Mingguan Wanita kini berada di dalam aplikasi   
Mingguan Wanita kini berada di dalam aplikasi   
Home Kecantikan Apabila Yang Cantik Itu Terlalu Biasa, Yang Jelik Jadi Luar Biasa

Apabila Yang Cantik Itu Terlalu Biasa, Yang Jelik Jadi Luar Biasa

0
Apabila Yang Cantik Itu Terlalu Biasa, Yang Jelik Jadi Luar Biasa

Tahun 2020 sudah masuk hari ke tiga. Tahun yang dinanti-nantikan kedatangannya terutamanya warga Malaysia. Seiring dengan perubahan masa, banyak perubahan merangkumi sikap kita perlu berubah, antaranya menyantuni insan lain di sekeliling. Hentikan budaya body shaming dan memalukan orang lain dengan menaip apa saja di media sosial. Jangan disangka kekurangan orang lain itu pelik lagi jelik. Berikut adalah model yang di pandangan mata kasar adalah biasa-biasa sahaja paras rupanya..tapi punya value tersendiri dalam lapangan dunia peragaan. Kepelikan yang dimiliki memberi satu nilai tambah buat individu ini.

Apabila Yang Cantik Itu Terlalu Biasa, Yang Jelik Jadi Luar Biasa

  1. Diandra Forrest

Mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya satu ketika dulu, dia merupakan mangsa buli. Hanya kerana dia dilahirkan sebagai albino dan kelihatan pelik menyebabkan dia membesar dalam keadaan rendah diri. Melihat ibunya sendiri memulakan karier dalam bidang peragaan, Diandra kemudian cuba mengikuti jejak langkah ibunya. Ketika menyertai kelas peragaan sewaktu usianya 14 tahun, gurunya sendiri menyatakan dia takkan ke mana-mana dan mungkin akan ditolak mentah-mentah oleh mana-mana agensi model kerana dia dilahirkan albino dan tidak cantik.Kini dia berjaya membuktikan albino tidak menyekat dirinya untuk berjaya. Debut pertamanya dalam klip video penyanyi Beyonce pada tahun 2013, karier peragaan Diandra terus melonjak hingga kini.

Apabila Yang Cantik Itu Terlalu Biasa, Yang Jelik Jadi Luar Biasa

  1. Sophia Hadjipanteli

Sebaik anda menatap gambarnya, pastinya mata anda lebih terarah memandang ke bahagian keningnya yang lebat luar biasa.Kariernya dalam dunia peragaan bermula kerana ibunya merupakan seorang jurugambar. Acapkali memuat naik gambar-gambar anaknya sekadar untuk simpanan peribadi. Sophia kemudian meneruskan hobi memotret diri sendiri dan kemudian berkongsi gambarnya menerusi instagramnya. Keunikan keningnya itu membuatkan ada agensi yang mula menghubunginya dan menawarkannya peluang berkolaborasi. Ketika di sekolah, Sophia malu apabila melihat keadaan keningnya yang lebih tebal berbanding kawan-kawannya. Malu dijadikan bahan ejek, dia kerap mencabut keningnya dengan harapan akan lebih nipis. Malangnya keningnya kekal lebat dan sejak itu dia tidak lagi mencabut keningnya. Kerana kening yang ekstra lebat, Sophia sukses dalam bidang peragaan.

Apabila Yang Cantik Itu Terlalu Biasa, Yang Jelik Jadi Luar Biasa

IKLAN
  1. Melanie Gaydos

Dia wanita yang dilahirkan dengan kecelaruan genetik; ectodermal dysplasia yang memberi kesan kepada rupa fizikalnya yang aneh. Kondisi itu menyebabkan kuku, gigi, rambut dan tulang temulangnya tidak terbentuk sempurna. Rambutnya juga tiada ekoran masalah kebotaka natau terma saintifiknya alopecia yang bermula dari keguguran bertompok dan akhirnya meninggalkan kesan botak kekal. Matanya juga buta ekoran pertumbuhan bulu mata yang tidak normal membuatkan matanya rosak sejak dari kecil. Sama seperti anak-anak lain, ketika kecil dia teruk dibuli. Melanie mengalami kemurungan yang serius dan pernah terdetik untuk bunuh diri. Melanie beruntung kerana bekas teman lelakinya mendesaknya untuk menceburkan diri dalam bidang peragaan. Berbekalkan wajah yang unik, Melanie tidak menyangka sebenarnya dia punya tempat dalam bidang fesyen. Dia kini sering menjadi pilihan pereka fesyen yang futuristik, artistik dan pemuzik yang mahukannya menjadi subjek aneh dalam ideologi seni mereka.

Apabila Yang Cantik Itu Terlalu Biasa, Yang Jelik Jadi Luar Biasa

  1. Madeline Stuart

Kemunculannya dalam radar dunia peragaan menggemparkan seluruh dunia. Anak kelahiran Australia ini dilahirkan sebagai anak istimewa; sindrom down. Madeline melakar sejarah apabila berjaya memecah monopoli dunia fesyen dengan menjadi model pertama sindrom down dunia. Sebelum bergelar model, Madeline berusaha keras menyingkirkan berat badannya yang berlebihan. Kejayaannya menyingkirkan 20 kg dari berat badannya, memukau ramai menerusi sekeping gambarnya.

IKLAN

Segalanya bermula secara kebetulan, apabila Madeline menghadiri satu pertunjukan fesyen bersama ibunya. Madeline dengan yakin memaklumkan kepada ibunya yang dia juga merupakan seorang model “mum me model”. Beliau kemudian pantas mendapatperhatian dunia sebaik dia membuka akaun instagram peribadi. Dari situ dia mula melebarkan kemampuannya sehingga ke pentas peragaan di New York Fashion Week, Paris Fashion Week, London Fashion Week, Art Hearts Fashion Week, Style Fashion Week, Melange Fashion Week, Caspian Fashion, Runway Dubai, Mercedes Benz Fashion Week China, Birmingham Fashion Week dan Sunshine Coast Fashion Festival. Madeline berikrar untuk terus aktif dalam dunia peragaan yang menjadi minatnya kini.

Apabila Yang Cantik Itu Terlalu Biasa, Yang Jelik Jadi Luar Biasa

  1. Jillian Mercado

Jillian Mercado dilahirkan pada 30 April 1987 kini merupakan satu-satunya model berkerusi roda yang mewakili agensi IMG Model. Wanita cekal ini berkerusi roda akibat dari masalah distrofi otot yang dialaminya sejak kecil. Distrofi otot merupakan kelompok penyakit genetik yang memberi kesan kelemahan dalam fungsi otot manusia. Berpeluang mewakili kelompok mereka yang berkerusi roda, Jillian menjadikan kekurangannya itu satu platform atau suara bagi memberi semangat baru buat mereka yang berkongsi situasi sepertinya. Anak perempuan daripada tiga bersaudara ini merupakan puteri sulung kepada pasangan penjual kasut dan juga tukang jahit yakin suaranya mampu memberi dimensi baru buat mereka yang senasib.

IKLAN

Apabila Yang Cantik Itu Terlalu Biasa, Yang Jelik Jadi Luar Biasa

  1. Tess Holliday

Dilahirkan di Laurel, Mississippi, Tess Holliday merupakan model katergori “plus size” terkenal yang memulakan kariernya bermula sebagai jurusolek dan juga blogger. Waktu kecilnya dihiasi dengan memori perpisahan menyakitkan antara ibu dan bapanya. Menjelang umurnya 10 tahun, Tess berpindah mengikut bapanya hampir empat puluh kali! Ibu Tess kemudian lumpuh akibat ditembak oleh tunang ibunya sendiri. Sejak kecil lagi dia sudah menjadi mangsa buli. Selain dipersendakan kerana mempunyai keluarga berantakan, ibu yang lumpuh, kulitnya ditertawakan kerana terlalu pucat dan dihina oleh bapanya sendiri kerana tubuh Tess yang gemuk. Demi ibunya dan dorongan tak berbelah bagi dari wanita itu, Tess mencuba nasib bergelar model profesional. Penolakan demi penolakan, Tess kemudian bekerja sebagai kerani di sebuah klinik gigi. Dengan satu video lagu gerak bibir #everyBODYisflawless beliau terus dikenali ramai. Pada tahun 2015, Milk Model Management menawarkannya kontrak model bersama agensi itu untuk kategori plus-size; Curves. Tess terus melakar namanya hingga ke saat ini sebagai model bertubuh besar berjaya.

Apabila Yang Cantik Itu Terlalu Biasa, Yang Jelik Jadi Luar Biasa

  1. Winnie Harlow

Ketika di sekolah, rakan-rakannya memanggil dirinya sebagai kuda belang, lembu ataupun susu lembu kerana dia mengalami sejenis masalah kulit yang dikenali sebagai vitiligo. Tyra Bank seorang model terkemuka yang juga pemilik mutlak untuk program realiti America Next Top Model (ANTM) menemui Winnie di instagram. Tertawan dengan keunikan vitiligo nya yang membentuk seperti rama-rama, Winnie diterima masuk dan bersaing dengan peserta lain dalam ANTM musim ke 21 (2014). Penyertaannya itu memecah dominasi baru model pelik dan unik yang diterima masuk ke dalam industri ini. Tamat saja ANTM 21 beliau menerima lambakan tawaran untuk bekerjasama bersama beberapa jenama popular. Selain aktif sebagai model beliau kini mewakili mereka yang mengalami vitiligo dan menjadi simbol kejayaan membanggakan. Dia ‘lembu’ yang luar biasa di pentas peragaan dunia hari ini.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI