
Bagaikan kisah dogeng Cinderella. Seorang wanita yang juga merupakan seorang pelajar miskin berhijrah ke Moscow tanpa wang untuk belajar sambil bekerja, cukup bertuah kerana berjaya memenangi pertandingan realiti untuk menjadi isteri jutawan minyak Russia. Yulia Sveshnikova, 29, dia dipilih jutawan itu, Konstantin Scherbinin, 55, untuk menjadi isteri dan ibu tiri lima anaknya berusia antara 15 hingga 35 tahun.Dia mengalahkan dua finalis, Maria Praim, 30, dan Anna Kim, 34.

Menurut Daily Mail yang memetik media tempatan, Program televisyen dikenali sebagai ‘Millionaire for Marriage’ itu mendapat permohonan daripada 2,000 wanita yang ingin menjadi peserta. Dua daripada lima anak Scherbinin memilih Yulia sebagai bakal isteri bapa mereka, isteri keenam.

Nikmati Kehidupan Mewah
Dengan kemenangan ini, Yulia akan menikmati percutian berbulan madu ke Dubai bersama suaminya, tinggal di kediaman mewah di Moscow dan Los Angeles bersama koleksi kereta mewah.Kekayaan Scherbinin terdiri daripada rumah agam mewah, kapal persiaran dan jet peribadi. Berbanding kehidupannya tiga tahun lalu, Yulia berasal dari bandar terpencil di timur Siberia, Khabarovsk, berpindah ke Moscow dengan poket kosong.Dia melanjutkan pelajaran dan bekerja sambilan sebagai pengurus acara.
“Saya seorang yang berani. Saya membuat keputusan untuk ke Moscow walaupun tiada duit.Bukan semua orang berani melakukan apa yang saya lakukan ini,” katanya.
“Ya, hari ini saya menang.Ini cincin saya.” ujar Yulia sambil menunjukkan cincin berlian berharga bernilai £36,500 (RM193,6188).

Sementara itu, Scherbinin berkata, dia bimbang akan berlaku konflik dengan anak-anaknya walaupun mereka sendiri yang membantunya memilih wanita itu.
“Saya ada anak-anak sahaja. Tapi hari ini saya pilih kamu. Saya gembira kerana akhirnya bertemu dengan wanita yang tidak perlukan wang tapi mahu hati saya sahaja,” ujar jutawan itu.
Sumber: daily mail
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Perangi Ekzema, Wanita Ini Kongsi Gaya Hidup Dan Pemakanan Sampai Kulitnya Jadi Makin OK

Ekzema ialah sejenis penyakit kronik yang menyebabkan kulit merekah, kering dan bercalar-calar. Simptomnya boleh tenggelam dan timbul, dan bertambah teruk jika pesakit risau, jika kulitnya terdedah kepada air atau alergen, dan jika cuaca dan suhu sekitaran berubah.
Untuk meringankan simptom, jangan garu bahagian-bahagian kulit yang gatal sehingga merosakkan kulit, jangan mandi dengan air panas, sapukan krim rawatan pada kulit, dan rancanglah sajian makanan yang seimbang. Untuk memperoleh hasil yang terbaik, dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan sebelum mengubah pemakanan.
Tetapi jika anda nak tahu apa pemakanan yang terbaik dan pengalaman orang yang ada masalah ekzema, boleh rujuk gaya hidup yang diamalkan oleh Aizan Suhaira ini.
Dulu masa aku masih newbie dalam menangani ekzema secara natural.. aku beli macam-macam jenis supplement, and buat la macam-macam benda sebab cekononnya nak cepat baik ekzema.
5 years later… aku dah banyak kurangkan the the things i consume for eczema and general health management. OK… these are the things I do for myself:
Diet
(/) Eat real food!
Aku jarang makan fast food and junk food. Aku pun tak minat nak makan ‘convenience food’ macam roti krim segala…. when I eat, aku duduk kat meja and makan proper food.
(/) Aku elakkan dairy.
Mostly sebab aku tau aku kalah dengan dairy. Kalau tak gatal-gatal pun confirm la nanti berkahak. Sekali sekala aku belasah gak tapi aku tau la limit aku.
Gluten bagai tu aku bukan la memang elak secara sengaja. Tapi disebabkan aku orang melayu kan… so takde la aku ni suka sangat dengan makanan bergluten pun in the first place.
Nasi mana ada gluten.
Lifestyle
(/) Exercise
Aku memang kaki gym. Even before aku join natural healing movement pun aku suka gi gym.
Tapi kalau ko tak minat nak gi gym tak payah la nak paksa diri. Ko cari la apa yang ko minat. Asalkan ko keluar peluh and gerakkan badan.
p/s Duduk dalam sauna sambil gerak-gerak mulut berborak dengan kawan tu tak aci ye.. tak aci!
(/) Get enough sleep
Aku tido awal and bangun awal. Ye yg ni aku faham ramai payah nak buat.. especially bab tido awal tu. Ye la, ramai kat sini kan parents. But try to get quality sleep.
(/) Stress management
Ni memang mencabarrrrrr keimanannnnnnn…. Selalunya kalau rasa nak bertukar jadi kaler hijau and tumbuh muscle ketul2… aku gi exercise, kasi keluar peluh.
Tapi untuk issue2 yang lagi serious, aku banyak guna homeopathy dan bach flower remedy.
Dulu, selang stgh jam aku tukar jadi hulk. Asal sikit.. jadi hulk. Kena trigger sikit.. jadi hulk lagi. Now dah jarang-jarang jadi hulk dah.
Supplements
Aku nyer prinsip bila pilih supplement is, pilihlah supplement yang:
1) Menyuburkan lagi bakteria baik dalam perut ko (prebiotics)
2) Menguatkan sistem imun badan ko
Makanya…. aku nyer supplements adalah
1) Al manna + Baobab (these are prebiotics)
2) Olive Leaf Extract (yg ni immune booster)
That’s it.
Of course, depending on your situation, ko mungkin perlukan lebih banyak supplements. Kena tengok situasi masing-masing. But having said that, I believe banyak issue ko sbnrnya boleh address kalau ko maintain healthy diet.
Btw… makan nasi + bok choy 2 helai + ikan selar separuh badan is NOT A HEALTHY DIET!!
Skin Management
Masa aku TSW teruk
Aku sapu MEBO dan bungkus area kulit yang teruk (area tangan).
Untuk area muka
Aku guna Dr. Buds Ecze Clear. Aku suka giler product Dr. Buds. Ko bayangkan eh… Buds Baby Super Soothing Rescue Lotion tu pada aku memang sgt gentle pada kulit. Tapi Dr. Buds Ecze Clear lagi gentle. So yeah… BIG fan.
Now that kulit aku dah ok…
Aku guna Dr. Buds Ecze Clear + argan oil utk sapu kat muka
Tangan just guna Dr. Buds je
Malam sebelum tido aku sapu magnesium oil kat muka
Also… kalau ko tengah fasa flaky skin (flaky tapi takde luka-luka yang oozing tau) ko buat la dry brushing.
Ok… tu je. Simple je kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ramadan Mengajar Insafi Diri Hindari Perasaan Riak, Balik Kampung Usahlah Menunjuk-Nunjuk

Ramadan mengajar insafi diri hindari perasaan riak. Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling mulia bagi umat Islam kerana pada bulan ini pelbagai keberkatan dan rahmat diberikan oleh Allah SWT.
Bukan itu saja malah bulan mulia ini juga merupakan bulan latihan untuk menjadi Muslim yang patuh dan taat kepada Allah. Ini kerana pada bulan Ramadan Allah tutup pintu neraka dan dibuka pintu syurga, Allah rantai segala syaitan sebagai bantuan kepada kelancaran dan keberkesanan latihan kita.
Malah pada bulan ini juga mengajar kita agar bersyukur dan menginsafi diri atas kekurangan orang lain.
Ramadan Mengajar Insafi Diri Hindari Perasaan Riak
Selepas berakhirnya Ramadan, Syawal menjelma ketika itu sebagai umat Islam janganlah kita menunjuk-nunjuk terutama apabila pulang ke kampung halaman. Sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga, janganlah kita bermega di bulan Syawal. Ingatlah segala nikmat yang Allah berikan kepada kita bukanlah untuk kita bermegah diri.
Seperti mana yang dikongsi oleh Tuan Mohd Ezairol Rezan Zainol menerusi Facebooknya, ternyata banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar dan panduan hidup kita. Beringatlah agar jangan bersikap terlalu sombong atau riak terutama pada adik beradik ketika pulang ke kampung nanti.
“Bro, kita kenalah tunjuk apa yang kita ada, barulah orang tahu kita ni dah berjaya.. Apa barang pakai Axia je bro”…
“Kalau simpan je duit kita atau beli rumah banyak² pun, bukan orang tahu dan boleh tunjuk kat depa”, kata seorang anak muda kepada rakannya…””
“Begitulah selalunya pepatah orang muda kita. Pada mereka, hanya harta benda yang boleh dijadikan bukti kononnya mereka itu telah berjaya.
“Ya lah , baju raya, kereta dan emas permata boleh tunjuk kat saudara mara masa open house hari raya. Kalau beli rumah, tak boleh nak tunjuk nanti kata depa…
“Orang kaya selalunya tidak suka menonjolkan kekayaan mereka, sebaliknya orang yang tak berapa nak ada je yang suka menunjuk dan berlagak kaya semata-mata nak pengiktirafan dari saudara-mara.
“Sebab itulah dalam cerita P. Ramlee ada masukkan adegan yang menyindir golongan mereka..
“Makcik tak harus gaduh begini, makcik bukan orang biasa, makcik orang ada-ada.
Betul kata kau Ramlee. Hey mak Sudin, Aku ni orang ada-ada kau tau! Aku ada 2 cincin berlian tau… Hey mak Zaitun, Aku pun adalah, gelang tembaga”…
Bila balik kampung, usahlah dibawa perangai menunjuk-nunjuk yang boleh mengeruhkan suasana di hari raya.
“Masa di kampung nanti, kita akan nampak ada adik-beradik atau saudara mara yang :
1️⃣ Bawa balik kereta mewah serba baru.
2️⃣ Barang kemas penuh dari lengan sampai ke siku.
3️⃣ Baju, tudung dan handbeg mewah design yang terbaru.
“Dan macam-macam lagi gajet yang serba baru. Masa ni lah semua nak tunjuk apa yang mereka mampu.
Kawan…
“Sesungguhnya Ramadhan mengajar kita supaya bersyukur dan menginsafi diri di atas kekurangan orang lain. Kita semua ada rezeki yang berbeza-beza. Rezeki kita semua tak sama…
“Usahlah terbawak-bawak nak menunjuk sampai kita lupa bermacam nikmat yang Allah telah berikan kepada kita.
“Jangan sampai wujud perasaan riak, sombong dan bangga diri hingga mewujudkan rasa rendah diri, iri hati dan dengki sesama adik-beradik dan saudara-mara.
“Kaya mana pun kita, mati nanti semua pakai kain kapan yang sama sahaja. Tinggi mana pun pangkat kita, akhirnya bersara dan jadi orang biasa juga.
“Yang kaya, yang miskin, yang berpangkat, yang cantik dan yang buruk, kita semua sama disisi Allah, yang membezakannya hanyalah hati dan amalan kita…
“Allah tidak melihat pada rupa, pangkat, darjat dan keturunan. Ingat, sombong itu pakaian Kholik. Bukan makhluk,” kongsi Tuan Mohd Ezairol.
Mingguan Wanita:
Sumber : Facebook Mohd Ezairol Rezan Zainol
Sumber Foto : CANVA
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Pengorbanan Ibu Yang Paling Diingati
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Asyraf & Tya Pernah Catu Makan, Cuma Ada RM10 Dalam Poket, Lebih Selesa Berdikari

Asyraf Khalid meluahkan walaupun bergelar anak kepada ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) dan anak tiri kepada penyanyi wanita tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, namun dia lebih selesa berdikari dan bukanlah seorang yang meminta-minta dan jauh sekali bergantung harap kepada ayahnya.
“Saya bersyukur sebab ayah banyak mendidik sejak kecil dan membentuk untuk diri ini menjadi seorang yang berdikari tanpa meminta-minta kepadanya. Masa muda, ayah paling pantang kalau saya minta duit kepadanya.
“Ayah nak saya faham tentang erti kehidupan dan kebiasaan mencari wang sendiri. Itu yang membuatkan saya takut untuk minta apa-apa daripadanya sampai sekarang. Itu juga yang membuatkan saya jadi seperti hari ini berkat didikannya.

‘Apalah Kakak Tya Dah Buat Tu’ Datuk Siti Nurhaliza Terhibur Dengan Gelagat Adik-Kakak Ini
Rasa Macam ‘Loser’
“Dari kecil, ayahlah yang berikan segala galanya untuk saya. Apabila sudah meningkat dewasa dan berkahwin, mana mungkin saya nak susahkannya lagi selain terus berada di bawah ketiaknya.
“Hati siapa yang tak terguris kalau balik balik pandangan sama yang dilemparkan orang luar. Rasa kadang kadang macam loser, kerana mereka fikir saya kecapi semua ini dengan cara mudah selain tanggapan klise.
“Jujur saya tak boleh menafikan rasa bengang, jelak dan amarah itu pernah bersarang sampai naik geram. Biasalah yang orang nampak hanya keindahan, di sebalik semua itu… tak ada siapa yang tahu.
“Cuma tak adil jika mereka terus berandaian begitu dan begini. Tapi kalau terus larut dengan rasa negatif itu pun saya tak akan ke mana. Saya lawan segala rasa,” katanya membuka bicara.

RM10, Pilih Makan Dikantin Atau Restoran Mamak
Asyraf mengakui sejak mendirikan rumahtangga dengan isteri tercinta Tya Arifin yang juga artis popular dari seberang, isterinya menjadi saksi jatuh bangun dirinya. Malah dia rasa sangat bertuah kerana Tya sangat memahami dan sanggup harungi hidup susah senang bersama.
“Tya banyak melihat dan melalui serba serbi kesukaran dan kepayahan hidup. Bisnes yang gagal dilakukan juga berakhir dengan pelbagai ujian termasuk saya berdepan dengan hutang yang banyak.
“Pernah satu tahap saya dan isteri sampai kena catu makanan kerana kekangan duit. Kami hanya ada RM10 untuk memilih sama ada makan nasi goreng di kantin atau di restoran Mamak.

“Lepas itu nak bina perniagaan baru balik bukan mudah. Tapi saya berkeras untuk melaluinya tanpa meminta pertolongan sesiapa. Termasuk ayah. Saat saya bernikah dan mempunyai anak, diri ini terfikir takkan nak beli lampin pakai buang pun ayah masih nak tanggung.
“Saya bertatih sendiri dari bawah. Ikutkan sejak usia tujuh tahun lagi saya sudah jual pen di sekolah dan macam macam lagilah lubuk perniagaan yang dicuba.
“Berbekal semangat, ilmu dan pengalaman, saya bangkit semula. Perjuangan itu bagai baru bermula dan perlahan demi perlahan, saya bina kembali empayar dunia niaga sehabis baik,” kata bapa kepada dua cahaya mata comel, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa juga optimis membangunkan perniagaan jamu jenama Mutyara yang diusahakan oleh isterinya Tya Arifin.
Di akhir bicara, sekalipun selesa berdikari, Asyraf berbangga kerana dia memiliki tenaga sokongan jitu di belakang iaitu keluarga tersayang.
Resipi ‘Roti Kerca’ Stail Siti Nurhaliza, Menu Kesukaan Dalam Family!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!



