
Asam Gumpal Sagu adalah satu lagi kuih tradisi rakyat negeri Terengganu. Ada yang panggil Asam Guppa. Rasanya yang lemak, manis, masin dan penuh dengan aroma membuatkan selera terbuka untuk menikmatinya.
Sesiapa yang beminat nak try, boleh ikuti resipi hasil air tangan Lainatul Aisyah https://www.facebook.com/lainatul.aisyah yang merupakan anak jati Terengganu. Jadi, gerenti rasanya asli!
ASAM GUMPAL SAGU TERENGGANU
BAHAN-BAHAN UNTUK (INTI):
1 cawan kacang hijau
1 keping gula Melaka
3/4 cawan gula
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN UNTUK SAGU:
1 1/2 cawan biji sagu
1 cawan air panas
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH ASAM GUMPAL:
1 cawan Santan pekat
1 cawan air
1 sudu kecil halba
3 biji bawang merah kecik (mayang halus)
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit halia (dipotong nipis memanjang)
CARA MEMASAK:
Untuk membuat inti; masak bahan-bahan untuk inti sehingga empuk dan kering. Setelah itu, sejukkan dan bulat-bulatkan. Nak mudah, beli inti (inti untuk roti) yang dah siap kat kedai bakeri. Ketepikan.
Untuk membuat sagu; bersihkan sagu dan toskan hingga kering. Masukkan air panas ke dalam biji sagu, kacau sebati sehingga biji sagu agak kental dan boleh dikepal. Isi air sedikit demi sedikit ye. (Jangan letak banyak terus). Jangan letak terlampau banyak air takut nanti terlembik nanti susah nak kepal. Setelah itu, kepal kepalkan biji sagu dan masukkan inti dan tutup dengan rapat dan kemas.
Pastikan tangan disapu minyak untuk memudahkan sagu tidak melekat di tangan dan boleh dikepal dengan cantik.
Kukus adunan sagu tadi selama 15-20 minit. Setelah sagu masak, angkat dan ketepikan.
Untuk membuat kuaah; masak bahan-bahan untuk kuah hingga mendidih dengan api perlahan. Sentiasa kacau supaya santan tak berketul. Tutup api Kemudian masukan asam gupal dalam kuah santan tadi. Ok Siap.. Sedia untuk dimakan!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri JERUK IKAN MASIN Tenggiri Makan Tanpa Waswas, Dijamin Halal & Bersih!

Jeruk Ikan Masin Tenggiri memang ramai yang suka. Boleh digoreng begitu sahaja, dicampur dalam nasi goreng dan sebagainya. Namun jika beli di kedai, boleh tahan mahal harganya. Malah diragui ramuan yang digunakan, tahap kebersihan dan status halalnya.
Sebenarnya kita boleh buat sendiri jeruk ikan masin tenggiri jeruk di rumah.Mudah je nak rupanya. Bukan apa bila buat sendiri lebih jimat, makan tanpa waswas dan dijamin halal serta bersih.
Baca perkongsian daripada Puan Suria Abdullah ini.
Saya nak kongsi cerita antara saya dan kawan saya (dilahirkan bukan Islam, tapi sekarang dah Islam..Alhamdulillah). Cerita ini lebih kurang 5 tahun lepas.
Kami terserempak di pasaraya. Masa ni saya tengah cari JERUK IKAN MASIN TENGGIRI yang dalam botol tu, dalam nya ada minyak. Saya memang peminat ikan jeruk tenggiri ni. Semua sedia maklumkan, harga dia memang mahal. Botol kecik je dah RM8.Sekali goreng je masa tu. Dan saya belum jumpa lagi yang dalam plastik, kecuali yang kering memang ada. Seekor-seekor dalam tu, termasuk isi perut dia lah kan..masa tu harga sekilo yang kering RM36.
Baik, perbualan kami terselit kisah IKAN JERUK TENGGIRI dalam minyak ni.
Rakan saya kata.. kenapa you tak buat sendiri?
You pun main beli je, tak cari produk Muslim punya..main amik je kan? (masa tu dia dah Islam dah)
Saya pelik lah kan, ikan dalam minyak ada halal haram? Dia bagitau cara mereka (bukan Islam) buat macam mana. Bukan semua tapi ramai yang buat macam tu.
Cara mereka bersihkan ikan kita tak tengok. Mungkin bersih tapi di persekitaran mereka ada bela haiwan yang kita dilarang bela, seperti anjing. Masuk dekat kawasan mereka buat kerja tak?
Campuran Minyak Babi
Lepas ikan diperam kena isi minyak masak. Ok bab minyak masak ni yang membuatkan saya terus tak beli yang bukan buatan Muslim. Dalam minyak masak tu mereka campur minyak babi. Tujuannya isi ikan lagi bertambah sedap.
Allahuakbar..Saya tak percaya ke?
ALLAHUAKBAR..TERKEDU SAYA. Sumpah, saya tak bohong..itu lah yang di ceritakan pada saya. Sejak dari tu saya memang tak beli IKAN JERUK TENGGIRI dalam minyak selain dari buatan Muslim.
Dan Alhamdulillah saya dapat ilmu cara nak buat ikan jeruk tenggiri ni dari rakan saya tu. Tolong lah ya, beli lah yang produk Melayu punya. Dah ramai yang jual jeruk Ikan Tenggiri ni.
Nanti saya kongsikan cara nak buat ikan jeruk tenggiri ni. Masa tu saya buat dulu, makan sendiri. Bagi kawan-kawan rasa, bagi keluarga rasa. Alhamdulillah, mak saya suka.
Cuma kita jangan makan hari-hari. Nanti darah tinggi pula. Saya dah ushakan lebih 3 tahun. Tenggiri ni mahal harganya, sebab tu kat luar 250gram yang dalam botol tu harga ya RM29.90. 650 gram RM45. Cara jualan pun cantik, isi dalam botol cantik-cantik.
Berbanding saya punya, simple. Isi ada,rasa sama, cuma saya pek dalam plastik. Harga yang saya jual rasa masih ok lagi. Sesiapa yang teringin nak rasa dan tak mampu nak beli, boleh lah pm saya. InsyaAllah saya beri mereka rasa.
Semoga lepas ni mana-mana yang sama macam saya dulu main beli je. Lepas ni cari produk Muslim ya. Kita makan tanpa was-was, halal dan bersih.
Di sini saya kongsikan cara-cara nak buat JERUK IKAN MASIN TENGGIRI yang dalam minyak.
Bahan-Bahan:
Ikan tenggiri (Nak guna gelama atau senangin pun boleh. Senangin mahal, harga lebih kurang tenggiri. Ikan gelama murah sikit dan isi dia pun sedap)
Bahan Peraman:
Cuka makan
Asam keping (kat tempat saya 1kg RM26)
Garam kasar (1kg 70sen)
Bekas kedap udara
*Rahsia dari orang Melaka, bila dia tahu saya buat Jeruk Ikan Tenggiri ni, dia bilang nak lagi sedap kau peram dalam tempayan. Saya dah buat memang lagi sedap. Sekarang bukan rahsia lagi. Cuma bekas tempayan tu mahal kat sini.
Cara Membuat:
1. Ikan kasi cuci bersih ya. Saya korek darah yang kat tulang tengah tu. Toskan ikan, keringkan dengan cara lap guna tisu makan (ni untuk makan sendiri).
2. Saya jemur sekejap (kurang setengah jam) dalam cuaca yang panas. Ini cara saya, sebab saya buat dalam kuantiti lebih 50kg. Kalau nak jemur pun boleh tapi jangan terlalu lama. Nanti isi ikan akan kecut dan keras.
3. Dah siap dikeringkan, rendam sekejap dalam cuka makan. Rendam kurang seminit.
4. Tabur garam kasar dalam bekas kedap udara. Letak ikan, tabur lagi garam kasar. Letak asam keping jangan banyak sangat, nanti dia masam sangat, tak sedap. Ulang-ulang sampai ikan habis.
5. Tutup rapat-rapat ikan, biarkan 7 hari. Dah 7 hari, buang air peraman. Bilas ikan, bilas sikit-sikit je. Jangan terlalu cuci, nanti isi ikan hancur.
6. Masukkan ikan dalam bekas lain, tuang minyak masak yang baru. Biarkan ikan terendam lebih kurang sejam dah boleh goreng.
Tengiri tempat saya mahal. Carilah yang pecah perut. Kat sini satu kg pecah perut RM15. Nak yang baru pun boleh je, 1kg RM28. Ok, rajin nak buat? Kalau malas beli yang keluaran produk Muslim tau. Di jamin halal dan bersih.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Baca Lagi Di Sini :
Cara Buat JERUK SAWI Sendiri, Lebih Bersih Tak Terlalu Masin!
Resipi IKAN LENGAT GORENG Garing, Lauk Legend Nikmat Tak Terkata!
Buat TENGGIRI JERUK, Selepas 7 Hari Baru Boleh Masuk Botol & Letak Minyak!
Mingguan Wanita : Bolehlah nak buat Jeruk Ikan Masin Tenggiri sendiri di rumah. Nak guna ikan senangin atau gelama pun boleh. Bukan apa bila buat sendiri lebih jimat, dijamin halal dan bersihnya. Namun kalau tak berapa rajin nak buat, pastikan beli yang keluaran produk Muslim.
Sumber: Suria Abdullah
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menu Makan Tengah Hari Wajib Cuba

Kali ini MW kongsikan tiga menu istimewa yang cukup mengenyangkan. Dua darinya boleh dimakan bersama nasi putih dan satu daripadanya pula berasaskan mi. Ketiga-tiganya ideal untuk mereka yang mahukan juadah yang tak terlalu berat tapi mengenyangkan. Jangan lupa cuba ya!
TOM YAM SEAFOOD KELAPA
Bahan-bahan:
- Sotong
- Udang
- Bunga kobis
- Baby corn
- Lobak merah
- Batang saderi
- Cendawan enoki
- Cendawan straw
- Premium mixed mushrooms
- 3 batang serai (ketuk)
- 1 biji tomato (belah 4)
- 5 helai daun limau purut
- 1 inci lengkuas (ketuk)
- 3 ulas bawang putih (ketuk)
- Lada kecil (kepedasan mengikut selera masing-masing)
- 2 biji bawang besar (belah 4)
- 3 tangkai daun ketbar beserta akar
- 2 sudu besar minyak masak
- 2 sudu besar sos chili thai
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- Sedikit cuka
- 3 biji limau nipis
- Garam
- Gula
- Lada sulah
- 1 biji air kelapa muda
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak, tumis bawang putih, serai, lengkuas, cili api.
2.Masukkan sedikit air, sayuran yang perlu di masak lama.
3.Masukkan air kelapa, bawang besar.
4.Masukkan gula, garam dan lada sulah.
5.Masukkan cuka, daun limau purut, cendawan dan tomato
6.Masukkan air limau nipis.
7.Masukkan sotong dan udang.
8.Masukkan daun ketumbar.
9.Masak sehingga mendidih.
STEW AYAM
Bahan-bahan:
- Setengah ekor ayam
- 2 biji kentang
- Setengah batang carrot
- Cendawan butang
- 7 ulas bawang merah (hiris nipis)
- 3 ulas bawang putih (hiris nipis)
- Sedikit lada hitam (di tumbuk kasar)
- 3 sudu besar minyak masak
- 2 sudu besar tepung gandum
- 4 cawan air
- Secubit gula
- Garam secukup rasa
- 3 sudu besar kicap lemak manis
- 2 sudu besar kicap masin
- Setangah batang saderi
- 2 biji bawang besar (di belah empat)
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak.
2.Tumis bawang yang di hiris sehingga kekuningan.
3.Masukkan tepung, goreng hingga sebati kemudian masukkan air.
4.Masukkan ayam, kentang, lobak merah, batang saderi.
5.Biar sehingga mendidih dan lembut.
6.Masukkan kicap, lada hitam, garam, gula.
7.Masukkan bawang besar dan biarkan hingga masak. Siap untuk dinikmati.
MI LIDI SARDIN
Bahan-bahan :
- 11 biji bawang kecil (kisar)
- 3 ulas bawang putih (kisar)
- 1 inci halia (kisar)
- 2 tin kecil sardin (hancurkan)
- 3 sudu besar rempah kari ikan
- 2 sudu besar cili kisar
- 3 sudu besar minyak masak
- 3 cawan besar santan pekat
- Sejambak daun kesum
- 2 sudu kecil asam jawa
- Garam
MI LIDI
Bahan-bahan:
Celur mi dgn sedikit minyak dengan api sederhana sehingga mi lembut. Toskan mi.
ULAM
- Kacang panjang *hiris nipis
- Taugeh
- Timun *hiris nipis dan memanjang
- Telur rebus
- Hirisan cili merah
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama rempah kari hingga pecah minyak.
2.Masukkan sedikit air tumis seketika.
3.Masukkan satu cawan air, santan , sardin, daun kesom, asam jawab, garam dan secubit gula.
4.Masak sehingga kuah sedikit pekat
- Sebelum hidangkan, masukkan mi beserta kuah ke dalam satu mangkuk. Kemudian taburkan hirisan timun, kacang panjang, taugeh dan juga telur rebus. Jika mahukan mi anda lebih pedas, jangan lupa tambahkan hirisan cili ke atas mi. Siap untuk dinikmati.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Mak-Mak Boleh Buat Aiskrim Gulung @ Ice Cream Roll Yang Sedap Guna 2 Bahan Je

Jika mak-mak pernah makan aiskrim gulung atau Ice Cream Roll sebelum ini, ada resipi mudah untuk membuatnya. Hanya guna dua bahan, dah boleh buat Aiskrim Gulung ini dengan cara yang paling mudah. Cuti sekolah ni, boleh buat untuk anak-anak. Mesti anak suka dan nak tolong buat sekali.
Berikut perkongsian resepi yang dikongsikan oleh Puan Nana Robil sebagai panduan;
ICE – CREAM ROLL DUA BAHAN SAHAJA
Best la bebudak sekolah cuti ni. Ada yang mintak mak ayah bawak gi holiday ada yang kena stay kat rumah study sebab tahun ni ada exam besar.
Tapi apa pon dekat rumah mesti happening dengan anak-anak. Mak-mak pon pening dah nak bagi dorang seronok cuti-cuti ni.
Jom ibu kongsi menu menarik untuk mak-mak cuba bersama anak-anak. Mesti dorang pon suka la. Aktiviti ni boleh mengisi masa lapang dorang jugak. Senang sangat kot dan opkos la seronok ok.
Di sebabkan video ibu ada masalah ( anak excited tak sempat rakam ) jadi ibu share yang ni.
Bahan-Bahan :
Heavy Cream ( Ibu guna whipping cream )
Susu Manis 1 Tin
Secubit Garam
Untuk hiasan dan bahan-bahan dalam tuh boleh je letak choc chips, choc rice atau gapo ever la. Asal boleh makan.
Cara Membuat :
- Masukkan whipping cream, susu pekat manis dan garam kedalam bekas.Kemudian kacau sebati.
- Setelah itu masukkan kedalam loyang empat segi dan taburkan dengan topping pilihan seperti coklat chip, gula manik dan sebagainya.
- Kacau dan ratakan didalam adunan tersebut, dan lapiskan nipis agar mudah digulung nanti.
- Sejukkan didalam peti sejuk beku selama 4 jam.
- Setelah itu, bolehlah gulungkan ia menggunakan ‘scrapper’.
Siap! Selamat mencuba!
Boleh refer dalam video.
Kalau peti tuh terlalu sejuk jangan freeze sampai 4 jam ok takut dia jadi terlalu keras susah nak roll.
Mesti seronok la aktiviti ni. Selamat mencuba mak-mak dan anak-anak semua. Jangan lupa share sekali tau posting ni.
Nana Robil
Persatuan ibu anak cuti sekolah
Sumber: Nana Robil
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI