Azreen Ajar Seni & Terima Tempahan Brownies Demi Kelangsungan Hidup

Azreen Yusof seorang wanita yang tabah. Ibu kepada Shaquell Adzin ini tidak pernah mengeluh walaupun perit mencari rezeki menampung kehidupan setelah berpisah suami. Wanita berusia 38 tahun ini berada dalam situasi ‘gantung tidak bertali’ selama 4 tahun. Dia akhirnya diceraikan pada tahun ke-5.

Walau diduga dengan cabaran hebat, Azreen sentiasa berfikiran positif bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kata kata seperti,” Allah gives the hardest battles to His strongest soldiers” sentiasa memberikan motivasi kepada dirinya terus berjuang tanpa putus asa.

Mula-mula bergelar ibu tunggal, dia rasa rendah diri. Dia rasa banyak betul kekurangan dalam dirinya jika dibandingkan dengan kehidupan kawan-kawan lain. Dia merasakan hidupnya gagal. Hanya kekuatan diri dan sokongan keluarga telah menaikkan semangatnya.

Selama tempoh ini, saya sudah berdikari buat semua tanpa bantuan suami. Di bahu saya jugalah tanggungjawab menyediakan makan pakai anak. Apabila kereta rosak, saya sendiri yang menghantarnya ke bengkel. Boleh dikatakan saya cari nafkah sendiri.”

Banyak cabaran yang dihadapi oleh Azreen. Jika dicerita satu persatu mungkin tidak habis. Namun cabaran paling hebat ialah apabila ada lelaki yang cuba mengambil kesempatan mendekati saya untuk meminta atau mendapatkan duit.

“Mula mula saya rasa rendah diri, rasa banyak betul kekurangan saya jika dibandingkan dengan kehidupan kawan-kawan yang lain. Saya rasa hidup saya gagal.”

Disebabkan itu jugalah bagi menghilangkan rasa sedih dan fokus kepada masa hadapan, Azreen menceburi aktiviti bersukan seperti larian marathon dan hiking.

Azreen Ajar Seni & Terima Tempahan Brownies Demi Kelangsungan Hidup

Tidak Boleh Lemah Semangat

Tidak mudah membesarkan anak seorang diri. Ditambah lagi jika anak itu sedang membesar dan memerlukan perhatian yang lebih.

Ujar Azreen, seorang ibu tunggal itu perlu ada persediaan mental dan fizikal yang kuat.

Ads

Saya tidak boleh lemah semangat. Apabila diri rasa sedih dan tertekan, saya perlu bangkit dengan segera. Selain itu keperluan kewangan juga kena kukuh.”

Hidup berdua dengan anak juga memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan Azreen.Antara  pengalaman yang tidak dapat dilupakannya ialah ketika berlaku perkara-perkara kecemasan di tengah malam seperti anak sakit.

Anak sakit secara tiba-tiba. Dia sesak nafas dan saya perlu berkejar membawa anak untuk mendapatkan rawatan. Dan esoknya semua yang sudah saya ambil bayaran terpaksa ditunda. Saya sendiri tidak cukup tidur dan rehat tetapi kena kuat untuk anak. Anak masih kecil dan memerlukan saya. Sebab itu saya kena kuatkan diri.”

Walau anaknya masih kecil namun Azreen bersyukur kerana anaknya dapat menerima situasi yang berlaku dalam hidup mereka.

Anak saya seolah-olah faham mengenai situasi ini. Malah setiap kali giliran jagaan sebelah bekas suami, dia akan melambai saya dengan ucapan, “Bye Mama. See You. I love you.

Akui Azreen lagi, anaklah penguat semangat dirinya. Oleh itu dia tidak boleh membiarkan dirinya berada dalam kesedihan terlalu lama.

Ads

Saya kena berusaha untuk membesarkan dia sesempurna mungkin. Jadinya, saya bangkit. Saya rasa puas dapat masukkan dia ke tadika, dapat belikan dia kelengkapan sekolah, dapat belikan dia pakaian baru dan yang paling penting dapat sediakan makan dan minum yang cukup hasil dari jualan bisnes saya.

Berdiri atas kaki sendiri walau tak mudah tapi jadikan saya lebih cekal setiap hari tanpa mengharap ihsan dan simpati orang lain.”

Lukis Doodles Pada Pelapik Kek

Kewangan sememangnya perkara yang perlu diberi perhatian oleh Azreen. Dia yang dahulunya pernah makan gaji kini mencari rezeki dengan melakukan bisnes sendiri. Jika sebelum ini dia bekerja menggunakan kelulusan dan ijazah dari universiti, kini Azreen menggunakan ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam membina bisnes sendiri.

“Saya bekerja sendiri. Saya mengajar seni lukisan dan catan (paintings) untuk kanak-kanak yang berusia seawal 4 tahun hingga 12 tahun. saya juga mengajar lukisan kepada anak-anak autisme sebagai Art Theraphy, dan saya turut menjual lukisan secara “commission“.

Selain itu saya juga turut menjual homemade food seperti brownies, kek, nasi lemak pelbagai lauk, cucur udang dan sebagainya dengan kaedah tempahan di talian dan penghantaran terus ke rumah secara delivery.”

Dengan bakat seni yang dimiliki juga telah membuahkan idea kepada Azreen untuk menghasilkan doodles yang disertakan sekali dengan  setiap kek atau brownies yang ditempah pelanggan.

Ads

Saya buat doodles sebab hendak mencipta benda yang kita boleh simpan selepas majlis istimewa diraikan. Biasanya orang menghias dekorasi atas kek yang ditempah. Saya pula lukis doodles pada pelapik bawah kek atau brownies.

Doodles ini boleh dibuat sebagai menggantikan kad ucapan. Saya menyertakan sekali lukisan karikatur orang yang meraikan majlis istimewa itu pada doodles tersebut.

Bagi mereka yang ingin melihat hasil kerja Azreen boleh melihat di akaun laman sosial Facebook Azreen Yusof dan Instagram studio_azreen.

Azreen Ajar Seni & Terima Tempahan Brownies Demi Kelangsungan Hidup

Pernah Ditipu

Bisnesnya semakin mendapat sambutan, namun sebagai peniaga Azreen mengakui dia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran. Antaranya dia pernah ditipu pembekal.

Bayaran sudah dibuat. Tetapi barang tidak diterima. Cabaran lain ialah bagaimana hendak menguruskan masa dan kerja. Dan pada masa yang sama perlu menjadi suri rumah tangga, mengemas rumah, menyediakan kelengkapan sekolah anak, dan menghantar anak ke sekolah pagi dan petang. Kadang-kadang saya rasakan 24 jam sehari rasa tidak cukup. Tidak menang tangan.”

Dalam menghadapi setiap dugaan mendatang itu, Azreen mengucap syukur ke hadrat Ilahi keran keluarga terutamanya mak dan abahnya serta kawan-kawan baik yang sentiasa menjadi pendorong semangat.

Kesimpulannya, buat wanita yang bergelar ibu tunggal, lakukan apa sahaja kerja halal demi meneruskan kelangsungan hidup walau tanpa lelaki bergelar suami di sisi. Jangan sesekali berputus asa dalam mencari kebahagiaan buat diri kerana di masih ada sinar di penghujung jalan.

Foto: Azreen Yusoff

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI