Urusan jodoh adalah rahsia daripada yang Maha Esa, baik dipertemukan jodoh cepat mahupun lambat. Dalam memilih jodoh adalah amat penting untuk kita memohon jodoh terbaik daripada Allah, yakin dan percaya dengan pilihan jodoh yang ditentukan setelah berusaha melalui istikharah.
Pendakwah Datuk Ustazah Norhafizah Musa ada kongsikan pegangan beliau mengenai jodoh dan merasakan bahawa jodohnya,Dr Azahar Yaakob adalah pilihan istimewa dari Allah.
Berikut antara perkongsian tersebut yang diceritakan didalam satu petikan ceramah di UIAM,Gombak di bawah tajuk “Gown & Tuxedo: The Beauty of Me.
Kata Ustazah :
“Dalam bab memilih jodoh ni, ustazah ada memiliki kepercayaan dan keyakinan sendiri yang ustazah pegang sangat. Bahawa jodoh ini, yang terbaik, mohonlah dengan Allah Azzawajalla. Ustazah percaya sangat dengan Allah, minta dengan Allah. Minta dari sekarang, “Rabbi Habli Minassolehin.”
Ya Allah, kurniakan aku keturunan yang soleh-soleh. Nak keturunan soleh, mak kena soleh. Nak keturunan soleh, pasti kita dapat suami yang soleh. Sebab kita mintak seluruh keturunan kita, ada lagi darah daging kita walaupun tujuh keturunan, soleh belaker. Kita mohon dengan Allah, jumpa insyaAllah. Kalau tak jumpa kat dunia, pun kat akhirat. Allah jawab kita punya permintaan.
Sebelum umur ustazah 18 tahun, ustazah bergelumang dengan pakwe makwe, tapi lepas umur 18 tahun, memang tak de langsung dah. Takde. Duduk belakang pintu pun dua kali je kot. Tu pun nak bagi fail. Di Yarmouk, di bawah persatuan Permaya namanya, jika berhubung dengan lelaki, akan ada tabir. Memang tak ada pergaulan bebas langsunglah.Ustazah harap anak-anak ustazah tak ikut perangai mak dia yang dulu-dulu tu.
Dan selepas 18 tahun, inilah doanya.
Ads
“Ya Allah Ya Tuhan, sebagaimana kawan-kawan aku yang lain, aku nak juga jodoh yang baik. Aku yakin dengan Engkau ya Allah.”
Selepas usia ustazah 18 tahun, bercakap dengan lelaki melalui telefon pun takde langsung. Malah,setiap kali ada urusan dengan laki-laki, Allah je yang Maha Mengetahui, ustazah rasa masa silam yang ustazah lalui itu, cukuplah tak nak ada hubungan apa-apa dah.
Berdoa saja dengan Allah. Dalam keadaan tak kenal, mana satu Arshad, mana satu nama ni, macam mana nak kawen? Siapalah orangnya, siapalah yang nak. Tapi Allah mengatur jodoh ustazah. Ustazah istikharah, istikharah,istikharah, yakin dan percaya, betul agaknya, hati tu kuat mengatakan ini jodohku. Terima sajalah, dan minta Allah mudahkan segala jalan.
Walaupun mula-mula, datang orang ni sorang, kita kata tak hensem, tak nak istikharahlah. Bila sembahyang kita kata, “Kenapalah aku ni, tak jujur dengan Allah. Kata nak mintak Allah carikan. Kata nak percaya dengan Allah.” Tapi, kita banyak juga campur tangan taste kita kan.
Ads
Ustazah istikharah jugak, tak kiralah sape pun. Istikharah,istikharah, sampailah datang seorang jejaka, yang sungguh macho sekali. Datang seorang jejaka tu, yang ustazah memang berat hati, tak naklah yang ni. Dahlah orang jauh apa semua. Tapi, kita jujurlah dengan Tuhan, kita istikharah.
Akhirnya Allah meletakkan dalam hati tu, keyakinan yang tidak dapat digugat-gugat. Inilah jodoh yang Allah pilihkan untuk ustazah. Dan alhamdulillah, yang pilihan Allah itu, semakin lama kita melalui kehidupan, semakin terserlah bahawa inilah pilihan istimewa dari Allah untuk ustazah.
Seorang suami yang boleh bangun malam, pakaikan pampers anak, ustazah nak pergi ceramah, dia tolong buatkan nota-nota. Tak pernah komplen nak pergi mana, nak pergi mana. Dia kata, dalam Lembah Klang, nak sampaikan dakwah, pergilah, takpe, Anak-anak dia boleh uruskan.
Ads
Baru beberapa tahun kawen, dia hadiahkan seorang bibik. Pembantu rumah untuk memudahkan kerja sebagai seorang isteri. Pada ustazah, pilihan dari Allah itu, yakin dan percaya itu yang terbaik.
Jadi, jangan takut, saya tak bergaul dengan orang laki-laki, jadi takde jodohlah saya. Tidak. Mohonlah dengan Allah Azzawajalla.
Jadi buat wanita yang masih single, jangan lah risau.Jadikan kisah ustazah ini sebagai panduan. Jagalah perhubungan dan pergaulan, mohonlah pilihan jodoh yang terbaik daripada Allah SWT. Yang penting perlu yakin dan percaya dengan jodoh yang telah ditentukan.
Setiap daripada kita rezekinya berbeza, ada yang dikurniakan kesihatan yang baik. Segelintirnya pula dikurniakan kemewahan dan setengahnya diberikan zuriat yang ramai.
Masing-masing punyai rezeki sendiri yang telah ditentukan Allah SWT. Sebenarnya rezeki bukanlah apa yang dikehendaki, sebaliknya bila kita terima setiap apa yang Allah anugerahkan.
Oleh itu bersyukurlah dengan setiap satu rezeki yang mak, ayah terima. Sudah tentu ada hikmah di sebalik setiap satu rezeki yang diterima atau tidak. Ikuti perkongsian Hafizul Hakim ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Rezeki Bukanlah Apa Yang Dikehendaki
Rezeki itu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan.
Kamu belajar tentang sirah. Tahu Maryam tak berkahwin tapi dapat melahirkan anak. Itulah rezeki dia. Kun fayakun.
Kamu tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia. Allah hantar Nabi Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih jalan ke neraka.
Allah menghantar Nabi Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda.
Pelajarilah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing-masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya!
Sebaliknya Bila Kita Terima Setiap Apa Allah Anugerahkan
Kawan-kawan, Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa.
Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab di hadapan Allah nanti.
“Ini anak isteri tak menutup aurat, masing-masing kata awak sebagai ketua keluarga tak pernah nasihatkan. Macam mana ni.”
Begitu agaknya di Mahkamah Akhirat. Masing-masing sedaya-upaya melepaskan diri. Takutkan neraka, semua kesalahan diri diletak kepada orang lain termasuk suami atau bapak sendiri.
Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu ini, kamu kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.
Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh bahagia.
Takdir & Rezeki Allah Adalah Misteri
Kawan-kawan, Takdir Allah ini misteri sifatnya. Entah-entah air mata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurga-Nya.
Justeru, rezeki itu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah beri.
Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima dengan redha. Syukurlah dalam sebarang situasi. Allah Maha Merancang, lagi Maha Mengetahui. Begitulah.
Biasanya, kalau anak masih kecil, mak ayah tak kisah dan biarkan saja apa yang anak lakukan, walaupun kadang-kadang perangai anak boleh membuatkan mak-mak hilang sabar. Katanya, biarlah anak masih kecil dantak tahu apa-apa pun.
Namun, kalau mak ayah tidak ambil peduli dengan perangai anak masa kecil, inilah yang membuatkan anak makin manja. Boleh buat sesuka hati. Bimbangnya nanti bila besar takut tidak boleh ditegur.
Walaupun ada juga perangai anak yang boleh buat mak hilang sabar tapi sebab sayang anak dibiarkan saja. Jangan begitu, sebagai mak ayah kalau anak sudah keterlaluan, kena tegur dan elak kelaluan ini berterusan sampai dewasa.
Apa perkara dan perangai anak yang mak ayah patut tegur dari kecil. Inilah yang mak ayah patut lakukan.
Bila ke rumah saudara, kawan-kawan atau adik beradik mak ayah sendiri pun, anak tidak tahu pun bilik siapa yang dia masuk. Sifat ank yang ingin tahu dan meneroka seluruh tempat itu bagus tapi mak ayah kena bimbing sifat c’curiosity’ tanpa menganggu privasi orang lain.
2. Menyampuk Orang Tua Bercakap
Perasan tak, ada sesetengah kanak-kanak suka dengar orang tua bercerita. Itu tidak menjadi masalah. Apa yang menjadi masalah, dia pula menyampuk apa yang orang tua cakap. Mungkin anak menyampuk ini sebab suka nak cari perhatian orang lain.
3. Suka Main Kasar
Jangan pandang ringan kalau anak suka bertumbuk atau cubit kawan lain. Kalau tak ditegur, ia boleh menjadi habit yang kekal dan berterusan sampai remaja dan dewasa pula.
4. Buat-buat Tak Dengar
Itulah yang selalu anak buat kan! Kalau mak ayah panggil dengar cara yang lembut, dia boleh buat tidak tahu dan tidak dengar. Sampai satu tahap, mak mulalah menjerit. Malah boleh dikatakan, masa inilah anak nak uji autoriti mak ayah. Sampaikan mak ayah yang kurang autoriti akan cepat mengalah dan membiarkan saja anak menguasai dirinya. Lama-kelamaan, mak ayah akan nampak anak semakin degil dan susah dengar cakap.
5. Anak Terlalu Memendam
Pernah tengok anak yang sanggup buat tidak tahu dan ‘keras hati’ dengan tidak menagis walaupun dimarah atau gertak. Ini belum lagi kalau anak sakit atau sedih. Apa yang dia lakukan hanya ketap bibir tanpa menangis. Sebagai mak ayah, kita kena bagi signal pada otak anak untuk luahkan emosi yang terpendam itu.
Mingguan Wanita : Jangan anggap anak kecil tak boleh ditegur. Inilah masanya kita didik dan ajar anak supaya dia ingat sampai bila-bila.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Bila bawa anak-anak mandi laut, boleh jadi lepas mandi laut rambut anak pun jadi keras kejung. Kalau tak jumpa cara melembutkan rambut anak, jalan terakhir potong pendek sajalah kan.
Tak perlu gunting pendek pun jika rambut anak keras sampai susah nak sikat tu.
Sebagaimana yang ibu ini, Nur Hafizah Hanafi kongsikan. Beliau ada cara macamana nak lembutkan kembali rambut anak yang keras selepas kena air laut yang masin tu.
Melembutkan Rambut Anak Lepas Mandi Laut
“Balik dari Pulau Perhentian ritu, keras kejung rambut Aisyah ni. Non stop mandi air laut. Nak sikat pun tak boleh. Pakai perapi pun tak jalan.
Pastu tanya kawan-kawan efbi. Dorang ajar buat hair oiling.
Sapu rambut dengan minyak zaitun. Biar dalam 15 minit. Kemudian mandi dan syampu rambut anak.
Tq Najah n Iz.. nyaris nyaris mama nak gunting pendek rambut budak ni.”
Tip Penjagaan Rambut Anak Perempuan
Menjaga rambut anak perempuan ini memerlukan ketelitian ibu dan ayah. Lagi-lagi jika anak perempuan berambut panjang.
Kalau tak dijaga betul, bimbang alami rambut kusut dan sebagainya. MW kongsikan tip cara menjaga rambut anak perempuan dengan betul.
Semasa mandi, ajarkan anak bersyampu guna syampu khas tak pedihkan mata. Bimbang anak menggosok mata ketika rambut masih bersyampur.
Dalam masa saya, syampu sebegini bersifat lembut dan tak melukakan kulit kepala.
Mak ayah ajarlah juga anak-anak cara bersyampu dengan betul dan membilasnya sehingga bersih. Bimbang sisa syampu masih melekat dan akan menyebabkan rambut berkelemumur.
Ajar Anak Bersikat Dengan Betul
Hal yang satu ini pun agak sukar nak latih anak sebenarnya. Ada anak-anak selepas mandi tak hirau pun rambut sudah kering atau belum, sudah bersikat atau belum.
Jadi, ajarlah mereka cara bersikat. Bagi mengelakkan anak rasa sakit, peganglah rambut anak ada akarnya, dan perlahan-lahan sikat ke bawah.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.