Pernah melalui penangguhan pembinaan Teedo Resort Bagan Datuk, Perak pada 2018 tidak melemahkan semangat Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan suami, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff menubuhkan hotel mesra bajet di ibu kota. Hotel  yang diberi nama Hotel Teedo menawarkan bilik direka untuk memberi pengalaman seperti hotel bertaraf tinggi, tetapi dalam lingkungan harga mampu dimiliki.

Anugerah Berprestij Angkat Martabat Usahawan Islam ke Persada Antarabangsa

Membangunkan hotel bertaraf tiga bintang, Nurulhidayah mengakui, konsep penginapan itu juga terinspirasi daripada realiti bahawa masih ramai individu tidak pernah merasai pengalaman menginap di hotel.

Berkat usaha tanpa mengenal penat lelah, baru-baru Hotel Teedo menerima  anugerah Distinguished Consumer Confidence Award sempena IDEA 2025, baru-baru ini. SEMPENA Anugerah Tertinggi Usahawan Islam atau ‘Islamic Distinguished Enterprise Award’ (IDEA 2025).

Anugerah Berprestij Angkat Martabat Usahawan Islam ke Persada Antarabangsa

Seramai 51 usahawan dan tokoh daripada pelbagai bidang menerima pengiktirafan anugerah emas dan perak.

Anugerah Berprestij Angkat Martabat Usahawan Islam ke Persada Antarabangsa

Beroperasi sejak November tahun lalu, Hotel Teedo terletak di bangunan Pudu Sentral, Kuala Lumpur menyajikan pengunjung pemandangan bangunan kedua tertinggi di dunia, Menara Merdeka 118.

Ads

Bercerita lanjut, Nurulhidayah memberitahu, hotel tersebut sebelum ini dikenali sebagai Hotel Ancasa Express dan popular dalam kalangan pelancong dan mereka yang berkunjung ke Kuala Lumpur untuk urusan perniagaan atau percutian singkat.

Setelah dua tahun terbiar akibat pandemik Covid-19, hotel itu akhirnya mendapat peluang untuk diubah suai dan dijadikan hotel baharu.

Hotel Mampu Milik

 

Berkongsi lanjut mengenai pemilihan bidang perhotelan Nurulhidayah berkata dia dan suami berkongsi minat sama malah berharap lebih banyak kemudahan hotel mampu milik disediakan di negara ini.

“Kami jenis suka bercuti, suami pun suka bercuti. Kalau bercuti kami tidak pergi ke hotel besar-besar sebab kita nak rasa pengalaman itu.

Ads

“Saya merasakan kita perlu lebih banyak hotel tiga bintang ini sebab ia mampu milik. Mudah kalau orang luar atau orang Malaysia nak tidur satu atau dua malam sebelum transit ke mana-mana bandar dalam Malaysia ni. Saya rasa apa yang penting murah dan selesa,” katanya ketika ditemui usai menerima anugerah itu di Hotel Le Meridien pada malam Sabtu.

Anugerah Berprestij Angkat Martabat Usahawan Islam ke Persada Antarabangsa

Pengasas dan pemilik Ikhlas.Com, Ikhlas Kamarudin pula  berkata kejayaan menerima Crown Of Commerce Brand Award pada anugerah itu melambangkan perkara baik buat mereka sebagai syarikat gaya hidup versi Islam.

“Pencapaian ini membuktikan kita telah menjalankan sesuatu yang memberi impak kepada ummah dan komuniti dalam Malaysia dan luar Malaysia.

Ads

Taja 1000 Asnaf Kerjakan Umrah

“Jadi sekarang juga kami telah melancarkan kempen umrah 1,000 asnaf. Di mana 1,000 orang asnaf akan ditaja oleh Ikhlas.Com pergi umrah secara percuma 100 peratus.

Anugerah Berprestij Angkat Martabat Usahawan Islam ke Persada Antarabangsa

“Jadi Alhamdulillah perkara-perkara ini juga apabila kita menang anugerah menunjukkan mesej kami ini sampai kepada orang Islam dalam dan luar negara,” katanya.

Seramai 51 penerima anugerah dalam pelbagai kategori diiktiraf pada majlis itu.

Anugerah diserikan dengan kehadiran Tunku Laksamana Negeri Sembilan, Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan dan Presiden Dewan Perniagaan Muslim Insiders, Prof Adam Richman.

Adam dalam ucapannya berkata penganjuran kali ini bukan semata-mata untuk meraikan kejayaan syarikat tetapi untuk menginspirasikan lebih banyak perniagaan agar berani mengamal prinsip Syariah dalam operasi harian mereka.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI