Memilih landasan kerjaya di pusat penjagaan haiwan seperti zoo amat memerlukan jiwa yang ‘cintakan’ binatang-binatang tersebut. Bukan sahaja kena prihatin, malah perlu bertanggungjawab dengan segala perkara yang berlaku pada haiwan yang dijaga. Tidak takut dengan binatang mahupun geli membersihkan najis haiwan ini.Bukan sahaja lelaki, wanita turut ada yang memilih kerjaya ini.
Menyelami perjalanan kerjaya sebagai Petugas Zoo Wanita nyata bukan satu kerja yang mudah dan pastinya ia mempunyai cabarannya tersendiri.
Tugasan ini diberikan kepada salah seorang Finalis Top 9 Pencarian Hos Mingguan Wanita Talkshow, Atiqah Nabilah Aidi Rosli, 28, tahun, berasal dari Shah Alam, Selangor, yang ditugaskan ke Zoo Melaka.
Cabaran Yang Dihadapi
Menurut Atiqah, dirinya cukup teruja mendapat tugasan ini memandangkan dia merupakan pecinta haiwan.Pengalaman mencabar panas terik mentari dan mendapatkan shot terbaik, baik dirinya mahupun krew antara cabaran yang perlu dilalui. Termasuklah membersihkan najis binatang tersebut.
Ads
“Pengalaman yang Atiqah rasa yang mencabar adalah sebab dalam tengahari panas terik, dan bukan sahaja untuk Atiqah sebagai hos yang nak menghasilkan VT yang terbaik, krew yang bersama Atiqah pun untuk mendapatkan shot yang terbaik. Itu yang sangat Atiqah hargai.Bila nak mengaut tinja dengan gas-gas semua, ia sangat mencabar untuk kami satu team” kata Atiqah
Pengorbanan Besar Petugas Zoo
Bagi Atiqah sendiri, pengorbanan petugas zoo sangat besar kerana perlu menjaga segala aspek haiwan-haiwan yang dipelihara.
“Atiqah rasakan petugas zoo ni pengorbanannya sangat besar. Bukan saja membelai, bukan saja memelihara haiwan-haiwan ini, sebab dia kena jaga dari A to Z”,
Ads
“Satu kesedaran yang Atiqah rasakan adalah, mungkin kita selalu lihat haiwan-haiwan ini dalam kaca TV sahaja. Ialah kita mana nak tengok haiwan sebesar 3 tan. Tapi pada Atiqah haiwan-haiwan ini memang sangat menakjubkan. Kita sebagai manusia yang duduk di muka bumi ini, memang harus sangat memelihara, menghargai mereka. Siapa tahu 10-20 tahun akan datang, mungkin anak-anak kita, cucu-cucu kita tak dapat peluang nak lihat haiwan terpelihara ini” ujar Atiqah
Saran Jadi Sukarelawan Zoo
Atiqah juga menyarankan agar para pengunjung turut menjadi sukarelawan dan bergotong royong di Zoo. Atiqah juga menjelaskan persepsi bahawa haiwan di zoo itu terkurung perlu diubah. Ini kerana di zoo ada garis panduan yang perlu dipatuhi demi keselamatan, keselesaan dan kebajikan haiwan-haiwan di sana.
“Jadi Atiqah sarankan kepada sesiapa dekat luar sana, yang datang zoo, datang secara berkelompok, datang secara berkumpulan bukan saja menjadi pengunjung zoo tapi boleh volunteer diri untuk gotong royong ke dekat zoo”
Ads
“Kita rasa haiwan-haiwan dekat zoo ni macam terperangkap atau terkurung, tapi sebenarnya tak. Setiap zoo, terutaman Zoo Melaka yang dari tahun 1963 ada garis-garis panduannya bagaimana untuk jaga keselamatan mereka, bagi mereka selesa dan jaga kebajikan haiwan-haiwan terpelihara ni,”jelas Atiqah.
Adakah ATIQAH memenuhi ciri-ciri hos Mingguan Wanita yang anda suka? Saksikan secara langsung pengumuman pemenang di Mingguan Wanita Talkshow, 28 Mac 2019, 12 tengahari.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Menyebut perkataan penjara, pastinya pelbagai stigma dan persepsi yang bermain di fikiran ramai. Sebagai satu pusat menerima hukuman, menempatkan ratusan insan yang pernah tersasar arah dari landasan kehidupan. Banduan di penjara bukan sahaja diajar memperbaiki diri, malah turut dipersiapkan dengan kemahiran diri agar mempunyai kehidupan lebih baik apabila keluar nanti.
Penjara Bentong, Pahang menjadi lokasi tugasan kepada salah seorang Finalis Top 9 Pencarian Hos Mingguan Wanita Talkshow, Nor Shazwani Roslan, 32 tahun yang berasal dari Shah Alam, Selangor.
Pengalaman Menginsafkan
Nani ditugaskan mendalami kisah silam salah seorang banduan wanita serta turut menyertai aktiviti kemahiran diri seperti membuat bakeri bersama-sama banduan wanita di Penjara Bentong ini.Ternyata pengalaman berharga tersebut, pastinya menjadi detik yang cukup bermakna buat finalis ini.
“Pelbagai stigma yang bermain di fikiran saya mengenai penjara.Tapi apabila saya ke sana, apa yang saya alami adalah sebaliknya. Saya melihat, para banduan wanita itu, kebanyakan daripada mereka terlihat seperti sanak saudara kita, jiran tetangga kita dan saya berasa sangat kecewa dan sedih untuk mereka, mengapa mereka berada disana.Tapi sebenarnya mereka tidak mempunyai latar belakang dan tidak membesar dikalangan ahli keluarga yang begitu baik,”
“Pengalaman saya disana sangat menginsafkan kerana saya merasakan segala stigma yang masyarakat ada mengenai banduan, mengenai penjara sepatutnya tidak ada.Kerana rata-rata daripada mereka tidak mahu terlibat dengan kancah-kancah jenayah itu.Mereka sebenarnya tidak mempunyai proses-proses hidup yang begitu baik”
“Dan kita sebagai wanita seharusnya bersyukur, kerana kita dikelilingi oleh orang-orang baik, dibesarkan dalam keadaan cukup-cukup sempurna”
“Saya sangat berbangga kerana Mingguan Wanita mengangkat isu-isu sebegini untuk memperkasakan wanita tidak kira apa sahaja lapisan, apa sahaja latar belakang mereka, Mingguan Wanita tetap memperkasakan Wanita,” ujar Nani.
Adakah SHAZWANI memenuhi ciri-ciri hos Mingguan Wanita yang anda suka? Saksikan secara langsung pengumuman pemenang di Mingguan Wanita Talkshow, 28 Mac 2019, 12 tengahari.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Masyarakat orang asli sering dikaitkan dengan tinggal di kawasan pendalaman, melakukan aktiviti kraf tangan daripada sumber hutan serta kebanyakkannya berpegang pada agama Animisme. Iaitu kepercayaan kepada makhluk halus dan roh, bahawa setiap benda di bumi ini, mempunyai semangat yang mesti dihormati.
Menyelami kehidupan masyarakat orang Asli serta pegangan agama animisme yang dianuti ternyata memberi cabaran dan kelainan buat Finalis Top 9 Pencarian Hos Mingguan Wanita, Syakirin Husnal Az Hari,30 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur.
Pilih Kupasan Topik Agama Animisme Orang Asli
Syakirin berpeluang melakukan tugasan tersebut di Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, Pulau Carey, Selangor. Syakirin cabaran utamanya adalah mencari kelainan dalam topik masyarakat orang asli dengan mengupas lebih mendalam dari segi pegangan agama anutan mereka.
“Cabaran utama Syakirin untuk buat tugasan masyarakat orang asli ni adalah untuk memilih topik mana lagi yang jarang-jarang disentuh.Biasanya bila bercakap berkenaan orang asli, orang akan fikir menganyam, menari, ukiran.Tapi bila Syakirin baca lagi banyak lagi cerita yang boleh dapat dan sebab tu Syakirin memilih topik agama”.
“Sebab ramai antara mereka yang rupa macam melayu, nama macam melayu tapi mereka bukan beragama Islam, mereka agama animism. Sebab itulah banyak persepsi yang berbeza dalam kalangan masyarakat kita berkenaan masyarakat orang asli,” jelas Syakirin.
Cabaran Bergelar Ibu Menyusu
Menurut Syakirin lagi, di samping menyempurnakan tugasan utama, dirinya juga berdepan dengan cabaran sebagai orang ibu yang masih menyusukan anak. Jadi persediaan rapi diperlukan sebelum melakukan tugasan luar ini.
“Ini adalah pertama kali Syakirin buat tugasan luar setelah bergelar ibu yang menyusu. Jadi beberapa hari sebelum keluar pergi ke kampung orang asli Syakirin dah fikirkan, pukul berapa nak bangun, nak susukan anak, nak pam susu, nak bawa, simpan susu dan nak bawa balik ke rumah.Itu sebenarnya adalah cabaran wanita yang sebenar. Jadi apabila Syakirin melakukan tugasan itu, cabarannya adalah untuk bercerita mengenai orang asli dan cabaran bagaimana untuk menjalankan tugas sebagai seorang ibu dan seorang wanita”, kata Syakirin.
Adakah SYAKIRIN memenuhi ciri-ciri hos Mingguan Wanita yang anda suka? Saksikan secara langsung pengumuman pemenang di Mingguan Wanita Talkshow, 28 Mac 2019, 12 tengahari.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Lumrah wanita bersifat lemah lembut, tak ramai yang sanggup menyahut cabaran melakukan aktiviti ekstrem seperti masuk hutan, gua, meredah sungai berarus deras dan sebagainya. Jika tidak kuat dan berani melakukan aktiviti ini pasti sukar untuk dilaksanakan.
Diberi cabaran ekstrem, masuk ke gua di Taman Eko Rimba Batu Maloi,Tampin Negeri Sembilan, Finalis Top 9 Pencarian Hos Mingguan Wanita Talkshow, Ainaa Kamalia Jamaludin, 27 tahun yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor berani menyahut cabaran ini.
Hidu Bau Wangi Ketika Perjalanan Balik
Berkongsi pengalaman menjejakkan kaki ke dalam gua, macam-macam aksi yang perlu dilakukan.Kena berenang dalam air, merangkak, meniarap malah turut memanjat batu. Menurut wanita ini, antara cerita menarik untuk dikongsikan adalah perasaan beliau ketika di dalam gua.Dalam suasana gelap dirinya terbayang terperangkap dalam gua. Dengan keadaan yang sempit dan risau kepala air naik atau pasang, ketika itu hanya berdoa keselamatan diri.
Malah Kamalia juga turut berkongsi pengalaman mistik yang dilalui dalam menyempurnakan tugasan tersebut.
“Ketika dalam perjalanan balik, ada beberapa orang dikalangan kami yang terhidu bau wangi. Sebab waktu tu adalah dah nak senja dalam pukul 4-5 petang.Jadi dalam perjalanan balik, kami terhidu bau wangi.Orang kata kalau hidu bau-bau wangi dalam hutan jangan tegur,” jelas Kamalia.
Jangan Takut Masuk Gua
Pesanan Kamalia juga, buat wanita yang pertama kali masuk ke gua jangan takut dan bimbang ambil sebagai satu cabaran. Kepuasan dapat dirasai setelah berjaya mengharungi cabaran tersebut.
“Kepada wanita diluar sana, katakanlah kalau anda memang tak pernah langsung masuk gua, ini adalah kali pertama untuk anda cuba, jangan takut, jangan risau sebab Kamalia pun pertama kali pergi ke gua, jadi ambil ini sebagai salah satu cabaran dalam hidup anda, dan redah je. Anda akan dapat kepuasannya bila dah keluar gua nanti”, ujar Kamalia.
Adakah KAMALIA memenuhi ciri-ciri hos Mingguan Wanita yang anda suka? Saksikan secara langsung pengumuman pemenang di Mingguan Wanita Talkshow, 28 Mac 2019, 12 tengahari.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis...