Ayu Raudhah jual baju raya, sedar pelajaran tak tinggi. Setiap kerajinan dan kesungguhan apabila seseorang berusaha pasti akan membuahkan kejayaan.

Pemilik nama sebenar Raudhah Che Wan yang sebelum ini pernah rancak di pentas lakonan dan kini memperlahankan aktiviti seninya selepas mendirikan rumahtangga dengan pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha punya misi dan visi dalam bidang perniagaan pula.

Selepas 11 tahun usia perkahwinan mereka dan dikuarniakan lima cahaya mata Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, Muhammad Aisy Khaliq, 2 dan Muhamad Aisy Al Jibreel (10 bulan), Ayu kini mahu lebih serius dalam bidang perniagaan dan bergelar usahawan.

Sejak lebih sebulan lalu, Ayu dan suami telah membuka kafe makanan di Seremban. Bukan itu saja malah Ayu sejak hujung tahun lalu juga disunting sebagai duta pakaian wanita mampu milik, byLR.

Ayu Raudhah Jual Baju Raya, Sedar Pelajaran Tak Tinggi “Tak Malu Mengakuinya, Bangga Semangat Diri”

Ayu Raudhah Jual Baju Raya, Sedar Pelajaran Tak Tinggi

Ayu yang gemar memberi tumpuan pada keluarga terutama anak-anak, bukan saja bertindak sebagai duta pakaian wanita malah dirinya juga merupakan individu memasarkan jenama byLR.

Adik kepada Rozita Che Wan ini juga sentiasa merendah diri dan berharap dirinya mampu menjadi usahwan walaupun hanya lulusan SPM.

“Saya tidak belajar tinggi. Saya tak malu mengakuinya, bahkan bangga dengan semangat diri. Saya hanya lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Malah tak ada latar belakang jurusan perniagaan pun. Namun saya percaya pengalaman menjadi azimat berharga.

“Lalu ketika pihak byLR mempelawa untuk menjadi rakan strategik bagi memasarkan jenama itu, saya cabar diri.

“Komitmen saya bukan setakat duta, tapi juga ke depan dalam meningkatkan pengaruh serta kesedaran jenama itu.

“Saya fikir ini juga masa dan peluang terbaik untuk melangkah ke fasa lain sebagai usahawan. Ketika ini perhatian tertumpu kepada koleksi sedondon raya si ibu dan anak perempuan dan sebanyak 10000 helai pakaian diterbitkan sempena kehadiran Ramadan dan Syawal,” ungkap Ayu seperti mana yang ditemubual baru-baru ini.

IKLAN

Ayu Raudhah Jual Baju Raya, Sedar Pelajaran Tak Tinggi “Tak Malu Mengakuinya, Bangga Semangat Diri”

Mahu Wanita Bergaya Cantik Tanpa Bajet Yang Mahal

Tidak mahu bebankan golongan wanita yang mahu bergaya di Aidilfitri nanti, Ayu turut menyatakan wanita boleh cantik tanpa mengeluarkan bajet yang mahal.

“Niat kami mahu semua golongan wanita boleh bergaya cantik tanpa mengeluarkan bajet yang mahal.

“10000 helai pakaian itu disasar boleh habis terjual dalam tempoh kurang sebulan. Kami mensasarkan RM1 Juta jualan dalam sebulan. Tahun ini secara keseluruhan kami sasar RM12 juta boleh disasar. InsyaAllah.

Tak Kisah Pandangan Orang

Ayu juga ditebak, apakah jenama diwakilinya itu seiring dengan statusnya, Ayu tidak kisah dengan pandangan orang.

“Saya boleh akui seorang yang tidaklah terlalu ringkas dalam bergaya. Kalau sudut artis, pakaian digayakan bergantung kepada majlis dan situasi.

“Namun atas kapasiti usahawan, saya tak boleh ikut kehendak sendiri. Pakaian cantik dan mahal belum tentu orang ramai pakai.

“Tapi pakaian cantik, selesa, ringkas, harga munasabah dan dianggap ‘kampung’ itu tentu-tentu ramai nak,” kongai Ayu yang mengumumkan akan mengedar 10,000 tudung percuma dan baucar RM10 kepada peminatnya.

IKLAN

Ayu Raudhah Jual Baju Raya, Sedar Pelajaran Tak Tinggi “Tak Malu Mengakuinya, Bangga Semangat Diri”

Menarik Lagi : Ayu Raudhah Selamat Bersalin Anak Kelima “Mommy, Baby Boy Sihat & Selamat” Zaquan

Usia 36 Tahun, Ayu Raudhah Umum Hamil Anak Kelima. “Alhamdulillah Rezeki Allah” Zaquan

Rasa Macam Nak Mati, Ayu Raudhah Syukur Dapat Peluang Kedua Dari Tuhan Boleh Jaga Anak-Anak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7)

Air Tangan Ayu, Idea Zaquan Buka Kafe

Menyentuh tentang Zaquan adakah dia bersetuju kelak jika dirinya sibuk uruskan perniagaan, segala keputusan yang dibuat dipersetujui suami.

“Selain perniagaan pakaian, Ayu dan suami juga sebenarnya sejak lebih sebulan lalu, telah membuka kafe makanan di Seremban. Masa Ramadan ni memang kami juga akan sibuk di kafe.

“Macam idea buka kafe pun bertitik tolak sebab suami nak makan air tangan saya.

“Ada kalanya apabila tumpuan berniaga lebih cenderung, suami mula merungut manja sebab masa dengannya tak banyak.

IKLAN

“Tapi lama-kelamaan suami faham. Apa kami lakukan dengan mencari rezeki ini untuk kebaikan bersama termasuk masa depan anak,” ungkap Ayu jujur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZAcafe (@zacafe.official)

Mingguan Wanita :  Seronoknya tengok pasangan bahagia ini. Ayu begitu gigih menjaga anak-anak. Masing-masing gigih tambah pendapatan untuk masa depan anak-anak.

Sumber Foto : Ihsan byLR 

Ramadan ni mesti ramai tengah sibuk beli belah untuk hari raya. Jom tinjau tip beli baju raya sesuai dengan bentuk badan anda.

Amalkan diet yang betul sepanjang Ramadan.

Aina Abdul memang hebat, masuk bulan puasa ni dia teruja nak ke pasar Ramadan dan tak sabar nak tunaikan solat terawih di Masjid.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI