Sesibuk mana pun seorang ibu, anak-anak tetap menjadi keutamaan. Itulah yang diperhatikan oleh penulis ini, Bonda Nor apabila berkesempatan bertemu dengan pelakon, Puteri Sarah yang akan membintangi Drama adaptasi novel, Saya Tunggu Awak.
Beliau merupakan penulis novel tersebut. Kesempatan untuk bertemu dan melihat sendiri ketabahan Puteri Sarah memberi kesan mendalam buatnya yang juga bergelar ibu.
Kerana, ketika orang lain ada pilihan untuk meninggalkan anak-anaknya dengan pengasuh, semasa dia bekerja.
Puteri Sarah tidak memilih sebegitu. Sebaliknya, dia tetap bawa anak-anak bersamanya ke lokasi penggambaran. Anak-anak tetap ‘priority’ untuk ibu muda ini.
Ke Lokasi Drama Saya Tunggu Awak
Puteri Sarah Liyana. Heroin drama yang diadaptasi daripada novel saya yang berjudul SAYA TUNGGU AWAK.
Masa kami sampai, dia tengah shooting. Tampak dia menekuni wataknya dan cuba mengikut arahan pengarah. Saya tunggu saja dengan sabar.
Usai shooting scene tersebut, producer maklumkan padanya kehadiran saya.
Tapi saya lihat dia tergocoh-gacah mendapatkan dua orang anaknya. Mendukung, memujuk. Ragam anak kecil, biasalah.
Saya juga biasa membawa anak kecil ketika bekerja, memang faham sangat. Letih nak cuba fokus kerja sambil kena fikir segala keperluannya.
Ads
Saya biasa bawa seorang pun sudah terasa letihnya. Dia urus dua! Dua orang anak-anak kecil yang sedang aktif.
Saya ibu yang sudah banyak pengalaman pun kadang kalut juga. Dia cuma seorang ibu muda yang masih cetek ilmu dan pengalaman!
Allahu, saya mampu memahami kepayahannya!
Puteri Sarah, Lembut Saja Orangnya
Pihak produser memanggil-manggil lagi namanya, untuk dipertemukan dengan saya.
Sambil mendukung si anak, dia pantas datang mendapatkan kami. Saya serahkan bunga buatnya.
Tampak wajahnya seperti gelisah memikirkan rengek si anak, tapi tetap juga bibirnya tersenyum mesra.
Ads
Diajak bergambar, dia ikutkan saja. Ditanya sepatah dua, dia tetap menjawab dengan mesra.
Ya, lembut saja orangnya. Sentiasa tersenyum. Tiada riak kesombongan langsung walaupun dia – selebriti yang punya 1.4 juta followers!
Usai melayani kami, saya lihat dia mendukung anak perempuannya dengan tangan kanan, anak lelakinya dipimpin dengan tangan kiri, menuju ke tandas.
Sekejap lagi, dia sudah datang kembali, sudah bertukar baju, sedia untuk melakonkan scene seterusnya.
Ralit Melayani Tingkah Anak-anaknya
Namun, sebelum scene bermula, ketika krew dan pelakon lain sibuk bersembang, dia terus ralit melayani tingkah anak-anaknya. Subhanallah!
Saya tahu isu keretakan rumah tangganya ketika itu, lalu satu hal terdetik di hati, rasa kagum pada ibu muda ini.
Ads
‘Kuat semangat awak, Sarah! Kuat semangat awak membesarkan sendiri anak-anak ini walaupun tanpa suami di sisi. Awak boleh tinggalkan pada pengasuh, tapi tak. Bukan itu pilihan awak. Awak usung juga mereka ke sana sini. Dalam kesibukan awak, tetap juga awak mahu meluangkan masa bersama anak-anak.’
“Sarah terpaksa lakukan ini demi maruah, demi anak-anak Sarah.”
Allahu Akbar.
Doa Untuk Ketabahan Puteri Sarah
Dia seorang ibu yang setia berjuang untuk anak-anaknya. Lalu saya mendoakan keadilan buatnya, juga yang terbaik buat rumah tangganya.
Saya tidak pernah minat ambil tahu atau masuk campur mana-mana konflik dan gossip artis itu ini, tapi kerana antara sisi perjuangan wanita ini pernah berlaku di depan mata saya, maka saya terpanggil untuk menyatakan sokongan terhadapnya.
Stay strong, Puteri Sarah!
Kudos to all women who fight for their happines and for all moms who fight for their children!
Ternyata biar pun makanan sejuk beku, ianya juga mudah tercemar dengan virus Covid-19. Oleh sebab itu mak,ayah seharusnya mengambil langkah pencegahan dan berhati-hati.
Biar pun di luar negara, ia tetap membimbangkan. Selepas dibuat ujian, makanan sejuk beku yang diimport dikesan positif Covid-19.
Makanan Sejuk Beku Dikesan Positif Covid-19
Wuhan: Sampel tiga bungkusan makanan sejuk beku yang diimport ke pusat bandar Wuhan didapati positif Covid-19 selepas ujian saringan dijalankan.
Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan berkata, ia membabitkan dua sampel daging sejuk beku dari Brazil yang disimpan di gudang selain satu lagi membabitkan ikan sejuk beku spesies patin dari Vietnam yang disimpan di gudang berasingan.
Pihak berkuasa turut mengasingkan dan menjalankan saringan asid nukleik ke atas pekerja yang didapati ada kontak langsung dengan produk makanan berkenaan tetapi kesemuanya didapati negatif Covid-19 setakat ini.
Namun, penghantaran stok makanan sejuk beku dari sampel makanan yang tercemar itu belum dipasarkan di pasar basah, lapor portal People.
Makanan Sejuk Beku Yang Diimport Dikesan Positif
China juga meningkatkan usaha untuk menyekat kemasukan makanan import bagi mengekang penularan Covid-19 terutama selepas terdapat beberapa kes membabitkan produk sejuk beku import disahkan positif virus itu.
Kementerian Pengangkutan China mengeluarkan garis panduan pada pertengahan November lalu bagi mengelakkan penularan Covid-19 menerusi rantaian makanan sejuk beku melalui jalan darat dan air.
Pegawai Kanan Kastam China, Bi Kexin, pada sidang media minggu lalu, memaklumkan lebih 800,000 sampel produk sejuk beku sudah diuji dan kebenaran eksport 99 pembekal luar negara ke China sudah dihentikan.
MW: Buat masa ini lebih baik mak,ayah membeli stok makanan yang tidak diimport atau ambil tahu dari mana makanan sejuk beku diimport. Walaupun perkara ini berlaku di luar negara, namun apa salahnya mengambil langkah berjaga-jaga.
Sesekali hujung minggu nak buat kelainan cuba resepi western, mak -mak boleh cuba resipi ‘Baked Cheese Carbonara Meatball’ ni.Senang je rupanya nak buat, hanya dengan 4 langkah mudah dah boleh dapat menu yang sedap lagi senang nak buat untuk anak-anak.Campak-campak je, bahan-bahannya pun sikit je.
“Assalamualaikum Hari ni saya masak ‘Baked Cheese Carbonara Meatball’. Sedap. Siapa nak cuba saya sertakan resepi kat bawah ye.”
Bahan-Bahan:
Bebola Daging/Ayam
1 Tin Sos Carbonara Prego
Setengah cawan susu segar
Sedikit lada hitam
Keju Mozarella
Capsicum & Bawang Holland
Cara Membuat:
1.Bebola daging (nak guna bebola ayam pun boleh) digoreng dulu. Lepas tu goreng pulak capsicum dengan bawang dengan minyak yang sikit ye. Dan lepas tu susun macam ni.
2.Tuang Sos Carbonara. Cara masak sos ni, masukkan setin Sos Carbonara Prego dalam kuali. Masak sampai mendidih, lepas tu masuk susu segar lebih kurang setengah cawan, masuk lada hitam hancur jika suka dan siap. Lepas siap masuk sos tu macam dalam gambar.
3.Letakkan mozarella cheese dekat atas. Nak letak banyak mana pun boleh Lagi banyak lagi sedap hehe.
4.Masukkan dalam oven, suhu 170 darjah celcius, masak dalam masa lebih kurang 10-15 minit. Dan taraaa siap di makan.
Walau diuji bermacam kontraversi baru-baru ini, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tetap meneruskan kerja-kerja dakwah dan membantu masyarakat setempat. Semalam, Ustaz berkongsi kisah seorang pakcik usia 75 tahun yang dah dua bulan tidur dalam kereta.
Kereta pula diletakkan di bawah jejantas. Boleh bayangkan kan macam mana sukarnya keadaan pakcik. Pakcik hidup sendirian dengan ditemani kucing-kucing yang setia berada di sisinya.
Simpati dengan kehidupan pakcik yang serba susah, Ustaz Ebit menghadiahkannya sebuah rumah sewa yang menempatkan juga kucing-kucing yang dijaga pakcik selama ini. Dapatlah pakcik meraikan Hari Raya Aidil Adha ini dengan lebih selesa dan tak perlu lagi susah hati.
Pakcik 75 Tahun Tidur Dalam Kereta
Dan ini perkongsian Ustaz Ebit Lew,
Terkejut sebak kasihan sangat dengar seorang pakcik 75 tahun tidur dalam kereta dah 2 bulan di bawah jejantas dekat central market kl. Baik sangat orangnya. Jaga kucing dalam kereta. Sedih tengok keadaan pakcik ni. Tiada sesiapa dah. Katanya hidupnya jatuh ditimpa tangga. Tiba-tiba jer menangis.
Pakcik esok dah Raya Haji. Raya dalam ni jer ke. Ada sesiapa saya boleh hubungi. Tiada ustaz. Hidup sendirian je. Nak tak saya sewakan rumah untuk pakcik dan kucing-kucing ni semua. Baik ustaz. Bila tu ustaz. Sekarang kita gerak. Saya nak pakcik hari raya haji dalam rumah selesa.
Pakcik terus menangis. Kenapa menangis pakcik. Ramai juga bantu. Tak sangka boleh dapat rumah terus. Terus ajak cari peti ais,mesin basuh, dan katil.
Pakcik kata takperlah ustaz. Dapat rumah pun dah cukup. Banyak sangat ni. Malu saya. Macam mana saya nak bayar semula. Cukup doa jer pakcik.
Ini berkat pakcik sayang kucing. Allah bagi rezeki. Kita bertemu. Beri sedikit duit belanja. Dan saya bawa ke elewsmart beli makanan kucing,pasir kucing, dan sedikit bekalan makanan.
Semoga Pakcik sentiasa sihat dan dimudahkan segala urusan. Semoga menjadi asbab kebaikan.
Mingguan Wanita : Kadangkala ujian setiap orang itu tidak sama. Jika saling memahami dan ada rasa empati, tentunya lebih mudah untuk meniti ujian hidup yang amat mencabar ini.
Live TikTok Fattah, Amira raih lebih 50 juta ‘likes.' Pasangan baharu mendirikan rumah tangga, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sesi siaran langsung mereka di TikTok mencatatkan lebih 50 juta tanda suka selain ditonton lebih 150,000 kali setakat jam 10.40 malam, Isnin.