Sebenarnya memang amat bahaya sebaik sahaja berbuka puasa, dengan menghisap rokok. Ia boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan strok berkali ganda!

Artikel Menarik: Pegawai Farmasi Ini Kongsi Jenis Ubat Berhenti Merokok & Cara Dapatkannya Di Klinik/Hospital Kerajaan

Baca penjelasan daripada Public Health Malaysia ini;

Merokok sebaik sahaja berbuka puasa menyebabkan satu kejutan yang dasyat kepada tubuh. Manakan tidak, selepas berpuasa selama 12 jam, tubuh badan memerlukan air, glukosa (gula) dan oksigen untuk menghasilkan tenaga.

Kesan asap rokok yang masuk ke dalam tubuh individu selepas berpuasa menyebabkan saluran darah mengecut dan menganggu saliran oksigen di dalam salur darah.

Asap rokok juga menyebabkan darah menjadi lebih pekat, meningkatkan tekanan darah dan menganggu degupan jantung.

Situasi ini menyebabkan risiko serangan jantung dan stroke meningkat berkali ganda!

Berpuasa telah terbukti mampu memberi pelbagai kesan positif kepada fisiologi dan metabolisma tubuh.

BAHAYA Berbuka Puasa Dengan ROKOK, Tingkat Risiko Serangan Jantung & Strok Berkali Ganda!

IKLAN

Mesti Baca: Pelanggan Merokok Tak Endah Teguran, Tindakan Ayah Ini Di Luar Dugaan

Mengapa sia siakan usaha berpuasa sepanjang hari dengan mengambil sesuatu yang menjahanamkan tubuh?

Bulan Ramadhan merupakan antara tempoh terbaik untuk berhenti merokok. Kunjungi Klinik Berhenti Merokok untuk bantuan dan sokongan.

Semoga Bermanfaat!

IKLAN

Artikel Popular: Tiada Jaminan Ayah Merokok Luar Rumah, Anak, Isteri Tak Sakit

Baca Lagi Di Sini: Isteri Buang Fibroid, Suami Berhenti Merokok, 9 Tahun Berkorban Demi Zuriat

Mingguan Wanita:Sebaiknya bagi perokok, rebutlah peluang untuk berhenti merokok pada bulan puasa setelah berjaya berpuasa seharian.Bahaya hisap rokok sebaik sahaja berbuka puasa, boleh tingkatkan risiko serangan jantung dan strok! Hati-hati iya.

IKLAN

Betul ke mak ayah berbahasa kasar, anak boleh jadi degil? Ikuti penjelasan ini.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Betul ke wanita yang berdikari tu ancaman bagi lelaki? Ikuti penjelasan ini.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI