Ayda Jebat lega keberanian adik sahkan sudah bernikah dengan Zainal Abidin. Tahniah diucapkan buat adik kepada Ayda Jebat, Fyna Jebat yang kini sudah sah bernikah dengan bekas pengendali pasukan bola sepak Penang FC dan Melaka United, Datuk Zainal Abidin Hassan.
Hal tersebut dinyatakan sendiri oleh empunya badan.
Namun adik kepada Ayda Jebat yang juga pemilik nama sebenar Nurshafyna Jebat enggan berbicara lebih lanjut mengenai hal perkahwinannya.
Ayda Jebat Lega Keberanian Adik Sahkan Sudah Bernikah
Seperti mana dipetik menerusi portal berita, Fyna berterima kasih kepada orang ramai yang memberikan komen baik terhadap perkahwinannya.
Ads
“Alhamdulillah, saya sudah pun bernikah. Terima kasih banyak-banyak kepada anda yang memberi komen yang baik.
“Harap dapat doakan saya dan keluarga,”.
Dedah Status Perkahwinan
Menurut kakak kepada Fyna pula dia berasa lega dengan keberanian adiknya.
“Rasanya tidak ada apa lagi yang perlu diceritakan. Saya berbangga apabila adik bercerita perkara ini kepada semua orang.
“Terima kasih atas doa kepada kami,” ungkap Ayda ringkas.
Untuk rekod sebelum Fyna mengakui sudah bernikah dengan Zainal Abidin sudah berlegar gosip mengenai seorang wanita berusia 29 tahun telah bernikah. Khabarnya perkhawinan itu hanya diketahui individu dan ahli keluarga terdekat.
Zainal Abidin pernah berkahwin kali pertama pada 1980-an dan dikurniakan tiga anak. Dan merupakan penyerang skuad kebangsaan era 1980-an dan 1990-an yang membantu Malaysia meraih pelbagai kejayaan.
Hiking pakai jubah. Mungkin nampak pelik bila seseorang itu tidak mengenakan pakaian sukan ketika bersenam, apatah lagi yang suka aktiviti hiking dengan keadaan tempat yang tidak kurang curam dan sebagainya.
Pernah juga sebelum ini viral dan mempertikaikan tentang seorang nenek dan juga penceramah bebas yang berhiking dengan berpakaian jubah. Walaupun berjubah tapi tetap mengenakan seluar longgar di dalamnya.
Hakikatnya, tidak perlu mempersoalkan tentang semua ini, yang penting keselesaan oleh orang yang memakai dan cara seseorang itu memanfaatkan aktiviti riadah ini.
Antara perkongsian dari Dzuriasikim Dzulkefli yang melalui pengalaman menarik bersama Ustazah Asma’ Harun, berhiking sambil berkongsi ilmu. Menariknya, Ustazah Asma’ Harun nampak comel dengan pemakaian jubahnya (bahagian dalam memakai seluar yang longgar untuk keselesaan) dan berkasut sukan.
Saya kongsikan sebahagian dari gambar-gambar indah untuk dijadikan kenangan manis yang sempat dirakamkan di sepanjang aktiviti hiking bersama Ustazah dan Team serta beberapa sahabat saya semalam.
Sebenarnya, ada terlalu banyak gambar dan video yang diambil. Bermula dari susur naik sehinggalah ke waktu pulang, perbualan kami penuh dengan pengisian buat kami sendiri dan rakan-rakan. Saling bertukar ilmu. Saling berbicara. Ketawa bersama. Di samping beriadah.
Dengan izin Allah, liputan (coverage) di sepanjang perjalanan adalah sangat baik. Jadi team media Ustazah Asma dapat buat siaran live. Dan pendakian ini telah “diikuti” bersama oleh beberapa ribu orang yang menonton. Ada penonton yang telah menonton dari awal sehingga perjalanan kami selesai. MasyaAllah. Kata mereka…. Seolah turut mendaki bersama.
Berada di dalam hutan kecil di tengah kota begini, adalah cukup mendamaikan. Kita akan berjumpa dengan banyak pokok-pokok besar yang terjaga dengan baik di hutan. Tanpa perlu disiram setiap hari, namun ia semua tetap subur. Tanpa perlu dibaja, namun tetap segar. Begitulah kuasa Allah.
(Sedangkan pokok-pokok yang kita tanam di rumah walau dibaja dan disiram pun ada yang tidak bertahan).
Masuk ke hutan begini bukan hanya untuk menguji stamina juga kecergasan diri, tetapi untuk menikmati suasana alam semulajadi yang indah. Kemudian menikmati matahari terbit di sebalik pohon-pohon sehingga menghasilkan cahaya yang begitu cantik untuk ditatapi. Kita dapat menghirup udara yang lebih segar. Jauh dari pencemaran bunyi. Yang ada hanyalah bunyi air mengalir, deruan angin dan sesekali hidupan hutan seperti kera melintas menjadi penghibur kami.
Pagi semalam kami telah bersetuju untuk memilih Bukit Kiara sebagai destinasi pertama pendakian kami. Ianya tidak terlalu sukar untuk didaki. Namun laluan sekitar 8km itu sudah cukup untuk mengeluarkan keringat kami.
Pada permulaan rakaman video yang saya kongsikan, saya telah merahsiakan lokasi kami bagi tujuan keselamatan. Apabila sudah tiba di separuh jalan, barulah kami umumkan. (Saya lakukan begini setiap kali mendaki termasuk ketika bersama sahabat lain).
Untuk waktu terdekat ini, Ustazah Asma’ Harun ada membuka bagi wanita, khususnya suri rumah untuk turut sama mengikuti program hiking bersama kami.
Kami sangat menggalakkan para wanita untuk meningkatkan penjagaan kesihatan diri dengan lebih baik dan berterusan. Program hiking begini juga sangat baik bagi “healing” dan menenangkan diri dari kesibukan urusan harian.
Terima kasih Ustazah dan Team untuk pengalaman yang manis ini. Semoga kita dapat beraktiviti bersama lagi nanti.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat hikers saya, Faz, Kapten Elman, TJ, Kak Rita dan Datin Eliza yang menemankan kami. Juga bagi foto-foto yang cantik ini.
Mingguan Wanita : Geng-geng hiking sila munculkan diri. Bagi yang pernah hiking mesti tahu keseronokannya.
Bukan semua lelaki itu sama, ramai suami baik. Dalam Islam, setiap isteri wajib taat pada suaminya dengan baik dan setiap suami juga wajib melayani isteri dengan sebaiknya.
Dalam konteks menjaga keharmonian hidup berkeluarga, Allah menjaga hidup suami, isteri dan anak-anak.
Allah menjaga kebahagiaan suami dengan memerintahkan isteri melayani suami serta menjaga mulutnya untuk mensyukuri kebaikan suami.
Allah juga menjaga ketenangan isteri dengan memerintahkan suami menafkahi serta berbuat baik kepada isteri.
Bukannya semua suami bersikap curang dan mengabaikan isteri. Ramai lagi lelaki di luar sana yang bekerja keras bagi membahagiakan keluarga tercinta. Benarlah seperti mana huraian dari Tuan Mohd Ezairol Rezan Zainol menerusi akaun Facebooknya, ramai suami yang sanggup berhujan berpanas demi mencari rezeki buat keluarga.
“Ada suami yang keluar kerja, pergi pagi balik malam, kena hujan kena panas demi mencari sesuap nasi…
Suami yang baik tahu erti tanggungjawab dan ikhlas nak sara anak isteri di rumah. Seorang suami, ia akan pastikan anak isterinya tak lapar di rumah.
Seorang suami, ia akan cuba yang terbaik untuk pastikan keselamatan keluarganya di rumah. Seorang suami akan ikhtiar bagi duit belanja untuk anaknya ke sekolah.
Seorang suami akan cuba penuhi semua permintaan anak dan isterinya. Dan seorang suami akan sanggup untuk buat apa saja untuk keluarganya sempurna !!!
Pergi kerja gelap, balik kerja pun gelap. Mencari rezeki demi memastikan keluarga dapat hidup dengan aman dan selesa.
Keluar rumah anak masih tidur, balik rumah anak sudah pun lelapkan mata. Kadang kami rasa rindu nak main dengan anak-anak, tapi apakan daya…
Waktu di tempat kerja kadangkala kami diherdik dan dimarahi, tapi kami sabar sebab ada mulut yang perlu disuapkan dengan nasi.
Ya Allah sempena hari jumaat ini, kau kuatkanlah semangat kepada semua para pencari rezeki di muka bumi Mu ini Ya Allah.
Semoga kalian semua akan terus diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki yang berpanjangan dan berkat,” kongsi Mohd Ezairol.
Demi menunaikan permintaan terakhir, suami sanggup menempah patung replika khas yang menyerupai mendiang isterinya.Meskipun mendapat bantahan daripada ahli keluarga, namun tetap meneruskan hasrat tersebut.
Seorang lelaki dari Kolkata, India menghasilkan sebuah patung silikon menyerupai mendiang isterinya sebagai tanda memperingati wanita itu yang telah meninggal dunia disebabkan Covid-19, lapor akhbar The Times of India semalam.
Tapas Sandilya, 65, berkata, patung berharga 250,000 rupee (RM13,284) itu diletakkan di dalam bilik kegemaran mendiang isterinya, Indrani, dalam keadaan ia sedang duduk di atas sofa.
Beratnya adalah sekitar 30 kilogram dan ia memakai sari yang diperbuat daripada kain serupa berasal dari negeri Assam yang dipakai mendiang ketika hari perkahwinan anak lelaki mereka.
Menurut Tapas, patung itu bukan sekadar cara dia mengatasi rasa kehilangan, bahkan ia adalah permintaan terakhir mendiang sebelum dia meninggal dunia.
“Indrani pernah memberitahu saya bahawa sekiranya dia meninggal dunia sebelum saya, dia mahu saya menghasilkan sebuah patung menyerupai dirinya.
“Dia meninggal dunia pada 4 Mei 2021 dan saya hanya memenuhi hasrat terakhirnya,” katanya.
Tambah Tapas, semua ahli keluarga tidak bersetuju dengan tindakannya yang menghasilkan patung tersebut.
“Ahli keluarga menentang idea tersebut namun, mereka terpaksa mengalah. Jika kita boleh membingkaikan gambar selepas seseorang itu mati, mengapa tidak (menghasilkan) patung?” ujarnya.
Patung Indrani dihasilkan oleh seorang pengukir, Subimal Das, yang banyak bekerja untuk menghasilkan replika silikon untuk muzium-muzium,” ujarnya.
Ibu bapa anak kanak-kanak yang tertinggal di dalam kereta semalam dilihat sukar mengawal perasaan dan hanya menangis ketika menunggu jenazah anak di Unit Forensik Hospital Rembau.