang air besar. Antara tandanya najis bewarna hitam gelap. Sebaiknya anda minta nasihat doktor sekiranya tidak selesa untuk terus mengamalkan tablet-tablet ini.
SENARAI MAKANAN YANG MENGHALANG PENYERAPAN ZAT BESI DAN PENGHASILAN DARAH MERAH
Sebenarnya, ada beberapa jenis makanan yang ibu hamil tidak boleh makan dalam tempoh yang dekat dengan makanan-makanan yang menaikkan HB.
Ini ialah senarainya:
Minuman & Makanan Berkafein & Berkarbonat
Lupakan sementara minuman seperti teh, kopi, nescafe, wonda coffee dan coca cola semasa anda sedang hamil. Minuman ini menghalang penyerapan zat besi sekaligus merendahkan kuantiti darah merah yang sihat.
Produk Tenusu Yang Kaya Kalsium
Ya. Produk tenusu seperti susu, keju, dan soya juga perlu dijarakkan. Bukan dielakkan. Ini kerana, kalsium yang ada dalam produk tenusu masih diperlukan bagi pembentukan tulang bayi dalam kandungan. Sebaiknya, jarakkan antara 3-4 jam pengambilan susu dengan makanan yang meningkatkan darah.
Tip:
Cuba elakkan produk tenusu sehari sebelum pemeriksaan kesihatan anda dengan doktor..
Penting Buat Anda!
Kesimpulannya, pastikan anda sentiasa memastikan bacaan hemoglobin anda berada dalam tahap yang disarankan doktor.
Sekiranya terlalu rendah, ia bukan sahaja memberi kesan negatif pada diri seperti mudah pitam, pening kepala malah turut mengakibatkan komplikasi-komplikasi lain yang boleh membahayakan nyawa bayi di dalam kandungan.
Ada kajian yang membuktikan, kekurangan darah merah boleh mengganggu perkembangan otak bayi di dalam janin. Jadi pastikan anda menjaga pemakanan dan diet anda demi kesihatan bayi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Maianan murah, mungkin ini boleh dikatakan pada mainan lato-lato cukup trending di kalangan kanak-kanak. Bunyi bola melantun dengan kecekapan tangan dalam mengemudikan tali pada mainan itu.
Harganya tidaklah mahal seperti mainan lain. Cuma apa yang membimbangkan dan terbaca di media sosial adalah kecenderaan yang boleh berlaku pada kanak-kanak yang bermain lato-lato.
Kalau difikirkan, setiap barang tak kira mainan murah atau mahal, ada kebaikan daripadanya. Bukan setakat untuk main suka-suka tapi boleh melatih anak itu sendiri,
Begitu juga dengan maianna murah lato-lato ini, ada sisi baiknya bila anak-anak bermain. Ikuti perkongsian daripada Sharifah Zahidah tentang pandangan mainan lato-lato ini.
Saya terbaca ’luahan’ atau keluhan ibu-ibu yang rasa annoying dengan bunyi lato-lato and tak suka anak-anak main benda alah tu.
Berbeza bagi saya. Atas beberapa pemerhatian, saya rasa ianya game yang baik.
Sebab?
1. Lato-Lato Melatih Kesabaran
Nampak je senang kan! Hakikatnya bila kita main dan ketuk-ketuk tu, bukanlah mudah nak bagi dia jadi melantun elok dan tak menyimpang ke kiri dan kanan. Frust jugak tau masa mula-mula main tu!
2. Ajar Anak Manage Their Expectation
Jangan fikir benda simple tak perlukan LATIHAN dan kemahiran. Semua benda dalam dunia ni, perlukan latihan dan perlukan masa untuk kita jadi excellent.
Main lato-lato saja perlukan latihan, apatah lagi nak pandai mengaji Al Quran, kan? Jadi, bila berhadapan dalam sesuatu proses, expect benda yang munasabah. Tak semua benda bersifat senang dan segera dalam hidup ni. Kita ajar anak benda ni.
3. Kejayaan Itu Manis Selepas Usaha Yang Berterusan
Bila makin hari makin pandai main lato-lato ni, dia punya perasaan puas tu memang lain macam. Anak-anak perlu faham, lagi sukar sesuatu proses, lagi manis hasilnya nanti. Jadi, bertahan! Kerja keras takkan mengecewakan kita, insya Allah..
4. Tak Susah Pun Nak Happy
Lato-lato ajar anak-anak bahawa simple things pun could make you happy as long as you ALLOW yourself to feel happy about it. Bila saya main lato-lato dengan anak-anak bukan main gelak lagi. Benda simple je kan? Siapa kata nak kena pergi legoland baru boleh we time dan happy dengan anak-anak, kan? Yang penting, kebersamaan dan kita open up dengan ahli keluarga bila main bersama tu atau buat apa2 aktiviti sekalipun.
5. Keseronokan Tak Terletak Pada Harga Sesuatu, Tapi Pada Bagaimana Kita Memandang Hal Itu
Kalau rasa dengan mainan dan posession mahal je baru kita nak happy, maka lato-lato takkan jadi trending dan fun pun sebab ia benda murah. Tapi berapa ramai anak-anak happy main lato-lato and havoc bila main dgn sepupu dan kawan-kawan sendiri? Jadi, benda murah ke mahal ke bukan penentu kegembiraan kita. Ia adalah pada cara pandang kita.
Lepas ni senang ajar anak-anak beli mainan murah dan go for activities yang tak mahal sebab happy atau tak happy-nya kita bukan sebab material posession kita tapi adalah tenrang how our mind perceives something.
Ajar anak rasa puas dengan apa yang dia ada dan tak letak regulations yang mengarut dalam kehidupan dia untuk bahagia dan rasa diri bertuah.
Ada banyak lagi pengajaran kita boleh selit pada anak-anak masa nereka main lato-lato.
Untuk saya, ni lah benda yang saya ajarkan masa dorang ’coaching’ saya main lato-lato. Dia orang tak sedar, dalam dia orang tengah coaching saya, saya sebagai ibu pun sebenarnya tengah coaching mereka tentang hal2 biasa tetapi penting dalam kehidupan.
Jadi. Layankan saja kalau anak-anak main lato-lato.
Tak lama pun tu. Sambil-sambil tengah trending kita ambil peluang didik anak dengan jalan yang sangat permissible untuk mereka / tanpa mereka sedar. Jom cuba.
Mingguan Wanita : Kita sebagai mak-mak tentunya risau dengan kesannya bila main lato-lato seperti yang digambarkan itu. Boleh saja nak main tapi kena berhati-hati, banyak manfaatnya.
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Cukup menyayat hati, tiada siapa yang sangka percutian di sebuah hotel bertukar tragis apabila seorang ahli keluarga terjatuh dari tingkat hotel. Dugaan yang cukup hebat buat keluarga ini.
Kisah menyayat hati ini dilaporkan di media sosial apabila seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkap di tingkat 14 sebuah bangunan hotel
Terjatuh Dari Tingkat Hotel, Kanak-Kanak Lelaki Maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, mangsa berusia 12 tahun dikatakan terjatuh sehingga ke beranda tingkat empat bangunan berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.44 pagi melalui talian kecemasan 999.
Katanya, seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh tiga kilometer dari BBP Kota Kinabalu.
“Kejadian berlaku di sebuah hotel di Kota Kinabalu membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh dari tingkap di tingkat 14 ke beranda tingkat empat hotel berkenaan.
“Pasukan Bomba menjalankan operasi membawa turun mangsa ke bawah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Operasi turut ditamatkan pada jam 7.53 pagi,” katanya.
Mingguan Wanita : Moga ahli keluarga tabah hadapi dugaan ini. Salam takziah.
Pengurus Fattah Amin akui Amira Othman akan jadi ibu tiri Fatima yang sangat baik. Sedia maklum, pada Isnin lalu pelakon popular, Fattah Amin bersama penyanyi Amira Othman telah berkongsi khabar gembira bahawa mereka bakal disatukan sebagai suami isteri pada 14 September ini di Johor.
Pengurus Fattah Amin Akui Amira Othman Akan Jadi Ibu Tiri Fatima Yang Sangat Baik
Perkongsian tersebut bukan sahaja menggembirakan para peminat, malah rakan-rakan terdekat yang sudah lama mengetahui mengenai hubungan mereka turut tumpang bahagia melihat kedua-dua selebriti itu akhirnya bertemu jodoh.
Lebih menarik, sebuah rakaman temu bual bersama pengurus Fattah, iaitu Aca, tular di platform TikTok apabila beliau menitipkan doa khas buat pasangan berkenaan.
Dalam ucapannya, Acah berharap agar suatu hari nanti Fattah dan Amira dikurniakan cahaya mata sendiri serta sentiasa memberikan kasih sayang kepada Fatima, anak perempuan Fattah.
Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis...