Seperti diketahui umum, sebelum ini Nad punyai masalah paru-paru berdarah hingga dia dimasukkan di ICU.
Selepas hampir sebulan dirawat di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor Nad kembali pulih.
Baharu Pulih Sakit, Nad Zainal Selamat Menikahi Ungku Ismail
Syukur kini pasangan pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail sudah bergelar suami isteri.
Sebelum ini Nad mula menjalinkan hubungan rapat dengan Ungku Ismail selepas sama-sama terlibat menerusi drama Cina Buta, kemudian berlanjutan sebagai rakan kongsi menjayakan program berbentuk travelog dalam saluran YouTube milik pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu.
Terbaru menerusi akaun Instagram Nad Zainal memuat naik beberapa keping foto.
Ads
Malah turut sama dimuatkan sekeping gambar dahinya dicium Ungku selepas disatukan dalam sebuah majlis pernikahan.
“Alhamdulillah,” tulis Nad ringkas.
Pemilik atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin itu turut berkongsi jumlah mas kahwin yang diterimanya iaitu sebanyak RM1,000 berserta gelang tangan emas daripada pengantin lelaki.
Turut ditulis, tarikh kedua-duanya disatukan sebagai suami isteri iaitu pada 23 Januari lalu bersamaan dengan 1 Rejab 1444 Hijrah.
Diraikan 4 hari 4 malam, majlis berkhatan bagaikan konsert telan belanja RM856,000. Memang luarbiasa! Majlis berkhatan biasanya disammbut secara sederhana namun meriah bagi meraikan kanak-kanak lelaki yang akan melangkah ke zaman remaja dan dewasa.
Namun demikian, cukup berbeza apabila sebuah majlis berkhatan di Bandung, Indonesia menjadi perhatian ramai kerana disambut secara besar-besaran sehingga kelihatan seperti acara konsert selain turut menelan belanja sebanyak 3 bilion rupiah (RM856,029), lapor portal berita Wolipop.
Berdasarkan hantaran tular di laman TikTok, majlis berkhatan itu dihiasi pentas besar dan disertai oleh kumpulan muzik Koplo dari Tuban, Jawa Timur.
“Menjadi sebahagian daripada majlis mewah anjuran orang kaya. Acara selama empat hari dan empat malam,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.
Wolipop menghubungi individu yang memuat naik hantaran tersebut bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai acara itu.
Menurut Gito yang merupakan pemilik Pixel Visualindo, acara itu diadakan oleh hartawan dari Bandung yang memiliki perniagaan angkringan (warung tolak) terkenal di Kota Kembang.
“Daripada maklumat yang saya tahu, kos majlis itu ialah 3 bilion rupiah (RM856,029),” kata Gito.
Tambahnya, majlis berkhatan itu berlangsung selama empat hari.
“Tujuan keluarga berkenaan menganjurkan acara berkhatan yang meriah sebegitu adalah kerana mempunyai ramai tetamu selain mahu memberikan hiburan kepada penduduk setempat,” jelasnya.
Tambah Gito, ia turut kelihatan seperti acara konsert kerana mempunyai pentas besar, sistem bunyi dan multimedia.
“Saya berasa seperti berada di sebuah festival muzik dipenuhi bakat-bakat tempatan yang membuat persembahan,” ujar Gito.
Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Ini yang dinamakan bersedekah untuk menghiburkan diri sendiri dan orang lain,” kata seorang pengguna media sosial.
Mingguan Wanita: Memang luarbiasa, punyalah sayang anak raikan majlis berkhatan hingga sebegini. Meriah sungguh sampai 4 hari 4 malam malah sanggup berhabis belanja yang besar.
Tak dapat bayangkan, anak-anak sekolah membawa pemadam gergasi ebesar ini. Boleh jadi, ia lebih berat daripada buku yang dibawa ke sekolah.
Pemadam gergasi yang seberat 2.2 kg ini dengan ukuran 276 x 141 x 43mm telah dijual dengan harga $100 (13200 yen atau persamaan RM470) sehinggakan ia menjadi salah satu pemadan terbesar yang telah dikomersialkan.
Dalam satu perkongsian, pembuat pemadam di Jepun di bawah syarikat Jepun Seed yang diasaskan pada tahun 1915 dan ia menjadikan salah satu syarikat tertua dalam perniagaan.
Antara produk keluarannya yang popular adalah Radar yang dilancarkan pada tahun 1968. Kemunculan produk pemadam ini telah menarik perhatian masyarakat dan pasaran di Jepun.
Tekstur licin dan prestasi pemadaman yang sempurna menjadikan Radar berjaya secara komersial dengan dijual pada harga premium antara 20 – 50 yen. Sedangkan pada waktu itu pemadam berharga 10 yen saja.
Sejak itu, produk Radar semakin dikenali dengan pemadam pelbagai bentuk dan saiz termasuk pemadam gergasi seberat 2,285 gram berharga 13,200 yen ($100).
Radar S-10000 ialah pemadam terbesar dalam produk Radar dan mungkin yang terbesar di dunia. Dengan berat 2,285 gram, ia adalah 200 kali lebih berat daripada pemadam standard Radar S-60. Walau bagaimanapun, kedua-duanya diperbuat daripada bahan yang sama, jadi prestasi pemadaman adalah sama.
Menurut sumber di jabatan pembangunan produk Seed, semuanya bermula sebagai idea untuk replika hadiah. Sebelum ini, Seed sudah mempunyai dua model pemadam besar – S-1000 (130 x 66 x 27 mm) dan S-JUMBO (160 x 75 x 27 mm) – dan mereka memutuskan untuk membuat sesuatu yang lebih besar
Terdahulu, Radar S-10000 yang pertama sepatutnya menjadi hadiah untuk “Peraduan Pemadam Pantas Pemadam” tahunan syarikat yang diadakan di kedai utamanya.
Hadiah itu diterima dengan baik oleh peminat sehingga Seed memutuskan untuk mengubahnya menjadi produk yang tersedia secara komersial.
Walaupun pemadam S-10000 telah lama wujud, tetapi ia baru menjadi tular di Jepun, selepas seseorang menyiarkan gambarnya di Twitter.
Mingguan Wanita : Kalau dipotong-potong berapa banyak boleh dapat ni. Makan masa juga nak habiskan guna pemadam ni…hihihhih
Kos orang gaji cecah RM30,000, Duta Besar Indonesia ingatkan “kalau mahal jangan ambil, guna negara lain”. Sejak dahulu lagi, rakyat Malaysia sudah terbiasa menerima orang gaji dari Indonesia.
Dahulu, kosnya tidak setinggi mana kerana adanya banyak permintaan. Tapi hari ini, untuk mendapatkan amah dari negara seberang memerlukan kos RM15,000 seperti mana termetrai perjanjian dibuat kedua buah negara. Tapi hari ini, kos dikatakan mencapai RM30,000 kerana wujudnya calo atau orang tengah.
Dan kos sebegitu dianggap terlalu mahal apatah lagi banyak isu amah lari selepas satu atau dua bulan bekerja dan sudah tentu pihak majikan rugi. Dalam pada itu Duta Besar Indonesia mengingatkan, jika kos mendapatkan amah dari Indonesia mahal, boleh dapatkan khidmat dari negara lain.
Memetik laporan Berita Harian, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono, berkata pihaknya bersedia membawa isu kos mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia melambung tinggi yang didakwa berkait bayaran khidmat orang tengah atau ‘calo’ di negara itu, untuk dibincangkan pada mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama pada masa terdekat.
Sebelum ini, Indonesia dan Malaysia mewujudkan jawatankuasa kerja yang dijadual mengadakan perbincangan setiap tiga bulan sekali bagi memantau serta mencari penyelesaian sebarang masalah khususnya membabitkan pekhidmat domestik Indonesia (PDI) di negara ini.
Bagaimanapun, Hermono menjelaskan, Indonesia bersikap terbuka jika agensi perkhidmatan pembantu rumah di Malaysia mahu mengambil pekerja berkenaan dari negara lain.
Katanya, agensi perkhidmatan berkaitan di Malaysia boleh melakukan sedemikian jika menganggap caj dikenakan agensi terbabit di Indonesia adalah tinggi.
Malah, beliau berpandangan dengan mendapatkan pembantu rumah daripada pelbagai sumber lain, kos keseluruhan terbabit dijangka menurun dengan sendirinya.
“Kalau dianggap mahal, jangan ambil dari Indonesia… boleh ambil dari negara lain.
“Nanti kos akan turun juga,” katanya kepada BH, di sini.
Beliau mengulas laporan BH, semalam, bahawa khidmat orang tengah atau ‘calo’ yang digunakan di Indonesia bagi mencari mereka yang berminat menjadi pembantu rumah, didakwa menyebabkan kos mendapatkan amah dari negara itu untuk berkhidmat di Malaysia melambung tinggi hingga mencecah RM30,000.
Difahamkan, calo berkenaan perlu dibayar antara RM4,000 hingga RM6,000 (12 juta hingga 20 juta rupiah) seorang, belum dicampur pelbagai kos lain termasuk dokumentasi, penginapan, latihan, tiket penerbangan dan makanan sebelum amah berkenaan dihantar ke negara ini.
Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Swasta Malaysia (PIKAP), Fiona Low ketika mendedahkan sedemikian, dipetik mendakwa perkara itu dimaklumkan dalam sebut harga oleh Agensi Perkhidmatan PDI di republik itu.
Pada April tahun lalu, Malaysia dan Indonesia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pengambilan serta perlindungan PDI dengan disaksikan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia, Joko Widodo, di Istana Merdeka, Jakarta.
MoU itu antara lain menetapkan kos maksimum pengambilan pembantu rumah Indonesia pada kadar RM15,000.
MoU itu turut menggariskan seorang pembantu rumah Indonesia hanya boleh berkhidmat untuk isi rumah tidak lebih enam orang, selain gaji mereka perlu dibayar sebelum hari ketujuh setiap bulan.
Selain itu, sistem tunggal diperkenal bagi mengintegrasikan proses penempatan PDI bermula dari peringkat pengambilan, persiapan, keberangkatan, penempatan hingga kepulangan yang dipantau kerajaan.
Media sebelum ini melaporkan setakat 31 Januari tahun lalu, jumlah keseluruhan pekerja warga asing di negara ini seramai 1,157,481 orang, meliputi 86,084 pembantu rumah asing (PRA).
Majoriti PRA terbabit adalah dari Indonesia (59,605), diikuti Filipina (22,803), Vietnam (1,031), Kemboja (976) dan lain-lain.
Malaysia sebelum ini dilaporkan turut berunding dengan Vietnam, Kemboja, Sri Lanka, Nepal dan Bangladesh bagi membawa masuk pembantu rumah ke negara ini. Foto :- Free Malaysia Today (FMT).
Akad nikah di depan jasad ibu, suami jadi kekuatan. Ini detik paling memilukan buat pengantin baharu, Nurul Hazwani Alias, 26, apabila ibunya menghembuskan nafas terkahir ketika tidur.