Kisah gadis pembantu peribadi yang alami kanser tahap 2 ini pernah dikongsikan Mingguan Wanita sebelum ini. Rupanya, antara tanda-tanda awal yang dialami Sara Sukardi adalah alami haid tak teratur.
Sehingga akhirnya ada ketulan daging keluar bersama darah haidnya. Dari situlah bermulanya sesi ulang alik mendapat rawatan ke klinik dan hospital. Majikannya, Zul Ariff juga pernah kongsikan kisah Sara sebelum ini.
Baca sini : ‘Potong ikan pun tak reti’ Derita Pembantu, Diduga Kanser Tahap 2
PA AKU SI PEMBARIS
Masuk hari ni dah 3 hari perjalanan kerja tanpa ada my super PA. Tula dulu pernah cakap, alaa sara kau tak ada pon bos boleh buat semua. Kan dah mendapat, Allah bayar cash bila kita minta.
Payah gak la nak buat kerja bila PA tak ada. Tapi apa kan daya takdir dah tertulis, kena la biasakan diri buat kerja tanpa bantuan PA selama 6 minggu.
Okay, jom saya ceritakan sambungan kisah Sara. Tanda tanda awal Sara ada penyakit bermula pada bulan November tahun lepas. Bila sara mengalami aturan haid yang tidak menentu.
Dan lebih buruk lagi bila mula dari December tahun lepas period Sara langsung tak berhenti sampai lah sekarang. Pada Januari lalu Sara ada update saya ada ketulan daging keluar bersara darah haid dia. ( Korang jangan nak pembaris pulak nak cakap saya ni sibuk hal peribadi pekerja. Majikan kena lah ambil tahu keadaan staff. )
Haid Tak Teratur, Majikan Arahkan ke Klinik
Maka dengan berbekal kan kuasa mulut petir saya, saya arahkan Sara untuk ke klinik untuk dapat kan surat rujukan hospital. Sebab Sara ni ada satu perangai suka tangguh ke klinik atau rujuk hospital.
Disebabkan Sara ni perempuan, maka saya minta tolong Kakak saya Noor Arleena untuk teman kan Sara. Yelah kang tak pasal pasal orang ingat saya ni suami Sara kalau saya yang teman.
Cerita dia memang tak best masa Sara dapat kan rujukan ke klinik. Ada ke patut Doktor boleh tulis Sara perlukan rujukan ke Hospital akibat keguguran. Memang meraung menangis lah si Sara.
Disangka Keguguran, Sara Junjung Al Quran
Saya pon dalam watak antagonis soal siasat Sara. Melalak lagi Sara, siap sumpah dan junjung Al Quran untuk menafikan segala pertuduhan. Bila tengok muka Sara masa tu memang nak gelak guling guling.
Sara ni saya selalu panggil dia Siti Tanjung Perak sebab dia ni lawak. Penghibur gak lah kalau dalam stress. Tapi sara ni jenis redha je dengan perangai kedaung bos dia.
Bermula pula episod Sara kena rujuk hospital. Hospital pertama adalah hospital kerajaan. Memang lah lambat sebab terkena pulak masa Covid 19. Ni kejadian masa lepas balik dari Bandung.
Sara kena masuk hospital untuk menjalani proces pengambilan sampel pada ketumbuhan dalam rahim dia. Dia punya drama mengalah kan nak kena bedah masa tu. 2 hari gak lah Sara terperap dalam hospital.
Pernah Sakit Sampai Guling-guling
Tengok keadaan Sara memang sangat kesian, setiap masa menahan sakit. Ada masa sampai berguling guling. Memang kakak saya lah tempat Sara meluah rasa. Azab sakit tu hanya Sara je rasa, kita ni hanya mampu melihat dan memberi semangat.
Bab kerja dalam sakit pon tetap tiptop. Dia sakit saya masuk hospital masa bulan empat tempoh hari tetap Sara yang uruskan. Hampir seminggu juga saya kena warded. Jadual ubat saya memang dia lah jaga.
Makin hari Sara makin sakit, sampai lah untuk ujian kedua di hospital kerajaan, saya minta Sara untuk jalani rawatan dan second opinion dari hospital swasta. Mula lah Sara tak tentu arah takut kena bayar bil hospital yang mahal.
Saya paksa juga dia untuk lakukan rawatan di hospital swasta. Saya yakin kan Sara jangan risau bab duit, sebab duit tak bawa mati. Selepas jalani procedur Doktor sah kan ketumbuhan Sara dah membesar sebesar kandungan berumur empat bulan.
Kena Buat Pembedahan, Takaful Pula Sangkut
Doktor minta untuk pembedahan dilakukan segera. Dengan bantuan Pengurus Takaful Mariatul Syuhada segala urusan Sara di permudahkan. Tapi ujian datang lagi, polisi Takaful Sara masih belum lepas tempoh matang.
Baru lah Sara sedar dari awal dia kerja kenapa saya nak buatkan polisi medikal untuk dia. Sebab penyakit ni tak boleh dijangka. Dengan bantuan keluarga Sara, segala urusan untuk pembedahan dilakukan di hospital kerajaan berjalan lancar.
Momen paling best tahun ni disebabkan tempoh PKP semua kena Raya di KL. Oleh itu Sara dan adik beradik saya semua raya sama sama di KL. Punya lah nak positif kan Sara segala aktiviti kami lakukan.
Masak menu menu baru, tanam pokok, bela kucing walaupon si Sara ni takut kucing. Kakak saya sentiasa buat perancangan untuk bawa Sara bercuti sebelum pembedahan dilakukan.
Buat Juga Perubatan Alternatif Untuk Kesembuhan
Destinasi pilihan adalah Kuala Selangor dan Rumah Hutan Bonda. Seronok tengok Sara mula positif. Owhh lupa nak share, macam macam juga usaha perubatan alternatif kami cari untuk cari jalan untuk Sara sembuh.
Berbekalkan pengalaman diri sendiri pon pernah lalui saya cuba tenangkan dan positif kan sara. Saya selalu nasihat kan Sara kanser bukan pengakhiran hidup. Allah uji sebab Allah sayang dan tahu kita mampu untuk hadap segala ujian dari Nya.
Esok Sara akan lalui episod penting dalam hidup beliau. Pukul 8 pagi Sara akan dibedah. Semoga segala urusan berjalan lancar. Sekali lagi, dengan rasa rendah diri saya mohon semua kenalan saya di SocMed dapat mendoakan Sara. Jika ada kesalahan beliau harap di maafkan.
Kepada Sara, u are the best staff! Cepat sihat gumuk, kita boleh buat kerja sama sama dan merealisasi kan impian Sara untuk MDRT tahun ini.
Kami warga ISG Dan ISG AL AFFAN sayang Sara. Sara kuat Sara hebat Sara akan Sihat.
UPDATE : Sara Selesai Jalani Pembedahan
Alhamdulillah… setinggi tinggi syukur kehadrat Allah, P.A saya Siti Maisara telah selamat menjalani pembedahan dan telah sedar.
Terima kasih atas doa kalian. Mari kita sama sama berdoa Sara segera sembuh dan kembali aktif seperti sediakala.
Semoga dia tabah dan terjaga emosi semasa proses pemulihan.
Mingguan Wanita : Perlu ambil kisah jika alami haid tak teratur, dan tanda-tanda yang Sara kongsikan ini.
Sumber/Foto : Zul Ariff
Follow Telegram Himpunan Survivor Kanser Mingguan Wanita untuk mendapatkan info berkaitan : https://t.me/himpunansurvivorkansermw
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI