Bukan calang-calang suami rela melepaskan isteri yang baru dikahwini, malah sanggup pula menyatukannya dengan kekasih yang dicintai. Sungguh ‘pengorbanan’ luar biasa. Kejadian terbaru yang berlaku di India, seorang suami yang menyedari wanita dikahwininya tiga bulan lalu sebenarnya mencintai lelaki lain bertindak mengaturkan satu majlis untuk menyatukan pasangan terbabit.
Times Of India melaporkan, kisah umpama filem Bollywood itu berlaku di kampung Sanigwan apabila lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Sujit mengaturkan satu majlis pada Rabu lalu untuk mengahwinkan isterinya, Shanti dengan kekasih wanita itu, Ravi.Sujit, tinggal di Sanigwan berkahwin dengan Shanti yang berasal dari Shyam Nagar pada 19 Februari lalu.
Ads
Sering Lihat Isteri Bersedih
Sejak berkahwin Sujit sering melihat isterinya bersedih. Pada satu hari Shanti menangis dan memberitahu suaminya bahawa dia sebenarnya mempunyai kekasih serta dipaksa berkahwin dengannya. Biarpun Sujit terkejut dengan pengakuan isterinya, dia berjanji dengan Shanti untuk mengahwinkannya dengan Ravi.
Beberapa hari kemudian, Sujit bertemu Ravi yang turut mengaku dia adalah kekasih Shanti. Selepas mendengar pengakuan pasangan berkenaan, Sujit bertemu keluarga kedua-dua pihak untuk meyakinkan mereka mengenai rancangannya dan meminta polis untuk membantu.
Ads
Akhirnya pada Rabu lalu, ratusan penduduk berkumpul di sebuah kuil di kampung itu untuk menyaksikan perkahwinan Shanti dan Ravi.
Ads
“Pada mulanya banyak perkara buruk bermain di fikiran saya. Namun selepas berbincang dengan orang tua dalam keluarga kami dan di kampung saya akhirnya mencapai satu penyelesaian bahawa kami bertiga boleh hidup gembira,” kata Sujit.
Macam-macam hal. Murni sungguh hati lelaki ini dan sangat bersikap positif. Bagi sesetengah orang, jika perkara ini berlaku pada diri sendiri, sampai sanggup berbunuh-bunuhan tetapi tidak bagi lelaki ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Rutin hidup setiap orang tidak sama. Samalah macam rezeki, Allah beri ikut keperluan dan ujian hidup seseorang itu. Ibu kepada anak 6 tahun, Nour ini rutinnya sentiasa bergerak dari Perak ke Kuala Lumpur. Dan anak kecilnya itu, sentiasa dibawa bersama.
Kata ibunya, Puan Dhuha Rashidi, tahun depan Nour darjah satu. Tapi dalam dia bersekolah tadika ini Nour selalu terlepas hari masuk ke sekolah. Sebagai ibu, dia tahu apa yang Nour tidak dapat dalam usianya. Tapi itu bukan alasan untuk tak beri Nour pendidikan dan pembelajaran seiring dengan usianya. Malah Nour dapat lebih dari kanak-kanak yang masuk kelas.
“Cikgu , maafkan saya , Nour dapat sekolah hari ini saja last minggu ini, ” aku beritahu cikgu tadika sebaik saja menghantar Nour di depan pintu sekolah.
Seperti yang aku cakap sebelum ini. Lepas raya bermula lah kembali kisah perjalanan setiap minggu dari Perak ke Kuala Lumpur. Memenuhi jadual kelas khat MTVAB di Puchong. Juga penuhi jemputan ke mana-mana institusi.
Cikgu memahami. Cuma ada cikgu bersuara. Kena fokus lebih pada Nour sebab tahun depan dah darjah satu. Memang. Hari sekolahnya banyak tinggal.
Aku tak pernah risau. Jujur.
Aku katakan, tak apa cikgu. Saya cover sendiri nanti. Saya akan beri dia latihan tahun satu lebih awal untuk persediaan dia.
Yakin !
Aku bukan apa kawan. Life aku bukan jenis duduk setempat jalani rutin sama setiap hari. Kami keluarga yang perlu survive setiap hari. Perlu berfikir kreatif setiap hari. Termasuklah anak-anak.
Mereka dah biasa ‘ada kerja’ nak kena buat. Orang tengok macam letih lah. Tapi bagi aku tak. Dah memang tanggungjawab kita untuk buat sesuatu setiap hari. So, anak-anak memang jenis tak boleh duduk diam terperuk di rumah. Sebab dah biasa ikut mak bapaknya keluar.
Aku tengok Nour dah makin faham life dia macam ni. Dia pasrah je bila tak dapat sekolah setiap hari macam kawan lain. Dia rindu kawan sebenarnya. Bila di KL , aku biarkan dia berjumpa dan bermain dengan geng sebaya sepupu atau saudara.
Aku bagitahu, Nour, awak istimewa. Allah bagi hadiah dekat kakak awal-awal dah tau. Yang tak ramai kanak-kanak lain dapat.
Allah beri kakak pengalaman dari usia ini. Belajar syukur saja pada Allah. Bila aku cakap macam tu, Nour ingat. Nour kena syukur. Tapi adakala terkandas juga perasaannya. Biasalah.
Biasa kita dengar kan. Orang cukup risau bila anaknya nak masuk darjah satu tapi anak masih tak boleh kejar kawan lain dalam kelas. Kita mula rasa anak kita lemah. Ada kekurangan.
Tak wehhh. Anak kita bukan tak pandai. Dia ada kelebihan dia sendiri. Percaya ini. Result di sekolah bukan ukuran. Markah peperiksaan bukan ukuran padu untuk menyatakan kelebihan dan keistimewaan anak kita.
Sebab apa tau kawan ?
Pengalaman lah yang akan ajar anak keturunan kita tentang kehidupan. Sekolah terbaik bagi mereka ialah sekolah kehidupan.
Sebab itu, aku tak panik bila cikgu beritahu Nour lambat baca dulu. Nour pula selalu cakap , mak , kakak di sekolah masuk group B sahaja. Belum masuk ke group A. Ahhh, tak apa aku cakap. Nour ada A di tempat lain. Belajar macam biasa. Ikut je arahan cikgu.
Bagi aku, ini tanggungjawab aku yang utama. Bukan tanggungjawab cikgu semata-mata. Tugas kita ni mak ayah yang budiman, kita yang bawa mereka mengenal dunia dan akhirat.
Biar lah cikgu kata anak kita lambat sikit ke , graf peperiksaan dia menurun ke, kita kena terima. Usah pulak kita marahkan anak. Marahkan anak bermaksud kita belum faham fungsi pembelajaran anak-anak.
Paling penting, kita nak didik anak kita walaupun umur dia 7 tahun. Tapi, dalaman dia kita dah pasakkan ilmu yang 12 tahun pun belum tentu tahu apa dia tahu. Ini sebetulnya.
Ketika MW menghubungi, Puan Dhuha berkongsi setiap minggu dia akan travel ke Kuala Lumpur. “Saya cuba menjadi sekolah dia di mana-mana saya pergi. Dalam kereta, tengah duduk, tengah makan, singgah RnR, akan saya selitkan juga apa yang dia dapat hari itu. Untuk beri kesedaran ilmu baru dalam setiap travelnya.
“Saya ajar dia math sambil atas jalan. Bagi soalan rawak tolak, tambah dan dia jawab. Untuk uji kecekapannya. Dan dia nampak cepat faham. Contoh, ‘Mak, kakak dah faham. Jika begini jadinya bermaksud begini ya mak. Dan jika begitu ia begitu ia bermaksud.”
“Jika di tadika mementingkan erkembangan fizikal, sosio-emosi, psikomotor dan sebagainya. Itu juga saya titikberatkan. Perkembangan bahasa, memahami orang lainkah, prihatin atau tidak. Macam mana sekolah tekankan, itu yang saya buat.
“Saya juga kerap cerita tentang kehidupan dengannya. Ketika singgah masjid, saya share dengannya. Minta dia fikir apa yang dia nampak. Dari kecil lagi saya dah ajar Nour berfikir tentang apa yang dia nampak. Dalam usia setahun dua dia dah dapat banyak info dan boleh rumuskan apa yang dia lihat.”
“Sejak dalam kandungan, saya ajar komunikasi berkesan dan berbahasa dengan betul. Saya tak ajar pelat walau dari usianya baru nak belajar bercakap. Ia berhasil. Bukan sebab pandai bercakap tapi bonusnya dia mudah memahami apa yang orang dewasa tuturkan.”
Jom sama-sama . Kita mantapkan institusi keluarga kita agar barkah ada sakinah mawaddah wa rahmah dari Allah.
P/s: Ini gambar pagi tadi. Berhenti sekejap sementara tunggu dia sarapan kek dan air kosong. Teringin katanya.
Silakan SHARE dengan bahagia untuk bagitahu orang lain kebaikan-kebaikan yang anda peroleh dari cerita ini.
Dalam cerita ada kekuatan. Kekuatan itu semata-mata kuasa Al Qawwi.
Pernah dulu viral cara nak buat slime dengan mudah, tetapi rupanya permainan ini boleh mengundang bahaya! Buat mak-mak yang anaknya minat sangat DIY slime di rumah, jemput baca perkongsian Puan Syuraida Eeda sebagai peringatan agar anak-anak tak dapat ‘penyakit’ yang boleh beri kesan pada mata jadi buta!
Permainan kanak-kanak yang boleh menyebabkan buta pada mata.
Saya just sharing apa yg berlaku pada anak buah saya. Bulan lepas diorang balik kampung, anak sulung adik saya bernama Ain happy sangat dapat jumpa sepupu diorang.
Tengah diorang bermain ramai-ramai tiba-tiba si Ain macam nampak tak selesa pada mata. Kejap-kejap dia gesel mata. Nampak macam dia gatal-gatal dan pedih. Ibunya cepat-cepat basuh mata dia, entah macam mana tiba-tiba nampak kelainan pada mata Ain. Mata putih dia membengkak. Mata hitam dia tenggelam.. Bila tanya sekumpulan anak-anak buah, diorang cakap kami semua main SLIME. Nyaris anak buah yang lain tak kena macam Ain.
Adik saya cepat-cepat bawa Ain pegi ke klinik berdekatan, doktor beritahu ini sejenis allergi yang bahaya, boleh buta. Dia suruh refer ke Pakar Hospital besar.
Rupa-rupanyanya slime ni ada bahan kimia yang merbahaya bernama *BORAX ONE* nama sains _Tetrasodium Borate_ .
BORAX ni bahan yang boleh didapati pada sabun pencuci salah satu bahan dalam slime yang boleh menyebabkan banyak kesan buruk pada kesihatan anak.
Jika termakan boleh menyebabkan CIRIT-BIRIT.
Jika terkena mata boleh menyebabkan keradangan dan brngkak mata dan boleh menyebabkan mata BUTA.
Jika terhidu secara berlebihan boleh menyebabkan sesak nafas.
Jika terlalu kerap sentuh boleh menyebabkan kulit jadi melepuh dan rosak.
Bahan-bahan dalam SLIME mudah didapati di rumah.. Cara-cara buatnya banyak di youtube. Kanak-kanak mudah buat sebab bahan-bahan senang didapati di rumah.
Kepada ibu dan bapa sekalian tolong tengok sekiranya anak-anak ada main benda ni tolong suruh diorang BUANG.. Risau nanti dah terkena baru menyesal.
Ada di antara anda yang tidak tahu tentang satu permainan yang popular di kalangan ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka sibuk bermain.
Ini dipanggil ‘slime’ dan ia tiba-tiba sahaja popular. Bukan sahaja boleh dibeli di pelbagai tempat (kedai fizikal dan juga di atas talian), malah terdapat banyak juga tutorial membuatnya di rumah.
Disebabkan bahan-bahannya yang mudah diperoleh dan cara membuatnya yang mudah, ‘slime’ boleh ditemui hampir di semua rumah. Kerana kanak-kanak suka membuat dan bermain dengannya.
Walaubagaimanapun, anda perlu memberi lebih perhatian terhadap bahan-bahan yang digunakan untuk membuat ‘slime’. Ini kerana, hampir kesemua bahan-bahannya berasal dari bahan kimia.
Dan disebabkan inilah, kejadian malang berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 11 tahun berasal dari Massachusets, Ameria Syarikat.
Ibunya seronok yang Kathleen mempunyai hobi baru kerana dia umpama saintis kecil. Ibunya juga menggalakkan Kathleen dengan membelikan bahan-bahan membuat ‘slime’. Kathleen sudah kerap membuat ‘slime’ sendiri.
Namun pada suatu malam apabila Kathleen tidur di rumah kawannya, Kathleen telah bangun ditengah malam akibat rasa yang teramat sakit pada jari-jarinya.
Keesokkan paginya, Quinn, ibu kepada Kathleen telah menjemputnya dan mendapati dia sedang menangis kesakitan.
Quin segera membawanya ke Hospital Shriners di mana doktor telah mengklasifikasikan kesan melepuh pada jari Kathleen sebagai kesan terbakar tahap 2 dan 3.
Menurut doktor lagi, itu merupakan kesan daripada terdedah kepada Borax One, salah satu bahan utama membuat ‘slime’.
Menurut Dr. Megan Hannon, Borax One adalah bahan kimia panas yang akan menyebabkan kesan lepuh jika dibiarkan terdedah pada kulit untuk jangka masa yang lama tanpa perlindungan.
Disebabkan itu, sebagai ibu bapa, kita harus betul-betul memeriksa bahan yang kita ingin gunakan terutamanya terhadap anak-anak.
Ini merupakan kemalangan yang tidak dijangka dan ia boleh terjadi kepada sesiapa pun. Namun, kisah Kathleen harus dijadikan iktibar untuk kita lebih berhati-hati dengan bahan yang kita pilih untuk permainan anak-anak.
Nama kimianya ialah tetrasodium borate dan ia banyak terdapat di dalam serbuk pencuci baju terutamanya.
Antara kesan jika terdedah dalam jangka masa yang lama atau kuantiti yang banyak ialah:
Jika termakan boleh menyebabkan cirit-birit
Jika terkena mata boleh menyebabkan keradangan mata kalau dibiar boleh buta
Jika terhidu boleh menyebabkan keradangan saluran pernafasan
Jika terkena kulit boleh menyebabkan melepuh dan keradangan
Mata organ utama manusia, anak-anak kecil masih naif jadi sebagai parents tolong pantau ya. Cegah sebelum kena, ta mau terhantuk dulu baru terngadah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kes-kes anak-anak murid dipiat, dicubit guru bukan sekali dua terjadi. Walaupun jumlahnya tidak besar, tapi apabila ia mula dilaporkan perlu juga diberi perhatian. Benar, tidak bagus mengaibkan guru sebegini apatah lagi kerjaya guru itu sendiri seharusnya dipandang tinggi.
Walau setinggi mana pun statusnya, seharusnya niat mendidik itu perlulah seirang dengan tanggungjawabnya. Janganlah dibawa-bawa emosi marah pada anak-anak murid, bimbang hati kecil itu semakin terluka dan tak lagi percaya dengan institusi pendidikan yang sepatutnya mengajarnya nilai dan moral yang baik.
Inilah kekecewaan yang dialami oleh seorang ibu bernama Nur Hazwani Ahmad Mazlan apabila anak perempuannya menjadi mangsa cubitan guru. Lebih menyedihkan guru anaknya itu pula mengajar si kecilnya berdusta.
Selalu duk baca pasai anak orang ja. Kali ni jadi dekat anak sendiri. Tak pernah terpikiaq pun nak jadi sampai tahap macam ni. Dah banyak kali, bila balik sekolah lebam calaq. tak ambik serius la sebab dia duk bagitau kawan dia buat.
Kali ni yang paling teruk. Bila tnya dia, jawapan sama kawan buat. Ok tak pa aku sabaq tunggu pagi. Nak tekan tanya jugak. Sebab duk berasa tak puas hati. Mungkin naluri kita sebagai ibu sama kot. Buleh rasa yang dia tipu. Semalaman aku tidoq tak lena, gagah terlelap lepas soq tadi ja.
Pukul 7:30 pagi gerak dia bangun, bagi mandi pakai baju apa semua. Duduk depan dia tanya elok-elok.
Cuba dinie habaq dekat mama betoi betoi paha dinie, muka dinie, sapa buat sebenaqnya. “Kalau tipu mama, berdosa tak masuk syurga.”
Dia diam sat. Duk sat baru dia buka mulut bagitau.
“Cikgu buat Dinie sebab Dinie tak pandai. Tapi cikgu pesan kalau mama tanya bagitau kawan buat masa main-main. Telinga Dinie pun cikgu pusing.“
Masa dia bagitau pasai telinga tu baru aku selak rambut tengok. “Allahuakbar.. telingga anak aku.”
Pas tu teruih ambik keputusan pi jumpa cikgu tu kat sekolah.
Anak kecil selalu jujur kata-katanya mereka tidak pandai berkata tak benar. Seharusnya guru mendidik dengan penuh sabar dan bukannya ikut emosi. Semoga kisah ini menjadi peringatan bersama dan pengajaran kepada guru-guru yang lain.
Ini pesan ibu Dinie ketika Mingguan Wanita menghubunginya untuk meminta kebenaran siar semula.