Azhar Sulaiman minta presiden Umno bertanggungjawab, BN kalah teruk dalam perang persepsi. Keputusan pilihanraya semalam menyaksikan parti Pakatan Harapan memenangi 82 kerusi Parlimen diikuti rapat oleh gabungan parti Perikatan Nasional yang memenangi 73 kerusi. Menariknya, gabungan PN yang dianggotai PPBM, Pas dan beberapa parti lain khususnya telah menyapu bersih empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.
Namun di sebalik keputusan rasmi semalam yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya dalam Pilihanraya Umum ke 15 ini menunjukkan tiada satu gabungan parti politik sama ada BN, PH mahu pun PN memperoleh majoriti mudahatau menang 111 daripada 220 kerusi Parlimen.
Azhar Sulaiman Minta Presiden Umno Bertanggungjawab
Sekaligus Parlimen tergantung dan belum ada pembentukan kerajaan dapat dibuat kecuali berlakunya gabungan parti dari Sabah dan Sarawak yang mungkin menyokong PN. Jika ini terjadi, impian rakyat Malaysia yang ingin menyaksikan Abah atau Tan Sri Muhyiddin Yasin menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 akan tercapai.
Dalam pada itu, pasti ramai penyokong Barisan Nasional seakan tidak percaya apabila rakyat “menolak” dalam diam parti ini walau sebelum ini BN amat yakin mampu menyapu bersih berdasarkan kemenangan di pilihanraya negeri melibatkan Melaka dan Johor tetapi itu semua ternyata bukan jaminan rakyat memilih parti ini sekali lagi.
Ads
Dapat disaksikan BN yang menolak permuafakatan dengan Pas dan PPBM sebelum ini hanya berjaya meraih 30 kerusi sahaja walau Presiden yang ketuai oleh Datuk Seri Zahid Hamidi yakin BN akan menang besar. Dan ternyata ia satu kekalahan paling teruk bagi BN walau keputusan Presiden yakin BN akan menang besar kali ini.
Ternyata rakyat mengajar dalam diam dan menolak kerana banyak keputusan tidak popular dibuat termasuk meletakkan Khairi Jamaludin di Sungai Buloh dan membiarkan dirinya terkapai-kapai melawan di sana sebelum tewas bermaruah kerana dirinya masih calon popular di hati anak muda.
Dalam pada itu, Azhar Sulaiman yang merupakan ahli UMNO dalam catatan di fbnya meminta Datuk Seri Zahid Hamidi bertanggungjawab akan kekalahan BN dalam pilihanraya ini. Katanya Umno tewas dengan perang persepsi.
Ads
Berikut adalah perkongsiannya.
Assalamualaikum DS Zahid Hamidi.
Saya sebagai Ahli UMNO ingin meminta agar DS Bertanggungjawab Diatas Kekalahan Teruk BN Dalam PRI15 kali ini.
Ads
It Is FAIR To Ask You To Step Down As Presiden UMNO sebab Strategy & Percaturan You Telah Silap Hingga Kita Kita Tewas Dengan Teruknya Dalam Perang Persepsi. Sapa sapa bersama saya sila angkat tangan.
Allahurabbi…dia dipukul sampai terkencing! Tak tahulah macam mana tahap derita Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, rupanya bangku dan tali pinggang juga antara barang yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul arwah sehingga meninggal dunia, semalam.
Kalau anda ikuti kes ini, memang timbul rasa nak marah dengan apa yang berlaku. Apa lagi bila tahu si kecil itu cuba bertahan walau sudah lama dipukul.
Barang yang digunakan untuk dera anak itu ditemui polis selepas suspek berusia 35 tahun dan isterinya, 34, yang juga ibu tiri mangsa dibawa ke kediaman mereka di Taman Vista Jaya, Lukut, Port Dickson untuk membantu siasatan kes pembunuhan mangsa.
Pasangan terbabit dibawa ke lokasi berkenaan sejurus polis mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Port Dickson, kira-kira 12 tengah hari.
Mereka yang memakai baju lokap jingga dengan tangan bergari dibawa anggota polis masuk ke dalam rumah itu secara berasingan bagi menunjukkan lokasi dan barangan yang digunakan untuk mendera mangsa.
Pukul Sampai Terkencing
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, berdasarkan pengakuan awal, suspek mendakwa memukul mangsa menggunakan tali pinggang, pada malam kejadian.
“Suspek juga mengaku menendang dan memijak mangsa sehingga terkencing sebelum mangsa tidak sedarkan diri di dalam biliknya pada 11.30 malam. Suspek kemudian membawa mangsa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban dan disahkan meninggal dunia, sejam kemudian.
“Suspek turut membuat pengakuan pernah memukul mangsa menggunakan bangku plastik sebelum ini. Berikutan itu, polis merampas bangku itu yang sudah patah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Majistret Siti Khairiah Abdul Razak membenarkan suami isteri itu direman tujuh hari sehingga 8 Februari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bila berat badan berlebihan macam-macam jenis penyakit dan masalah boleh dihadapi. Ia boleh mengakibatkan pelbagai penyakit lain seperti obesiti, sakit kaki, gastrik dan sebagainya. Salah satu kaedah yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini dengan melakukan Bariatric Surgery.
Bariatric Surgery atau pembedahan Bariatrik melibatkan prosedur mengecilkan saiz perut dengan cara pintasan saluran gastrik atau menyambungkan semula saluran usus kecil ke bahagian utama perut (gastric bypass).
Hilang 23 Kilogram Dalam Masa 5 Bulan
Baru-baru ini, Aishah ada berkongsi gambar terbaru dirinya yang semakin langsing selepas melakukan pembedahan ini didalam Instagram (IG), @aishahjmm.
Didalam posting tersebut mengesahkan berat badan penyanyi berusia 52 tahun ini sudah susut hampir 23 kilogram selepas 5 bulan setengah menjalani pembedahan Bariatric Surgery yang dilakukan pada Februari lalu.
“Nasib baik I tak give up dan sedekahkan je baju-baju ni kerana rasa tak boleh lagi nak lose weight hahahaha.#reinventingaishahjmm 5bulan setengah selepas Bariatric suregry 23kg loss”
Kongsi Pengalaman
Sebelum ini, Aishah yang juga juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) ada berkongsi pengalamannya menjalani pembedahan Bariatric Surgery (pintasan gastrik) serta 10 tip jika mahu melakukan pembedahan tersebut.Perkongsian tersebut dilakukan ketika dia baru sahaja 15 hari melakukan pembedahan pintasan gastrik ini.
“Hahaha I tahu ramai yang kecut perut tengok video pembedahan I kan…Dan ramai juga yang bertanya bagaimana pengalaman I melalui bariatric surgery tu.
“Tak kurang juga yang malas membaca yang asyik bertanya apa produk yang I makan untuk turunkan berat badan walaupun dah berkali-kali hashtag #BariatricsurgeryAishahjmm… hahahaha.
“Setakat ini hingga 15 hari selepas pembedahan, pengalaman I OK semua. OK tak bererti I tak merasa sakit dan lain-lain…tapi OK dari segi ianya ‘tolerable’,” tulisnya.
10 Tip Hadapi Pembedahan Bariatric Surgery:
1.Jelas Keputusan Buat Pembedahan
Seperti dengan semua yang kita buat kita kenalah jelas mengapa kita buat keputusan untuk surgery ini. Dah nama pembedahan, potong sana sini, mestilah ada tahap sakit yang mesti dilalui. Kita kena realistiklah dalam hal itu.Tapi ubat-ubatan moden boleh bantu kawal tahap kesakitan itu.
2.Cari Grup Sokongan Moral & Fizikal
Bila dah nekad nak buat, buatlah sungguh-sungguh. Carilah moral dan physical support group yang boleh membantu.
3.Mental Kena Kuat
Jangan malas. Sehari selepas pembedahan I dayakan bangun dan berjalan. Jangan takut pada sedikit kesakitan, mental kena kuat. Bayangkan cita-cita dan niat untuk pembedahan ini dah tercapai. Lagi cepat kita cergas lagi cepat kita dapat capai niat kita itu.
4.Kenalpasti Antara Nafsu Makan & Keperluan Makan
Bila dah masuk hospital memang senang masuk mode pemikiran ‘aku sakit’ tapi sebenarnya pembedahan ini adalah atas pilihan sendiri. You bukan kena heart attack ke apa, so get up and move..hahahaha. Senyum selalu, you are half way there. You dah fix bahagian fizikal you dengan pembedahan mengecilkan perut. Perjalanan seterusnya ialah peperangan di antara nafsu hendak makan dengan keperluan makanan sebenar kita. Perjalanan ini memang tricky kerana selama ini kita confuse di antara nafsu nak makan tanpa mendengar signal perut yang kata ‘dah kenyang’. Also perut kita dah kembang kerana asyik disumbat dengan pelbagai makanan.
5.Kawal Nafsu Makan
Sekarang perut yang dulu boleh terima tiga pinggan nasi sekarang boleh masuk 30ml hingga 50ml saja. Ideal kan? Ramai kata senanglah macam itu.Tapi your ‘inner demon’ is nafsu kita yang dulu OK je makan tiga pinggan nasi (uish I tak pernahlah sampai macam itu…hahaha) Walaupun perut kita kenyang je. Kita kena ajar diri kita semula secara mental yang body kita perlu setakat ini-ini saja makanan. Yang lain itu nafsu. Kalau you tak control nafsu ini dan cuba nak makan lebih, secara fizikal akan ada kesannya dinamakan dumping syndrome. Makan terlalu banyak dan terlalu cepat, perut akan sakit kepala pening muntah dan lain-lain. Kita kena slowly try makanan apa yang perut kita boleh terima atau tidak.
6.Perlu Ingat Bukan Jalan Mudah Turunkan Berat Badan
Surgery ini bukan shortcut hanya sebagai pembantu untuk kita turunkan berat badan. Yang lain kita kena usaha sendiri.Yang kata ini jalan yang mudah then you are WRONG. Orang yang melalui surgery bukan saja-saja nak cute miutkan diri tapi bagi setengah orang ianya ialah untuk menyelamatkan nyawa. Calon-calon surgery ini bukan yang berat 70kg yang rasa dah gemuuuuuk sangat tapi ianya bagi yang termasuk dalam category morbid obesity, dengan berbagai penyakit dan yang telah lakukan segala cara untuk kurus tapi tak berjaya.This is about getting back the quality of life you deserve.
7. Banyakkan Berdoa
Berdoalah banyak-banyak semoga ALLAH permudahkan urusan kita. Kecergasan, kekuatan dan kesihatan semua datang hanya dari ALLAH SWT .Kita hanya ikhtiar semoga apabila ada kesihatan yang baik maka ibadah kita pun akan lebih baik.
8.Dengar Nasihat Doktor
Listen to your doctor and jangan memandai-mandai…hahahaha…doktor belajar bertahun-tahun nak jadi expert so they know what they are taking about.
9.Cari Maklumat Mengenai Pembedahan Ini
Carilah sebanyak boleh info mengenai surgery ini dan fahami. Go into it with your eyes wide open.
10.Kongsi Pengalaman
Lastly I do not claim to be an expert on this, just sharing my experience thus far. Orang lain mungkin ada pengalaman yang berbeza. Itu saja coretan I kali ini.
Atasi Masalah Gastrik & Sakit Kaki
Sebelum ini, penyanyi lagu Camar Yang Pulang ini mendedahkan tujuannya menjalani pembedahan tersebut bukanlah untuk kelihatan cantik dan kurus sebaliknya bagi mengatasi masalah gastrik dan sakit kaki yang berpunca daripada pertambahan berat badan.
“Sebenarnya sakit kaki ini dah lama saya hadapi dan setelah dicadangkan oleh seorang teman, saya rasa perlu buat pembedahan ini.
“Ini bukan pasal nak kurus cantik saja tapi sebab utama adalah masalah sakit kaki dan susah nak buat aktiviti harian,”
Mingguan Wanita mendoakan semoga Aishah semakin sihat dan berjaya mencapai berat badan ideal yang diimpikan.Apa yang penting, bebas daripada segala ancaman penyakit yang boleh membahayakan diri.
Sutradara terkenal Erma Fatima semalam memaklumkan biar apa pun yang orang lain perkatakan tentang pelakon Iqram Dinzly, dirinya tetap tidak percaya. Bagi pengarah dan pelakon drama bersiri Mak Cun ini, Iqram hanya sedang membuat satu persembahan panggung untuk menjadi tontonan kepada siapa pun.
Sejak beberapa hari lalu, pelakon tampan Iqram Dinzly yang kelihatan semakin kurus ini membuat pelbagai aksi pelik di laman instagram miliknya. Ternyata apa yang dipersembahkan itu, mendapat pelbagai reaksi netizen.
Ada yang menganggapnya Iqram sedang berhadapan masalah depression, tak kurang juga yang mengecamnya. Mereka meminta agar Iqram dirawat segera. Iqram juga menyelar mana-mana pihak yang menuduhnya berhadapan masalah kejiwaan. Dia juga mengakui apa yang dipersembahkan itu cumalah strategi pemasaran. Ibu Iqram juga mengakui yang anaknya itu masih normal.
Kau Masih Iqram Dinzly Yang Aku Kenal Dulu
Begitu juga dengan Erma Fatima. Baginya Iqram Dinzly, pelakon yang dipanggilnya ‘Adik’ ini tetap Iqram Dinzly yang dikenali dulu. “AKU TAK PERCAYA! Biar apa pun kata mereka…aku tetap tak percaya. Dimana jua kau berada dik…akak percaya kau tahu apa yang sedang kau lakukan.
“Setiap kali akak tengok video live kau…setiap kali itu hati akak yakin…kau sedang membuat satu persembahan di atas panggung untuk kami melihat diri kami.”
“Maki hamun..keji mengeji itulah KITA.
“Terima kasih dik kerana mengingatkan KAMI tentang DIRI KAMI.
“Akak PERCAYA..akak PERCAYA…Kau masih Ikram Dizly yang aku kenal dulu.”
Hakak suka semangat positif yang Erma Fatima kongsikan ini. Marilah kita hidupkan semangat berkasih sayang. Dan ingatlah sebelum menulis atau melemparkan komen ingatlah hati dan perasaan orang lain.
Sebab Allah sayang, kita yang menyayangi hambaNya yang lain. Iqram Dinzly juga manusia dan punya hati dan perasaan.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...