Ayam Masak Cili Kering SEDAP SANGAT, Rasa Pedas Masam-Masam Manis!

Share

Kalau suka lauk jenis tak berkuah mak-mak boleh cuba resipi Ayam Masak Cili Kering ini.Cukup senang nak buat, ringkas, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Paling penting memang mampu membuka selera makan nasi panas-panas.

Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Fatin Fauzi ini seperti berikut;

RESEPI AYAM MASAK CILI KERING STAIL CINA MUSLIM

Try la. Sedappp sangat. Rasa masam masam manis pedas.Sebab suami suka, atin masak je la. Kalau gi makan restoran cina muslim, dia suka makan ni. Atin share resepi ok.

Bahan-Bahan:

Bawang merah – dimayang dan potong besar (2 versi)
Bawang putih – dimayang
Lada besar 1 biji – dimayang
Cili padi 3 biji – dimayang
Cili kering 10 tangkai – potong kecik kecik
Daun kari
Sos cili, sos tomato dan sos tiram
Paste asam jawa
Tepung gandum
Telur

Cara-Caranya :

1. Ayam potong kecik. Atin potong besar sebab suka besar.
2. Lepas basuh dengan air garam, celup dalam telur dan tepung. Kemudian goreng.
3. Toskan minyak ayam.

4. Tumis cili kering dan daun kari sampai garing.

5. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada besar.

6. Letak semua sos tadi secukupnya. Ikut kuantiti ayam.

7. Masukkan sedikit air.
8. Biar sedikit pekat. Masukkan paste asam jawa dan gula serta garam secukup rasa.
9. Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul.

10. Bila sebati, biar sekejap dan siap!

Mudah kan?

Baca Lagi DiSini:
Ayam Kari Kering Pedas Merecik! Buat Yang Tak Gemar Lauk Berkuah
Tips Masak Kari Sedap Sebelah Utara, Tak Perlu Letak Santan Gantikan Dengan Beras Sangai Ditumbuk!

MW: Mudah nak buat lauk ni dan cukup membuka selera terutama bila dimakan dengan nasi panas. Kalau mak-mak nak buat lauk simple yang kering tak berkuah tapi sedap,boleh lah cuba resipi ini.

Sumber: Fatin Fauzi

IKLAN