Awas! Anda Bakal Kena Serangan Microsleep, Bila Ada 10 Tanda Ini

Jaga-jaga mak ayah yang memandu, jika anda ada 10 tanda yang Dr Rizal Abu Bakar kongsikan ini, bermakna anda bakal alami serangan microsleep.

Tahukan bahaya microsleep boleh menyebabkan kematian ketika memandu. Walau cuma terlelap 2 saat, anda bukan saja sedang membahayakan nyawa sendiri malah penumpang.

Lagi-lagi bulan Ramadan ini, siangnya berpuasa, malam memandu.. Allahu, dia punya letih memang lain macam. Sebelum jadi apa-apa yang menakutkan di kemudian hari, teruslah lanjutkan bacaan ini ya mak ayah.

 

Awas! Anda Bakal Kena Serangan Microsleep, Bila Ada 10 Tanda Ini

Awas! Microsleep Boleh Membawa Maut

Cuba tanya diri pernah rasa mengantuk ketika memandu? Atau pernah macam terlelap sebentar. Lepas tu tersentak. Macam ada ada orang tolak kepala.

Sedar sedar kereta dah menyenget ke lorong sebelah atau langgar pembahagi jalan. Anda dengan pantas kilas stereng betulkan kereta?

Atau anda pernah lihat berlaku di hadapan anda?

Sekiranya ya, anda kemungkinan alami apa yang dinamakan microsleep. Anda terlelap antara 1 hingga 5 saat.

IKLAN

Ini sangat bahaya sebab terlelap satu atau dua saat saja sudah boleh sebabkan kereta hilang kawalan. Boleh membawa maut.

Bayangkan kalau lebih lama dari itu. Kemungkinan masa ‘sedar’ nanti, anda terdengar bacaan talkin. Bau kapur barus.

Ini yang berlaku kepada suami kepada Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad. Laporan akhbar menyebut suaminya letih dan mengantuk dan terlelap ketika memandu.

Kita mungkin juga apabila 11 orang maut di Sepang baru baru ini apabila bas terjunam ke dalam longkang sedalam 10 meter. Pemandunya juga dilaporkan alami microsleep.

 

Awas! Anda Bakal Kena Serangan Microsleep, Bila Ada 10 Tanda Ini

Jika Ada 10 Tanda Ini, Anda Bakal Kena Serangan Microsleep

Apa yang berlaku pada otak ketika microsleep ini?

Menurut kajian yang dibuat oleh University of Wisconsin pada tahun 2011, mereka dapati otak seolah-olah berada dalam mod offline. Otak tutup kedai sekejap, Antaranya ialah bahagian yang menjaga hal tidur iaitu hypothalamus.

Bila keadaan ini berlaku, kita hilang rasa sedar. Hilang upaya untuk kawal kenderaan. Pergerakan jadi perlahan.

Soalnya ialah bagaimana kita dapat kenalpasti kita akan alami microsleep?

Kita mungkin akan kena serangan microsleep bila:

1. Rasa terawang-awang ketika memandu
2. Pandangan tembus dan kabur
3. Tidak lagi response kepada keadaan sekeliling.
4. Alami kejutan pada tubuh. Macam ada yang menolak. Dalam Bahasa Inggeris disebut suddent jerk.
5. Mata mengecil dan berat
6. Tidak ingat apa yang dibualkan dua atau tiga minit lepas.
7. Tidak dapat nak buka mata. Rasa macam nak letak mancis api antara kelopak mata.
8. Asyik menguap tanpa henti.
9. Terpaksa beliakkan mata untuk berjaga.
10. Tengkuk rasa berat dan sakit.

 

Awas! Anda Bakal Kena Serangan Microsleep, Bila Ada 10 Tanda Ini

Bila Otak Alami Tanda Microsleep, Segera Ambil Tindakan Ini

Apabila anda ada tanda-tanda ini, itu maksudnya masa untuk anda berhenti. Anda boleh pilih untuk tukar pemandu atau lelapkan mata untuk 30 minit. Apabila bangun basuh muka atau mandi. Mandi adalah hidroterapi.

Yang penting ialah elakkan diri dari terus memandu.

Mungkin ada yang tertanya tanya apa sebabnya jadi begitu?

Antara puncanya ialah

  • Tidur yang tidak mencukupi.
  • Alami insomnia
  • Sleep apnea (atau gangguan tidur disebabkan dengkur kronik)
  • Narcolepsy atau serangan tidur secara tiba tiba.
  • Biasanya untuk atasi masalah mengantuk ketika memandu, pemandu akan ambil minuman tenaga atau minuman berkafein.
  • Kafein hanya akan dirasai kesannya selepas 30 minit diambil. Bukan impak langsung.

Jadi anda ada 30 minit untuk alami microsleep.

Sekiranya anda akan pulang ke kampung dengan memandu, pastikan ada dapat tidur yang secukupnya pada malam sebelum anda bertolak pulang. Sekiranya anda tidak dapat tidur yang cukup, tangguhkan dulu perjalanan. Atau dapatkan Pemandu kedua. Supaya anda dapat memandu secara bergilir.

Sekiranya anda dapat tidur yang cukup, pastikan anda juga berhenti rehat setiap dua jam. Ya, kalau berhenti anda akan lambat sampai. Itulah poin pentingnya biar lambat asal selamat.

Sumber/Foto : DrRizal Abu Bakar