Bahagialah Dengan Cara Sendiri, Tak Perlu Banding Cara Kita Dengan Amalan Orang Lain

Share

Sesungguhnya mak ayah bahagialah dengan cara sendiri, tak perlu banding cara kita dengan amalan orang lain.

Setiap pasangan tentu sahaja ada cara tersendiri untuk melengkapkan pasangan masing-masing. Jadi hargai dan terimalah pasangan seadanya kerana itulah “pasangan” kita.

Kongsi Azlan Noor, suami jangan sekali-kali bandingkan apa yang arwah Siti Sarah buat dengan apa yang isteri kita buat.

Setiap Orang Berbeza

Saya ada tengok video arwah pakaikan suami dia stokin sebelum keluar rumah. Pakaikan kasut juga. Saya juga baca betapa arwah sangat banyak amalan-amalan yang dia buat. Solat malam, solat sunat. Baca Al-Quran.

Saya dapat tahu arwah sangat banyak bersedekah. Banyak buat kerja amal. Bantu orang susah dan kurang.

Namun, itu semua adalah amalan yang dia lakukan ikut kemampuan dia. Semua itu ada bahagian untuk arwah.

Benar, isteri kita tak pakaikan stokin untuk kita. Tak bangun tahajud setiap malam. Tidak baca Al-Quran setiap hari. Tak bersedekah setiap orang susah.

Bahagialah Dengan Cara Sendiri

Namun isteri kita itulah,
Yang bertarung nyawa lahirkan zuriat kita. Parut bersalin masih berbekas lagi di perut jika hendak tengok bukti.

Dialah yang paksa diri untuk rajin bangkit setiap hari masakkan makanan kegemaran suami dan anak-anak.
Yang kawal diri dari marah sebab stres jaga anak-anak dan kemaskan rumah selepas disepahkan.

Yang tak jemu cuci dan siapkan pakaian ahli keluarga dia. Basuh, jemur, lipat, basuh lagi. Tak pernah habis kitarannya.

Baca Juga Di Sini:

Pemergianmu Siti Sarah Meninggalkan Banyak Kesedaran “Hargai Kasih Sayang Suami Isteri,Sentiasa Berbuat Baik”

Nak Upgrade Cinta Suami Isteri, Cuba Ingat Kembali Pengorbanan Dan Kebaikan Pasangan

Isteri Kena ‘Jampi’ Suami Untuk Menangi Hatinya, Bukan Bandingkan Dengan Pasangan Lain

‘Hadiahkan Emas’, Tanda Kasih Suami Hargai Pengorbanan Isteri, Pasti Rezeki Mencurah-Curah

Kebaikan ARWAH Siti Sarah, Ramai Isteri Insaf Bagai ‘Dilempang’ Ke Alam Realiti

Malah, dia yang tak pernah merungut walau suami hanya mampu sediakan keperluan asas. Sanggup bersusah payah dari awal perkahwinan sampai keluarga sudah makin bertambah.

Yang tak pernah lekang dari mulut setiap hari berdoa kebaikan dan dipermudahkan urusan suami dan anak-anak dia.

Dan dialah isteri yang tak pernah langgar arahan suami. Sentiasa taat suami, tak culas jaga kehormatan diri, suami dan keluarga. Amanah pelihara harta dan milikan keluarga.

Ikut Kemampuan Sendiri

Saya sendiri, tak harapkan Surihati pakaikan stokin. Tak berkehendak Surihati layan saya umpama raja. Saya tak inginkan dia berubah semata-mata ikut apa yang orang buat.

Sebab saya tahu, apa yang dia telah buat selama ini sudah cukup banyak dan tak mampu saya bayar dengan wang.

Hanya redha dan doa saya panjatkan kepada Tuhan supaya ganjarkan Surihati saya dengan sebaik-baik ganjaran. Semua itu dah cukup untuk saya reda dengan dia.

Tak Perlu Banding Cara Kita Dengan Amalan Orang Lain

Insyallah kita semua bahagia dengan cara sendiri. Tak perlu banding amalan kita dengan amalan orang lain.

Setiap orang ada bahagian masing-masing
Setiap orang ada lebih dan kurang.
Kita boleh jadikan apa yang arwah buat sebagai inspirasi.
Namun jangan kita lupakan terus segala apa yang isteri kita telah korbankan dan usahakan atas keluarga kita.

Kita tambahbaik atas apa yang kita suami isteri telah kerjakan, supaya Allah reda dengan amalan tersebut sehingga Allah rahmati kita dengan Syurga-Nya.

Insyallah.

Silakan follow —> Azlan Noor supaya tak terlepas baca kisah keluarga, inspirasi dan santai. Terima kasih ye.

Mingguan Wanita : Suami isteri ini sebenarnya ditakdirkan hidup bersama untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Tiada yang sempurna sebaliknya melengkapkan kekurangan dan kelebihan antara satu sama lain. Sebaiknya, mak ayah bersyukurlah jika pasangan masih ada disisi, hargailah sebaiknya selagi masih punya waktu.

Sumber : Azlan Noor

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

IKLAN